Interview : Dicktracy - Terma baru Metal dan Hardcore yang lebih advance

Kami sebenarnya agak teruja dengan single terbaru (sebenarnya xbrapa baru dah sebab dh rilis dalam sebulan dua ni..hehe) band bergelar Dicktracy ini yang berjudul Disconsolate. Difahamkan juga band ini sedang dalam rakaman untuk material terbaru yang akan menemui pendengar. Bercakap berkenaan Disconsolate, ianya merupakan sebuah single menarik untuk diperkatakan memandangkan jarang band2 tempatan yang menghasilkan music sebegini. Oleh yang demikian, kami DtE mengambil peluang untuk menemuramah Dicktracy untuk mengetahui perkembangan terkini band ini. Ok, mari kita sama2 mengenali band ini. Adiossss....

Dicktracy 2012
Credits to : Aina Jamil dan Sarah Ghazi.

1 - Hai.. Boleh perkenalkan line up terkini Dicktracy?
Hai kembali. Line-up terkini DICKTRACY ialah Hanif/Voc, Jamal/Drums, Azrol/Guitar, Izmal/Guitar dan Zam/Bass.

2 - Bagaimana sejarah tertubuhnya Dicktracy?
Idea penubuhan DT pada awalnya di cetuskan oleh saudara Rizan (ex-guitarist Have A Nice Death) sekitar akhir tahun 2008. Beliau merekrut Zam yg juga bekas pemain bass Have A Nice Death, Hanif dr Prognosis: Death!, Daryll (ex-Deadscore, First Base, The Dearly Missed) dan Reza (ex-Asthalin). Band ini tertubuh kerana kami ingin mencari kelainan dlm scene dimana ketika itu (atau sehingga kini), band scene kebanyakkan nya mengetengahkan genre Metalcore dan Hardcore yg agak tipikal. Dari situ lah DT mula aktif dan mula bermain gig se-awal tahun 2009.

3 - Kami tidak punya peluang untuk mengikut perkembangan awal Dicktracy, Boleh nyatakan konsep music sebenar Dicktracy?
Agak sukar sebenarnya kami ingin menjelaskan konsep music kami. Kami lebih selesa mengkelaskan music kami mempunyai element asas Metal dan Hardcore.

4 - Single bertajuk "Disconsolate" boleh kira agak advance arah tujuan music nya. Apakah yang ingin disampaikan kepada pendengar berkenaan lahirnya single tersebut?
Seperti yg dijelaskan dlm sejarah penubuhan DT, tujuan nya masih sama; mencari kelainan. Selain itu, "Disconsolate" merupakan single come back kami setelah hiatus hampir setahun sejak 2011.

5 - Mungkin boleh dinyatakan band2 yang membawa influences terbesar kepada music Dicktracy?
Kami dipengaruhi kuat oleh band-band luar negara seperti For The Fallen Dreams, Confession, The Plot In You, Emmure, Counterparts dan seangkatan dengan nya.

6 - Dinyatakan juga Dicktracy sekarang sedang giat merakam sesuatu. Boleh ceritakan apakah "buah tangan" yang bakal dihadiahkan Dicktracy kepada pendengar? Album penuh atau EP barangkali?
Ya kami sedang menyusun jadual dan bergiat menyiapkan material2 terbaru. Namun progress nya agak perlahan kerana kesibukkan masing-masing dengan kerja. Insyaallah kami akan menghadiahkan sesuatu selewatnya bulan Oktober tahun ini.

7 - Dimanakah Dicktracy melakukan sesi rakaman tersebut?
Kami menggunakkan khidmat saudara Ardy dari Nu Breax Records.

8 - Pada pendengaran gua, Disconsolate punya pengaruh Djent dan Math Metal. Ini mengingatkan gua pada band2 seperti Tesseract, Periphery dan sedikit Meshuggah. Soalan kami untuk mengelakkan dari dikatakan klon band2 tersebut, apakah yang membezakan music Dicktracy dengan band2 tersebut?
Ahha. Sebenarnya tidak terniat langsung kami ingin menuju kearah Djent. Ianya adalah satu kebetulan. Kami cuba menggabungkan element2 yg kurang terdapat pada band2 Metalcore tempatan. Dan kami rasa, boleh kami katakan kami berjaya lari dari sesuatu yg tipikal untuk scene tempatan kn? Haha.

9 - Jika Dicktracy menjadi band pembukaan untuk gig yang headlinernya band lama yg reform. Majoriti crowds datang hanya untuk menonton band tersebut. Bagaimana dan apa pandangan Dicktracy untuk menarik perhatian crowd2 ini menyaksikan persembahan anda?
Kami tetap mempersembahkan karya kami dengan cara kami. Kami percaya crowd yg bijak, akan ambil peluang utk mengenali kami dan menilai sendiri apa yg mereka lihat dan dengar. Jika mereka tidak mahu menonton persembahan kami, kami tak rugi apa-apa.

10 - Boleh nyatakan band2 tempatan sealiran Dicktracy yang perlu diberi perhatian?
Setakat ini beberapa band yg boleh dikatakan sealiran dengan kami yg perlu diberi perhatian ialah Saviour dan Repay Your Faith.

11 - Adakah Dicktracy bernaung dibawah mana2 label?
Setakat ini kami tidak bernaung mana-mana label.

12 - Adakah setiap line up Dicktracy mempunya band2 lain yang disertai? Dan jika jawapannya "YA" adakah Dicktracy hanya merupakan band projek atau sebaliknya?
Ya. Hanif merupakan voc band Prognosis: Death!, Jamal juga voc kpd band Repay Your Faith. Namun DT adalah band utama kami.

13 - Boleh nyatakan mereka2 di belakang tabir dan juga produksi yang terlibat didalam pembikinan video klip "Disconsolate" yang bakal dikeluarkan nanti?
Produksi yg terlibat hanya band dan 2 orang rakan. Saudari Aina Jamil dan Sarah Ghazi merupakan rakan rapat kami yg membantu dalam pembikinan muzik video "Disconsolate". Cuma ketika ini, pembikinan video klip tersebut mengalami sedikit masalah teknikal di awal proses editing. Menyebabkan tarikh rilis video klip tersebut terpaksa ditunda.

14 - Band2 impian dan pujaan Dicktracy yang diharapkan dapat mengadakan pertunjukan pentas di Malaysia dan menjadi igauan Dicktracy untuk menjadi opening act?
Sudah semestinya For The Fallen Dreams! atau mana2 band yg merupakan influence kuat kami. :D

15 - Rick Rubin, Ross Robinson, Andy Wallace.. merupakan antara producer2 yang berjaya mengangkat album2 bergenre berat ke satu level yang membanggakan. Pada pandangan Dicktracy, apakah band2 tempatan juga perlu menggunakan khidmat produser tertentu untuk mendapatkan hasil dan mutu yang terbaek? Mungkin Dicktracy nyatakan antara producer2 tempatan yang dikira mampu menghasilkan impak kepada sesebuah album berkonsep metal di Malaysia.
Sudah tentu. Producer memainkan peranan penting utk menghasilkan kualiti yg terbaik utk sesebuah band. Setakat ini kami hanya pernah menggunakkan khidmat producer independent seperti Nash dan Sendard (The Band Shop) dan kini Ardy (Nu Breax). Dan kami merasakan kedua2nya mempunyai potensi utk menaik taraf kualiti rakaman band2 metal  tempatan khususnya.

16 - Mungkin kami kekurangan info berkenaan Dicktracy, so sebagai kata2 penamat mungkin ada pesanan dari Dicktracy kepada pembaca sesi interview ini? Mungkin album baru, video klip, merchandise atau show2 terdekat untuk di kongsikan?
Kami dalam perancangan menyiapkan sebuah EP utk tahun 2012, dan juga masih dalam proses menyiapkan muzik video "Disconsolate". Untuk merchandise, kami telah ditaja oleh GRISTLE Malaysia dan Four Five Six Clothing (TBA). Boleh check t-shirt kami di GRISTLE Malaysia Facebook. Untuk update terkini, boleh melayari Facebook kami.

Demikian sesi temuramah kami bersama Dicktracy, band yang bertapa setahun dan muncul bersama single terbaru yang ternyata jauh advance dan modern dari jenisan2 genre metal dan hardcore yang selalu didengari. Bersama ini disertakan preview single terbaru mereka Disconsolate dan kami DtE sertakan bersama link untuk pendengar mengenali band bernama Dicktracy ini. Kita nantikan buah tangan terbaru mereka nanti!!!



Purge The Arbitrator - EP 2012

Ok 2012 menyaksikan banyak demo, EP dan album dihasilkan. Ini adalah satu kemajuan yang harus dibanggakan. Juga kemunculan band2 baru yang berkualiti dan berani menghasilkan rakaman dan video untuk menghangatkan lagi industri music tempatan.

Kali ini kami DtE akan mereview sebuah EP yang baru menemui pendengar yang datangnya dari utara tanahair. Purge The Arbitrator yang bermastautin di Pulau Pinang baru sahaja melahirkan sebuah EP mengandungi 4 buah lagu yang lebih kepada genre Death Metal tegar. Boleh dikatakan music garapan mereka diantara technical death hingga ke brutal death metal.

Purge The Arbitrator
Mr. H (Vocals), Blackbeard (Strings), Jackal (Strings), Arbit (Drums)

 Cover artwork oleh Blackbeard

Tracklist

1 - Prime Thief Authority
2 - Purge The Arbitrator
3 - Pain Theory Addiction
4 - Prey Through Allusion

EP ini telah menjalani sesi rakaman di dua buah studio iaitu untuk track vocal dan drums, sesi rakaman dijalankan di The Bandshop Kuala Lumpur manakala gitar, bass, proses mix dan mastering dilakukan di Ork's Studio.

Prime Thief Authority memulakan sesi pengenalan band ini dengan paduan drum dan riffing yang benar2 gila babi. Penangan Mr H selaku vocalist band ini bersesuaian dengan konsep sebegini. Terdapat juga sedikit selingan bunyian sample di pertengahan lagu.


Purge The Arbitrator (mungkin lagu pasal band ini..haha) sama gila mood nya seperti track pertama. Riffing yang membuatkan terasa seperti dalam tekanan menambah ngeri pada track ini. dari dua track ini nampak benar Purge The Arbitrator merupakan sebuah band death metal yang mengejar kelajuan pada tahap maksima dan tahap teknikal yang diserapkan juga boleh memeningkan kepala.hahaha. Ok boleh gua katakan kot lagu ini ada sikit pengaruh Emperor walaupun ianya bukan berkonsep Black Metal.haha.


Pain Theory Addiction menjadi track ketiga yang menampilkan serangan tanpa belas dari mula hingga akhir. Riffing (gua rasa gitarist band ni buat tapping punya riff) pada durasi 1:08 sehingga 1:11 sebanyak 3 kali dan berakhir pada durasi 1:27 agak menarik kedengaran. Juga solo gitar yang mendayu dijadikan sandaran sebagai kelainan dari track2 terdahulu.


Track terakhir berjudul Prey Through Allusion masih berada ditahap kelajuan dan kegilaan yang sama seperti track2 sebelum. Backup vocal kerap digunakan untuk track terakhir ini. Kesimpulannya track terakhir ini masih sama extreme sama seperti 3 track awal.

Keseluruhan EP ini boleh dibanggakan. Sudah lama sebenarnya gua menanti band2 Penang menghasilkan produk sebegini terutama pakej pro-printed CD beserta cover sleeve yang profesional. Manakala sound rakaman juga membanggakan. Kesemua instrument kedengaran seimbang walaupun stroke2 drum seakan mendominasi keseluruhan EP ini. Apabila mendengar keseluruhan EP ini dibenak gua terfikir mungkin band2 extreme death metal kita seperti Intorment, Dark Regime, Sick Society, dan nama lain yang telah lama berkecimpung dibawah panji Death Metal tanahair perlu menghasilkan rakaman dengan kualiti terbaek sebegini. Mungkin masanya belum tiba untuk band2 tersebut melakukan rakaman bersama kualiti sebegini.

Kepada penggemar music Death Metal yang extreme, tegar dan tepu ini jawapannya. Paduan drum blastbeat, grind tanpa belas, riffing gergaji dan vocal monster bertenaga termaktub didalam pakej EP 4 lagu ini. Untuk mendapatkan EP berharga RM10 by hand dan RM15 ppd (harga mampu beli jika anda mengaku anda support) ini anda boleh menghubungi Purge The Arbitrator melalui laman facebook dan reverbnation mereka yang kami sediakan dibawah preview song dibawah ini. Jangan salahkan mereka jika anda mengalami gangguan pendengaran setelah memutarkan CD ini. Seakan robot bermain music. Hahaha..



Email
Facebook
Reverbnation
Twitter

VotW: Edisi Kocak Punggung (& juga Fappity Fap)

Hai, satu teka-teki. Apa hidangan visual yang lu orang boleh tonton sekalipun dengan audio disenyapkan? Tak tau?

Jawapan: Video klip Hyuna - Bubble Pop. Sila restraint diri anda dan bertenang. Ini borderline porno dan hiburan pop. You be the judge.

Interview santai bersama Rammy Faithcraft Productions

Ok.. kali ni kami DtE tampil dengan sebuah temubual paling santai pernah dilakukan..haha.. Sebuah sesi temubual yang sebenarnya tidak pun kami rancang. Idea muncul bila gua Contramen xberapa ada masa nak sembang secara online atau bersemuka dengan personaliti yang kami nk temubual ni. Soalan2 yang ditanya pun datang secara spontan dan gua hanya main taram taip apa yang patut. Terlebih dahulu ada baeknya gua nyatakan perkenalan gua bersama Rammy selaku frontman Au Revoir dan pernah menubuhkan The Raven dan terkini muncul bersama sebuah band gila Wreckär bermula ketika zaman myspace dimana kami mula kenal dan berbincang hal ehwal recording. Kemudian mula berchatting dan sedikit sms bertanya itu ini dan sesuatu yang paling pelik ialah kami hanya pernah bersemuka lebih kurang 1 minit di pintu masuk One Cafe ketika selesai Blackfire perform di situ beberapa tahun lepas.. Ok, memandangkan gua Contramen dan Rammy merupakan orang utara so sesi temubual santai ini menggunakan loghat bahasa yang kami selalu gunakan. Semua soalan di post ke inbox Rammy dan beliau terus mereply nya hanya dalam masa 1 hari.. Ya memang gila.. Ok, santai sejenak membaca temubual umpama sesi lepak pekena teh tarik ini.. Yeahhhh!!!
Rammy
Pemilik Faithcraft Productions, Penulis Kemenyan Zine, Frontman Au Revoir, Anggota The Raven, Blackfire dan Wreckär.

1 - Assalamualaikum Rammy... Boleh hang ceritakan camana sejarah muzik hang bermula?
Wa’alaikumsalam warahmatullah. Dia mula macam ni, start dari muzik rock pastu aku discover muzik Thrash/Heavy metal pastu terkejut black/death metal. Maka bermulalah kisahnya. Rasanya semua ini bermula dari Scorpions. Scorpions ni memang istimewa sikit dari lain lain, sebabnya masa aku sekolah dulu takda sapa pun rekomen aku. Masa tu pakat pulun Search dan Wings, deman rock Melayu. Aku ada la juga dengar BPR, Sweet Charity, Wings, tapi satu dua lagu macam tu la. Terdengar kat kawan, dalam radio, tempat kenduri. Scorpions pula aku curi tape pak cik aku, bila bubuh dalam hi-fi. Meletup! Rasa aneh lain macam riffs-riffs geng ni. Tak macam lagu-lagu band lain, yang ni aku layan semua lagu. Teruih sangkut laa! Album “Crazy World” adalah permulaan bagi segala-gala dari sejarah muzik aku. Bila kenai ja yang ni, mula dahaga yang lebih berat. Kenai Brazillian / South America thrash, kemudian berkenalan dengan kaset-kaset band dari Florida, seterusnya demam Norwegian Black Metal. Kali pertama dengar Mayhem dan Burzum terkejut bewak. Jatuh cinta, lukis merata logo di beg sekolah, di kasut, ini semua info dapat dari zine fotokopi dan Kerrang! aja. Dulu manada internet. Dari situ mula kembangkan minat terhadap band-band yang lebih underground, lebih berat dan lebih gelap. Memang menepati citarasa. Memang puashati bila tahu adanya band-band ganas sebegini dalam donia. Simpan dalam hati, aku pun nak tubuh band macam dajei ni nanti…

2 - Aku pernah terbaca hang ada pernah kluaq statement bahawa Au Revoir takkan main live. awat jadi lagu tu? Line up x cukop atau memang x brapa berani nak perform live sebab hang jarang main gig?

Memang idea dari dulu nak tubuh Au Revoir ni sebagai studio band. Dan memang asalnya Au Revoir ini one-man band, Yen sekadar membantu, kemudian ada Hashim (Imperia), kemudian ada Redza (Devastator), dan kemudian Yen kembali. Yang terkini Zizie Row mengalas tugas gitaris. Line-up memang tak penah cukup Au Revoir ni, frontman dia pun depa kata tak berapa cukup juga? Hahahaha! Band macam Au Revoir ni x payah main live takpa. Payah nak cari fanbase dia, nanti mai 3 orang aja. Lagu-lagu Au Revoir lebih sesuai untuk dilayan studio audio saja sambil mengendap pompuan, memandu dengan rakus, mengurung diri kerana kemurungan dan dendam kesumat, atau melancap.

3 - Camana hang boleh terpikiaq nak buat projek band seserius Au Revoir?
Tak pikiaq teruk pun, ia datang semula jadi. Bila The Ravens berkuboq, sebagai pemuzik dan pengubah lagu hidup hang akan jadi tak tentu arah, kekosongan, kemurungan bila takda saluran untuk hang berkarya. Untuk tubuh sebuah kumpulan yang extreme metal lagi satu, aku tak suka one-man band. Nak cari mana ahli-ahli baru? Jadi aku pun form Au Revoir, aku bagitau Yen. Hang tak perlu bagi komitmen dalam projek ni, malah kalau nak jamming pun ikut suka hang. Nak jam kita jam. Tak mau sudah! Hang perlu masukkan solo dibahagian yang sesuai aja. Dia pun setuju. Jadi band ini wujud pada 2004 walaupun lagu pertama dah wujud sejak 2002 lagi.

Wreckär - Whimp (Jamm Session)

4 - Wreckar antara band paling lucah + kurang ajaq + tadak undang2 dan main semaksima yg boleh yang aku pernah dengaq di malaysia ni. sebenaqnya apa harapan hang pada band ni? rasa boleh pi jauh ka atau sekadar nak memeriahkan industri music "kurang pendengar" tempatan?
Asai penubuhan band kurang ajaq takda dah ni bila aku tulis dan rekodkan lagu Au Revoir berjudul “Perisher” dengan bantuan Syed aka Chainsore dan Haidir aka Melayu. Kedengaran mentah dan loklaq sekali!! Hehehe. Aku memang jenih tak heran sapa dalam bab berkarya dan mencari ketulenan. Jadi aku tanya Chainsore dan Melayu, mau dak kita tubuh sebuah party band mengunakan formula ‘Perisher’. Lagi pun Melayu selalu turun Perlis mai berkhalwat (menyendiri, bertapa) di Faithcraft Studio. Sekurang-kurangnya tiap kali dia mai, ada jugak benda kami hendak jamming. Aku serahkan Chainsore untuk menulis lagu-lagu dibawah seliaan aku bagi mengekalkan attitude kurang ajaq kami. Ia menjadi! dan secara tak diduga kami berjaya pula merekodkan 5 lagu untuk cd “Rape All” yang kini dipasaran bawah tanah. Wreckär mendapat respon yang baik walaupun tidak menjadi fenomena di Malaysia, muzik kami dihargai oleh segelintir peminat punk/crusty dan thrash metal. Biar sedikit tetapi mereka tahu apa yang cuba kami sampaikan. Mungkin Wreckär boleh pergi jauh jika senario muzik underground tempatan berubah satu masa nanti. Harapan aku Wreckär akan jadi lebih ektrim hingga ke tahap yang aku sendiri x dapat bayangkan sekarang ini. Sebab kami sebuah band yang terbuka kepada experimentasi bass dalam masa yang sama cuba mengekalkan corak persembahan yang vintage seperti band-band lewat 70-an dan 80-an.

 Imej kredit to Faithcraft Production Blogspot (kalau xsilap masuk Karisma)

5 - Pasai Blackfire pulak.. berapa lama hang ambik masa untuk menghayati karya2 depa sebelom hang berani terima lamaran depa untuk jadi line up?
Siapa yang tidak kenal Blackfire jika orang jati Perlih, memang dia seorang manusia suci dan tulus budi pernah lahir di sini. Sebelum main dengan Blackfire pun aku dah sanjung lagu-lagu dan permainan serta perjuangan Blackfire. Kami dah jadi kutu di studio tengok Blackfire jamming dengan penuh kagum dan rasa hormat. Blackfire sebuah band old school metal yang unik dan tulen dari segi lirik. Tidak mungkin mana-mana band dapat menandingi mereka walaupun kini telah wujud band-band metal berkemahiran tinggi yang sekadar copycat.

 The Raven

6 - Balik ke zaman muda2 atau time darah muda dok bergelora. Camana tertubuhnya Raven? Apa target hang masa buat Raven?
Aku sangat sedih bila The Ravens berkubur. Tak sangka ia hanya bertahan dalam masa yang singkat sebab aku memang sasar kami akan menjadi sebuah band yang jahat dan liar. Kami tubuh pada 1998 dan berkubur pada 2000. Hanya sempat merakamkan 2 demo kaset. The Ravens tertubuh bila aku dan Yen selalu praktis bersama, aku main dram dan Yen main gitar. Bila jemu main lagu orang lain, timbul keinginan dan rasa berani hendak tulis lagu sendiri. Aku buat lagu, Yen ajaq aku main gitar. Tau saja main power chord terus aku bikin lagu! Baru-baru ini aku dengar God Dethroned “Under The Sign Of The Iron Cross” album 2010. Dalam hati aku, mungkin ini sound The Ravens atau impian aku jika kami masih wujud. Ia perbalahan antara kebuasan dan teras melodi yang menyirap darah!

7 - Aku tau pilihan hang pelik2, so aku nak tanya apa band omputih yang menjadi igauan hang kalau depa nak mai perform kat Malaysia? tak kisah la metal atau selain metal.
Aku suka band-band unik saja, unik bukan dalam muzik tetapi attitude juga. Aku sentiasa telus dalam citarasa aku kini. Dulu zaman budak-budak, zaman black metal haram jadah tu, konon true malu nak bagitau minat band tak contiang muka. Hahaha! Butoh! Aku teringin sangat nak tengok Scorpions (goodbye tour Malaysia xda dlm list la plak!), Samael, Vulcano, Blind Guardian, God Dethroned, Sodom, Nile (sayang dah terlepas), Venom lama, Mayhem lama (sekarang dah jadi pondan eh?), Misfits lama, Type O Negative (tak sempat juga - Pete dah mati), King Diamond, Beatles (memang xda harapan), Debu (sangat-sangat berharap), Roxette (sangat-sangat berharap juga), Wolfbrigade, Sigh (buat kali ke-2), Rotting Christ, Septic Flesh, Bryan Adams, Master, Iced Earth (bersama Matt Barlow), Bad Religion, Aerosmith, Rammstein, Jewel, Motörhead, itu aku dapat pikiaq buat masa la ni…

8 - Hang rasa hang la ni termasuk dalam scene metal tanahair atau tak?
Aku rasa aku ‘mencuba’ untuk jadi sebahagian dari scene tanahair dan masih belum layak kot menjadi sebahagian dari scene Malaysia ni. Lagipun, banyak orang masih tak faham apa aku sedang buat baik dalam Au Revoir atau Wreckär. Hehehe. Aku tak kisah pun. Kami bukan band Kristal. Hahahaha!

9 - Soalan pelik dari aku, dalam Malaysia ni band pop apa yang hang boleh layan dan hang suka?

Kalau Neelofa tu penyanyi, aku dah kata dia tadi. Hehe. Aku minat skit-skit saja. Satu dua lagu dari Khatijah Ibrahim, Ramli Sarip macam ‘istilah bercinta’ tu, macam lagu “satu hari dihari raya” dan “Bonda” dari M. Nasir, Yuna macam aku nak minat walaupun aku xtau lagu dia tajuk apa? Hahaha. Tapi Jimmy Palikat serius menjadi siulan aku 2-3 hari ni. Hahaha!

10 - Tulis zine, buat band, buat lagu, jamming studio, rekoding, label, berekreasi, beribadat dan kerja. Camana hang bahagi masa buat benda2 ni?
Berat tugas hidup kita atas dunia ni. Kalau jadi kapiaq mudah sikit. Kita delete pasai nak kena jumpa Tohan 5 kali sehari, nak kena refresh iman, nak kena keep up dengan iman, nak kena upgrade ilmu akhirat dan dunia serentak, nak kena berdakwah, nak kena beramal dengan ilmu ada, kena ada kerja harian, kena pi masjid, kena jaga hati orang, kawan, keluarga. Jadi bila kita metalhead ni jadi manusia ada agama, hati kita ada cacat skit – setan dah calit warna hitam skit membuatkan kita minat black metal. Hahaha! Maka sukar la kita untuk merencanakan kehidupan harian kita. Hehehe. Jadi kita kena terima hakikat. Terima diri kita seadaanya. Baru kita dapat atoq hidup kita tanpa kesalkan apa yang telah terjadi dan bakal terjadi. Kita sebenarnya sering keliru dengan hal muamalat dan perkara fardu. Bila tahu mana yang patut didahulukan. Kita jadi tenang dan Insya Allah boleh laksanakan tanggungjawab dalam masa yang sama meneruskan minat kita.

11 - Faithcraft Studio milik hang, bleh crita sikit apa perkhidmatan yang studio hang tawarkan? Lagi cun kalau crita equipment yang ada atau perisian2 yang hang gunakan untuk sesi rakaman.
Yerp. Studio ini disewakan kepada pemuzik yang ingin berlatih atau merekodkan material mereka. Tetapi disebabkan budak-budak di Perlih ni kurang sangat yang berminat dalam bermain muzik berkumpulan ini. Perniagaan agak suram, maka ia jadi lebih kepada tempat pertapaan aku dan rakan-rakan terdekat ( keluarga Au Revoir, Kherow dan Wreckär). Studio ini bukanlah hebat dan canggih. Biasa sahaja. Kami mengunakan Sonar Producer Edition untuk rakaman dan mixing, Boss 6 tracks mixer, Speaker mixing aku custom-kan Sonic Gear dan Altec Lansing, aku guna Roland tube amp 15watt, Marshall MG Series amp 100 watt, Line 6 Celestion 150 watt, Behringer Ultrabass 80 watt, Tama Imperialstar drum set, Beyer dynamic mikrofon, B.C Rich gitar, LTD bass, Phillip headphones, dan Sonic Blaster Audigy soundcard.

12 - Apa definisi otai bagi hang? Maksud aku old timer dalam scene.
Old timer dalam scene. Hebat atau tidak terletak kepada peminat untuk menentukan. Contohnya aku tak minat Cromok. Tetapi banyak orang gelar Cromok adalah otai Thrash Metal. Aku tak kisah. Betul la tu. Dalam dunia ni seorang saja aku panggil otai. Nama dia Ciwi. Kawan baik aku. Dia boleh bunuh hang kalau aku minta tolong suruh bunuh hang kejap. Dia takda i.c. Tak penah berus gigi. Tak penah zip seluar. Tak penah sikat rambut. Macam-macam lagi la benda yang horror yang gerun nak cita. Bagi aku dia otai yang sebenar.

13 - Hang rasa kalau zaman Raven dulu hangpa dilamar label hantu macam Peaceville jadi artist depa dan dok luaq negara tour pa segala bagai, hang sanggop ka?
Rasa macam nak dok sanggup. Cerita dulu la jahiliah. Tapi taktau nak kata la no?

14 - Crita2 seram, pembunuh bersiri jadi ramuan hang tulis lirik Au Revoir sebelum start pasal keagamaan dalam album akhir2 ni, soalan aku hang takmau cuba buat lirik pasal pompuan ka? haha..
Hang ada celaru skit ni. Mungkin sebab bini dok jauh no? (haha cilaka sempat lagi hang balun aku - Ed) Dari start zaman demo lagi aku dah adun semua bab yang hang sebut tu. Cerita seram pembunuh bersiri, cerita kegilaan, keagamaan. Itu semua dipanggil ‘ilmu jiwa’. Kalau hang pekerja sosial macam aku, hang mesti penah dengaq tentang ilmu jiwa. Sebabnya macam lagu “Devotion” memang sah-sah sufi sebab ia dari inspirasi kata hikmah dari Jalaluddin Rumi dicampur dengan keinginan aku untuk cepat mati. Itu lagu zaman demo tu, cuma rekod balik dalam album sulung “Keys Of Misery”. Cerita pasai pompuan pulak, hang buta la Contraman. Hang tak baca habis lagi lirik lagu seperti “Make Her Suffer”, “Five-A-Night”, “The Games Girls Play”, “Be My Woman”, “Shattered”, dan yang terbaru “Ku Bunuh Mu”. Ini semua lagu mengenai makluk indah tersebut.

15 - Kalau dari aspek music hang rasa sapa influences yang menyebabkan hang terjerumus dalam kancah music?
Sebenarnya aku tak hadkan pengaruh aku ini, atau aku lebih suka kata inspirasi. Inspirasi aku datang dari Scorpions, Venom, Bathory, Paradise Lost, King Diamond, Def Leppard, macam-macam lagi la wei.
Pada awal penubuhan Au Revoir, Ville Laihala dan Sami Lopakka banyak mempengaruhi aku bab lirik. Kemudian dia berkembang, mula terinspirasi dari kata-kata hikmah pembunuh bersiri dan ahli sufi. Kisah hidup aku sendiri pun memberi inspirasi kepada tetulisnya lagu-lagu aku.

Au Revoir - Ku Bunuh Mu (Single 2012)

16 - Ok single terbaru Ku Bunuh Mu. bagi aku lagu tu susunan dia memang A+. tapi aku xmau tanya bab lagu, aku nk tanya camana terdetik nak try buat lirik melayu? susah ka nk sesuaikan melodi vokal dengan lirik untuk music macam ni?
Aku memang tak penah pikiaq nak buat lagu lirik melayu yang hang sendiri paham betapa susahnya hendak dapat suasana goth dan doomy. Memang sangat susah dan perit. Tetapi seolah macam ada satu cabaran dalam menulisnya. Dan Au Revoir memang tertubuh untuk menyahut cabaran-cabaran sedemikian. Dengan tidak semena-mena, hati aku dihancurkan. Hehehe! Jadi agak semula jadi untuk meluahkan segalanya dalam benda lagu pada ketika itu. Hasilnya setompok darah telah dijadikan bunyi audio yang penuh derita, sesalan dan kemarahan.

17 - Hang minat Ahmad Dhani x?
Kotoq soalan ni. Kotoq. Aku rasa kali pertama aku tengok Dewa melalui rancangan TV pada tahun 2004 rasanya. Dewa berkolaborasi dengan kumpulan nasyid apa ntah main live. Aku memang tak penah dengaq atau tau pasai Dewa langsung sebelum tu. Kemudian aku dengar lagu “Pengeran Cinta” yang tiru immigrant Song tu. Sedap jugak. Kemudian bila dok di KL, Panjang beli cd “Laskar Cinta”, aku tumpang dengaq. Not bad. Ada beberapa lagu ciptaan Ahmad Dhani yang memang sedap dan menangkap. Tapi aku bukan die-hard pun. Ahmad Dhani orang kata dia genius. Bagi aku dia bijak guna media yang ada dalam kuasa dia, dia kaya, ada studio sendiri, ada kebolehan bermuzik dengan baik, dia kaji apa yang boleh jadi duit dan citarasa orang masa kini, Linkin Park, Dimmu Borgir, H.I.M, Muse, U2, dia adun pula dengan citarasa personel dia sendiri macam Queen, Kayak, Led Zep, jadi la Dewa. Dia belajaq Sufi. Masuk banyak falsafah sufi dalam muzik rock yang membuatkan Dewa jadi unik. Ada orang taksub dengan gaya Ahmad Dhani.. bagi aku dia hebat dan trendy. Dia xda apa-apa pengaruh kat aku. Tapi memang ada pompuan-pompuan kata aku macam Dewa melalui single terbaru tu. Geram jgak. Tapi kalau yang lawa tu aku excuse laaa…

18 - Camana hang punya deal dengan band atau label2 yang nak gunakan artwork dari hasil kerja tangan hang?
Ada yang bayaq pakai duit. Ada yang bagi free copy material yang diterbitkan dengan mengunakan karya aku. Aku mudah kira.

19 - Apa pendapat hang pasai one men band di Malaysia ni?

Dulu zaman 90-an, kita semua tau Jadam punya project Gorb kan? Yang paling gah. Dia paling advance dalam kejuruteraan bunyi dalam dunia underground pada waktu itu. Kemudian wujud arus one-man band serata Malaysia. Aku x pasti mana satu yang bagus. Tetapi kebanyakannya cuba buat one-man band untuk rekod lagu-lagu berunsur experimental yang sekadar hendak cuba lapangan baru. Sekadar suka-suka. Tiada keseriusan di dalamnya. Malah kadang-kadang tu tiada kemahiran langsung padanya.

20 - Kalau dibagi kuasa mutlak untuk buat band projek dalam Malaysia ni, hang rasa sapa line up yang hang pilih untuk berkarya sebagai sebuah band dengan hang?
Susahnya soalan ni sebab aku bukan kenai sangat dengan pemuzik-pemuzik handalan di Malaysia ni. Mudah cakap, aku pun akan pilih sama macam M.Nasir la. Aku pilih semua ahli kumpulan Kristal kecuali penyanyi dia sebab aku dengaq cerita geng ni terror gila babi tapi tenggelam punca, takda leadership, xda attitude, x ketahuan arah mana nak pi, jadi aku akan ajaq depa macamana nak jadi dajei. Biar hangpa tau sikit. Aku rasa dalam hati M.Nasir pun kata gitu.. hahaha!

21 - Aku xtau hang follow ka x scene metal Malaysia, tapi aku nk tanya jugak..Hang rasa dalam scene metal Malaysia ni ada x apa2 yang trendy? Hang boleh jawap dari segala aspek..
Trend wujud dimana-mana kawan. Untuk menjadi tidak trendy hang akan berada dalam satu benua yang tidak berpenghuni dan tiada siapa sedar kewujudan hang. Kalau disedari pun, hang akan dibenci pula. Jadi setan, main black metal, minum arak itu semua trends. Mat salleh buat kita buat. Sebenarnya kita tak usah beban diri sangat pikiaq pasai trend ni. Trend kena wujud juga walaupun kadang-kadang kita melugai tengok. Tapi ia adalah sebahagian dari kewujudan sesebuah scene itu. Fashion. Hanya orang tertentu aja yang layak dan berkemampuan menjadi trend-setter. Orang yang kuat. Orang yang memang dilahirkan untuk membuat perubahan.

22 - Tolong bagitau, dari pengamatan hang ada tak benda yang xkena dengan scene metal tempatan yang sepatutnya x berlaku?

Ya. Scene kita sepatutnya paling hebat, paling advance dari segi muzikal dari Singapura dan Indonesia. Ini sebaliknya. Kita lebih cenderung menyalahkan kerajaan dalam segala bentuk kemunduran.

23 - Ok soalan last.. apa yang menyebabkan hang masih bertahan dalam memperjuangkan seni terutama dalam music?

Rasa sia-sia dengan kebolehan yang dianugerahkan kalau aku hanya jadi seorang manusia biasa sedangkan aku luar biasa.

Ok, itu saja untuk kali ini.. seperti biasa untuk mengenali karya2 beliau anda boleh kunjungi laman2 sesawang di bawah ini..

VoTW:Edisi Tumbuk Sampai Remuk

Whaddup folks. Ini minggu gua malas nak post music video jadi apa kata kita cuba kelainan tengok aksi bergasak versi filem India. Hormati polis. Jauhi jenayah. Enjois!

Hayagriva - Descendant XII (2012)

Hayagriva, sebuah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam arena music Black Metal tempatan. Jika sebelum ini pihak DtE pernah membuat review untuk single Emperor Awaits, kini telah tiba masanya kami membuat review untuk album penuh Hayagriva yang juga merupakan rilisan ke 8 setelah melahirkan demo, EP, split dan kompilasi terbaek mereka sejak 1995 lagi dan album penuh kedua ini diberi judul Descendant XII.
Aavimarga (Vocal)
Mantheravathee (Guitar/Bass)
Venkhateswehra (Keyboard/Synth)
Nhajasakthee (Drums)

Jika diteliti dari info yang terdapat pada cover sleeve album ini, ianya agak menarik kerana beberapa buah studio telah digunakan sepanjang proses rakaman album ini. Ok, nanti gua cerita satu persatu. Keep on reading..

Logo, cover artwork oleh Axmaniac dan Azrymm dari Kompgraphner.
Cover concept oleh Hayagriva.

Tracklist :

1 - Descendant XII (Instrumental)
2 - Is It Time For Me To Die
3 - Heavenly Of Red Heaven
4 - Poem Of My Return
5 - Forgotten Soldiers
6 - Deep Breath Before The Plunge (Instrumental)
7 - Unseen Planet
8 - Al Masihks Magick
9 - Arrival Of The End!!!
10 - Emperor Awaits
11 - Supreme Deception Order (Instrumental)
12 - Syurga Di Hujung Jarum (SYJ-Sofea Cover) - Album Bonus

Album ini diterbitkan oleh Jo'o dan Boy yang merupakan ahli kumpulan ini sendiri dan dibantu oleh Libut. Jo'o turut terlibat dalam rakaman untuk track drum, guitar dan bass. Proses rakaman track drum dijalankan di Groove Republic Studio, Kuching Sarawak. Menarik dikatakan disini proses rakaman track gitar melalui dua fasa berlainan berserta studio yang juga berlainan. Untuk bunyi gitar sebelah kiri melalui rakaman di Allunan Symphony Studio, Petaling Jaya Selangor manakala untuk sebelah kanan dan solo melalui rakaman di The Shadow Studio, Senai Johor. Track bass melalui proses rakaman di Rockin' Studio, Pasir Gudang Johor. Track keyboard dan synth dirakam di Venkhateswehra Studio, Ipoh Perak. Manakal track vocal melalui proses rakaman juga di The Shadow Studio Senai Johor. Jo'o dan Boy sekali lagi bertindak untuk urusan mixing dan mastering juga di The Shadow Studio, Senai Johor. Kesemua track dihasilkan oleh Hayagriva kecuali "Syurga Di Hujung Jarum" yang merupakan lagu saduran dari raja rock/heavy metal Ipoh iaitu SYJ/SOFEA. Kesemua lirik dihasilkan oleh Aavimarga.

Track pertama bertajuk Descendant XII merupakan intro berdurasi 1 minit 21 saat yang seakan menggambarkan permulaan perjalanan untuk berperang (ni gua punya pengamatan..). Punya pengaruh Dimmu Borgir pada bunyi synth.

Is It Time For Me To Die merupakan track bervocal pertama yang agak laju temponya dan keyboard banyak memainkan peranan dalam menghidupkan mood track ini. paling menarik ada beberapa part stereo side untuk track gitar menggunakan cara permainan yang berlainan. Sesuai sebagai track pengenalan untuk album ini.

Heavenly Of Red Heaven bermula dengan sound sample sebelum drum memulakan beat disusuli instrument2 lain. Permulaan yang baek dan banyak bermain dengan mood dan tempo yang kadangkala perlahan dan adakala nya laju. Keyboard banyak menghasilkan sound2 yang agak merisaukan dan suram. Juga solo yang mendayu dari Jo'o.

Poem Of My Return menjadi track keempat juga bermula dengan sample seakan menggambarkan suasana satu perjalanan di antara lembah yang dalam. Bermula sahaja music segalanya berubah. Tempo permainan yang laju, riffing berlainan untuk stereo side dan alunan keyboard yang mengasyikkan.

Forgotten Soldiers bermula dengan susunan music yang solid bersama alunan riffing bermelodi indah diselangi bunyi keyboard sebelum mood berubah sebaik sahaja vocal menamatkan verse pertama. Track ini jika diamati kedengaran sedikit progressive dari track2 terdahulu. Juga merupakan antara track terbaek dari tarck2 sebelum.

Deep Breath Before The Plunge merupakan sebuah instrument yang menggunakan sample berbahasa Arab yang sebenarnya telah disertakan didalam single Emperor Awaits pada 2011.

Unseen Planet menjadi track ketujuh, merupakan antara track yg tidak menggunakan sample sebagai intro. Permulaan track yang kedengaran sedikit pelik riffing2 yang kurang elemen Black metalnya namun itu satu eksperimentasi yang berjaya dihasilkan Hayagriva sebelum mood Black metal sebenar muncul pada riffing2 kemudiannya. kepelbagaian bunyian dari keyboardist diserapkan didalam track ini. antara track yang sedikit janggal tetapi pada gua ianya sangat unik. Mungkin anda perlu hadam berulang2 kali untuk memahami apa yang gua bebelkan ini. haha..

Al Masihks Magick (anda boleh dengar preview track ini melalui aplikasi reverbnation di bawah) boleh dikatakan antara track yang mengembalikan era Silverian Art (EP 1997) kerana mood pada peringkat awal lagu yang dihasilkan masih terasa seakan sama. Ok, solo dari Jo'o turut menambah rasa untuk menjadikan track ini lebih menarik.

Arrival Of The End!!! kembali menggunakan sound sample dipermulaan lagu. Apabila music bermula, nampak gaya nya ianya sangat berlainan dari permulaan kerana tempo laju dimainkan sehingga mood lagu berubah dikala drummer memainkan stroke2 seakan power metal pada pedal drum. Riffing dan permainan keyboard bermelodi yang catchy diselitkan pada pertengahan track.


Emperor Awaits merupakan track yang telah dimuatkan didalam single yang diterbitkan pada 2001 yang lepas. Juga track ini dihasilkan video klip yang turut kami letakkan pada ruangan Video Of The Week pada hujung tahun lepas.

Supreme Deception Order menjadi track terakhir didalam album ini yang merupakan sebuah instrumental yang pada gua lebih kepada outro atau penutup untuk album ini sebelum bonus track iaitu lagu saduran dari SYJ/SOFEA berjudul Syurga Di Hujung Jarum menamatkan Descendant XII. Track saduran ini agak berlainan dari versi yang terdapat didalam single Emperor Awaits kerana kali ini Aavimarga bertindak sebagai vocalist sepenuhnya tidak seperti didalam single Emperor Awaits apabila Mantheravathee (Guitar/Bass) dan Venkhateswehra yang menyanyikan lagu ini.

Untuk keseluruhan album ini tidak keberatan dikatakan ini antara album terbaek Hayagriva. peningkatan dari segi permainan instrument, arrangement menarik serta idea2 yang tidak terfikir berjaya dihasilkan seperti track Unseen Planet. Paling menarik mungkin kesan bunyi stereo side yang berlainan dari segi riffing dari Jo'o dan juga mood, bunyian2 yang dihasilkan Venkhateswehra membuatkan lagu2 Hayagriva berada dalam landasan yang sama seperti apa yang mereka hasilkan sebelum ini. Vocal Aavimarga pula menggamit kembali kegemilangan Hayagriva diawal kemunculan ketika rilisnya Silverian Art pada 1997 dahulu. Drum berada pada kondisi terbaek walaupun ada kala nya kedengaran statik seakan menggunakan drum machine.

Descendant XII didatangkan bersama booklet 16 page beserta lirik untuk setiap track terkandung. Juga disertakan bersama sebuah poster bersaiz A3. Dapatkan Descendant XII dengan harga RM35 dalam kadar segera kerana album ini hanya dikeluarkan dalam kuantiti terhad iaitu sebanyak 500 unit sahaja. Untuk mendapatkan Descendant XII, sila hubungi secara terus bersama Hayagriva atau Khakan Productions melalui link yang disediakan dibawah track reverbnation Al Masihk Magik dibawah ini. Hail!!!


Eluveitie - Helvetios (2012)

Sepatutnya A is for Anomaly yang mereview album ini sebab dia die hard fan band ni tapi kali ni gua Contramen pulak yang membuat review. Helvetios merupakan album studio kelima Eluveitie selain single dan juga live album yang dihasilkan ketika persembahan mereka di Metalcamp 2008.


Merlin Sutter - Drums
Chrigel Glanzmann - Vocals, Mandola & Mandolin, Tin & Low Whistles, Bagpipes, Bodhràn
Anna Murphy - Hurdygurdy, Vocals, Flute
Meri Tadic - Fiddle, Vocals
Ivo Henzi - Guitars
Simeon Koch - Guitars
Patrick Kistler - Tin & Low Whistles, Bagpipe
Kay Brem - Bass

Membawa genre New Wave Of Folk Metal, band yang berasal dari Switzerland ini kelihatan begitu maju dengan penghasilan album secara kerap dan setiap album yang dihasilkan menampakkan kematangan dari segi penciptaan lagu (arrangement) dan kualiti rakaman yang dihasilkan.

Helvetios merupakan sebuah album yang kedengaran lebih berat dari album2 terdahulu. Dengan permainan instrument yang mantap serta selingan bunyi2an dari instrument folk menampakkan betapa band ini perlu di beri perhatian umum dan sememangnya Eluveitie merupakan band yang bersungguh dan mungkin sudah boleh dianggap raja untuk genre seperti ini.

Eluveitie - Helvetios (2012)

Tracklist :

1 - Prologue
2 - Helvetios
3 - Luxtos
4 - Home
5 - Santonian Shores
6 - Scorched Earth
7 - Meet The Enemy
8 - Neverland
9 - A Rose For Epona
10 - Havoc
11 - The Uprising
12 - Hope
13 - The Siege
14 - Alesia
15 - Tullianum
16 - Uxellodunon
17 - Epilogue

Helvetios menjalani proses rakaman di New Sound Studio di Pfäffikon, Zurich Switzerland. menggunakan khidmat Tommy Vetterli (Tommy T. Baron) yang pernah bersama Coroner dan merupakan bekas gitarist Kreator sebagai producer untuk album ini. Beliau turut terlibat dalam proses rakaman dan mixing manakala untuk instrument folk proses rakaman dilakukan oleh Anna Murphy and Marco Jencarelli di The Soundfarm Studio di Lucerne.

Pada gua album ini agak advance jika dilihat pada album2 terdahulu. Sound gitar yang pada gua lebih berat. Juga boleh dikatakan punya penangan melodic death metal yang kuat dan instrument2 folks menyulami setiap riffing dan sememangnya padat isi setiap track yang dihasilkan. Seni dalam susunan riffing membuatkan mood lagu2 dihasilkan menarik. Drum stroke juga menarik dan lebih bervariasi. bagi vocal part, penggunaan growl dan clean vocal terutama female vocal menambah seri jalan cerita setiap lagu.

Sound produksi Helvetios juga menampakkan maju lebih setapak dari album terdahulu. Gua akui kemajuan dari segi sound produksi dan penghasilan lagu oleh Eluveitie semakin hari semakin meningkat berpandukan pada setiap album yang dihasilkan. Eluveitie bijak dalam menghasilkan lagu dalam garapan metal yang lebih kepada melodic death metal dan melodi yang dihasilkan dari instrument2 folks pula memberi mood folks sebenar. Juga kedengaran seakan lagu2 rakyat.

A Rose For Epona (Official Video)

A Rose For Epona yang merupakan single pertama yang muncul bersama video klip rasmi album ini sememangnya bijak dijadikan media promosi. Agak mainstrem dan mungkin bertujuan untuk memperkenalkan Eluveitie kepada umum akan kewujudan mereka. A Rose For Epona juga merupakan sebuah lagu yang mudah dicerna serta punya struktur susunan music yang tidak membosankan.

Eluveitie - Live at Feuertanz Festival 2010


__________________________________________________________________________________

Hello, this is A, is for Anomaly taking over. Sorry folks for the delay. Took me a while to get into this review, partially because I spent some time waiting for my pre-ordered Helvetios package to arrive and well, the other reason is none other than, commitment and shits haha (Contramen is such a hardworking editor, kudos bruhz). Well onward to the review!



One sentence: AMACAM JELES TAK MUAHKAHKAH!

Helvetios is a concept album, revolving around the Gallic Wars, so you can expect an epic album with instrumental passages in between. In short, it's like a story told from the view on a Helvetian. Interesting, at least for me. Helvetios offers 17 tracks (some version 18, including bonus track A Rose for Epona accoustic version, which mine is not included ugh).

Prologue - Helvetios kicks off with Prologue as the opening track. A soundscape of winds blowing and narration by Alexander Morton narrating about the wars, lives and experience of the Helvetians. Gotta love the narration, and right before it ends, the second track kicks in.

Helvetios - Sweet mother of pearl! Huge guitar and folk instruments kick in, and I think somewhere in 0:25 I can hear a bassdrop (that's right motherfuckers, Eluveitie uses bassdrop as well!) before choirs join in and everything drowns in chaos. I'm glad the balance between melo-death and folk elements are there, unlike the previous release it was poorly done. Love it, reminds me of their debut Spirit. Fuck yea. Eluveitie wasted no time with their metal ferocity and folk music epicness. The choirs = win!

Luxtos - One of my favourite track. Each tracks in the album are made to be seamless with each other. The sound of thunder and rain approaching in distance first and the folk insruments play faintly in background, and boom! The guitars kick in with drums and folk instruments ( I can hear bassdrop again,lol) before halts to a stop for whistles and hurdy gurdy to flirt around for  awhile. Let's be serious, if you've been following Eluveitie from their Spirit era, you'll definitely detect Uis Elveti song in this track. Yea, I call this Uis Elveti 2.0 for the apparent similarities. Beautiful. Gotta love the group chant and the archaic lyrics as well. I think the song tells the origin of the race through mythology perspective. 'We are strong, we are rich adn we gladly are'. Evidently Eluveitie is proud of their roots.

Home -  While Luxtos is an impressive track, I cannot say the same for Home. Standard melo-death track with folk elements peppered throughout the song. Not my favourite but nice drumming by Merlin Sutter. That guy is improving with each and every album.

Santonian Shores - The folk section (or I rather say, solo) is pretty kick ass. Whistles, flute, hurdy gurdy seams beautifully with ala Dark Tranquillity riffing (listen to 2:15 and beyond), making this track a must listen to all.

Scorched Earth - I don't really dig this track. Pretty much like an eulogy, singing about the lost battle and they had to fled from their homeland. Christoph Pelgen voiced the track, accompanied by nothing than soundscapes, with flute, uillean pipe and orchestra. Ugh, sad. Skip if you are looking for something uplifting.

A Rose for Epona - Come on, what's this? The intro is so familiar, akin to Blood Stain Child's Freedom. Eluveitie is way better than this, so IF they decided to rip off some other band melodies, I'd definitely be disappointed. Anna Murphy did a fairly good job with vocals in this track, although I'm not really impressed to be honest.

Epilogue - Similar with Prologue, the outro ended with winds howling and narration by Alex Morton, as well with a sad and deep instrumental (by wind instruments and percussion I think). Perfect ending, nuffsaid.

What can I say about Helvetios? If you are hampered by previous release ER(AINW) this probably live up to your expectation. Looking something similar to Spirit? Helvetios is the answer. This is a long winding album, but since it's a concept album, I'd say it's excellently executed. One complain though, the album cover. Where's the iconic scratchy album artwork (refer to all releases pre-Helvetios)? Damn I miss that. Recommended for purchase. Balanced elements of folk and melodeath music.

Special shout out to Dead Beat Shop for helping to purchase and deliver this album to me. Folks if you feel like getting releases and merch, head up straight to them!

For more info, refer to below links:

VoTW : Maddthelin - Dawn of Tomorrow

Ok, nampak gaya terbaru dan terkini banyak band2 tempatan berani menghasilkan video klip yang agak membanggakan. Hasil2 yang boleh dianggap profesional. Kami di DtE berharap perkara ini tidak akan hanya tinggal kenangan tanpa penghasilan album bagi band2 yang berani menghasilkan video klip sebegini.

Kali ini sebuah band baru dari Kuala Lumpur iaitu Maddthelin telah menghasilkan sebuah video klip yang agak baek bertajuk Dawn of Tomorrow. Lihat dahulu dan mungkin anda punya persepsi sendiri. Segala komen boleh disalurkan melalui entry ini. Terima Kasih.

Kenali Maddthelin melalui link yang kami sediakan dibawah ini.