As Sahar - Bugis (2011)

As Sahar sebuah band berteraskan irama Black Metal yang merupakan antara pencetus Eastern Metal bersama Langsuyr pada zaman2 awal gerakan music underground muncul dengan album studio ke 6 bertajuk Bugis. Bugis muncul selepas album Phenomistik kembali menemui peminat dalam format digipack. Juga menjadi tanda tanya gua bagaimanakah konsep musical terbaru As Sahar untuk album terbaru ini. Adakah mereka akan kembali ke music asal mereka di era demo Santau dan Primitively Eastern Winds? melodi2 indah seperti didalam Phenomistik? Recording yang clean seperti Al-Rischa? atau bagaimana? Ok yang tu nanti kita sama2 dengar. Ok, line up yang terlibat didalam Bugis adalah One Barchiel (Vocal, Guitar, Synth) dan  Malik Hanael (Bass). As Sahar menggunakan khidmat Akhzareth (merupakan pemain drum untuk album Tir) untuk rakaman pada bahagian drum.

Bugis melalui proses rakaman, mixing dan mastering di Blackwinds Mastery, Singapore. Malik Hanael bertindak sebagai sound engineer dan juga penerbit bagi album ini.
 
Tracklist :
1 – By The Swung Of The Machete
2 – Bissu
3 – Possi Lana Dari Celebes
4 – Berwahi (Dalam Tuntut)
5 – Rejoice In Funeral
6 – Akkasaraki Nabbiya
7 – Fear The Bogeyman

By The Swung Of The Machete bermula tanpa sebarang tanda. Bersama scream dr One Barchiel elemen kelajuan diutamakan sebelum riffing berlainan utk sound stereonya memperlahankan rentak. Gaya yang boleh dihidu dari pengaruh Burzum. Riffing sama berulang sebelum solo gitar menyusul dan verse kedua dinyanyikan. Petikan bass berdistortion Hanael menjadi penyambung sebelum track berakhir dgn open chord dr gtar.

Bissu kedengaran berbau folks pada permulaan track dan riffing ini turut diulangi sebagai selingan untuk beberapa kali. Penggunaan akustik gtar juga menampakkan kelainan. Begitu juga dengan bunyian synth yg diterap bersama untuk track ini. Suatu kelainan yang dihasilkan As Sahar dari karya2 sebelum ini dengan penambahan elemen folks. Mungkin bagi pendengar Blackmore’s Night (riffing akustik) akan biasa dengan bunyian2 sebegini. Dan mungkin lebih tepat bunyian yang menggambarkan sesuatu suasana. Merupakan track pilihan gua untuk album ini.

Possi Lana Dari Celebes bermula dgn akustik gtar dan menyusul nyanyi berelemen pagan dan viking sebelum One Barchiel melakukan scream untuk verse pertama. Track ini juga boleh dikatakan mempunyai mood yang sama seakan track pertama tadi. Juga sebuah track yg punya pengaruh folks metal yang kuat.

Berwahi (Dalam Tuntut) kembali dirakam semula selepas didendangkan pertama kali didalam split album bertajuk Beyond Firmament bersama Hayagriva. Versi terbaru ini telah diolah semula lantas ianya kedengaran begitu berbeza dari versi pertama dahulu dengan sentuhan2 yang lebih menarik. Merupakan track terpanjang untuk album ini dengan durasi melebihi 9 minit. Juga penutup lagu bersama iringan akustik gitar, keyboard dan drum bersama seakan mewujudkan suasana suram seakan dinihari.

Rejoice In Funeral juga merupakan sebuah track yang pernah dikeluarkan untuk sebuah split 4 band yang bertajuk Eastern Damnation – The Hymns Ov Damnation yang membariskan band2 seperti Nefarious Azarakh, Eibon, Neftaraka dan As Sahar sendiri.Bermula dengan rentak laju serta layer keyboard menarik yang menghidupkan suasana lagu. Drumming juga agak menggila! Sesuatu yang menarik dimainkan pada durasi 1:42 sehingga 2:10. Dan pada gua, keyboard banyak memainkan mood untuk menghidupkan track ini. Ermm dapatkan CD dan dengar.haha!

Akkasaraki Nabbiya bermula dengan intro gitar untuk stereo side. Sebelum drum dan bass menyerang dengan ganas sekali lagi keyboard memainkan peranan penting dalam menghidupkan mood track ini. Juga banyak menggunakan plucking guitar sebagai riffing pada suku pertama lagu. Ermm sebuah track yang agak meleret dan bermood perlahan namun berubah sedikit laju pada durasi 4:30 sebelum kembali mendatar sehingga tamat.

As Sahar - Fear The Bogeyman

Track terakhir merupakan track yang juga terdapat didalam sebuah split album (4 bands) bertajuk Eastern Damnation terbitan Eternia Records (sila rujuk track bertajuk Rejoice In Funeral). Track bertajuk Fear The Bogeyman ini walaupun pada awalnya kedengaran seakan riffing (ada bau2) Burzum namun setelah masuknya track drum menjadikan trademark As Sahar kembali menyerlah. Riffing yang tidak terlalu melodic tetapi ternyata boleh bikin headbang seketika. Pertengahan track mood menjadi sedikit perlahan dengan riffing dari gitar akustik serta layer keyboard juga untuk kali keduanya di track ini mood perlahan digunakan bersama bunyian ombak.

Dari segi sound produksi boleh dikatakan Bugis merupakan antara album studio As Sahar yang paling raw (sila jangan samakan dengan Primitively Eastern Winds kerana ia nya hanya berstatus Demo Tape bukan album). Sound gitar yang digunakan agak kotor serta drum part jugak agak hilang tone nya apabila drum bergerak laju. Pada gua mungkin Bugis dilahirkan bersama misi tertentu yang boleh jadi untuk mengembali semula As Sahar seperti diawal kemunculan mereka atau mungkin Bugis akan menjadi sebuah album dari As Sahar yang paling berlainan dari album2 sebelum ni.

Konsep pula pada gua Bugis lebih kepada semangat Nasionalist manakala terma Eastern Metal yang selalu dikaitkan dengan As Sahar mungkin dapat dihidu dari lirik2 yang dihasilkan. Sound terbaru As Sahar atau music direction mereka juga agak berlainan. Penambahan beberapa elemen seperti folk dan atmospheric jelas kedengaran jika anda benar2 menghayati music yang dihidangkan. Pada gua mungkin Bugis sesuai dilabel sebagai Folk Black Metal. 1 lagi kelainan paling ketara untuk rilisan ini ialah ianya dikeluarkan oleh Blackwinds Production dan RDL Distro Malaysia pula menjadi pengedar kedua. Ini bermakna Bugis merupakan rilisan pertama As Sahar bukan lagi dari label rasmi mereka sebelum ini iaitu Nebiula Production.

Ok Bugis adalah disarankan kepada anda yang merindui sentuhan terbaru As Sahar. Dapatkan CD Bugis anda dengan harga RM30 by hand atau RM35 by post direct melalui :

- One Barchiel
- Blackwinds Production
- RDL Distro.

As Sahar boleh dihubungi melalui link2 yang disediakan dibawah :

Facebook
Myspace

* Sesi temubual antara pihak DtE bersama As Sahar akan menyusul selepas ini..


0 feedbacks: