VoTW - The Browning - Time Will Tell

Hai, lama tak post kat sini. Oleh itu gua nak letak je lah video. Mood menulis belum sampeiiiiiiiiiii!


The Browning -Time Will Tell


VotW : Erylasia - Clash of a Sanctuary

Pernah dengar nama Erylasia?????
Beliau ialah seorang pemuda dari negeri Trengganu. Tidak mempunyai band namun karya2 beliau harus diperhatikan. Juga perlu di ambil kira juga mutu sound produksi rakamannya.
Erylasia - Clash of a Sanctuary

Siapa kata orang kita x dapat hasilkan sound produksi berkualiti macam mat saleh????? hehe.. Kenali beliau melalui laman facebook beliau dibawah ini..

Erylasia

Breaking The World (1994)

Breaking The Wall – The First Underground Music Compilation – Alternative To Groovy merupakan kompilasi lama yang terbit sekitar 1994 barangkali (sori x brapa pasti kerana agak ketinggalan memiliki kompilasi ini pada zaman tersebut) yang menampilkan 4 buah band yang membawa pelbagai genre dari Alternative sehingga ke Metal. Kompilasi ini sebenarnya agak kurang dikenali mungkin kerana munculnya sebuah lagi kompilasi bertajuk A Circle Of Friends yang juga muncul pada waktu yang sama. 4 buah band yang terlibat adalah Two Ice, Contaminated Thieves, Bad Tomato dan Such As. Setiap band membawa 3 buah track.
Breaking The Wall
The First Underground Music Compilation – Alternative To Groovy 

Tracklist

Side A
1 – Such As - Menace In Society
2 – Contaminated Thieves - Mass Hologramme
3 – Bad Tomato – Bad (Punk) Tomato
4 – Two Ice – Are You…? A Breefing In Year 2001
5 – Bad Tomato – Be Your Self
6 – Such As - Figure It Yourself

Side B
1 – Two Ice – R.Y.A. “Stupid” + N.R = 012
2 – Contaminated Thieves – Oblivion
3 – Bad Tomato – I Don’t Want Anything But ….!
4 – Such As – Lobster Tune
5 – Contaminated Thieves – Unsinkable Vile
6 – Two Ice – In The Beginning Of Death

Producer untuk Breaking The Wall adalah Sham dan Shidee. Proses rakaman dilakukan di Booty Studio sekitar 16/5/94 sehingga 22/6/1994. Proses adunan di lakukan oleh Dot, Sham dan Farouk. Asylum Records menjadi syarikat yang bertanggungjawap mengeluarkan kompilasi ini.

Such As merupakan sebuah band yang lahir 2 minggu sebelum kompilasi ini dirakam. Terdiri dari Boy (Vocal), Wan dan Allan (Guitar/Backing Vocal), Soul (Bass/backing Vocal) dan Mail (Drum/Percussion). Band ini jika diperhatikan pada musicnya lebih diantara alternative->grunge->hardcore. 3 buah lagu yang disumbangkan mereka adalah Menace In Society, Figure It Yourself dan Lobster Tune. Jika diperhatikan pada permainan band ini menampakkan penonjolan dalam pembawaan vocal yang menarik dalam setiap melodi line yang terdapat pada setiap lagu.

Contanimated Thieves merupakan sebuah band yang membawa genre paling berat didalam kompilasi ini. Dianggotai oleh Ogy (Programming), P.E (Guitar), Eddie (Bass/Vocal) dan Farouk (Guitar), genre yang dibawa kedengaran berbau industrial metal. Gabungan bunyian programming, distort guitar serta sampling yang cuba diselitkan dalam setiap track. Contaminated Thieves membawa 3 buah lagu bertajuk Mass Hologramme, Oblivion dan Unsinkable Vile. Ketiga2 track menggunakan programming drum. Tone gitar boleh dikategorikan antara terberat didalam kompilasi ini. Pembawaan lenggok vocal dan music yang kedengaran seakan Godflesh.

Bad Tomato merupakan antara band yang masih lagi bernyawa sehingga kini. Merupakan sebuah band yang boleh dikatakan membawa genre alternative punk. Bad Tomato pada ketika ini dianggotai oleh Lan (vocal), Ain (Guitar), Ajak (Bass) dan Khattam (Drum). Seperti juga Such As, Bad Tomato juga merupakan band yang baru wujud sebelum kompilasi ini melalui proses rakamannya. 3 buah lagu yang di perdendangkan bertajuk Bad (Punk) Tomato, Be Your Self dan I Don’t Want Anything But ….!

Two Ice pula merupakan sebuah band yang membawa genre alternative yang kedengaran agak berat terutama pada tone gitar dan juga pattern2 drum yang digunakan (bunyinya . Sound band ini sebenarnya sudah menghampiri genre metal. Dianggotai oleh Wan Norashidi (Guitar), Wan Norysham (Bass), Wan Norita (Vocal), Wan Norchubby (Backing Vocal) dan Wan Norryten (Drum). Tiga buah lagu dari mereka adalah Are You…? A Breefing In Year 2001, R.Y.A. “Stupid” + N.R = 012

Secara keseluruhan kompilasi ini boleh dikatakan antara pengalaman pertama beberapa band yang baru ditubuhkan. Juga boleh dikatakan kompilasi ini juga tidak menetapkan genre yang sama kerana kepelbagaian konsep bagi setiap band yang terlibat. Dari pengamatan gua, Contaminated Thieves merupakan band yang paling berbeza genrenya walaupun Two Ice juga menggunakan sound drum yang sama seakan programming sama seperti Contaminated Thieves, namun konsep keseluruhan Contaminated Thieves dilihat sudah maju kehadapan dan melangkau zaman. Sound produksi juga boleh dibanggakan dan mencapai tahap profesional yang sebenar.

Ok, untuk anda diluar sana mungkin sudah tidak menjumpai album kompilasi ini kerana ianya sudah dikira rare item. Satu lagi kompilasi terawal yang rasanya seakan pemangkin utama gerakan underground pada awal 90an. Seperti biasa jika anda menjumpai kaset ini, sila rembat awal2 sebelum ianya pasti lesap disebat collector2 diluar sana.

Angkara - An Anger Of Wars Distortion (2011)

Oleh kerana dua tiga menjak ni gua macam kembali ke zaman awal 90an mengumpul semula kaset, so gua nak review pasal sebuah album dari sebuah band dari Kedah Darul Aman yang menamakan band mereka sebagai Angkara. Berbekalkan irama crusty punk, Angkara boleh dikatakan agak baru menghasilkan sebuah EP bertajuk An Anger Of Wars Distortion. Line up yang terlibat didalam An Anger Of Wars Distortion ini ialah Rizal selaku pemain gitar utama merangkap vocalist, Idan diposisi gitar kedua dan juga vocalist, Firdaus di posisi bass manakala Man sebagai pemain drum. Untuk 3 buah track demo version pula Boy memangku posisi pemain drum manakala Mizan diposisi gitar kedua.
 Angkara

 Front cover oleh Rizal
Artwork oleh Man dan Rizal

Tracklist

1 - Bomb
2 - Back In Anger
3 - Propadrama
4 - Aimless
5 - Destroy Capitalist Destroy
6 - Darah Merah (Demo Version)
7 - Slanderous Bullet (Demo Version)
8 - Serangan Suara (Demo Version)

5 track terbaru dari An Anger Of Wars Distortion melalui proses rakaman di Hits Studio Penang. Proses adunan di lakukan oleh Chong dan Angkara di Soundmaker manakala 3 demo track selebihnya pula dirakam dan di adun di JL Studio oleh Pian dan Angkara.

Track bertajuk Bomb menjadi pembukaan dimana track berbunyi letupan menjadi intro sebelum music yang straight forward menghentak gegendang telinga. Sebuah track yang agak kental penangannya. Punya elemen hardcore, punk dan crusty yang kuat. Juga terdapat solo yang bersesuaian dengan mood lagu.

Back In Anger merupakan track kedua yang masih seperti track pertama. Music yang sungguh straight forward. Terasa seakan mendengar Exploited album Beat The Bastard. haha. lirik juga menunjukkan sifat rebel yang sungguh kuat.

Propadrama juga menarik. Sebuah fast track yang tidak memberi sebarang rasa belas kasihan. Drum stroke yang tak henti2 membedal snare dan pedal! Ini sebuah track yang punya susunan yang paling layan!

Aimless merupakan sebuah track yang telah di upload di Youtube. Track ini agak mendatar dan tidak seperti 3 track terawal namun pembawaan melodi dan gaya nyanyian dari vocalist band ini sungguh berjiwa dan penuh semangat memberontak.

Destroy Capitalist Bastard bermula agak perlahan mood nya sehingga verse sebenar menyusul pada durasi 1:25. Riffing2 yang punya persamaan mood dengan track2 lain. Kental, straight forward dan tiada belas malah riffing2 juga kedengaran serius tanpa kedengaran mood2 gembira dan lawak (mungkin pendengar music yang punya pendidikan formal faham akan penggunaan major dan minor chord dalam menghasilkan mood lagu).

Track ke 6 bertajuk Darah Merah pada gua merupakan rakaman secara live kerana certain part kedengaran timbul tenggelam. Bersesuaian juga dengan terma Demo yang digunakan. Track yang 100% menggunakan Bahasa Melayu. Pujian harus diberikan kerana penghasilan lirik sebegini dan Angkara berjaya menggunakan perkataan2 yang tidak lari dari tema lagu tersebut. Slanderous Bullet juga merupakan fast track dan elemen D-beat yang kuat dapat didengar pada lagu ini. Manakala Serangan Suara juga merupakan sebuah track yang sangat2 rebel. Susunan straight forward yang menarik walaupun ada kedengaran sedikit terkucil permainan riffingnya namun untuk music sebegini, ianya kadangkala seakan perlu dalam mengahsilkan sound raw tanpa mementingkan bunyi solid dan bright pada track2 yang dihasilkan.

Keseluruhan berkenaan An Anger Of Wars Distortion boleh gua simpulkan bahawa Angkara mungkin antara band2 baru yang perlu diberi perhatian. Gua belum berpeluang menyaksikan persembahan live mereka, namun gua dapat jangkakan jika permainan yang tight seperti rakaman ini dapat direalisasikan untuk persembahan pentas, maka akan huru hara lah moshpit. Sound produksi untuk 5 track rakaman di Hits Studio juga menampakkan sedikit profesionalisme dikalangan ahli dan hasil yang dikeluarkan juga memuaskan hati. Tidak berapa kemas sound yang dihasilkan namun inilah sound yang diperlukan untuk music jenisan seperti ini.

Setakat ini An Anger Of Wars Distortion hanya dirilis dalam format kaset. Juga disertakan lirik kesemua track pada inlay layout. Untuk mendapatkan kaset ini, terdapat beberapa label yang menjual kaset ini atau anda boleh juga menghubungi sendiri angkara untuk mendapatkan copy untuk anda. Sebuah produk yang boleh gegar gegendang telinga!Serius! Angkara memang pecah kepala!

Hubungi dan kenali Angkara melalui link yang disediakan dibawah video di bawah ini.

Angkara - Aimless

Misanthropic Congregation – Chapter II (2011)

Kali ini DtE akan mereview sebuah kompilasi yang sangat gelap kerana kesemua band yang terlibat merupakan band2 yang membawa genre Black Metal. Misanthropic Congregation – Chapter II merupakan tajuk yang digunapakai untuk kompilasi ini. Ini merupakan kesinambungan kepada Chapter I yang membariskan 4 buah band iaitu Wisdom (Paraguay), Labatut(Brazil), Claw (Malaysia) dan Barbalans( Malaysia). Misanthropic Congregation – Chapter II pula melibatkan band2 tempatan seperti Omen (Kelantan), Nosferial (Terengganu), Neftaraka (Perak), Simphony Jimbalang (Pulau Pinang) dan Immolate (Sarawak). Setiap band membawa 2 buah lagu.

 Cover layout oleh Blessing Moment Zines

Tracklist :
1 – Omen - The Glorius Zenith
2 – Nosferial - Merciless Daimon Skullsplitter
3 – Neftaraka - From The Unknown Wind
4 – Symphony Jimbalang - Fear The Holocaust
5 – Immolate - Sea Devil Worship (666 Kaul)
6 – Omen - Eternal Toward Infernal
7 – Nosferial - Blood Sucking Vandal
8 – Neftaraka -  F.O.A.D.A
9 – Symphony Jimbalang - Ancient Dark Spell
10 – Immolate - Immolate In The Night Clewoon

Misanthropic Congregation – Chapter II menjalani proses adunan di Necro X Studio namun tidak dinyatakan juruadun dan mastering dilakukan oleh siapa (selalunya kompilasi sebegini proses mixing dilakukan oleh band itu sendiri dan jurutera bunyi studio rakaman yang menjadi lokasi rakaman). Misanthropic Congregation – Chapter II di keluarkan oleh Eastern Myth Records. Ok gua review setiap lagu mengikut band bleh?

Omen
Omen yang merupakan sebuah band dari Kelantan telah muncul bersama track berjudul The Glorius Zenith yang rata2nya agak mendatar alunan music nya. Pada gua track ini seakan lari dari elemen2 black Metal dimana riffing2 nya juga berbagai. Namun sedikit merugikan kerana kondisi lagu ini agak tenggelam timbul. Berlainan pula track kedua bertajuk Eternal Toward Infernal yang kedengaran jauh lebih baek dari track pembukaan tadi. Susunan lagu juga pada gua menarik dan ada flow.

 Nosferial

Nosferial band dari Terengganu tampil dengan track pertama bertajuk Merciless Daimon Skullsplitter. Sebuah band yang pada gua mengutamakan kelajuan dari segi permaianan instrument. Hentaman drum yang punya bau2 dari death metal ala2 Deicide hingga ke black metal gaya Marduk membuatkan music Nosferial kedengaran padat tanpa sebarang ruang kosong. Track kedua pula bertajuk Blood Sucking Vandal. Juga mengutamakan kelajuan sama seperti track pertama mereka. Music Nosferial boleh dikatakan sedikit kompleks jika dibandingkan dengan band2 lain yang terlibat didalam kompilasi ini.

 Neftaraka

Neftaraka, sebuah band dari Perak sememangnya memang terkenal dengan music raw ala2 Darkthrone era Transylvania Hunger. From The Unknown Wind merupakan taruhan pertama Neftaraka dimana riffing yang benar2 terasa tekanan yang benar2 merisaukan. Bersesuaian sekali sample dialog digunakan dalam track ini untuk menambah rasa gelap nya. F.O.A.D.A merupakan track kedua dari Neftaraka. Juga menggunakan riffing yang penuh tekanan dijiwa. Namun track ini seakan mendengar album Bazzah (band black metal tersohor dari Pahang). Kedua2 track sumbangan Neftaraka benar2 bikin anda seakan berada dalam keadaan penuh tekanan, gusar dan risau. Gua akui music garapan Neftaraka ternyata penuh beremosi.

 Symphony Jimbalang

Berasal dari Pulau Pinang, band yang menggunakan nama Symphony Jimbalang ini boleh dikatakan band paling bersih dari segi produksi  bunyinya. Mempertaruhkan track pertama berjudul Fear The Holocaust, music mereka kedengaran sungguh gelap. Gua sedikit keliru dengan sound drum nya adakah menggunakan drum mesin atau trigger. Namun track ini agak menarik dengan selingan sedikit keyboard di beberapa sipi2 bahagian sahaja. Track kedua berjudul Ancient Dark Spell juga tidak member sebarang ruang. Drum menutup setiap sudut kosong disamping riffing yang berbunyi agak tebal sound gitarnya. Vocal juga agak ngeri. Ok, sekali dengar mengingatkan gua pada band Mistery yang pernah menghasilkan sebuah EP pada 90an dahulu. Symphony Jimbalang punya ramuan tersendiri dalam music mereka dan jika bergerak serius, mereka boleh pergi lebih jauh.

 Immolate

Immolate sebuah band yang berasal Sarawak ini pula mempertaruhkan lagu pertama bertajuk Sea Devil Worship (666 Kaul). Sebuah lagu yang pada gua perlukan sentuhan yang lebih baek dari segi rakaman terutama mixing nya yang agak kelam kabut bunyinya. Namun track kedua bertajuk Immolate In The Night Clewoon kedengaran lebih baek. Vocal juga kedengaran lebih bertenaga dari track pertama yang seakan kehabisan suara.

Keseluruhan kompilasi ini menyajikan irama Black Metal gelap (ada yang sebut Black Metal Hutan) yang lebih tepat jika disebut sebagai orthodok black metal. Juga boleh dikatakan rata2 music band yang terlibat hanya sedikit sahaja elemen melodic nya. Mungkin pemilihan band2 terlibat ini adalah jauh dari gejala melodic black metal yang seakan “sold out” atau mengikut trend. Ya, rasanya kelima2 band terlibat memainkan music yang jauh dari trend black Metal masakini yang sudah mencapai tahap popular. Haha..

Kompilasi ini rilis dalam kuantiti terhad iaitu 100 unit sahaja dan ianya dikeluarkan dalam format pro CDR. Kepada penggemar irama orthodok black metal, kompilasi ini adalah disarankan untuk anda memilikinya (itu pun jika belum habis, so sila kontek label2 yang menjualnya secara pantas).

Eastern Myth Records
Omen
Nosferial
Symphony Jimbalang
Neftaraka
Immolate

Aku akan buat kelas moshing di All Shall Perish. Sila beratur dapatkan nombor.

Hails! Aku dengar All Shall Perish mahu turun Kuala Lumpur bulan depan. Bagus sangat, biar aku ajar budak-budak poser macam mana nak mosh dengan betul. Bukan tumbuk lantai seperti menanam padi, bukan hayun lengan macam Cybercop warna merah tu, bukan karate kick macam Mr Miyagi atau macam-macma lagilah. Awas, aku akan buat kalian moshers melambung ke tepi dan hadir ke kerja esok pagi dengan muka lebam dan gusi depan rongak tanpa gigi! Ok aku nak makan nasi, true Metal kena makan jugak.

Nuclear Strikes – Megastorm Eyes (EP 2011)

Mereka sepatutnya muncul dikala irama sebegini melalui zaman gemilangnya sekitar 80-90an dahulu. Haha itulah yang layak dikatakan pada sebuah band berseluar merah ini yang juga lahir dari bandar Kajang yang memang terkenal dengan semangat old skool heavy metalnya. Nuclear Strikes yang terbina dari cetusan idea beberapa line up Antacid (juga wira thrash metal dari Kajang) yang bermula sekitar 2005. Nuclear Strikes turut memeriahkan gig2 heavy metal dan rock tempatan seperti Fenomena Rock dan sebagainya. Pada 2011, Nuclear Strikes telah berkampung di studio untuk penghasilan EP pertama mereka bertajuk Megastorm Eyes yang rilis pada 1/10/2011 ketika berlangsungnya konsert Monster of Metal (petang hari sebelum Konsert 2 raksasa Blues Gang dan Sweet Charity berlangsung).

 Nuclear Strikes
Steelgirl Ladyana (Vocal), Rex Strikes (Guitars), 1,2 Kill (Guitars),
Thunderbolt (Bass), Iron Speed (Drums)

Design dan Cover Illustrasi oleh :
Thunderbolt, Radzi DCA dan Warna Hitam Artwork.

Tracklist :

1 – Megastorm Eyes
2 – Last Savior
3 – Memoir of a Friend
4 – Red Soldier
5 – Terminal Danger
6 – Memori Hidup

Megastorm Eyes di terbitkan oleh Jun-Jun, manakala executive producer ialah Angel Studio manakala manager mereka DrDeck turut terlibat merangkap sebagai c/o producer untuk EP ini. Angel Studio menjadi medan rakaman EP ini dimana mereka menggunakan khidmat Mr Thana (Metalian – ni band rock lama ni..) manakala rakaman untuk track drum dilakukan di Sinar Studio milik Mus MAY. Proses adunan dilakukan oleh Mr Henry Teh dan Mr Thana manakala Mr Henry the sekali lagi bertindak untuk proses mastering EP ini. EP ini dikeluarkan oleh Angel Studio dan Madratts Productions.

Ok, track pertama bertajuk Megastorm Eyes membuka sesi perkenalan apabila permulaan lagu terdapat sentuhan sedikit berbau “marching” sebelum harmoni gitar mengalunkan irama sebelum Ladyana memulakan nyanyian. Ok, persepsi pertama gua bila mendengar track ini ialah sound gitar yang agak kotor (jangan harap bunyi berat melampau mcm band2 metal modern ya..) dan sememangnya sound sebegini boleh didengar dari band2 rock heavy metal lama seperti Teras (gua paling tangkap sound Teras jek..hehe). Ok, track berdurasi 6 minit 48 saat ini agak laju dan melebihi tahap rock (memang heavy metal lah senang cakap) serta boleh dikatakan pembuka semangat untuk anda menghentak kaki mengikut alunan melodi serta chorusnya. Ya tidak lupa solo gitar yang berlawan kiri dan kanan. Satu trademark heavy metal!


Last Savior yang menjadi track kedua muncul pernah anda lihat melalui youtube dimana rakaman persembahan lagu ini dilakukan di pusat pengajian swasta Lim Kok Wing (boleh tengok kat video gua letak atas perenggan ni). Sebuah track yang agak santai sentuhan heavy rock nya. Dengan pembukaan dwi solo harmoni membuatkan track ini kedengaran agak dalam mood moderate. Sebuah track yang lazat pada bahagian solo gitarnya. 

Memoir of a Friend merupakan sebuah track yang agak mendayu namun tidak terlalu ballad dan meleleh. Sesuai dengan rilisan2 terdahulu (era rock 80-90an) pasti akan diselitkan satu atau dua track bermood perlahan. Untuk lebih terang, mungkin senang gua kata kalau lu orang dengan lagu Hammerfall tajuk Glory To The Brave mungkin lu orang faham camana rentak lagu ini. Cuma bezanya lagu ni vocal nya wanita. Hahaha.

Red Soldier seakan sebuah lagu yang menjadi anthem kepada mereka selaku penggerak music heavy metal old skool sebegini. Jeritan mahal dari ladyana pada permulaan lagu menambah semangat lagu ini. Track ini kedengaran agak catchy pada melodi vocal serta riffing verse nya. Juga merupakan sebuah track yang kedengaran agak moderate dan tidak terlalu laju. Solo gitar? Haha xperlu cakap, memang berbisa dan penuh aura heavy metal.

Terminal Danger merupakan track berbahasa Inggeris terakhir didalam EP ini. Ok, bagi gua riffing track ini berbau band2 rock lama seperti Deep Purple, Led Zeppelin dan seangkatannya, namun tidak terkecuali jika gua katakana pengaruh Motorhead (tolak lagu2 laju macam Whiplash tu ok) namun melodi2 yang dihasilkan membuatkan heavy metal garapan Nuclear Strike kedengaran lebih solid dan kemas. Sekali lagi solo gitar perlu diperhatikan. Menarik!

Merupakan bonus track iaitu track bertajuk Memori Hidup merupakan lagu berlirik Bahasa Melayu. Gua agak terkeliru sebenarnya namun bila dengar semula baru gua sedar Memori Hidup menggunakan latar music dari track ketiga iaitu Memoir of a Friend. Ok, bagi gua ini percubaan yang baek dari Nuclear Strike dan kredit juga kepada Ladyana kerana berjaya membawa lagu ini dengan baek dalam bahasa ibunda.

Keseluruhan album ini sememangnya suatu yang sukar diduga kerana proses rakaman (ni gua chat sendiri dengan manager diorg dlm internet) Megastorm Eyes menggunakan kaedah analog. Rakaman analog merupakan kaedah yang digunakan oleh band2 lama sebelum muncul kepelbagaian perisian dan kaedah berbentuk digital didalam arena rakaman di dunia kini. Kaedah rakaman analog mungkin dipilih oleh Nuclear Strike untuk mendapatkan sound lama sebagaimana dihasilkan band2 rock heavy metal suatu ketika dahulu. Ya mereka Berjaya dalam percubaan ini. Dengan sound gitar yang berbau warm serta sound drum yang benar2 organik (trigger2 tolak tepi).

Ok, Megastorm Eyes boleh didapati dengan harga RM25 by hand dan RM30 by post. Untuk sebarang pembelian kami pihak DtE menyediakan link untuk berurusan secara terus dengan manager mereka DrDeck melalui lawan social facebook beliau. Juga jangan lupa kunjungi laman facebook dan myspace Nuclear Strike untuk maklumat terkini dibawah video live terbaru mereka dibawah ini. Heavy Metal Rules!!! \m/


Nuclear Strike - Fire at Will (lagu ni xde dalam EP Megastorm Eyes)
Live at Monsters of Metal 2011

Manager Nuclear Strikes - DrDeck
Myspace Nuclear Strikes
Facebook Nuclear Strike