Beginning - Compilation 1994

Kembali semula ke zaman silam..Haha.. ini kes gua dapat semula kaset2 lama lah ni. Ok kali ni pihak DtE akan membuat sedikit ulasan sebuah kompilasi yang rilis sekitar 1994 dahulu yang secara konsepnya lebih kepada music alternative dan punk. Sebuah kompilasi yang diberi judul Beginning. Membariskan beberapa band seperti Happy Nightmare, ABC DEAD, Saturnine, Barmy System dan T.R.Y yang setiap band menyumbangkan 2 buah lagu.

Illustrasi oleh DC-AD-Impact

Tracklist :

1 - Barmy System - Stupid
2 - ABC DEAD - Lost In Space
3 - T.R.Y - Fear Zone
4 - Happy Nightmare - Nice people Beside You
5 - Saturine - Liquid Love
6 - T.R.Y - Liar
7 - Barmy System - Social Chaos
8 - Happy Nightmare - On Your Own
9 - Saturnine - Flower Tree
10 - ABC DEAD - Would I'd Lied
11 - Saturnine - Liquid Love (Instrumental)

Kompilasi ini tidak dinyatakan dimana studio rakamannya namun ianya diterbitkan oleh Jig dan melalui proses rakaman oleh Eddy, Reza dan Sam manakala proses adunan dilakukan oleh Wayne, Zairi dan Jacky. Album kompilasi ini diedarkan oleh Life Record.

Jika dilihat pada penglibatan band2 boleh dikatakan mereka2 ini adalah antara penggerak local underground scene malah ada antara band2 terlibat ini masih lagi bernafas sehingga kini. malah boleh juga dikatakan kompilasi ini juga seperti tapak permulaan beberapa band terlibat untuk melahirkan album penuh beberapa tahun kemudiannya.

Barmy System yang merupakan band pertama menyumbangkan lagu bertajuk Stupid untuk kompilasi ini dianggotai oleh Bob selaku lead guitar, Raja Azhar diposisi rhytm gitar, Ajai merangkap pemain bass, Irwan sebagai pemain drum dan Zul selaku vocalist.  Band yang berinfluencekan band2 bergenre British Hardcore seperti Exploited, G.B.H, Youth Of Today ini mempunyai kekuatan suara yang lantang. Untuk kompilasi ini mereka bukanlah antara kumpulan lama kerana Barmy System ditubuhkan setahun sebelum kompilasi ini dilahirkan iaitu pada 1993.




ABC..DEAD yang terdiri dari beberapa line up Infectious Maggots serta Bob (KU2) dan ajak dari band Catarrh sebenarnya merupakan sebuah band projek namun tetap memeriahkan gig2 tempatan dan 2 buah lagu untuk kompilasi ini iaitu Lost In Space dan Would I'd Lied kedengaran berbau punk dan sedikit hardcore.


Sebuah band yang membawa genre berlainan dari band2 lain (termaktub dalam kompilasi ini) ialah Happy Nightmare. Dianggotai oleh Shahrin diposisi vocal, K-Roll dibahagian bass, Katam drum dan Ogie diposisi guitar. Membawa genre yang berbau funky yang seakan penyambung legasi Naked Butterfly. membawa dua buah lagu bertajuk Nice People Beside You dan On Your Own, Happy Nightmare tampak lebih punya sesuatu didalam music mereka. Kredit untuk pemain bass yang pada gua sentiasa memainkan running chord yang mengancam. Jarang juga untuk mendengar band2 tempatan pada zaman awal underground membawa music2 seakan RHCP. 2 tahun selepas rilisnya kompilasi ini happy Nightmare turut merakamkan sebuah album penuh yang juga diberi tajuk Happy Nightmare.

T.R.Y seakan sebuah kumpulan misteri didalam kompilasi ini kerana tidak dinyatakan lineup namun 2 buah lagu mereka bertajuk Fear Zone dan Liar. Kedengaran sedikit ringan kadar punk nya. lebih bermelodi dan santai. Music mereka diantara pertengahan punk dan alternative.

Saturnine, sebuah nama yang cukup gah dipersada music alternative tempatan. Terdiri dari line up yang majoritinya punya kelebihan dibidang studio rakaman. menyumbangkan 2 buah lagu bertajuk Liquid Love dan Flower Tree serta instrumental untuk Liquid Love. Mereka muncul dengan 2 buah album selepas terlibat dengan kompilasi ini. Album pertama bertajuk Grey pada 1995 dan Raining Grace pada 1997. Pada 2009 Saturnine muncul kembali dan memeriahkan pesta Rock the World dan menyumbangkan 2 buah lagu baru untuk kompilasi Banyak Bunyik pada 2011.

Begitulah serba sedikit ulasan sebuah kompilasi tahun 1994 yang muncul dikala malaysia dilanda demam music alternative, grunge dan punk! Seperti biasa jika anda menjumpai kompilasi ini, sila rembat sebelum x berkesempatan mendapatkannya lagi.. hahaha..

Sumber :
- Imej dari Kaset Beginning
- Muzikrock.com 

2 feedbacks:

berteromber said...

aku masih simpan kaset ni...fav aku Liquid Love ler....

Contramen said...

aku baru jek dapat semula..yg lawaknya 2 minggu lepas aku dpt dr seorang kenalan internet.. pastu minggu ni saja ronda2 kedai kaset nampak plak kaset ni.. so dah ada 2 ketol kaset ni dlm simpanan..haha..