Wreckär - Rape All (EP 2012)

Ok ini sebuah keluaran terbaru dari Faithcraft Production iaitu sebuah label yang berpengkalan di Perlis. Merupakan sebuah band yang terhasil setelah proses rakaman lagu bertajuk "Perisher" dari album kedua Au Revoir. Proses rakaman mini album band yang pada asalnya menggunakan nama Perisher ini adalah menggunakan formula yang sama iaitu tanpa menggunakan instrument gitar. Hanya bass, drum dan vocal. Ok kami di beri tanggungjawap untuk mereview mini album dari Wreckär yang bertajuk Rape All ini. Masih panas!!!! Rilis bulan 3 wei...
Line up : 
Chainsore - Vox / Bass
Melayu - Bass
Barbarossa - Drums/Additional Shout

Logo dan artwork oleh Barbossa

Tracklist

1 - Whimp
2 - Supremacy Pussy Victor
3 - Faggots May Rot
4 - Ugly Fashion Police
5 - Born Bizarro

Rape All melalui proses rakaman di Faithcraft Studio milik line up band ini sendiri dan juga mastermind band Au Revoir iaitu Rammy. Sesi rakaman bermula dari July 2011 sehingga February 2012. Kesemua lagu dihasilkan oleh Chainsore manakala lirik dihasilkan juga oleh Chainsore dan Barbossa. Barbossa turut terlibat dalam penyelenggaraan rakaman iaitu dari aspek engineering dan mastering. Rape All dikeluarkan oleh Faithcraft Productions.

Whimp memulakan sesi pengenalan kepada music Wreckär. Aha.. ekpresi pertama gua apabila mendengar track pertama ini ialah sound dan music direction mereka sungguh kurang ajar + tiada peraturan + langgar + tiada istilah teknikal! haha.. Sebuah fast track yang hanya mementingkan kelajuan. Kalau nak tau bagaimana feel lagu ini cuba bayangkan rock n roll + heavy metal + speed thrash + crusty + punk! anda akan bersetuju dengan pendapat gua. Mungkin.

Supremacy Pussy Victor juga membawa mood yang sama seperti Whimp. Beberapa part menggunakan twin pedal dan bass yang seakan melakukan solo (ingat senang ke nk solo bass??? haha - C). Vocal masih menggunakan suara yang garau. Sebuah track yang main taram tapi tersusun!

Faggots May Rot sebuah track yang punya pengaruh crita Allahyarham P Ramlee. Tau mengapa gua kata begitu. Intro siap ada harmonika lagi. kahkah selambek jek! Aha track ini agak kasar dan paling fast! Vocal menjerit pada tahap maksimum kalau dibandingkan dengan track2 sebelum. Bassline yang berbunga umpama solo. Penggunaan twin pedal yang paling banyak dari 3 track pertama ini. Ini track pilihan gua. Memang cilaka! Apa yang ada digunakan semaksima mungkin!

Ugly Fashion Police berbunyi lebih Punk pada melodi lagunya walaupun suara garau mengalunkan vocal dalam keadaan marah sekali.haha. walaupun tidak disertakan lirik namun boleh kedengaran beberapa sebutan yang x lain x bukan maki dan sumpah seranah. lagu ini mood nya happy cuma vocal sahaja jerit x ingat dunia! Macam lagu lanun pun ada kat ending lagu ni. haha.

Born Bizarro menjadi track penutup. Mengingatkan lagu2 fast The Bollocks zaman demo mereka. track yang sedikit mendatar. Tak cukup huru hara macam 4 track awal. Cuma pengawalan instrument untuk track ini lebih kemas dan sekata.

Pendapat gua, ini mini album harus dimiliki terutama mereka2 yang boring dan nak cari kelainan dari music old skool thrash, heavy metal, punk dan crusty. Tiga orang line up gila ini berjaya menghasilkan sesuatu yang baru dalam industri music Malaysia (walaupun bukan arena mainstream). Ketika di katakan band ini menggunakan formasi tiada pemain gitar gua teringat pada lagu Perisher (track dari album kedua Au Revoir) atau mungkin musicnya seperti The President of United State? Atau adakah bassline nya sehebat Primus? haha.. Juga kalau sekadar menggunakan imaginasi preview dari track Perisher mungkin gua atau anda akan katakan sound production yang dihasilkan tidak sekata atau kedengaran raw. tetapi apa boleh buat Rape All punya sound production cantek dan tahap ketidak seimbangan nya tu masih boleh diterima. Bukan senang nak mix track sebegini untuk tukang rekod amatur weiii..

Bab vocal dan permainan instrument apa yang gua boleh cakap, semua ditahap maksima. Apa yang ada habis dibalun semaksima yang boleh. Vocal jangan nak harap key, Wreckär cuma jerit dengan suara yang garau sehabis pitch. Hahaha.

Ok tunggu apa lagi??? Dapatkan mini album gila ini dengan hanya RM10. Tulis lebih2 xmau, kasi kontek sendiri Wreckär atau Faithcraft Productions. Kami ada link kan camana nk kontek diorang kat bawah video nih.

Sesi rehearsal Wreckär

Untuk preview songs bleh dengar kat reverbnation page Wreckär. Ada link kat bawah ni. Mungkin anda akan bersetuju dengan moto band ini "The Ugliest Band in South East Asia"!!! Sekian!


Email Wreckär
Facebook
Reverbnation

atau hubungi Wreckär melalui :
Faithcraft Production

1 feedbacks:

Faithcraft said...

Get this lo-fi desecration from us!!