VoTW- City Lights - Where Have You Been

Amacam? Suka pop punk dengan sedikit teknikaliti hardcore? Cuba ini.





Viniir - The Story [Chapter 1] demo (2011)

Selamat pagi Sabtu dan salam Krismas kepada penganut Kristian! Minggu ini memang minggu yang busy untuk menghadam releases yang baru tiba ke peti surat kami. Antaranya ialah demo CD sebuah band dari Perak iaitu Viniir.

Gua hanya mengetahui kewujudan Viniir melalui entry blogpost di Krenmaut. Yang menyebabkan gua jadi tertarik untuk mendengar Viniir adalah kerana mereka memainkan Viking Metal. Seriously. Orang Melayu main Viking Metal. No shit. Atau sekurang-kurangnya itu yang mereka claim.Really? Gua bertanya kepada diri sendiri, macam tak percaya. Gua merupakan peminat music jenis Viking dan Folk macam band berikut Thyrfing, Falkenbach, Windir dan bermacam-macam lagi. Jadi selama ni mentaliti gua adalah Viking Metal hanya eksklusif kepada region Scandinavia sana,mana mungkin belah rantau sini ada orang terfikir nak main style macam ni!

Tapi gua salah.



Viniir merupakan band yang berasal dari Ipoh, bandar yang merupakan kubu kuat gerakan Ipoh Metal Militant serta melahirkan banyak band tersohor macam Langsuyr, Necrotic Chaos, Vociferation Eternity, sekadar memberi beberapa nama. Berbeza dengan kebanyakan band seangkatan, Viniir mendakwa mereka memainkan Viking Metal yang berpaksi kepada tema (yang obviously) perang, pelayaran dan Odinism (mungkin).

Demo CD yang bertajuk The Story Chapter 1 ini menawarkan 3 trek yang berdurasi boleh tahan juga panjang iaitu:


  1. Thor
  2. The Story
  3. Edda War

Thor merupakan trek pengenalan daripada CD ini. Dimulakan dengan sample bunyi guruh (merupakan direct reference kepada Thor, God of Thunder), Viniir tak membuang masa untuk menawarkan riffing yang relentless. Ada sedikit thrashy pada riff gitarnya. Gua sebenarnya agak impressed dengan energy yang ditawarkan pada trek pertama ni. Wah bunyinya secara overall padat dan permainan agak kemas. Malang sekali takde pulak lirik jadi gua terpaksa bergantung kepada pendengaran sendiri untuk memahami apa yang dinyanyikan. Tamat lagu pertama membuatkan gua terfikir sejenak. Tema Viking ada diselitkan. Tetapi dari segi muziknya, eh ada gaya Eastern Metal atau sekali dengar ada bunyi-bunyi Langsuyr! Paling evident adalah pada solo lagu pertama, mengingatkan gua kepada lagu-lagu Langsuyr pada zaman Occultus Mysticism. Nevertheless, mereka ini solid dan gua anggap mereka tengah cari sound sendiri. 

Trek kedua The Story macam bosan sedikit. Masih dimulakan dengan sample peperangan, entah dari movie mana diambil. The Story sedikit panjang daripada Thor dan bermula dengan tempo sederhana. Ada sedikit off tempo pada bahagian terawal. Tapi mungkin gua punya perasaan gua je kot. The Story kurang aggresif berbanding Thor tapi ada kelebihannya dengan percubaan untuk memasukkan koir. Adalah juga feeling epic, sekalipun koir yang dibuat kurang solid dan berbunyi amatur. Solo gitar, hmm, macam recycle dari lagu pertama. Trek ni gua kurang lekat sikit la.

Viniir - Edda War

Trek terakhir iaitu Edda War merupakan personal favourite gua dan menutup EP ini dengan bergaya dan membuat gua jadi sedikit craving 'weh mana lagi lagu?dah habis ke?Damn!'. Masih dimulakan dengan sample (Viniir, kalau boleh tak perlu la semua lagu nak intro kena ada sample,next time boleh letak sample di tengah lagu, sekadar idea) tetuang dibunyikan, memberi gambaran jelas mood perang dalam lagu ni. Drummer memang jahat dengan blastbeat yang menggila di permulaan.Ada rasa nak headbanging pulak jadinya. Tremolo picking memang digunakan dengan prominent dalam lagu ni, menjadikan perisa Black Metal lebih apparent dalam trek terakhir ni. Eh ada sedikit koir di lagu ni jugak. Nice.Alahai, struktur lagu ni masih macam lagu pertama. Formula yang sama.Essentially macam sambungan lagu pertama dengan sedikit penambahan di sana sini.

Viniir merupakan band yang 'boleh bermain muzik' dengan idea yang sedikit berlaian. Untuk mengadili Viniir dari segi keseluruhan daripada hanya demo ni saja macam tak adil pulak, sebab ketiga-tiga trek sebenarnya berbunyi hampir sama. Baik dari segi intro (penggunaan sample dari filem/siri tv/game), gaya riffing gitar serta solo kesemuanya terletak di penghujung lagu, Viniir tak terlalu menawarkan variasi dan menjadikan demo ini sedikit bland.Lupakan label Viking Metal mereka kerana amat sedikit sekali kualiti Viking Metal yang ada (termasuk the fact mereka bukan berasal dari bahagian Scandinavia) malahan sound yang terhasil juga tak berapa nak Viking Metal, sekalipun dinyatakan ada pengaruh Amon Amarth, Ensiferum dan lain-lain. Bagi gua cukup je kot melabel music mereka sebagai Black Metal...tapi who cares kan kahkah!

Viniir berpotensi untuk dikenali, cuma terdapat beberapa kekurangan yang perlu diperbaiki dan kalau benar mereka memainkan Viking Metal, nampaknya mereka perlu bekerja lebih keras dengan membuat kajian tentang kualiti yang perlu ada untuk menjadi band Viking Metal yang...Viking. Pedulikan pandangan serong orang tentang orang Asia ingin bermain Viking Metal (kalau ada yang berpandangan sedemikian), kerana Viniir sekurang-kurangnya cuba menawarkan alternatif terhadap scene metal Malaysia! Personally gua berharap terbitan Viniir akan datang akan jadi lebih gempak dan bervariasi.CD demo The Story Chapter 1 telah mula dijual dengan harga RM7 by hand/ RM 10 secara pos.

Viniir boleh dihubungi di sini dan sini.

Reincarnation - Compilation of Thrash & Doom Metal (1994)

Berikut ialah satu keluaran dari label indiependent iaitu Sonic Asylum Records sekitar 1994. Split tape ini menggabungkan dua buah band yang punya perbezaan yang sangat ketara genrenya walaupun masih di bawah kepompong Metal. Reincarnation - Compilatin of Thrash & Doom Metal menjadi tajuk split tape yang lahir setelah kedua2 buah band iaitu FTG dan Modar muncul dengan rilisan masing2. 6 buah lagu yang terdapat didalam kompilasi (sewajarnya disebut split sahaja) ini dibahagi dua menjadikan setiap band membawa 3 buah lagu sahaja.

Reincarnation - Compilation of Thrash & Doom Metal

Tracklist :

1 - FTG - Fite To Free
2 - Modar - Restless
3 - FTG - Freedom That's Gone
4 - Modar - Inferior Symphony (Part I)
5 - FTG - Kill The Evil
6 - Modar - Disgrace

Modar
Man -  Lead Guitar/Vocal
Nusi - Vocal/Rhytm Guitar
Bujal - Drums
Joe - Bass

FTG
Bart - Vocal (arwah)
Jac - Guitars
Mie - Bass
Zam - Drums

Seperti di nyatakan pada perenggan pertama tadi keenam2 lagu yang terkandung didalam album ini adalah diambil dari rilisan pertama kedua2 band. FTG telah muncul dengan mini album bertajuk Freedom That's Gone pada 1992 keluaran Karun Seni manakala Modar menghasilkan sebuah album penuh dibawah label Sonic Asylum Records berjudul Inferior Symphony juga pada tahun yang sama. Kedua2 band menggunakan studio rakaman yang sama iaitu FGM Studio.

FTG -  Freedom That's Gone (1992) - Karun Seni
Modar - Inferior Symphony (1992) - Sonic Asylum Records

Jika diperhatikan pada lagu2 yang dihidangkan kedua2 band, sound produksi yang dihasilkan tidaklah berada dalam standard profesional album namun pada zaman distortion kuning sebegini rakaman seumpama ini boleh dianggap sebagai hasil terbaek.

FTG yang membawa genre Thrash Metal melihatkan permainan yang agak laju (lebih kepada old skool yang mungkin juga speed thrash) beserta nyanyian arwah Bart yang kedengaran serak2 basah. Fite To Free, Freedom That's Gone dan Kill The Evil merupakan lagu2 terbaek dari FTG dimana mungkin lebih bermakna jika album ini turut menyelitkan track Behind This Wall yang pernah termasuk didalam rancangan Muzik Muzik (err..sapa ada video klip Behind This Wall pihak editor request upload di youtube ya..). Menariknya Kill The Evil merupakan sebuah track yang menarik dimana permulaan lagu ini FTG menyelitkan unsur2 ketimuran yang berbau joget sebelum ianya kembali ke root asal FTG iaitu Thrash Metal.

FTG - Kill The Evil

Modar band dari Trengganu Darul Iman yang membawa irama yang cukup gelap, suram dan sedih. Restless, Inferior Symphony I dan Disgrace merupakan 3 buah lagu yang benar2 meresahkan. Dengan mood lagu yang perlahan (nama pun Doom Metal) beserta sound production yang mendap membuatkan lagu2 Modar sungguh berjiwa. Bunyi gitar yang tebal serta growl dari vocalist mereka benar2 bergema lantas menghasilkan sound doom yang terbaek pada pendengaran gua setakat ini.

Modar - Predestination (Live)
* lagu ini dari album Inferior Symphony yang tidak disertakan didalam kompilasi ini.

Secara keseluruhan album gabungan dua band ini merupakan antara split tape terawal yang muncul menggabungkan dua buah band yang berlainan genre. Bagi FTG tahun berikutnya mereka maju setapak kehadapan dengan penghasilan album penuh bertajuk Spirit To Rebel bersama Ponycanyon, manakala Modar seakan berkubur sehingga kemunculan semula sekitar 2006 bersama line up baru.

Dikeluarkan dalam format kaset sahaja (setakat ni xpernah lagi tgk ada CD) album ini pada waktu ini boleh dianggap sebagai khazanah yang agak rare. Mungkin seakan penawar bagi sesiapa yang gagal memiliki mini album FTG - Freedom That's Gone dan juga album penuh Modar - Inferior Symphony.

Ok, itu saja mungkin di masa hadapan gua akan menulis berkenaan album pertama Modar - Inferior Symphony pula.. papai..

Kenali FTG dan MODAR melalui link2 yang disediakan dibawah ini.

FTG
Myspace
Facebook

Modar
Myspace
Facebook

Kredit :
Youtube - Ovdevilz dan 6j6

Anathema - Falling Deeper (2011)

O hai amacam lu orang punya akhir tahun? Ada berita baik? Bonus confirm 4 bulan? Dapat trip pergi London? Naik pangkat? Tukar kerja baru? Bini pregnant? Cool. Jangan tanya gua. Hidup gua serabut. Kalau Contramen takpa, dia dah naik pangkat jadi laki orang kahkah!

Okay lah memandangkan gua dah lama sangat tak menulis (disebabkan komitmen terhadap majalah lain, itu kisah lain), Contramen dah banyak ambil alih isi kandungan DtE. Sepemergian gua jugak gua dapati rating pembaca ada naik sikit lah, mungkin jumlah haters Abu pun ramai datang visit semata-mata nak baca dan gelak (juga kutuk). Suka hati lu oranglah.

Ini kali gua nak review release terbaru band dari Liverpool, dulunya main death/doom sekarang bermain atmospheric rock, ANATHEMA! Tahun 2011 menyaksikan mereka menerbitkan album kompilasi Falling Deeper yang menampilkan koleksi lagu-lagu lama dari zaman mereka jadi mat metal depressive sampailah ke zaman atmospheric rock sekarang. Isitimewanya lagu-lagu ni dirakam semula dengan nafas baru yang lebih moden dan beremosi. Sebenarnya ini adalah reinterpretation lagu-lagu lama dalam bentuk orkestra, jadi lu orang akan dapati sesetengah lagu hanya retain sikit je dari versi asal dan diberi nafas baru.

Sebanyak 9 trek ditawarkan dalam album ini dengan penampilan khas bekas vokalis The Gathering iaitu Anneke van Giersbergen untuk beberapa lagu. Peh, solid okay.


  1. Crestfallen (dari EP Crestfallen)
  2. Sleep in Sanity (dari album Serenades)
  3. Kingdom (dari EP Pentecost III)
  4. They Die (dari EP Crestfallen)
  5. Everwake (dari EP Crestfallen)
  6. J’ai Fait Une Promesse (I Made a Promise) (dari album Serenades)
  7. Alone (dari album The Silent Enigma)
  8. We, The Gods (dari EP Pentecost III)
  9. Sunset of Age (dari album The Silen Enigma)
Untuk pengetahuan lu orang, Falling Deeper merupakan sambungan daripada album kompilasi Hindsight yang juga menampilkan konsep yang sama. Kedua-dua album menonjolkan elemen orkestra serta feedback lead guitar untuk membawa suasana atmospheric dan uplifting, jadi lepas dengar ni lu orang ada rasa macam terawang-awang sikit, rasa emo sikit camtulah kahkah.
Crestfallen menjadi pembuka untuk album ni dengan permainan piano yang melankolik. Mm, bayangkan macam lagu cinta. Tiada vokal utama melainkan vokal latar yang sekadar menyanyikan 'Falling Deeper' berulang-ulang kali sampai habis. Mainan orkestra (tak pasti live atau programmed) serta 'feedback' lead guitar memberi perisa tambahan atmospheric kepada lagu ni. Ah sedihnya. Damn. Sesuai didengar lepas bergaduh dengan awek.

Sleep in Sanity terus bersambung daripada Crestfallen. Macam lagu sebelum ni, ia hanya menampilkan struktur lagu yang minimal daripada yang asal. Lirik pun hanya berulang-ulang. Oklah tu kan, nak lagu full kalu, pergi dengar original version! Orkestra banyak mendominasi beserta dengan piano. Vokalis wanita Anathema iaitu Lee Douglas bersama vokalis utama Vincent hanya sekadar menyanyikan baris 'Sleep, I sleep' sehingga habis. Sekadar cukup rasa sahaja tapi pada gua memang syiok!

Lagu dari EP Pentecost III iaitu Kingdom menyusul sejurus Sleep in Sanity tamat. Lagu ni pun menerima treatment orkestra jadi ia wujud dalam arrangement baru. Aduh, depressive. Tak perlu nak bawak elemen doom, iringan orkestra je dah cukup buat mana-mana telinga yang mendengar berkata 'oi apa sedih lagu ni?'. Nantikan build up moment sehingga ke hujung lagu, wah memang epic.

They Die merupakan trek dari album Serenades. Versi Falling Deeper hanya menampilkan bahagian terakhir lagu ini yang epik dan fantastik (yang original). Yang baru punya ni diberi twist yang berlainan dengan piano serta strings, lantas memberi feeling yang sedih dan depressive. Ai depressive lagi.

Everwake! Lagu faveret gua dari mereka sepanjang zaman! Anneke van Giersbergen menyanyikan lagu ini ( versi asal dinyanyikan oleh Ruth Wilson). God damn it sedih siyal. Lagu ini pada versi asal memang dah cukup perisa kecewa, melankolik dan emosi, jadi versi baru ni takde apa penambahan sangat kecuali dengan piano, orkestra serta feedback lead guitar. Sebenarnya structure lagu ni pun dikekalkan 100% macam asal, jadi gua memang vouch ini lagu memang lu orang suka ah.

Lepas tu, tetiba keadaan jadi sunyi. J’ai Fait Une Promesse merupakan lagu jiwang jugak sebenarnya macam Everwake yang cerita pasal kekasih yang memberi jaminan akan setia sampai mati, ewah. Versi baru juga mengekalkan hampir sama macam struktur lagu asal kecuali vokal. Entah kenapa vokal takde pulak tapi masih boleh layan la. Lu orang nak propose awek pakai ini lagu pastu lu orang kasi nyanyi macam karaoke.Setel.

Alone adalah lagu yang disturbing dan creepy dalam album ni. Macam dengar suara awek lu orang yang dah mati berbisik-bisik kat telinga lu orang time tido. Amacam, kecut? Alone pun mengekalkan struktur asal lagu, tetapi dinyanyikan oleh Anneke. Suara Anneke dalam trek ni macam berhantu sikit dengan efek vokal echo dan reverse, tu yang gua rasa macam creepy sikit. Eh apa banyak sangat sikit sikit ni kahkah.

Dua lagu terakhir gua tak layan sangat tapi masih bagus jugakla. Contohnya We the Gods tu susunannya sangat beautiful dan layak dijadikan background music untuk filem atau drama terutama scene jiwang-jiwang musim sejuk kahkah!

Bagi gua album kompilasi ni memang syok ah. Sebab boleh nampak la kreativiti mereka mengolah semula lagu-lagu zaman doom metal mereka ke dalam bentuk baru. Hasilnya memang superb dan tak awkward untuk didengar. Anathema adalah contoh band yang musical direction mereka telah berubah tetapi masih relevan di kalangan peminat mereka (macam gua). Oleh itu kalau nampak CD ni kat kedai, lu orang angkat, gua jamin lu mesti rasa berbaloi punya,

Anathema boleh dicapai di sini dan sini .


Ooo by the way, gua duk menulis kat McDonald's ni. Peh rasa cam golongan urban siyol. K bye.

VotW : Daarchlea - Dher Phalse Mesaya (Official Music Video)

Mereka masih muda.. Mereka sangat berbisa!!!! Mereka dari MALAYSIA!!!!


Kenali Daarchlea melalui laman sesawang mereka dibawah ini :
Facebook
Myspace
Twitter

Reason To Resist - Existence Of A Bastards (Demo 2011)

Hai apa khabar.. maaf kerana DtE seakan mendiamkan diri kira2 dua minggu kerana kami agak sibuk dengan beberapa komitmen yg berkaitan kehidupan kami. Ok kali ini DtE kembali dengan review dari sebuah band Kuantan Pahang iaitu Reason To Resist yang telah melahirkan sebuah Demo bertajuk Existence Of A Bastards. Membawa genre Crossover Crust/Punk band ini jika diteliti penghasilan lagu2 nya punya kekuatan tersendiri dan boleh melangkah lebih jauh.

Buyat : Shure SM58.
Planta : Ibanez Guitar.
Mimi : Washburn Guitar.
Fara : Phill Max Bass.
Travolta : Gretsch Catalina Drum.

Layout dan design cover oleh Gore Blessed To Worms - Jamie
Artwork oleh Abel Resist Art

Tracklist :
1 - The Fall of Civilization!
2 - Capitalist Hell!
3 - Existence Of A Bastards

Existence of a Bastard menjalani sesi rakaman di Two Fingers Studio, Kuantan. Engineer yang bertanggungjawap dalam sesi rakaman ini ialah E-pi. Proses mixing dan mastering turut dilakukan oleh E-pi dimana track 1 dan 2 dilakukan pada October 2010 hingga January 2011 manakala Track ke3 rakaman,mixing dan mastering dilakukan pada December 2009. Demo ini dikeluarkan oleh Cactus Records.

The Fall of Civilization menjadi track pertama yang pada gua benar2 mengejutkan dimana music mereka agak komplek, berat dan laju (terutama pada bahagian drum). Penggunaan teknik growl pada main vocal dan paduan clean vocal (bukan clean vocal metalcore) kedengaran berselangan mengikut verse masing2. Juga riffing yang ada kalanya kedengaran bermelodi mengingatkan pada band Wolfbrigade. Dimaklumkan juga disini sound gitar band ini kedengaran agak mendap dan berat.

Capitalist Hell juga tidak mengecewakan dimana mood yang sama seakan track pertama menyerang tanpa belas kasihan. Paduan twin pedal dari pemain drum menyaksikan susunan dan gaya penciptaan lagu Reason To Resist bukan sebarangan. Pada gua track ini punya tempias pengaruh hardcore dan sludge metal. Pada durasi 4:12 kedengaran agak menarik dimana riffing feel in yang bermelodi di garap bersama sebutan bait2 liriknya.

Existence Of A Bastards menjadi track terakhir untuk demo ini. Sebuah track yang sama seperti 2 track awal namun terdapat vocal scream pada track ini diselangi clean dan growl pada vocal utama. Riffing dan drum turut memainkan peranan penting dalam lagu ini. Juga melodi2 yang dihasilkan pada chorus lagu menambah daya tarikan pada susunan lagu ini.

Keseluruhan demo bertajuk Existence Of A Bastards ini adalah sungguh baik dan jika dibandingkan dengan sound produksi produk2 sebegini, boleh dikata Existence Of A Bastards merupakan antara produk terbaek. Mungkin sesuai jika gua katakan sound produksi demo ini boleh diangkat sebagai EP sekiranya Reason To Resist menambah 2 atau 3 track lagi. Kesemua instrument yang dirakam juga jelas kedengaran. tahap permaianan instrument juga harus dibanggakan. Reason To Resist agak berlainan dari band2 seangkatan mereka kerana pertama durasi lagu2 mereka agak panjang hingga mencecah 5 minit lebih. Untuk demo ini kredit utama gua berikan pada pemain drum mereka kerana permainan yang konsisten walaupun permainan beliau agak laju namun tone yang dihasilkan jelas kedengaran dan kepelbagaian stroke yang dihasilkan menambah kelainan pada music Reason To Resist. Juga penggunaan twin pedal yang kerap kali membuatkan sound Reason To Resist kedengaran seakan band ini membawa genre hardcore dan metal.

Ok, Existence Of A Bastards rilis dalam bentuk 2 format iaitu CDR (gua sendiri mis untuk dapatkan demo ini dalam format CDR, mungkin sold out) dan kaset. Untuk kaset anda boleh menghubungi Cactus Records yang menawarkan harga RM6/unit.

Kenali Reason To Resist melalui facebook dan myspace mereka dibawah sample lagu mereka dibawah ini.