Tussock - Devastation Of Nuclear Proliferation (2011)

Band yang menggunakan nama Tussock ini merupakan sebuah band yang berpaksikan irama Crustgrind. Muncul pada 1999 di selatan tanahair iaitu di Muar, Johor. Pernah melahirkan sebuah EP bertajuk Out Of Rhyme pada 2003 (format kaset), kini mereka kembali dengan sebuah album penuh bertajuk Devastation Of Nuclear Proliferation yang dipasarkan pada penghujung 2011.
Tussock - Devastation Of Nuclear Proliferation (2011)

Tracklist

1. Have You
2. Macheni This Is Grindcore
3. Devastation Of Nuclear Proliferation
4. This Is What I Thought About Government
5. Authority
6. Politician Scum
7. There Is No Fucking Alient
8. Definasi Emo Dan Grind
9. Hash Feelings Hash Extreme
10. So Effective
11. Grindlove
12. Where The Truth
13. Scenester Hierarchy Fuck Off
14. We Are Poser
15. Not The End

Album ini agak kurang infomasinya berkenaan dimana proses rakaman dilakukan serta mereka2 yang terlibat disebalik rakaman ini. Namun jika diamati kemungkinan besar sesi rakaman dilakukan dalam 2 fasa berbeza. Ok hal ini kena dengar sendiri baru anda bleh tau lebih lanjut.

Untuk mereview 15 track yang majoritinya berdurasi kurang dari 2 minit mungkin agak sukar. haha oleh itu gua cuma boleh membuat review secara rambang berkenaan album ini. Sebelum itu ada baeknya gua perkenalkan line up yang terlibat didalam pembikinan album ini. Fadzee/Ganga (guitar), Akmal (vocal), Moha (guitar),Bob (drums). dan jika EP pertama mereka diriliskan oleh Grundar Production, kali ini untuk Devastation Of Nuclear Proliferation, ia nya dirilis sendiri oleh Tussock.

Have You, Devastation Of Nuclear Proliferation dan Grindlove merupakan antara track pilihan gua dan mungkin Grindlove melalui proses rakaman yang lebih proper bakal meninggalkan kesan kepada penggemar irama2 sebegini.Mungkin setelah anda mendengar kesemua track anda akan mengatakan Tussock lebih kepada Grindcore, dan gua juga tertanya dimanakah pengaruh crust pada music tissock. Setelah khatam 7-8 round gua dapati pengaruh crust berada pada sound keseluruhan yang dihasilkan Tussock serta attitude dan lirik yang dihasilkan. Lebih kepada pembawaan mesej yang seakan sama seperti band2 crusty lain. Tetapi serius gua merasakan Tussock tergolong dalam katogeri Grindcore.

Sound production Devastation Of Nuclear Proliferation mungkin masih berada dalam lingkungan sound2 demo. Terbayang juga jika track2 sebegini mendapat sentuhan sound engineer yang mampu mendapatkan sound seperti album pertama napalm death iaitu Scum. hahaha. Namun begitu bunyi drum agak menonjol corak permainan serta keupayaan bunyi yang dihasilkan masih boleh dibanggakan. Bunyi gitar agak raw dan pada pendapat gua mungkin hanya menggunakan metalzone atau efek seminima mungkin. Bass gitar pula sedikit kurang dari segi tone, mungkin kerana sound bass yang digunakan pada gitar agak tinggi levelnya. Vocal pula masih mampu menyengat dan tidak lari dari terma grind. Bagus juga album ini turut menyediakan lirik untuk dihayati setiap sebutan vocalist nya.

Jika diteliti keseluruhan album ini mungkin menggunakan beberapa studio berlainan atau paling besar kemungkinan rakaman dilakukan berperingkat2. Dapat didengari beberapa track yang sedikit tidak seimbang proses adunannya. Juga memperkuatkan lagi andaian gua bahawa rakaman dijalankan berperingkat2 kerana perbezaan kualiti bunyi yang berbeza dari track 1 hingga 10 dan track 11 hingga akhir. Perbezaan kualiti bunyi yang jelas lebih baik dari track 1 hingga 10. Mungkin juga track 11-15 merupakan bonus track untuk pendengar.

Kepada penggemar irama seperti Spazz, Carcass, Assuck, Charles Bronson, Agathocles, Cripple bastard, Discordance Axis dan Grindlink, anda disaran mendapatkan Devastation Of Nuclear Proliferation yang boleh didapati dalam format kaset dan CDR. Email atau kunjungi laman facebook dan blog Tussock melalui link yang kami sediakan dibawah promo song melalui video dibawah. Terima Kasih!

Tussock - Devastation Of Nuclear Proliferation

Email

2 feedbacks:

Akmal said...

terima kasih atas rebiu anda...kami tak kisah pun kena kutuk ke...kena puji ke...itu semua normal...terima kasih atas komentar yang diberikan... TUSSOCK!...GRIND IS REFORM!!!...

Contramen said...

TUSSOCK ada future.. mungkin perlu proper recording.music korang dah bleh bikin berkecamok otak.haha