Second Combat - Count On To Survive (2012)

Kali terakhir DtE menulis berkenaan genre hardcore iaitu ketika Thy Regiment baru melahirkan album pertama bertajuk Forgive and Forget pada 2010. Kini kami kembali lagi bersama nama besar didalam scene hardcore tempatan dan nama mereka juga sudah dikenali di serata pelusuk dunia hardcore umumnya. Second Combat, band yang berasal dari Klang Selangor. Antara band yang tegar dengan pegangan Straight Edge nya dan apa yang membanggakan mereka adalah antara band tempatan yang pernah melakukan tour Eropah sebelum ini. Komitmen yang patut dipuji kerana keberanian berkecimpung didalam arena music secara profesional. Second Combat juga telah terlibat didalam pelbagai kompilasi album, malah sejak lahirnya split demo tape pertama mereka bersama Dashown (sori kalau info x brapa betol - kerana mereka turut melahirkan demo tape pada 1997) pada 1996, mereka turut melahirkan beberapa EP dan antara band yang rilisannya dalam bentuk piring hitam. Pada awal 2012, Second Combat kembali bersama album terbaru bertajuk Count On To Survive.
 Line Up Second Combat

Ein - vocals
Palie - drum
Atoq - guitar
Arwith Utarid - bass

Cover artwork oleh Dregala

Tracklist

1 - As We Living
2 -  Rebuild A Tree
3 - Lets Give It Up
4 - Industry Of Criminal
5 - Heartbreaking
6 -  Fair Trade Will Put An End To World Poverty
7 - Hearts Together
8 - Land Of Aboriginal Man
9 - 15 Years
10 - Count On To Survive

Nash Muhandes bertindak sebagai engineer dan juruadun di The Band Shop, Taman Melawati, Kuala Lumpur. Proses rakaman dilakukan sekitar Januari sehingga March 2011. Untuk track2 yang menggunakan suara latar, Second Combat menggunakan khidmat rakan2 iaitu Apex, Jenn & Thy Mighty Regiment Crew (Thy Regiment rasanya nih..). Serta vocal undangan iaitu Aca dari Straight Answer (Jakarta) untuk track bertajuk 15 Years.

Bermula dengan As We Living yang hanya berdurasi 2 minit 41 saat seakan sebuah luahan perasaan yang di Ein selaku vocalist Second Combat. Luahan yang di sahut beramai2 yang sungguh beremosi.

Rebuild A Tree memulakan rentak music garapan Second Combat. Sebuah track yang mendatar dan separa fast. Cuma agak catchy kedengaran apabila sahutan beramai2 menyelangi nyanyian Ein.

Lets Give It Up merupakan sebuah track yang menggunakan dwi bahasa. Pada gua track ini sepatutnya di jadikan sebuah official video kerana mesej yang cuba disampaikan positif. Keberanian menggunakan dwi bahasa namun kedengaran seakan sedikit pelik dengan kawalan nada suara dalam part berbahasa Melayu. pada gua track ini mungkin akan lebih bertenaga jika vocalist menyanyikan dengan lebih bertenaga pada verse pertama dan kedua. Kelebihan track ini ialah bahagian melodi pada bahagian chorus yang catchy dan mudah diingati.

Industry Of Criminal bermula dengan riffing yang membuatkan pendengar ingin mengetahui apakah yang bakal berlaku selepas permulaan ini. Apabila verse pertama menjelma, menyatakan bahawa track ini sungguh bersemangat dan antara fast track terawal yang menarik.

Heartbreaking sebuah track bermood perlahan pada permulaannya (bukan ballad ya) namun nyanyian seakan bersajak oleh Ein. Apabila lagu berterusan, tempo menjadi semakin pantas. Juga merupakan lagu pertama yang menyelitkan solo gitar (walaupun tidak bergulung2 cuma cukup2 bagi relate on feel lagu) selepas berakhir 4 track terawal.

Fair Trade Will Put An End To World Poverty sungguh bersemangat sama seperti mesej yang disampaikan melalui lirik lagu ini 9tengok tajuk lagu pun dah tau cite pasal apa). Riffing yang menarik dan susunan music yang bergaya. Punya pengaruh hardcore yang kental. Elemen yang x disangka terdapat dalam track ini ialah ada bunyi "clap".

Hearts Together juga merupkan lagu yang fast namun mood masih mendatar. Kelebihan yang menambah feel ialah semangat dari nyanyian Ein. Riffing2 sekali lagi kedengaran sedikit pengaruh old skool hardcore. Walaupun begitu track ini agak menarik kerana pada pertengahan, mood perlahan dimainkan untuk menambah kesan emosi pada track ini.

Land Of Aboriginal Man antara track yang bermula pantas dan temponya tidak menurun dan susunan music nya juga menarik. Riffing yang bermelodi dan catchy. Sekali lagi kekuatan track ini masih terletak pada chorus nya yang catchy.

15 Years juga merupakan sebuah fast track. Mengekalkan teknik dan penciptaan seakan lagu2 dari rilisan terdahulu. Riffing dan hentakan drum agak kental. Merupakan track yang mempersembahkan nyanyian Aca dari Straight Answer.

Count On To Survive bermula dengan riffing menarik dan susunan music yang catchy. Susunan music yang menarik dan seakan lari sedikit dari tema hardcore pada pertengahan lagu sebelum ia kembali mengalunkan irama yang berat beserta selang seli vocal.

Second Combat bukanlah band2 hardcore yang bersifat kental dan bervocal growl. Keunikan Second Combat ialah mereka sebuah band yang pandai bermain mood dan melodi pada song arrangement. Mesej keinsafan yang disampaikan patut dipuji.

Untuk album ini, pada gua kekuatan Second Combat ialah pada bahagian2 chorus setiap track yang catchy. Kredit harus diberikan kepada mereka dalam menghasilkan melodi yang catchy pada setiap chorus lagu. Nyanyian beramai2 juga  membuatkan setiap lagu dalam album ini kedengaran tidak bosan walaupun majoriti track berbunyi mendatar. Kualiti rakaman juga berada dalam tahap terbaek dan seimbang.

Ok dapatkan Count On To Survive dalam format CD dan vinyl anda boleh menghubungi Second Combat sendiri atau melalui UnitedxFront Record serta beberapa indiependent label di Malaysia. Link2 untuk mendapatkannya ada kami sediakan di bawah video dibawah ini.

Second Combat - Lets Give It Up (Unofficial Video Clip)

Email

0 feedbacks: