Interview : As Sahar

Ok dah baca review ringkas album Bugis yang kami pihak DtE buat? Seperti dijanjikan pada footnote review tersebut kami akan bawakan pula sesi temuramah antara DtE dan pihak As Sahar. Yang pastinya beberapa persoalan bakal terjawap dalam sesi ini. Ok, apa tunggu lagi? Hanya di DtE interview exclusive bersama As Sahar untuk pembaca semua. Hail!!!!


1 - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami dari e-zine Dissecting the Euphony (DtE) dengan berbesar hati ingin menemuramah As Sahar. Boleh nyatakan siapa yang menjawap soalan2 kami?
Wan: Wa’alaikumsallam A is for Anomaly dan Contramen…. Salam sejahtera juga buat kamu berdua serta semua pembaca DtE. Seperti kebanyakkan interviu yang melibatkan As-SaHaR, aku – Wan (One Barchiel) yang menjawab soalan2 untuk berkongsi sedikit-sebanyak mengenai As-SaHaR …dulu, kini dan akan datang

2 - Perubahan line up untuk persembahan pentas agak memeranjatkan peminat2 As Sahar tanpa kelibat One Barchiel. Boleh nyatakan apa yang menyebabkan One Barchiel mengambil keputusan meninggalkan persembahan pentas bersama As sahar?
Wan: Banyak faktor sebenarnya yang mempengaruhi keputusan tersebut… Yang peribadi punya aku taknak cerita lah… Faktor utama ialah secara individu, aku tak gemar membuat persembahan live, tambahan pula aku dah tak jumpa apa itu keseronokkan dan kepuasan bermain gigs era sekarang. Gigs banyak, organizer ramai … band(mungkin aku sahaja yang rasa macam ni …Wallahu’alam…) hanya mendapat penat sahaja. Gig yang berprofil tinggi pun, organizer tak dapat nak bagi apa yang aku demand… Bermain gig bukan setakat persembahan pada hari gig tu sahaja… Preparation kami (latihan, transportation, accomodation) harus diambil kira juga… Dan bagi orang macam aku yang berjauhan dengan femeli sendiri sepanjang hari-hari bekerja, hujung minggu aku anggap ‘very precious’, dan kalau terlibat pada gigs bermakna untuk sepanjang minggu tersebut aku tak jumpa langsung femeli aku… So, waktu sedemikian harus diganti dengan apa? …Fikirkan….


3 - Berkenaan line up terbaru As Sahar (persembahan live) bagaimana karateria yang diperlukan sehingga mereka terpilih menyertai As Sahar versi live?
Wan: Secara jujurnya, aku tak terlibat dalam pemilihan line-up tu, tapi Malik Hanael pastinya meletakkan keutamaan kepada mereka-mereka yang biasa memainkan lagu-lagu As-SaHaR baik ketika jemming mahupun gigs. Melihat pada line-up yang ada, Kommander Waxs -drummer(DCA), Haelfie –vokalis(Massive) dan Syaf –gitaris(Al-Azazhil), dorang ni memang fitting pada kriteria tersebut tambahan pula dorang ni adalah thinker buat band masing-masing. Banyak maklum-balas yang aku dapat sebenarnya, fans taknak tengok “As-SaHaR baru” ini kat gig-gig, mesej aku buat fans nih – ada atau takdenya aku pada live show As-SaHaR, apa yang dorang tingok tu tetap As-SaHaR juga! Mereka memainkan lagu-lagu As-SaHaR juga! Support line-up live tu … Dorang membawa nafas serta tenaga One Barchiel bersama di atas stage!

4 - Jika dilihat, One Barchiel punya band projek iaitu Anti-K manakala Hanael bersama Requiem. Bagaimana anda berdua menghadkan penciptaan lagu2 As Sahar agar tidak termasuk elemen2 yang diterapkan pada band projek masing2?
Wan: Requiem memang 100% lain lah … ketara sangat kelainannya dengan mana Malik Hanael hanya menggunakan bass sahaja pada rakaman – totally No Guitars! Projek aku Antik (ataupon Anti-K), ntahlah … Aku tak buat apa-apa guidelines pon supaya ianya tak sama macam As-SaHaR, senang cakap aku main gasak ajer… nak sama ke taknak sama ke, terpulang kepada pendengar. Secara lirikal, ideologinya sama macam As-SaHaR – nasionalisme … dalam Anti-K diterakan juga kebencian berbaur fascistic!

Flyers credit to RDL Distro

5 - Siapakah pencipta artwork dan layout designer untuk Bugis (tidak dinyatakan didalam cover sleeve)?
Wan: Layout Malik yang buat … mana ada artwork? Gambar-gambar cilok dari internet daa… hahahaha

6 - Berapakah anggaran kos keseluruhan penghasilan Bugis termasuk kos rakaman, percetakan/pressing dan promosi?
Wan: Benda macam nih kadang-kadang melibatkan kroni … tak semua orang boleh dapat harga yang sama, so tak dapat aku nak cerita kat public … Malik Hanael guna studio dia sendiri untuk rakaman dan dia buat rakaman untuk band-band lain jugak… Lain band lain harga. Yang tak bayar dengan wang tetapi bayar dengan barangan pun ada.

7 - Bagaimana penjualan album Bugis? Mungkin boleh dinyatakan bilangan unit pressing yang telah terjual dalam tempoh masa tertentu?
Wan: Baru sebulan rilis dan dah lebih 300 terjual sejauh ni melalui online sahaja… ada zaman download-download nih, kira Ok kot jualan sejauh nih… Kalau dulu, zaman takde internet muzik, first orders ajer dah boleh mencecah 2000 unit, tetapi zaman sekarang nih hampeh daa… Pendengar era kini tak kenal apa ertinya memiliki CD original sesebuah band tu… Dorang lebih gemar cari benda yang ala-kadar dan free kat internet daripada menghargai produk yang ada original cover sleeves, sound yang best dan akan punyai nilai tinggi satu hari nanti. Salah satu sebab kenapa CD nih tak dijual kat kedai-kedai adalah kerana gejala seperti ini lah … kita memang tak boleh nak bendung sepenuhnya, tapi dengan cara nih dapat mengurangkannya …. So, bagi siapa-siapa yang nak order “Bugis”, buat masa ni hanya melalui facebook:-
http://www.facebook.com/profile.php?id=1749103358 (Wan As-Sahar)
http://www.facebook.com/malikhanael.blackwinds (Malik Hanael)
http://www.facebook.com/rdl.distro (Reymond RDL)

8 - Band2 yang banyak menjadi influences terbesar As Sahar dalam penghasilan Bugis?
Wan: Dari segi muzik, ketika penghasilan lagu-lagu, kami banyak mengambil pengaruh dari band-band baru kat Malaysia nih ... band-band seperti Singhasari, Ajal, Black Abyss, Brabazom kami belajar dari struktur-struktur muzik dorang serta riffing-riffing gitar … kami cuba olah, gabung dengan trademark muzik As-SaHaR dan tambah elemen-elemen folk, pengaruh dari muzik-muzik band-band ideologi Paganistic dari barat. Lirikal juga melambangkan nasionalisme – mungkin band-band dari Scandinavia paling sesuai kami nak jadikan pengaruh yang mana dorang bercerita tentang bumi, budaya dorang … sama halnya, kami nak share tentang apa itu Bugis, apa itu etnik Melayu, apa itu Nusantara.


9 - As Sahar pernah meriliskan 4 track yang dirakam secara live (Rockworld Penang) untuk album Bomohymns Okultika (2001). Jika As Sahar ditawarkan oleh mana2 label untuk sebuah album live penuh, adakah One Barchiel akan kembali memenuhi slot berkenaan sepenuhnya sebagai vocalist?
Wan: Harus ada banyak rundingan menjelang show tersebut … runding dan bincang dan mudah-mudahan kita mencapai persetujuan yang buat semua pihak happy. Seperti aku nyatakan, terdapat banyak permasalahan yang membuatkan aku tak dapat nak sertai gigs lagi bersama As-SaHaR, namun jika ada pihak yang bersedia tampil untuk selesaikan permasalahan tersebut … errr, why not? Aku mahupun pihak pengurusan peribadi aku sentiasa bersedia untuk berunding.

10 - Kenapa memilih Blackwinds Production sebagai label yang menerbitkan album ini sedangkan sebelum ini kesemua rilisan As Sahar hanya dikeluarkan oleh Nebiula Production?
Wan: Dah tiba masanya kita bergerak sendiri. Blackwinds Production adalah milik salah seorang anggota band ni sendiri, so benda nih nampak seperti D.I.Y. … label ni dah tertubuh lama, hampir sedekad tetapi tak pernah serius dalam perniagaan dan scene sehinggalah 2-3 tahun kebelakangan ini. Album terdahulu “Tir” juga merupakan rilisan gabungan Blackwinds-Nebiula, kali ini “Bugis” pula adalah gabungan Blackwinds-RDL. Yang penting, bersama Nebiula kami timba banyak pengalaman, banyak nasihat dan tunjuk-ajar dari Boss label itu sendiri. Keluarnya kami dari Nebiula juga adalah dengan restu label tu, dan antara kita tiada konflik. Bernaung di bawah label sendiri banyak advantage sebenarnya … bukan setakat dari segi kewangan, malah kepuasan usaha sendiri - itu yang harus diambil kira.


11 - Pengeluaran semula album Phenomistik dan Santau (Demo) dalam bentuk digipack seakan satu hadiah dari As sahar kepada pendengar setia As sahar dari zaman awal pembabitan As Sahar dalam kancah Black Metal. Adakah As Sahar punya perancangan untuk mengeluarkan semula album2 lain contohnya Bomohymns Okultika yang pada kami pihak DtE merupakan antara sebuah album yang membuktikan kemampuan sebenar As Sahar dalam persembahan pentas (merujuk kepada 4 track live pada album tersebut)?
Wan: “Phenomistik” dan “Santau” pernah jadi dua rilisan kvlt dari kami … pada pertengahan 90’an. Lebih sedekad kemudian, terdapat ribuan pendengar baru muzik kami… ada yang aku tanya dorang kata kenal atau pernah dengar As-SaHaR selepas album ke-3, ke-4 … so, pengeluaran semula dua rilisan tersebut lebih ditujukan pendengar-pendengar seperti ini. Satu lagi faktor adalah dulu, Nebiula Production hanya mengeluarkan dua rilisan tu dalam bentuk kaset … ada yang mengadu, kata kaset dah nerkulat lah, putus lah, dah jammed lah, kualiti sound dah mendak lah … so, benda nih jadi pengganti bagi dorang-dorang yang memiliki kaset dulu. Kini pihak Blackwinds Production sedang dalam perancangan nak mengeluarkan semula semua koleksi rilisan As-SaHaR dalam bentuk box-set dan pastinya ada sesuatu yang Xtra … Xtra…

12 - Satu soalan yang menyimpang sedikit dari As sahar namun masih didalam lingkungan music. Pada pandangan As Sahar, bagaimana tahap “profesionalisme” bagi pemuzik2 metal tanahair dari segi profesion sebagai pemusic metal? Adakah masih releven pemuzik2 genre ini bergerak secara professional pada zaman ini dan mungkin As sahar punya nasihat kepada band2 baru yang berhasrat menjadikan bermain music metal sebagai profesion utama mereka?
Wan: Susah nak komen benda camnih. Terpulang kepada individu… pucuk pangkalnya, diri sendiri. Kalau dorang rasa boleh pergi jauh, nak jadikan Metal nih satu kerjaya aku sokong dan aku cuma boleh nasihat “harus ada kesungguhan” … harus kerja keras – latihan, contacts, identiti band, kualiti muzik dan rakaman, dan sebagainya … Kami sendiri tak pernah lalui landasan sedemikian, pemberian masa band-kerjaya sentiasa menjadi masalah yang harus ditangani dan ianya sesuatu yang harus bagi kami memandangkan kedua-duanya pon kami perlu.

13 - Penjualan semula stuff2 rare atau yang sukar diperolehi (kadangkala kena rajin lebih sikit baru bleh jumpa) seperti CD, kaset dan LP kadangkala agak sedikit tidak logik jika dilihat pada harga yang ditawarkan (even 2nd hand atau 3rd hard atau dah ramai guna). Adakah langkah sebegini kelihatan seakan mengambil kesempatan terhadap scene itu sendiri dan sesama penggemar/pendengar?
Wan: Dah namanya RARE , harga pon kenalah RARE jugak! Bukan bagi stuff Metal sahaja … kalau kat luar dunia underground pon, kita jumpa barangan antik yang harganya –WoW!!! Lumrah alam … Pengalaman aku sendiri, waktu As-SaHaR keluarkan album Rock kami dulu iaitu “Baku Karama”, ianya mencetus macam-macam reaksi negatif dari fans kami … majoriti bencikan album tu, macam-macam kata-kata hina sehinggakan ada statement yang maki Emak aku yang takde kene-mengene dalam album tu pon ada! Itu 1999 – sekarang album tu dah jadi RARE, namun ramai yang nak cari album tu – ada yang dulu hina sakan kini nakkan album tu sebagai pelengkap koleksi As-SaHaR dorang … Aku kalau nak jual benda tu dengan harga RM 1 juta sekali pon, takkan dapat tebus nama Emak aku yang turut kena maki dulu sebab album tu….

14 - Bugis pada pengamatan DtE lebih kepada semangat nationalist pada keseluruhan album manakala unsur eastern metal lebih kepada lirik2 yang dihasilkan. Boleh As Sahar nyatakan definisi sebenar yang ingin disampaikan melalui Bugis dari segi keseluruhan album?
Wan: Nasionalisme… Nusantara Metal … Metal kampong … Mungkin lebih tepat ianya sebagai satu tanda support kami terhadap pergerakkan Darah dan Maruah, NSBM sambil menggalakkan lebih banyak band-band berpaksikan sedemikian muncul selepas ini. Seperti mana luasnya lautan yang bangsa Bugis kuasai, begitu luas juga kami harapkan Nusantara Metal ini akan menguasai underground kita!

15 - Jika diteliti Bugis turut menerapkan elemen Folks yang jelas didalam beberapa lagu. Bagaimana idea ini terhasil kerana didalam album2 terdahulu tidak terdapat elemen ini?
Wan: Dalam album “Phenomistik” dulu ada kot …kalau diperhatikan pada “Nadayage 1 (intro)” dan “Simfonie Jimbalang (mid-tro)”… Cuma kali nih kami selitkan elemen folk dalam lagu penuh. Sebab nak jadikan “Bugis” sesuatu yang kvlt seperti “Phenomistik” lah kami buat benda-alah folk-folk nih … Nakkan aura Melayu/ Nusantara tu ada feel …sesuatu yang dah lama hilang dalam As-SaHaR.

16 - Selaku band lama yang memperjuangkan irama Black Metal, apakah band2 baru yang punya potensi dan harus diberi perhatian umum pada mata As Sahar?
Wan: Banyak sebenarnya … Singhasari, Ajal, Black Abyss dan Brabazom aku dah sebut tadi. Kalau nak ditambah dalam list – DCA, Saka, ABMS 696, Astaroth, Navrathos, Narratik, D.I.E., Viniir, Thorns ov Hate, … bukan setakat umum ajer harus beri dorang ni perhatian, malah As-SaHaR sendiri – sebab band-band baru seperti nih datang bersama mereka idea-idea baru yang dapat kami pelajari. “Band lama” atau “otai” – dua istilah nih tak wujud dalam As-SaHaR!

17 - Perancangan terkini setelah kelahiran Bugis? Adakah As Sahar punya perancangan tour? Merchandise? Atau mungkin sudah mula menulis untuk lagu baru?
Wan: Tour mungkin dalam 2012 nih… insyaAllah. Kami akan umumkan dalam facebook kami dan sudah tentunya dalam DtE! Merchandise juga akan kami update melalui media dan blog elektronik nih… Penulisan lagu-lagu bagi album ke-7 sudah pon bermula… salah satu update penting yang harus kami share kat sini adalah, Kommander Waxs yang menjadi drummer bagi line-up Live kami, kini disertakan juga dalam line-up rakaman akan datang.

18 – Soalan terakhir, selama kewujudan As Sahar, boleh nyatakan gig2 yang dirasakan istimewa dan terbaek pernah As Sahar sertai?
Wan: Tanpa diragu, Darah Dan Maruah gig pada 5 Februari 2011 adalah kenangan yang paling istimewa dan terbaek!!! Ianya menggabungkan komuniti kami, nasional sosialis. As-SaHaR wujud kerana komuniti ini, pergerakkan ini. Yang positif mengenai gig tu ialah band-band dari genre berlainan tak kira Punk, Oi!, Thrash, Black Metal bersama dengan keharmonian, bersama dalam satu perjuangan - Kuasa Melayu!!!

19 – Kata2 akhir dari As Sahar kepada mereka2 diluar sana yang membaca temubual DtE bersama As Sahar?
Wan: TAKKAN AS-SAHAR HILANG DI DUNIA! TAKKAN ONE BARCHIEL HILANG DALAM AS-SAHAR!!! Sentiasalah check-out facebook :-
http://www.facebook.com/profile.php?id=1749103358 (Wan As-Sahar)
http://www.facebook.com/malikhanael.blackwinds (Malik Hanael)
http://www.facebook.com/pages/As-SaharOfficial-band-page/144808662206426
(As-Sahar official band page)

Untuk maklumat-maklumat terkini mengenai As-SaHaR (jualan stuffs, merchandise, gigs dan sebagainya). Thanks to A is for Anomaly dan Contramen of DtE kerana mengatur sesi temubual ni …Kami hargai efforts kamu dalam DtE – Malaysian No:1 underground music webzine!!!

0 feedbacks: