VoTW - Nylon Pink - Gee (SNSD cover)

Hello,

Nampaknya Kuala Lumpur ditakluki peminat K-Pop Jumaat lepas disebabkan kehadiran Girls' Generation untuk konsert Twin Tower Alive 2012. Siapa pergi? Gua hanya mampu termenung tengok streaming video di pejabat disebabkan kekangan kerja. Dengar cerita cecah puluh ribuan juga yang hadir, lu orang bertuah la weh ugh. Rakan-rakan yang pergi menyatakan SONEs, Soshified dan macam-macam chapter SNSD semuanya bawak banner bagai, termasuk yang lelaki berpakaian pink (gaytarded kahkah). Jadi, untuk tidak menyakitkan hati gua dengan berterusan, gua bawakan VoTW minggu ni sebuah cover song Girls' Generation versi English dari Nylon Pink berjudul Gee. Oh, pendapat gua? Macam Girls' Generation got raped by Daughtry. Kahkah.

p/s: Lain kali Girls' Generation turun gua akan amik cuti dan beli presale tiket! Janji!

0 feedbacks: