VoTW - Alcest - Les Voyages De L'Âme

Hai, VoTW kembali lagi. Tolong jangan persoal kenapa gua dah lama tak tulis. Minggu ni kita layan band dari Perancis yang bermain shoegaze + post-black metal yang sedikit aneh directionnya iaitu Alcest. Maaf, takde elemen setan, hanya perkara abstrak, impian dan mimpi diceritakan. Cantik artworknya malah muziknya buat rasa melayang. Mohon enjoy!


Humiliation - Seek To Survive (2011)

Kami pernah membuat review pada album penuh pertama mereka yang bertajuk Dawn Of Warfare yang dipasarkan pada 2010. Nampaknya mereka antara band2 yang produktif dalam penghasilkan album setiap tahun. Mereka juga telah melalui 1 fasa peningkatan dari segi persembahan apabila menggegarkan pentas2 antarabangsa terutama pada 2011 dimana beberapa venue gig di Japan berjaya dimusnahkan oleh 5 orang tentera Old Skool Death Metal ini.

Humiliation, sebuah band yang memperjuangkan irama old skool death metal. Seek To Survive menemui pendengar pada penghujung 2011. Berbekalkan 12 track yang terkandung didalam album ini sekali lagi telinga2 pendengar irama lama ini pasti bergoyang!

 Artwork oleh Insomaniac Lab

Tracklist :

1 - Where It All Begins (Intro)
2 - Lost Contact
3 - With One Objective
4 - Death March
5 - Towards The Target
6 - Dawn Of The Dead
7 - High Fliers
8 - Hellfire Pass
9 - Judgmental To Kill
10 - Observation Post
11 - Pasir Panjang Ridge
12 - And There’s No End (Outro)

Seek To Survive melalui proses rakaman di Hotsound Studio Kuala Lumpur. Diterbitkan sendiri oleh Humiliation, proses mixing dan engineering dilakukan oleh Ahmad Zahid. Manakala proses mastering dilakukan oleh Carl Saff di SAFF Mastering Chicago USA. Ultra Hingax Production dipilih sebagai label rasmi yang mengeluarkan album ini.

Album ini sebenarnya hanya terdapat 10 lagu bervocal manakala outro dan outro di gunakan sebagai permulaan dan penutup album. Jika anda pernah terbaca review kami untuk album pertama mereka Dawn Of Warfare mungkin anda akan memahami music bawaan Humiliation untuk setiap track didalam album ini. Dari 10 track bervocal, track pilihan gua ialah Pasir Panjang Ridge. Tajuk track pun dah pelik. haha.. Tapi ianya sebuah track yang menarik pada gua. Sedap sekali headbang mengikut rentak lagu ini. Jika ada yang kata music berat itu untuk sesuatu yang laju anda ternyata silap! Kerana track ini bakal menjawap erti sebenar "berat" dalam kontek music bertempo perlahan (jangan pikir ini track ballad ya..plucking gitar pun xde tau..)

Keseluruhan album ini sangat membanggakan terutama dari segi sound produksi. Kualiti bunyi yang dihasilkan sememangnya sudah mencapai kualiti antarabangsa dan boleh berada setanding dengan hasil2 produk dari luar negara. Sentuhan mastering dari teknologi2 terkini luar negara mungkin antara faktor mutu rakaman Seek To Survive begitu membanggakan. Peningkatan mutu bunyi dari setiap album yang dihasilkan jelas menunjukkan kemajuan dan Seek To Survive pasti akan membuatkan gegendang telinga anda berdengung. Namun begitu kepuasan mutu rakaman adalah sesuatu yang patut dibanggakan.

Kepada peminat2 Old Skool Death Metal era Obituary, Benediction dan Bolt Thrower, produk terbaru Humiliation bertajuk Seek To Survive ini adalah disarankan untuk anda dapatkan. Siapa peduli dengan minat anda yang merindui nyanyian meleret John Tardy dan lirik2 bertemakan peperangan. Ini lah jawapannya dari anak2 tempatan. Support band ini!

Humiliation - Trench (Live Singapore)

VoTW : Subculture & Mira Tilu - Menari di Angkasa

Ok.. VoTW kali ni menampilkan sebuah video klip yang masih panas dan baru diupload. Gua tengok baru ada 5 orang view. ok apakata sama2 kita layan sekejap video klip dari otai punk rock tanahair Subculture bersama Mira Tilu.


Ok, amacam????

Interview : Neftaraka - Kegelapan tahap maksima!

Abu kemeyan punya penangan bikin mamat metal troo bengang dan fuck sama DtE. Itu penulis undangan kami punya luahan. Gua Contramen dan A is for Anomaly x amik port langsung sebab isi DtE tak lari dari music. Ok, ini ada satu intebiu sama band Black Metal tempatan yang sound mereka x bleh lari dari perkataan RAW. nah x payah melalut, hanya di DtE.. sesi temubual bersama Neftaraka

1. Bagaimana lahir rasa untuk menghidupkan semula Neftaraka setelah menyepi dengan penghasilan demo bertajuk A.W.BM pada 1997 dan muncul semula pada 2006 dengan beberapa split album dan demo?
Ianya seperti satu ketagihan bila anda sudah mempunyai band yang lengkap tetapi tiada masa atau peluang untuk bersama. Jadi ada masanya rasa rindu untuk bersama band semula adalah terlalu kuat. Jadi atas dasar itu lah kami muncul semula walaupun tidak mempunyai anggota kumpulan yang lengkap ( Silblyss & Lord meninggalkan Neftaraka selepas demo AWBM). Secara kebetulan aku bertemu semula dengan gitarist asal Mr. Dark Buruj dan kami sepakat untuk menghidupkan kembali Neftaraka pada 2006. Pada awalnya hanya kami berdua sahaja survive dalam band. Nak  cari line-up yang sekepala dan menjiwai influence kami amat la payah. Jenuh dah merekrut kawan2 tapi tidak kesampaian. Hinggalah kami bertemu dengan sahabat lama, Mr. Izfarator dan setelah beberapa sesi perbincangan dan latihan, Izfarator bersetuju untuk bersama Neftaraka sebagai sessionist di posisi drum. Dan dengan ada nya line-up ini Neftaraka mula bernafas kembali dan hasilnya kami merakam & compose beberapa lagu baru juga lagu-lagu lama yang terperap, direkodkan kembali dengan menggunakan nyawa Neftaraka ketika itu..Sony Walkman Recorder haha. Pure fucking harsh!


2. Boleh nyatakan line up terkini Neftaraka?
Silbyss – guitars/bass, Xxxull – guitar/vox & Unknown H – Drums.

3. Eternal Harsh (klik sini untuk baca review album ini) merupakan album penuh pertama Neftaraka. Boleh ceritakan secara terperinci bagaimana penghasilan album ini dilakukan? (kalau dengar betul2 macam guna banyak studio dan sound production pun agak berlainan mengikut lagu)
Album ini pada awalnya tidak dirancang sama sekali. Kami cuma buat lagu, rekod dan simpan. Proses rakaman album dibuat di studio yang sama (Necro X Studio) cuma mood & feel kami berlainan pada setiap tracks. Itu yang kamu boleh dengar ada perbezaan dari segi sound di setiap tracks. Entah kenapa kami rasa tidak selesa kalau di arrange kan pada satu sound sahaja. Ianya rasa macam dikongkong. So, apa yang kami rasa, alami disekeliling diabadikan dalam setiap lagu yang ada dalam album tersebut. Ada macam-macam cerita disebalik pembikinan album ini, tetapi biarlah rahsia haha. Zizi Amri dari Apocalypse Venomous Records adalah individu yang bertanggungjawab merealisasi kan impian kami untuk melahirkan album pertama dalam format tapes. Memang misi asal kami adalah full length dalam format tapes. Kalau tak salah aku, semua nya dirancang selepas gigs Live Possessed di Kuala Lumpur dimana kami menjadi supporting bands untuk legendary Rator.

4. Neftaraka banyak terlibat dengan penghasilan split album bersama band2 luar Negara. Bagaimana deal atau pembahagian profit hasil jualan album2 tersebut bersama label2 luar negara?
Semua rilisan tersebut adalah atas dasar kawan2. Kami kira macam gamble jugak lah spread promo tracks yang raw tu pada kawan2 luar. Dan mereka menghargainya walaupun kalau diikutkan dari segi kualiti bunyi memang hancur. Tapi itulah Neftaraka, dan itu lah muzik & cara kami secara total. So, mereka dapat menerima malah ada yang sanggup beli balik  walkman or tapes recorder untuk dapatkan sound macam kami haha. Deal kami dengan mereka mudah. Dapat copy untuk simpanan kami dah memadai. Kita bukan band besar nak deal royalti ke apa. Only non-profit can be trusted!

5. Kebanyakkan demo, EP, split dan album Neftaraka dihasilkan dalam kuantiti yang limited. Mengapa ia nya dihasilkan dalam kuantiti sedemikian?
Kami rasa dengan kuantiti sebegitu sudah memadai untuk memperkenal or mempersembahkan karya kami di seluruh pelusuk alam. Kami tidak berhasrat untuk  keluarkan dalam kuantiti besar. Ianya adalah untuk mereka-mereka yang menghargai perjuangan Neftaraka, muzik Neftaraka.

6. Apa pandangan Neftaraka berkenaan perubahan arah musical Darkthrone dari Black Metal kepada Heavy Metal Crusty Punk?
Mungkin faktor usia dan minat diaorang. Tetapi memang dari dulu lagi Fenriz & Nocturno Culto nak main rentak sebegini. Minat mereka mendalam pada sound2 80’an. Fuckin pure analog worshipper! Mungkin ini adalah influence mereka dan hanya di realisasi kan dalam era baru ini. Ada yang tidak bersetuju dengan perubahan ini, tapi kami tak kisah dan kami faham kenapa mereka berbuat demikian. Ianya adalah ibarat satu kenikmatan dalam berkarya pada usianya..bukan Darkthrone sahaja malah hampir kesemua band2 godz  satu ketika dahulu sudah berubah.

7. Pandangan Neftaraka berkenaan band2 luar negara yang pada beralih dari genre asal kepada genre Black Metal (symphonic dan sebagainya) seperti Abigail William dan Fleshgod Apocalypse?
Kadangkala ianya rasa macam trendy, or mencari market. Bagi aku secara peribadi, memang tak pernah langsung dengar material2 band sebegini walaupun kita tahu kualiti or kemampuan diaorang menghasilkan muzik yang hebat. Tetapi dalam konteks sebaliknya, kamu umpama mengkhianati band kamu sendiri. Sekarang pun sudah banyak bands yang tiada originaliti muncul merata-rata. Itu belum lagi yang menyongsangkan elemen Black Metal dgn tambah itu ini. Ianya boleh dikatakan pembaharuan dalam genre itu tapi bagi kami ianya seperti satu pengkhianatan. Fuck!

8. Band2 baru Raw Black Metal tempatan yang perlu diberi perhatian pada mata Neftaraka?
Yea, banyak band2 yang muncul sekarang dan ianya bagi kami  adalah penyambung legasi yang akan datang.  Kami pun tak tahu setakat mana mampu bertahan. Masih ada yang still minat atau menjiwai keistimewaan disebalik istilah “RAW”. Banyak band2 baru yang aku rasa perlu diteruskan seperti Black Abyss, Claw, Navathros, Santau, Ajal etc. Banyak juga yang kami tidak berkesempatan nak explore tapi kami percaya mereka menghasilkan karya yang bagus dan datang dari diri sendiri. Dan jaga lah band elok2..jangan sekerat jalan.

9. Bazzah, Rator dan Nebiras. Pandangan Neftaraka berkenaan ketiga2 band yang merupakan antara penggerak terawal Black Metal tempatan?
Mereka adalah pencetus evolusi legasi Black Metal tempatan. Kami memang teruja bila pertama kali dengar demo Bazzah ‘Necromancy’, Rator dengan ‘Evil Symphony’ nya dan Nebiras dengan demo selepas era Necrofist dan jugak Vulga dengan sound & penyampaian yang unik ketika itu. Mereka adalah influence kami dari scene tempatan. Ianya seperti disease yang merebak ketika itu. Mana-mana port kami pergi pasti akan ada yang tengah melayan material2 mereka. Diharapkan mereka dapat kembali dalam scene dengan material baru yang still pada konsep yang lama. Ianya masterpiece!

10. Apa pandangan Neftaraka berkenaan perkataan “TRUE” yang diangkat menjadi jalan hidup bagi pendengar mahupun pemuzik Black Metal?
Hah..true? true or not? Bla bla..dari dulu lagi kami dok dengar perkataan ni haha. Ada lagi yang pakai ye? Kesian. Apa yang true nya?Apa yang kamu kaitkan ‘true’ dengan kehidupan kamu? Sampai bila? Kehidupan kamu dah memang “true”. Tanah jugak adalah “TRUE” sebenar kamu. Berjumpa la disana haha. Fuck!

11. Bagaimana usaha Neftaraka untuk membuka mata awam yang menganggap pendengar dan pemuzik Black Metal itu rosak akhlak, tidak beragama dan mengamalkan kehidupan tidak bermoral?
Black Metal tidak patut disanjung atau dijaja untuk mengambil hati orang,masyarakat. Minda mereka cetek dan sudah cukup dibekalkan dengan ceritera dongeng & fantasi orang lain tanpa mengetahui selok belok yang sebenar. Sekarang ni apa yang kamu buat walaupun kamu pakai baju melayu sekali pun main Black Metal mereka kata ini adalah “ Black Metal”..sesat larat, rosak binasa etc. Ianya adalah sifat semula jadi yang ada pada manusia-manusia di MALAYSIA! Kamu tahu apa yang kamu lakukan dan teruskan tanpa pedulikan mereka berkata songsang. Fuck the rest!

12. Adakah boleh dikatakan “TREND” apabila secara tiba2 banyak band2 baru menubuhkan band2 yang berkiblatkan music2 lama seperti heavy metal kangkang dan tidak terlepas juga ada band2 baru yang membawa irama Raw dan Orthodox Black Metal?
Jika itu adalah minat mereka yang mendalam, passion mereka dalam berkarya..teruskan tanpa mengikut orang lain atau pun apa2 unsur yang boleh menjahanamkan band kamu. Nak kata trend tu tak pasti, tapi jika ianya dilahirkan untuk meneruskan legasi sesuatu genre tanpa memperjudikannya..ianya adalah bagus.

Neftaraka - MORTS (2012)

13. Boleh ceritakan isi kandungan MORTS yang menjadi album penuh kedua Neftaraka?
Morts adalah album penuh kedua kami selepas Eternal Harsh. Ada 8 lagu dalam album ini dan ekprestasi dalam album ini agak berbeza dengan album pertama. Hampir kesemua lagu dalam Morts adalah karya terbaru yang dihasilkan sepanjang tahun 2011. Eldritch Lunar Miasma Records (UK) telah mengeluarkan album ini dalam format tapes dan CD dalam kuantiti yang terhad sahaja. Dapatkan copy anda sekarang.

14. Dimana, siapa dan bagaimana rakaman MORTS dilakukan?
Proses rakaman dibuat di studio kami sendiri (NECRO X) dan dibantu oleh sound engineer kami yang sudah serasi berkerja dengan kami iaitu Mr. Amergeddon.

15. Lirik yang dihasilkan Neftaraka lebih berkisar mengenai apa?
Kebanyakkan nya kami tujukan pada mereka yang tidak mengingati siapa diri mereka sendiri. Nak di huraikan terlalu sensitif. Biarkan kami sendiri yang tahu disebaliknya. Selain itu, elemen persekitaran yang kami lalui, lihat di depan mata juga menjadi sebahagian dari subjek lirikal kami. Tiada apa yang istimewa, cuma mistikal di jiwa kami sahaja.


16. Antara profesional sound production dan raw, yang mana menjadi pilihan Neftaraka?
Kami bersama sejak mula dengan konsep & cara penyampaian yang kasar, unpolished dengan erti lain “RAW”. Tidak dinafikan ada elemen perubahan dalam cara rakaman material Neftaraka selepas demo ‘Theme From The Unknown Winds”. Bermula dengan EP “Raw Ist Law” kami mula bereksperimentasi dengan alatan rakaman analog/digital dan ianya masih lagi kekal dalam elemen “Raw” dan ianya tidak akan berubah..eternally

17. Album pilihan terbaik Black Metal  untuk 2011?
Takde kot..yang terbaik sepanjang zaman bagi kami adalah material dari Abruptum, Mayhem, Lunar Aurora, Zorn, early Ulver, Varathron dan Darkthrone.

18. Terdapat juga one men band di seluruh dunia yang membawa music Raw Black Metal. Pandangan Neftaraka kerana band2 ini hanya menghasilkan studio album dan tidak merealisasikan lagu2 mereka secara live?
Kami pun pernah mereleasekan material dengan band2 sebegini. Bagi kami, sekarang semua orang boleh buat lagu. Dalam tandas pun still boleh compose lagu haha. Teknologi lead everything today. Sape nak nafikan? So, dalam konteks ni, idea dan kreativiti individu tu sendiri memainkan peranan penting untuk menghasilkan material yang bagus walaupun menggunakan teknologi terbaru ini. Kat Malaysia pun ada yang one man band yang bagus seperti Deep, Filsufatia..tapi still banyak yang tak expose lagi tu. Aku percaya banyak lagi.. ke kami yang ketinggalan? Haha

19. Pendapat Neftaraka berkenaan kemunculan semula Varg Vikernes bersama dua album Belus dan Fallen?
Bak kata kami tadi..passion seseorang terhadap minat dia tidak dapat dihalang. So, sama lah dengan mamat ni. Kat dalam pun dia still boleh release macam2 material yang boleh dikatakan bagus bagi mereka yang menghayatinya. Kemunculan Burzum dengan dua album terbaru setakat ini adalah merupakan satu langkah yang kami salute untuk dia meneruskan legasi band nya. Ianya ibarat darah daging..teruskan sampai mana ianya berhenti. Mungkin ada yang tidak bersetuju tapi biarlah apa orang nak kata. Burzum still dengan attitude yang sama. Lain lah kalau Burzum sekarang main pop yeh yeh. Itu baru lah boleh dipertikaikan kemampuan Varg.

20. Jika Neftaraka diberi peluang menjayakan konsert besar dan mainstream seperti Rock The World, adakah Neftaraka akan menyertainya?
Tidak!

21. Perancangan terkini Neftaraka? Mungkin dalam proses menghasilkan split album mungkin? Atau ada merch terbaru bakal menemui peminat?
Sekarang selain baru mereleasekan “Morts”, kami juga sedang menunggu release date untuk split kami bersama KVESTE (France) yang akan direleasekan oleh Humanity’s Plaque Production dari Usa. Ianya akan release hujung bulan ini.

22. Kata2 terakhir Neftaraka kepada pembaca2 yang membaca sesi temubual ini.
666 Megaton hail Dissecting the Euphony diatas kesudian korang. Teruskan legasi ini. Gunakan akal bukannya mulut. Death to all !! Self Destruct...Kill Yourself!

Ok, amacam? jangan lupa dapatkan limited copies album kedua dari Neftaraka berjudul MORTS. camana nak dapat? ada url Eastern Myth Record.

Neftaraka - Too Old Too Cold (Darkthrone Cover)
 Dipetik dari album pertama Eternal Harsh (2010)

VoTW : Hayagriva - Emperor Await

Ok perkembangan membanggakan dari local band apabila menghasilkan video klip untuk band masing2 dalam masa kini menampakkan keberanian lantas akan menjadi satu medium promosi untuk kemajuan band itu sendiri. Jika sebelum ini VoTW banyak memberi ruang kepada band2 muda, kini sebuah band otai yang membawa paksi Black Metal dari bandaraya Ipoh mengisi slot pada minggu ini.. Saksikan Hayagriva - Emperor Await.


Nantikan album terbaru mereka Descendant XII yang bakal muncul dalam masa terdekat.
Kenali Hayagriva melalui url dibawah.

Kazanna - Will Of Heroes (EP2011)

Berpaksikan irama Symphonic Metal, band yang menggunakan nama Kazanna ini telah melahirkan sebuah EP bertajuk Will of Heroes yang memuatkan 7 buah lagu termasuk 2 lagu bonus. Band yang berasal dari Kota Anggerik, Shah Alam Selangor ini telah wujud sekitar 4-5 tahun lepas menggunakan nama Pasca Tragedy (untuk Kazanna terdapat perubahan line up). Pernah juga menggegarkan beberapa pentas gig juga ROTTW Soundstage.
 Kazanna dianggotai oleh Feeza (Vocal), Amar (Guitar/Keyboards), Zaki (Bass) dan Rezal (Drum).

 Artwork dan layout oleh Taufiq Yusof

Tracklist :

1 - Farewell For The Warrior
2 - Will Of Heroes
3 - Love Sophistry
4 - Funeral Of Heart
5 - Never Ending Story
6 - The Tales Of Epic Marching Symphony (Bonus Track) - Orchestral Arrangement
7 - 2 Minutes To Escape (Bonus Track) - Orchestral Arrangement

Will Of Heroes melalui proses rakaman di 4 buah studio iaitu P.T Studio, Kamar Seni, Big A Production dan Mandala Records. Proses mixing dan mastering dilakukan oleh Sham Stalin dan Amar bertindak sebagai penerbit EP ini.

Farewell For The Warrior merupakan track pertama yang bersifat instrumental. Pertama kali mendengar terasa seolah2 track ini menjadi pembuka cerita apakah yang bakal diceritakan didalam track seterusnya.

Will Of Heroes muncul dengan susunan yang banyak dipengaruhi oleh mood dari keyboard. Sekali vocalist mula menyanyi hanya satu perkataan di minda iaitu Tarja Turunen. Music yang dicipta berbau Nightwish ditambah pula nyanyian ala2 saprano oleh vocalist wanita band ini mengiyakan lagi bahawa Nightwish menjadi pengaruh utama mereka.

Love Sophistry bermula dengan dendangan piano serta alunan suara oleh Feeza. Sebelum verse pertama nyanyian instrument keyboard banyak memainkan peranan menghidupkan suasana lagu. Ada sedikit bau2 arabic scale. Sebuah lagu yang agak mendatar temponya.

Track ketiga bertajuk Funeral Of Heart bermula dengan mood perlahan sebelum riffing berbau Nightwish kedengaran jelas. Okey kali ini gua terasa melodi2 yang dihasilkan agak catchy dan menangkap kepala gua. Ya chorusnya juga kedengaran agak segar. Pertengahan lagu juga kedengaran sedikit elemen offbeat dimasukkan seperti biasa dilakukan progresive metal band seperti Dream Theater, Lemur Voices dan seangkatannya.

Masih bermula dengan bunyian piano, Never Ending Story menjadi track keempat. Melodi vocal pada ketika permulaan lagu agak menarik diolah. Ok gua rasa track ni vocalist dapat membawa gaya saprano dengan alunan yang baik jika dibandingkan dengan track2 awal. dan penantian gua untuk mendengar solo dari Amar berbaloi apabila beliau turut menyelitkan solo gitarnya walaupun hanya untuk durasi yang pendek.

2 buah bonus track yang menggunakan susunan orkestra ini adalah lagu yang menggunakan loop drum serta suara2 orkestra (gua rasa guna software hehe..) dan susunan key2 menarik dari pemain keyboard Kazanna.

Secara keseluruhan EP ini menarik dan ianya suatu produk yang berani dihasilkan oleh Kazanna. Walaupun bakal berdepan dengan kritikan (yang paling besar pasti diklon sebagai Nightwish) namun secara pro nya Kazanna mampu mencapai tahap apa yang Nightwish hasilkan (maksud gua penciptaan dan feel lagu2 mereka). Untuk membezakan antara Kazanna dengan Epica mungkin agak jauh sedikit perbezaannya kerana Kazanna tiada growl vocal dan vocal Simone Simons juga agak lebih tinggi (mungkin dah lama berada dalam lingkungan teknik penyampaian vocal sebegini).

Sound produksi EP ini memuaskan dan bersih. Penelitian yang baik dilakukan oleh jururakam dan penerbit. Cuma pada pendengaran gua, bunyi drum untuk EP ini tidak organik dimana ianya kemungkinan besar adalah dari drum machine (ada sesiapa boleh buktikan?). Mungkin untuk keluaran album penuh kelak (Kazanna dalam rakaman album penuh sekarang ini), mereka akan menggunakan drumset sebenar untuk kepuasan pendengaran peminat.

Ok EP pertama Kazanna boleh diperolehi dengan harga RM12 by hand dan RM15 by post. Sila rujuk dan klik SINI untuk info pembelian secara pos.

Kenali Kazanna melalui link yang disertakan dibawah video persembahan live mereka.

Kazanna - Funeral Of Heart (Live Metalcamp 2011)

VoTW - Insomnium - Weather the Storm (feat Mikael Stanne of Dark Tranquillity)

VoTW untuk next week gua buat awal sikit boleh? Sebab gua akan berangkat ke Thailand dalam beberapa jam je lagi dan hanya kembali menjelang Selasa depan. Kahkah! Contramen mesti jeles. Semoga dia berbahagia menyiapkan kerja untuk Harian Metro kahkah! Ini kali punya gua bawakan melodic death metal dari Finland, Insomnium. Selamat headbanging secara unison!