Interview : Symbiotic In Theory - Terma Sebenar Technical Death Metal Malaysia

Yaaaaa... Symbiotic In Theory sebuah band yang menjadi perhatian gua seawal mereka mewujudkan laman myspace music mereka sebelum EP bertajuk Scream Theory benar2 membuatkan pendengar music technical tanahair, Asia Tenggara mahupun dunia tercengang dengan kemampuan anak muda ini melahirkan music berteknikal dan sememangnya berisi. Kami pihak DtE juga berasa berbesar hati apabila soalan2 temuramah kami dijawap anak muda bergelar Symbiotic In Theory ini. Ok, santai sejenak bersama DtE untuk sama2 menghayati jawapan dari band bergenre Technical Death Metal tanahair yang sedang meningkat nama ini.


1 - Assalamualaikum abang2 Symbiotic In Theory. Terlebih dahulu boleh ceritakan secara terperinci bagaimana Symbiotic In Theory ditubuhkan.
Symbiotic in theory (SIT) di tubuhkan pada tahun 1998 tetapi pada awalnya menggunakan nama Hinazia. Line up yang bersama ketika itu ialah Amnizam (vocal/bass), Areef Iskandar (guitar), Hazmeer Rojani (guitar) dan Hazrul Ashraff (drum). Pada ketika itu genre Black Death Metal menjadi pilihan kami yang banyak berpaksikan band-band seperti Dimmu Borgir, Cradle of Filth, Morbid Angel, Cannibal Corpse, Slayer, Iron Maiden etc. Setelah beberapa tahun bermain music sebegini pada tahun 2005 kami mengambil keputusan untuk berhenti bermain semantara kerana agak bosan memainkan music yang sama setelah beberapa tahun. Jadi kesempatan ini kami gunakan untuk memberi sepenuh perhatian pada band band sampingan. Areef Iskandar dengan Reef, Hazmeer Rojani dengan Arsonveil. Selain itu Hazmeer Rojani dan Hazrul Ashraff juga mengisi masa lapang dengan bermain band di kenduri kahwin dan dinner. Kemasukan Hazmeer dalam Arsonveil juga banyak memberi kesan pada penubuhan SIT. Ini kerana Arsonveil banyak mengajar tentang genre Technical Death Metal seperti Cynic, Aghora, Death, Atheist, Pestilence, Spiral Architech, Gordiant Knot, Spastic Ink etc. Selepas kami belajar musik yang, pada kami masih baru ini semangat kami terasa membuak2 untuk menubuhkan kembali band asal kami. Tapi kami terpaksa membuat rombakan ahli dan penukaran nama band atas sebab-sebab tertentu. Antaranya kemasukan Syahrul Faisal (bass) yang menggantikan Amnizam(sekarang bersama Farasu dan Nefarious Azarak) dan penambahan seorang vocalist iaitu Abdul Rahim. Setelah dua tahun bertungkus lumus jamming sambil mempelajari musik sebegini akhirnya kami buat keputusan untuk merakamkan lagu kami sendiri. Pada February tahun 2008 kami telah berangkat ke Jakarta untuk melaksanakan misi EP pertama kami. Setelah seminggu kami merekod kami pulang ke Malaysia dan terus menyiapkan layout EP dan mencari nama band yang turut dibantu oleh saudara Syafiq Mahad. Nama Symbiotic In Theory dipilih kerana bagi kami nama itu sangat bersesuaian dengan konsep yang kami bawakan.


2 - Line up terkini SIT berubah di posisi vocal. Adakah saudara Azizuddin Adnan telah memegang posisi tetap untuk vocal atau sebagai sessionist sahaja?
Azizuddin Adnan adalah vocalist tetap band SIT.

3 - Jika diteliti music bawaan Symbiotic In Theory cenderung kepada technical death metal seakan Necrophagist dan punya solo2 guitar fusion seakan Cynic. Pada SIT, apakah yang membezakan antara SIT dan kedua2 band tersebut dari aspek music?
Yang membezakan kami dgn mereka adalah pengalaman dan bakat di dalam musik. Mereka merupakan pioneer di dalam musik bergenre technical/progressive metal sejak seawal tahun 80an lagi. Kami mengambil cara penulisan lagu dan konsep (prog metal) seiring dengan apa yang kami kaji dari lagu dalam album mereka dan di terapkan dalam penulisan lagu kami. Masih banyak lagi pengalaman dan ilmu yang perlu kami cari dan kaji untuk mewarnakan musik kami sesuai dengan konsep dan juga menyerlahkan identiti musik kami.



4 - Rakaman EP Scream Theory dilakukan di Indonesia. Soalan kami, mengapa Indonesia dipilih sebagai medan untuk menjalankan sesi rakaman sedangkan Malaysia juga sudah terdapat beberapa studio rakaman yang semakin maju seperti Bandshop, OQ Music Lab milik Azim Herriot, ISeekMusic dan beberapa profesional recording studio lagi?
Pada awalnya kami tidak merancang untuk merekodkan EP di Jakarta, Indonesia. Tetapi apabila mendengar lagu dari projek solo guitarist kami Areef Iskandar yang direkodkan di studio disana membuatkan kami teruja untuk melakukan rakaman di studio yang sama. Dalam pada masa yang sama juga Areef Iskandar masih berkerja di Jakarta pada ketika itu. Jadi kami mengambil peluang ini untuk bercuti bersama sambil merakamkan EP. Kami pada masa itu tidak beberapa mengetahui tentang studio recording tempatan. Jadi studio di Jakarta dipilih kerana kami yakin kami dapat apa yang kami mahu selain kosnya yang sangat berpatutan.

5 - Bagaimana penerimaan pendengar dengan kelahiran Scream Theory?
Alhamdullilah. Pada mulanya penerimaan pendengar tidak begitu memberangsangkan kerana mungkin kami kurang dari segi promosi dan mungkin juga genre musik sebegini masih baru untuk industri musik tempatan dan juga hanya minoriti yang mendengarkannya. Setelah kami mendapat panggilan daripada Thailand Metal Farm Record di Bangkok, Thailand pada tahun 2008 untuk mengikuti acara Metal Festival anjuran mereka dan juga menjadi headliner untuk sebuah gig di Singapore, kami mendapat panggilan temubual majalah tempatan dan blog-blog metal yang sedikit sebanyak membantu keberadaan kami di dalam arena musik metal tempatan. Setelah banyak review dan komen2 yang membangun kami mula bergiat aktif didalam gigs tempatan dan mendapat respon yang positif dari banyak pihak.

6 - Selain Necrophagist (paling cenderung), Cynic, Obscura, apakah influences2 lain bagi setiap line up SIT?

Azizuddin Adnan
- All Shall Perish
- Through The Eyes Of The Dead
- Burning The Masses
- Job For a Cowboy
- Big Chocolate (vocal Burning The Masses & Disfiguring The Goddess)

Areef Iskandar
- Greg Howe
- Ritchie Kotzen
- Frank Sinatra
- Fleshwrought
- Padi :)

Hazmeer Rojani
- Steve Vai
- Dewa Budjana
- P. Ramlee
- Marty Friedman
- Tosin Abasi

Hazrul Ashraff Rojani
-Sean Reinert
-Derek Roddy
-Richard Christy
-Pete Sandoval
-John Longstreth
-Thomas Haake

Syahrul Faisal
-Andy Dilluca
-Marcus Miller
-Sean Malone
-Shane Lentz
-Victor Wooten

7 - Boleh nyatakan instrument serta gadjet yang digunakan oleh SIT untuk sesi rakaman (semasa di Indonesia) dan juga persembahan live. Adakah terdapat perbezaan diantara kedua2nya?
Kami menggunakan Guitar Ibanez RG, bass Hamer dan Sonor drum. Manakala untuk efek kami hanya menggunakan Line6 guitar port direct kepada recording workstation menggunakan VST plugin dan drum trigger Alesis DM5 bagi drum. Kami sepenuhnya menggunakan digital recording technic dan bereksperiment dengan sound sampling bagi beberapa lagu di dlm album kami. Bagi persembahan live kami lebih banyak menggunakan direct amplifier kerana lebih mudah untuk mengeluarkan sound yang kami telah tetapkan dan sedikit sebanyak sama seperti apa yang di rakam di dalam album. Akan tetapi kami juga sentiasa menyediakan guitar efek prossessor (zoom G7.1ut dan metal muff) bagi menangani masalah apabila kami mendapat amplifier yang kurang sesuai.

 
Bagi persembahan live Areef menggunakan gitar Schecter Demon 7FR , Hazmeer menggunakan Schecter Omen 7.


Hazrul Ashraff Rojani:
Pearl mirror chrome snare 5.5x14
Axis Longboard double pedal
Tom2 8x10
Zildjian thin splash 8'
Stagg hi hat 12'
Stagg mini china 10'
Sabian splash 12'
Paiste china boy 18'
Alesis Dm4 trigger module
Ddrum trigger
Yamaha R10 trigger
Promark drumstick 5A


Syahrul Faisal
Hamer Velocity 5 String bass
J&D RM6 Fretless costum bass
LTD D6 6 string bass
Ibanez SW15 bass amp.
Pod Line6 Bass


8 - Peranan soundman/sound engineer untuk persembahan live adalah penting bagi sesebuah band dalam menghasilkan sound sesebuah band itu tersendiri. Adakah SIT mempunyai soundman sendiri atau sebaliknya?
Buat masa ini kami tidak mempunyai soundman yang tetap. Kami sering mendapat bantuan dari sahabat baik kami Firdaus Malik dari band Sammael Abraham bagi menjadi telinga ketiga kami. Bantuan dari kawan-kawan lain juga yang berada di bawah stage adalah sangat berguna bagi kami untuk mendapatkan sound yang terbaik. Band mate lain juga sering berkerjasama untuk menjaga balancing sound di atas stage dan menjadi tanggungjawab masing2 untuk menjaga sendiri setting amp yang digunakan. Areef Iskandar juga banyak membantu dari segi sound di module Alesis DM5 semasa kami menggunakan trigger drum.

9 – Beberapa band yang dilabel sebagai metalcore tetapi membawa aliran music extreme seperti The Black Dahlia Murder dan Abigial Williams. Apa pendapat SIT berkenaan isu seperti ini?
Bagi kami isu ini adalah berkaitan dengan peredaran zaman, pembaharuan dan penerimaan pendengar2 musik mengikut pada citarasa masing2. Terpulang kepada individu itu untuk menerima atau pun tidak. Ia adalah merupakan satu pendedahan yang baik untuk membuka minda dan juga memberi nafas baru dalam mencorakkan industri muzik metal luar negara dan juga tempatan. Tetapi kita juga tidak boleh lupa dan kita juga perlu mengambil tahu tentang asal-usul sesebuah genre yang kita mainkan. Ilmu juga adalah penting untuk memainkan musik metal.

10 - Jika diberi peluang, apakah band impian SIT untuk berkongsi pentas?
Kalau kami diberi peluang kami ingin berkongsi pentas bersama Cynic, Necrophagist, Cannibal Corpse, Meshuggah etc.

11 - Dalam persembahan terbaru, SIT telah membawa lagu cover dari Meshuggah yang dipetik dari album pertama Contradiction Collapse iaitu Humiliative. Soalan kami, adakah SIT dapat melihat perkembangan atau lahirnya band2 tempatan yang mampu membawa aliran music Math Metal dan Djent suatu hari nanti? Mungkin SIT boleh menyatakan beberapa band tempatan yang berkemampuan membawa music sebegini?
Pada masa ini secara jujurnya kami belum melihat band2 tempatan yang membawakan konsep seperti djent. Akan tetapi musik beraliran mathmetal seperti Devillica dan Hurricane (yang kami tahu) adalah sebuah band yang sangat bagus bagi genre tersebut. Bagi kami adalah sangat penting bagi setiap band mengkaji genre musik yang ingin dibawakan supaya muzik mereka lebih matang dan berkualiti. Apatah lagi konsep muzik technical seperti djent yang banyak menggunakan skill dan rythm yang kompleks. Dan kami sangat positif bahawa selepas ini banyak lagi band2 tempatan yang mampu membawakan musik sebegini.

12 - Beberapa band muda tempatan seperti Massacre Conspiracy dan Daarchlea telah menghasilkan profesional video klip untuk menambah promosi untuk band mereka. Adakah SIT juga bakal menghasilkan video klip dalam masa terdekat? Untuk album terbaru barangkali?
Bagi tujuan promosi kami memang merancang untuk membuat musik klip bagi album yang akan datang. Memandangkan cara visual lebih memberikan kesan efektif kepada pendengar dan sekali gus memperkenalkan band kepada umum sesuai dengan peredaran semasa. Akan tetapi janganlah menganggap ini sebagai trend masa kini. Biarlah video klip ini diberikan atau digunakan pada saluran2 yang betul. Yang penting kejujuran dalam bermuzik.

13 - Tuning guitar adalah penting dalam menghasilkan sound yang berat bersesuaian dengan genre metal. Boleh nyatakan tuning yang digunakan kedua2 gitarist serta bassist (6 string) SIT? Juga apa pendapat SIT berkenaan drop tuning down tune?
Kami menggunakan guitar 7string tune standard D(turutan dari bawah D,A,F,C,G,D,A). Bassist kami menggunakan 6string (turutan dari bawah A#,F,C,G,D,A). Pendapat kami tentang drop tuning adalah tergantung kepada keselesaan didalam permainan instrumen individu masing2. Kami lebih selesa menggunakan standard tuning kerana kami banyak menggunakan full chord dalam permainan guitar kami. Dan juga memudahkan kami untuk merangka riffing dan juga solo didalam lagu kami. Bagi sesetengah pemuzik mungkin open tuning lebih mudah untuk mendapatkan riffing dan sound yang berat. Pada kami juga open tuning lebih mudah dan 'ekonomi' bagi menghasilkan sesebuah rangka lagu bersesuaian dengan genre musik metal yang dimainkan.

14 - Soalan cepu emas! Jika SIT dilamar label antarabangsa seperti Nuclear Blast, Metalblade, Roadrunner dan sebagainya, adakah SIT sanggup menjadi pemuzik profesional dan melakukan rutin tour serata dunia dan meninggalkan profesion anda sekarang?
Jika itu adalah mimpi kami tak ingin dibangunkan dari tidur. Haha.. Kami memang menyimpan cita2 dan visi untuk kearah yang dimaksudkan bagi meningkatkan pengalaman dan juga membuktikan bahawa pemuzik metal tempatan mampu seiring dan setanding dgn band2 luar negara sekaligus memperkenalkan nama Malaysia di serata dunia. Sebelum mencapai ketahap itu kami harus pastikan kesungguhan dan membuktikan keupayaan kami dalam menghasilkan material2 yang berkualiti dan mendapat tempat bagi pendengar tempatan. Iya, jika ini rezeki yang telah ditetapkan kami bersedia untuk focus di dalam profesion ini dan akan sentiasa berusaha sebaik mungkin dalam industri musik tempatan mahupun antarabangsa.

15 - Perkembangan terkini SIT. Boleh cerita serba sedikit berkenaan perancangan terkini? Bilangan lagu2 baru, plan album, perubahan music direction mungkin? Atau persembahan live dalam masa terdekat?
Kami ada membuat beberapa pre recording bagi lagu2 baru kami yang akan dimuatkan didalam album yang akan datang. Untuk sementara waktu kami lebih fokus didalam penulisan lagu dan ingin menghasilkan material yang lebih baik daripada EP sebelumnya. Mungkin kami akan memuatkan sebanyak 10 buah lagu didalam album akan datang. Dari segi perubahan music direction kami akan berekspiremen lagi dengan gabungan elimen elimen jazz dan fusion. Kami sering mempromosikan single terbaru kami berjudul 'mine' di gig gig seluruh malaysia.

16 - Kata2 terakhir SIT kepada mereka2 yang membaca intebiu ini..
Keep in touch.. And stay metal..hehe.

Ok, untuk yang belum mengenali Symbiotic In Theory, sila check link yang kami sertakan dibawah video dibawah ini.

Symbiotic In Theory - Inside

Facebook
Myspace
Reverbnation

0 feedbacks: