Hayagriva - Descendant XII (2012)

Hayagriva, sebuah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam arena music Black Metal tempatan. Jika sebelum ini pihak DtE pernah membuat review untuk single Emperor Awaits, kini telah tiba masanya kami membuat review untuk album penuh Hayagriva yang juga merupakan rilisan ke 8 setelah melahirkan demo, EP, split dan kompilasi terbaek mereka sejak 1995 lagi dan album penuh kedua ini diberi judul Descendant XII.
Aavimarga (Vocal)
Mantheravathee (Guitar/Bass)
Venkhateswehra (Keyboard/Synth)
Nhajasakthee (Drums)

Jika diteliti dari info yang terdapat pada cover sleeve album ini, ianya agak menarik kerana beberapa buah studio telah digunakan sepanjang proses rakaman album ini. Ok, nanti gua cerita satu persatu. Keep on reading..

Logo, cover artwork oleh Axmaniac dan Azrymm dari Kompgraphner.
Cover concept oleh Hayagriva.

Tracklist :

1 - Descendant XII (Instrumental)
2 - Is It Time For Me To Die
3 - Heavenly Of Red Heaven
4 - Poem Of My Return
5 - Forgotten Soldiers
6 - Deep Breath Before The Plunge (Instrumental)
7 - Unseen Planet
8 - Al Masihks Magick
9 - Arrival Of The End!!!
10 - Emperor Awaits
11 - Supreme Deception Order (Instrumental)
12 - Syurga Di Hujung Jarum (SYJ-Sofea Cover) - Album Bonus

Album ini diterbitkan oleh Jo'o dan Boy yang merupakan ahli kumpulan ini sendiri dan dibantu oleh Libut. Jo'o turut terlibat dalam rakaman untuk track drum, guitar dan bass. Proses rakaman track drum dijalankan di Groove Republic Studio, Kuching Sarawak. Menarik dikatakan disini proses rakaman track gitar melalui dua fasa berlainan berserta studio yang juga berlainan. Untuk bunyi gitar sebelah kiri melalui rakaman di Allunan Symphony Studio, Petaling Jaya Selangor manakala untuk sebelah kanan dan solo melalui rakaman di The Shadow Studio, Senai Johor. Track bass melalui proses rakaman di Rockin' Studio, Pasir Gudang Johor. Track keyboard dan synth dirakam di Venkhateswehra Studio, Ipoh Perak. Manakal track vocal melalui proses rakaman juga di The Shadow Studio Senai Johor. Jo'o dan Boy sekali lagi bertindak untuk urusan mixing dan mastering juga di The Shadow Studio, Senai Johor. Kesemua track dihasilkan oleh Hayagriva kecuali "Syurga Di Hujung Jarum" yang merupakan lagu saduran dari raja rock/heavy metal Ipoh iaitu SYJ/SOFEA. Kesemua lirik dihasilkan oleh Aavimarga.

Track pertama bertajuk Descendant XII merupakan intro berdurasi 1 minit 21 saat yang seakan menggambarkan permulaan perjalanan untuk berperang (ni gua punya pengamatan..). Punya pengaruh Dimmu Borgir pada bunyi synth.

Is It Time For Me To Die merupakan track bervocal pertama yang agak laju temponya dan keyboard banyak memainkan peranan dalam menghidupkan mood track ini. paling menarik ada beberapa part stereo side untuk track gitar menggunakan cara permainan yang berlainan. Sesuai sebagai track pengenalan untuk album ini.

Heavenly Of Red Heaven bermula dengan sound sample sebelum drum memulakan beat disusuli instrument2 lain. Permulaan yang baek dan banyak bermain dengan mood dan tempo yang kadangkala perlahan dan adakala nya laju. Keyboard banyak menghasilkan sound2 yang agak merisaukan dan suram. Juga solo yang mendayu dari Jo'o.

Poem Of My Return menjadi track keempat juga bermula dengan sample seakan menggambarkan suasana satu perjalanan di antara lembah yang dalam. Bermula sahaja music segalanya berubah. Tempo permainan yang laju, riffing berlainan untuk stereo side dan alunan keyboard yang mengasyikkan.

Forgotten Soldiers bermula dengan susunan music yang solid bersama alunan riffing bermelodi indah diselangi bunyi keyboard sebelum mood berubah sebaik sahaja vocal menamatkan verse pertama. Track ini jika diamati kedengaran sedikit progressive dari track2 terdahulu. Juga merupakan antara track terbaek dari tarck2 sebelum.

Deep Breath Before The Plunge merupakan sebuah instrument yang menggunakan sample berbahasa Arab yang sebenarnya telah disertakan didalam single Emperor Awaits pada 2011.

Unseen Planet menjadi track ketujuh, merupakan antara track yg tidak menggunakan sample sebagai intro. Permulaan track yang kedengaran sedikit pelik riffing2 yang kurang elemen Black metalnya namun itu satu eksperimentasi yang berjaya dihasilkan Hayagriva sebelum mood Black metal sebenar muncul pada riffing2 kemudiannya. kepelbagaian bunyian dari keyboardist diserapkan didalam track ini. antara track yang sedikit janggal tetapi pada gua ianya sangat unik. Mungkin anda perlu hadam berulang2 kali untuk memahami apa yang gua bebelkan ini. haha..

Al Masihks Magick (anda boleh dengar preview track ini melalui aplikasi reverbnation di bawah) boleh dikatakan antara track yang mengembalikan era Silverian Art (EP 1997) kerana mood pada peringkat awal lagu yang dihasilkan masih terasa seakan sama. Ok, solo dari Jo'o turut menambah rasa untuk menjadikan track ini lebih menarik.

Arrival Of The End!!! kembali menggunakan sound sample dipermulaan lagu. Apabila music bermula, nampak gaya nya ianya sangat berlainan dari permulaan kerana tempo laju dimainkan sehingga mood lagu berubah dikala drummer memainkan stroke2 seakan power metal pada pedal drum. Riffing dan permainan keyboard bermelodi yang catchy diselitkan pada pertengahan track.


Emperor Awaits merupakan track yang telah dimuatkan didalam single yang diterbitkan pada 2001 yang lepas. Juga track ini dihasilkan video klip yang turut kami letakkan pada ruangan Video Of The Week pada hujung tahun lepas.

Supreme Deception Order menjadi track terakhir didalam album ini yang merupakan sebuah instrumental yang pada gua lebih kepada outro atau penutup untuk album ini sebelum bonus track iaitu lagu saduran dari SYJ/SOFEA berjudul Syurga Di Hujung Jarum menamatkan Descendant XII. Track saduran ini agak berlainan dari versi yang terdapat didalam single Emperor Awaits kerana kali ini Aavimarga bertindak sebagai vocalist sepenuhnya tidak seperti didalam single Emperor Awaits apabila Mantheravathee (Guitar/Bass) dan Venkhateswehra yang menyanyikan lagu ini.

Untuk keseluruhan album ini tidak keberatan dikatakan ini antara album terbaek Hayagriva. peningkatan dari segi permainan instrument, arrangement menarik serta idea2 yang tidak terfikir berjaya dihasilkan seperti track Unseen Planet. Paling menarik mungkin kesan bunyi stereo side yang berlainan dari segi riffing dari Jo'o dan juga mood, bunyian2 yang dihasilkan Venkhateswehra membuatkan lagu2 Hayagriva berada dalam landasan yang sama seperti apa yang mereka hasilkan sebelum ini. Vocal Aavimarga pula menggamit kembali kegemilangan Hayagriva diawal kemunculan ketika rilisnya Silverian Art pada 1997 dahulu. Drum berada pada kondisi terbaek walaupun ada kala nya kedengaran statik seakan menggunakan drum machine.

Descendant XII didatangkan bersama booklet 16 page beserta lirik untuk setiap track terkandung. Juga disertakan bersama sebuah poster bersaiz A3. Dapatkan Descendant XII dengan harga RM35 dalam kadar segera kerana album ini hanya dikeluarkan dalam kuantiti terhad iaitu sebanyak 500 unit sahaja. Untuk mendapatkan Descendant XII, sila hubungi secara terus bersama Hayagriva atau Khakan Productions melalui link yang disediakan dibawah track reverbnation Al Masihk Magik dibawah ini. Hail!!!


2 feedbacks:

Adi Herman said...

wow sungguh teliti review ini...syabas guys! seronok membacanya!

Contramen said...

kami di DtE menulis tanpa bias.haha kalau bagus mmg kami akan review ianya bagus.dan antara sebab kewujudan DtE untuk mempromosi music dan band malaysia juga antarabangsa.