Interview santai bersama Rammy Faithcraft Productions

Ok.. kali ni kami DtE tampil dengan sebuah temubual paling santai pernah dilakukan..haha.. Sebuah sesi temubual yang sebenarnya tidak pun kami rancang. Idea muncul bila gua Contramen xberapa ada masa nak sembang secara online atau bersemuka dengan personaliti yang kami nk temubual ni. Soalan2 yang ditanya pun datang secara spontan dan gua hanya main taram taip apa yang patut. Terlebih dahulu ada baeknya gua nyatakan perkenalan gua bersama Rammy selaku frontman Au Revoir dan pernah menubuhkan The Raven dan terkini muncul bersama sebuah band gila Wreckär bermula ketika zaman myspace dimana kami mula kenal dan berbincang hal ehwal recording. Kemudian mula berchatting dan sedikit sms bertanya itu ini dan sesuatu yang paling pelik ialah kami hanya pernah bersemuka lebih kurang 1 minit di pintu masuk One Cafe ketika selesai Blackfire perform di situ beberapa tahun lepas.. Ok, memandangkan gua Contramen dan Rammy merupakan orang utara so sesi temubual santai ini menggunakan loghat bahasa yang kami selalu gunakan. Semua soalan di post ke inbox Rammy dan beliau terus mereply nya hanya dalam masa 1 hari.. Ya memang gila.. Ok, santai sejenak membaca temubual umpama sesi lepak pekena teh tarik ini.. Yeahhhh!!!
Rammy
Pemilik Faithcraft Productions, Penulis Kemenyan Zine, Frontman Au Revoir, Anggota The Raven, Blackfire dan Wreckär.

1 - Assalamualaikum Rammy... Boleh hang ceritakan camana sejarah muzik hang bermula?
Wa’alaikumsalam warahmatullah. Dia mula macam ni, start dari muzik rock pastu aku discover muzik Thrash/Heavy metal pastu terkejut black/death metal. Maka bermulalah kisahnya. Rasanya semua ini bermula dari Scorpions. Scorpions ni memang istimewa sikit dari lain lain, sebabnya masa aku sekolah dulu takda sapa pun rekomen aku. Masa tu pakat pulun Search dan Wings, deman rock Melayu. Aku ada la juga dengar BPR, Sweet Charity, Wings, tapi satu dua lagu macam tu la. Terdengar kat kawan, dalam radio, tempat kenduri. Scorpions pula aku curi tape pak cik aku, bila bubuh dalam hi-fi. Meletup! Rasa aneh lain macam riffs-riffs geng ni. Tak macam lagu-lagu band lain, yang ni aku layan semua lagu. Teruih sangkut laa! Album “Crazy World” adalah permulaan bagi segala-gala dari sejarah muzik aku. Bila kenai ja yang ni, mula dahaga yang lebih berat. Kenai Brazillian / South America thrash, kemudian berkenalan dengan kaset-kaset band dari Florida, seterusnya demam Norwegian Black Metal. Kali pertama dengar Mayhem dan Burzum terkejut bewak. Jatuh cinta, lukis merata logo di beg sekolah, di kasut, ini semua info dapat dari zine fotokopi dan Kerrang! aja. Dulu manada internet. Dari situ mula kembangkan minat terhadap band-band yang lebih underground, lebih berat dan lebih gelap. Memang menepati citarasa. Memang puashati bila tahu adanya band-band ganas sebegini dalam donia. Simpan dalam hati, aku pun nak tubuh band macam dajei ni nanti…

2 - Aku pernah terbaca hang ada pernah kluaq statement bahawa Au Revoir takkan main live. awat jadi lagu tu? Line up x cukop atau memang x brapa berani nak perform live sebab hang jarang main gig?

Memang idea dari dulu nak tubuh Au Revoir ni sebagai studio band. Dan memang asalnya Au Revoir ini one-man band, Yen sekadar membantu, kemudian ada Hashim (Imperia), kemudian ada Redza (Devastator), dan kemudian Yen kembali. Yang terkini Zizie Row mengalas tugas gitaris. Line-up memang tak penah cukup Au Revoir ni, frontman dia pun depa kata tak berapa cukup juga? Hahahaha! Band macam Au Revoir ni x payah main live takpa. Payah nak cari fanbase dia, nanti mai 3 orang aja. Lagu-lagu Au Revoir lebih sesuai untuk dilayan studio audio saja sambil mengendap pompuan, memandu dengan rakus, mengurung diri kerana kemurungan dan dendam kesumat, atau melancap.

3 - Camana hang boleh terpikiaq nak buat projek band seserius Au Revoir?
Tak pikiaq teruk pun, ia datang semula jadi. Bila The Ravens berkuboq, sebagai pemuzik dan pengubah lagu hidup hang akan jadi tak tentu arah, kekosongan, kemurungan bila takda saluran untuk hang berkarya. Untuk tubuh sebuah kumpulan yang extreme metal lagi satu, aku tak suka one-man band. Nak cari mana ahli-ahli baru? Jadi aku pun form Au Revoir, aku bagitau Yen. Hang tak perlu bagi komitmen dalam projek ni, malah kalau nak jamming pun ikut suka hang. Nak jam kita jam. Tak mau sudah! Hang perlu masukkan solo dibahagian yang sesuai aja. Dia pun setuju. Jadi band ini wujud pada 2004 walaupun lagu pertama dah wujud sejak 2002 lagi.

Wreckär - Whimp (Jamm Session)

4 - Wreckar antara band paling lucah + kurang ajaq + tadak undang2 dan main semaksima yg boleh yang aku pernah dengaq di malaysia ni. sebenaqnya apa harapan hang pada band ni? rasa boleh pi jauh ka atau sekadar nak memeriahkan industri music "kurang pendengar" tempatan?
Asai penubuhan band kurang ajaq takda dah ni bila aku tulis dan rekodkan lagu Au Revoir berjudul “Perisher” dengan bantuan Syed aka Chainsore dan Haidir aka Melayu. Kedengaran mentah dan loklaq sekali!! Hehehe. Aku memang jenih tak heran sapa dalam bab berkarya dan mencari ketulenan. Jadi aku tanya Chainsore dan Melayu, mau dak kita tubuh sebuah party band mengunakan formula ‘Perisher’. Lagi pun Melayu selalu turun Perlis mai berkhalwat (menyendiri, bertapa) di Faithcraft Studio. Sekurang-kurangnya tiap kali dia mai, ada jugak benda kami hendak jamming. Aku serahkan Chainsore untuk menulis lagu-lagu dibawah seliaan aku bagi mengekalkan attitude kurang ajaq kami. Ia menjadi! dan secara tak diduga kami berjaya pula merekodkan 5 lagu untuk cd “Rape All” yang kini dipasaran bawah tanah. Wreckär mendapat respon yang baik walaupun tidak menjadi fenomena di Malaysia, muzik kami dihargai oleh segelintir peminat punk/crusty dan thrash metal. Biar sedikit tetapi mereka tahu apa yang cuba kami sampaikan. Mungkin Wreckär boleh pergi jauh jika senario muzik underground tempatan berubah satu masa nanti. Harapan aku Wreckär akan jadi lebih ektrim hingga ke tahap yang aku sendiri x dapat bayangkan sekarang ini. Sebab kami sebuah band yang terbuka kepada experimentasi bass dalam masa yang sama cuba mengekalkan corak persembahan yang vintage seperti band-band lewat 70-an dan 80-an.

 Imej kredit to Faithcraft Production Blogspot (kalau xsilap masuk Karisma)

5 - Pasai Blackfire pulak.. berapa lama hang ambik masa untuk menghayati karya2 depa sebelom hang berani terima lamaran depa untuk jadi line up?
Siapa yang tidak kenal Blackfire jika orang jati Perlih, memang dia seorang manusia suci dan tulus budi pernah lahir di sini. Sebelum main dengan Blackfire pun aku dah sanjung lagu-lagu dan permainan serta perjuangan Blackfire. Kami dah jadi kutu di studio tengok Blackfire jamming dengan penuh kagum dan rasa hormat. Blackfire sebuah band old school metal yang unik dan tulen dari segi lirik. Tidak mungkin mana-mana band dapat menandingi mereka walaupun kini telah wujud band-band metal berkemahiran tinggi yang sekadar copycat.

 The Raven

6 - Balik ke zaman muda2 atau time darah muda dok bergelora. Camana tertubuhnya Raven? Apa target hang masa buat Raven?
Aku sangat sedih bila The Ravens berkubur. Tak sangka ia hanya bertahan dalam masa yang singkat sebab aku memang sasar kami akan menjadi sebuah band yang jahat dan liar. Kami tubuh pada 1998 dan berkubur pada 2000. Hanya sempat merakamkan 2 demo kaset. The Ravens tertubuh bila aku dan Yen selalu praktis bersama, aku main dram dan Yen main gitar. Bila jemu main lagu orang lain, timbul keinginan dan rasa berani hendak tulis lagu sendiri. Aku buat lagu, Yen ajaq aku main gitar. Tau saja main power chord terus aku bikin lagu! Baru-baru ini aku dengar God Dethroned “Under The Sign Of The Iron Cross” album 2010. Dalam hati aku, mungkin ini sound The Ravens atau impian aku jika kami masih wujud. Ia perbalahan antara kebuasan dan teras melodi yang menyirap darah!

7 - Aku tau pilihan hang pelik2, so aku nak tanya apa band omputih yang menjadi igauan hang kalau depa nak mai perform kat Malaysia? tak kisah la metal atau selain metal.
Aku suka band-band unik saja, unik bukan dalam muzik tetapi attitude juga. Aku sentiasa telus dalam citarasa aku kini. Dulu zaman budak-budak, zaman black metal haram jadah tu, konon true malu nak bagitau minat band tak contiang muka. Hahaha! Butoh! Aku teringin sangat nak tengok Scorpions (goodbye tour Malaysia xda dlm list la plak!), Samael, Vulcano, Blind Guardian, God Dethroned, Sodom, Nile (sayang dah terlepas), Venom lama, Mayhem lama (sekarang dah jadi pondan eh?), Misfits lama, Type O Negative (tak sempat juga - Pete dah mati), King Diamond, Beatles (memang xda harapan), Debu (sangat-sangat berharap), Roxette (sangat-sangat berharap juga), Wolfbrigade, Sigh (buat kali ke-2), Rotting Christ, Septic Flesh, Bryan Adams, Master, Iced Earth (bersama Matt Barlow), Bad Religion, Aerosmith, Rammstein, Jewel, Motörhead, itu aku dapat pikiaq buat masa la ni…

8 - Hang rasa hang la ni termasuk dalam scene metal tanahair atau tak?
Aku rasa aku ‘mencuba’ untuk jadi sebahagian dari scene tanahair dan masih belum layak kot menjadi sebahagian dari scene Malaysia ni. Lagipun, banyak orang masih tak faham apa aku sedang buat baik dalam Au Revoir atau Wreckär. Hehehe. Aku tak kisah pun. Kami bukan band Kristal. Hahahaha!

9 - Soalan pelik dari aku, dalam Malaysia ni band pop apa yang hang boleh layan dan hang suka?

Kalau Neelofa tu penyanyi, aku dah kata dia tadi. Hehe. Aku minat skit-skit saja. Satu dua lagu dari Khatijah Ibrahim, Ramli Sarip macam ‘istilah bercinta’ tu, macam lagu “satu hari dihari raya” dan “Bonda” dari M. Nasir, Yuna macam aku nak minat walaupun aku xtau lagu dia tajuk apa? Hahaha. Tapi Jimmy Palikat serius menjadi siulan aku 2-3 hari ni. Hahaha!

10 - Tulis zine, buat band, buat lagu, jamming studio, rekoding, label, berekreasi, beribadat dan kerja. Camana hang bahagi masa buat benda2 ni?
Berat tugas hidup kita atas dunia ni. Kalau jadi kapiaq mudah sikit. Kita delete pasai nak kena jumpa Tohan 5 kali sehari, nak kena refresh iman, nak kena keep up dengan iman, nak kena upgrade ilmu akhirat dan dunia serentak, nak kena berdakwah, nak kena beramal dengan ilmu ada, kena ada kerja harian, kena pi masjid, kena jaga hati orang, kawan, keluarga. Jadi bila kita metalhead ni jadi manusia ada agama, hati kita ada cacat skit – setan dah calit warna hitam skit membuatkan kita minat black metal. Hahaha! Maka sukar la kita untuk merencanakan kehidupan harian kita. Hehehe. Jadi kita kena terima hakikat. Terima diri kita seadaanya. Baru kita dapat atoq hidup kita tanpa kesalkan apa yang telah terjadi dan bakal terjadi. Kita sebenarnya sering keliru dengan hal muamalat dan perkara fardu. Bila tahu mana yang patut didahulukan. Kita jadi tenang dan Insya Allah boleh laksanakan tanggungjawab dalam masa yang sama meneruskan minat kita.

11 - Faithcraft Studio milik hang, bleh crita sikit apa perkhidmatan yang studio hang tawarkan? Lagi cun kalau crita equipment yang ada atau perisian2 yang hang gunakan untuk sesi rakaman.
Yerp. Studio ini disewakan kepada pemuzik yang ingin berlatih atau merekodkan material mereka. Tetapi disebabkan budak-budak di Perlih ni kurang sangat yang berminat dalam bermain muzik berkumpulan ini. Perniagaan agak suram, maka ia jadi lebih kepada tempat pertapaan aku dan rakan-rakan terdekat ( keluarga Au Revoir, Kherow dan Wreckär). Studio ini bukanlah hebat dan canggih. Biasa sahaja. Kami mengunakan Sonar Producer Edition untuk rakaman dan mixing, Boss 6 tracks mixer, Speaker mixing aku custom-kan Sonic Gear dan Altec Lansing, aku guna Roland tube amp 15watt, Marshall MG Series amp 100 watt, Line 6 Celestion 150 watt, Behringer Ultrabass 80 watt, Tama Imperialstar drum set, Beyer dynamic mikrofon, B.C Rich gitar, LTD bass, Phillip headphones, dan Sonic Blaster Audigy soundcard.

12 - Apa definisi otai bagi hang? Maksud aku old timer dalam scene.
Old timer dalam scene. Hebat atau tidak terletak kepada peminat untuk menentukan. Contohnya aku tak minat Cromok. Tetapi banyak orang gelar Cromok adalah otai Thrash Metal. Aku tak kisah. Betul la tu. Dalam dunia ni seorang saja aku panggil otai. Nama dia Ciwi. Kawan baik aku. Dia boleh bunuh hang kalau aku minta tolong suruh bunuh hang kejap. Dia takda i.c. Tak penah berus gigi. Tak penah zip seluar. Tak penah sikat rambut. Macam-macam lagi la benda yang horror yang gerun nak cita. Bagi aku dia otai yang sebenar.

13 - Hang rasa kalau zaman Raven dulu hangpa dilamar label hantu macam Peaceville jadi artist depa dan dok luaq negara tour pa segala bagai, hang sanggop ka?
Rasa macam nak dok sanggup. Cerita dulu la jahiliah. Tapi taktau nak kata la no?

14 - Crita2 seram, pembunuh bersiri jadi ramuan hang tulis lirik Au Revoir sebelum start pasal keagamaan dalam album akhir2 ni, soalan aku hang takmau cuba buat lirik pasal pompuan ka? haha..
Hang ada celaru skit ni. Mungkin sebab bini dok jauh no? (haha cilaka sempat lagi hang balun aku - Ed) Dari start zaman demo lagi aku dah adun semua bab yang hang sebut tu. Cerita seram pembunuh bersiri, cerita kegilaan, keagamaan. Itu semua dipanggil ‘ilmu jiwa’. Kalau hang pekerja sosial macam aku, hang mesti penah dengaq tentang ilmu jiwa. Sebabnya macam lagu “Devotion” memang sah-sah sufi sebab ia dari inspirasi kata hikmah dari Jalaluddin Rumi dicampur dengan keinginan aku untuk cepat mati. Itu lagu zaman demo tu, cuma rekod balik dalam album sulung “Keys Of Misery”. Cerita pasai pompuan pulak, hang buta la Contraman. Hang tak baca habis lagi lirik lagu seperti “Make Her Suffer”, “Five-A-Night”, “The Games Girls Play”, “Be My Woman”, “Shattered”, dan yang terbaru “Ku Bunuh Mu”. Ini semua lagu mengenai makluk indah tersebut.

15 - Kalau dari aspek music hang rasa sapa influences yang menyebabkan hang terjerumus dalam kancah music?
Sebenarnya aku tak hadkan pengaruh aku ini, atau aku lebih suka kata inspirasi. Inspirasi aku datang dari Scorpions, Venom, Bathory, Paradise Lost, King Diamond, Def Leppard, macam-macam lagi la wei.
Pada awal penubuhan Au Revoir, Ville Laihala dan Sami Lopakka banyak mempengaruhi aku bab lirik. Kemudian dia berkembang, mula terinspirasi dari kata-kata hikmah pembunuh bersiri dan ahli sufi. Kisah hidup aku sendiri pun memberi inspirasi kepada tetulisnya lagu-lagu aku.

Au Revoir - Ku Bunuh Mu (Single 2012)

16 - Ok single terbaru Ku Bunuh Mu. bagi aku lagu tu susunan dia memang A+. tapi aku xmau tanya bab lagu, aku nk tanya camana terdetik nak try buat lirik melayu? susah ka nk sesuaikan melodi vokal dengan lirik untuk music macam ni?
Aku memang tak penah pikiaq nak buat lagu lirik melayu yang hang sendiri paham betapa susahnya hendak dapat suasana goth dan doomy. Memang sangat susah dan perit. Tetapi seolah macam ada satu cabaran dalam menulisnya. Dan Au Revoir memang tertubuh untuk menyahut cabaran-cabaran sedemikian. Dengan tidak semena-mena, hati aku dihancurkan. Hehehe! Jadi agak semula jadi untuk meluahkan segalanya dalam benda lagu pada ketika itu. Hasilnya setompok darah telah dijadikan bunyi audio yang penuh derita, sesalan dan kemarahan.

17 - Hang minat Ahmad Dhani x?
Kotoq soalan ni. Kotoq. Aku rasa kali pertama aku tengok Dewa melalui rancangan TV pada tahun 2004 rasanya. Dewa berkolaborasi dengan kumpulan nasyid apa ntah main live. Aku memang tak penah dengaq atau tau pasai Dewa langsung sebelum tu. Kemudian aku dengar lagu “Pengeran Cinta” yang tiru immigrant Song tu. Sedap jugak. Kemudian bila dok di KL, Panjang beli cd “Laskar Cinta”, aku tumpang dengaq. Not bad. Ada beberapa lagu ciptaan Ahmad Dhani yang memang sedap dan menangkap. Tapi aku bukan die-hard pun. Ahmad Dhani orang kata dia genius. Bagi aku dia bijak guna media yang ada dalam kuasa dia, dia kaya, ada studio sendiri, ada kebolehan bermuzik dengan baik, dia kaji apa yang boleh jadi duit dan citarasa orang masa kini, Linkin Park, Dimmu Borgir, H.I.M, Muse, U2, dia adun pula dengan citarasa personel dia sendiri macam Queen, Kayak, Led Zep, jadi la Dewa. Dia belajaq Sufi. Masuk banyak falsafah sufi dalam muzik rock yang membuatkan Dewa jadi unik. Ada orang taksub dengan gaya Ahmad Dhani.. bagi aku dia hebat dan trendy. Dia xda apa-apa pengaruh kat aku. Tapi memang ada pompuan-pompuan kata aku macam Dewa melalui single terbaru tu. Geram jgak. Tapi kalau yang lawa tu aku excuse laaa…

18 - Camana hang punya deal dengan band atau label2 yang nak gunakan artwork dari hasil kerja tangan hang?
Ada yang bayaq pakai duit. Ada yang bagi free copy material yang diterbitkan dengan mengunakan karya aku. Aku mudah kira.

19 - Apa pendapat hang pasai one men band di Malaysia ni?

Dulu zaman 90-an, kita semua tau Jadam punya project Gorb kan? Yang paling gah. Dia paling advance dalam kejuruteraan bunyi dalam dunia underground pada waktu itu. Kemudian wujud arus one-man band serata Malaysia. Aku x pasti mana satu yang bagus. Tetapi kebanyakannya cuba buat one-man band untuk rekod lagu-lagu berunsur experimental yang sekadar hendak cuba lapangan baru. Sekadar suka-suka. Tiada keseriusan di dalamnya. Malah kadang-kadang tu tiada kemahiran langsung padanya.

20 - Kalau dibagi kuasa mutlak untuk buat band projek dalam Malaysia ni, hang rasa sapa line up yang hang pilih untuk berkarya sebagai sebuah band dengan hang?
Susahnya soalan ni sebab aku bukan kenai sangat dengan pemuzik-pemuzik handalan di Malaysia ni. Mudah cakap, aku pun akan pilih sama macam M.Nasir la. Aku pilih semua ahli kumpulan Kristal kecuali penyanyi dia sebab aku dengaq cerita geng ni terror gila babi tapi tenggelam punca, takda leadership, xda attitude, x ketahuan arah mana nak pi, jadi aku akan ajaq depa macamana nak jadi dajei. Biar hangpa tau sikit. Aku rasa dalam hati M.Nasir pun kata gitu.. hahaha!

21 - Aku xtau hang follow ka x scene metal Malaysia, tapi aku nk tanya jugak..Hang rasa dalam scene metal Malaysia ni ada x apa2 yang trendy? Hang boleh jawap dari segala aspek..
Trend wujud dimana-mana kawan. Untuk menjadi tidak trendy hang akan berada dalam satu benua yang tidak berpenghuni dan tiada siapa sedar kewujudan hang. Kalau disedari pun, hang akan dibenci pula. Jadi setan, main black metal, minum arak itu semua trends. Mat salleh buat kita buat. Sebenarnya kita tak usah beban diri sangat pikiaq pasai trend ni. Trend kena wujud juga walaupun kadang-kadang kita melugai tengok. Tapi ia adalah sebahagian dari kewujudan sesebuah scene itu. Fashion. Hanya orang tertentu aja yang layak dan berkemampuan menjadi trend-setter. Orang yang kuat. Orang yang memang dilahirkan untuk membuat perubahan.

22 - Tolong bagitau, dari pengamatan hang ada tak benda yang xkena dengan scene metal tempatan yang sepatutnya x berlaku?

Ya. Scene kita sepatutnya paling hebat, paling advance dari segi muzikal dari Singapura dan Indonesia. Ini sebaliknya. Kita lebih cenderung menyalahkan kerajaan dalam segala bentuk kemunduran.

23 - Ok soalan last.. apa yang menyebabkan hang masih bertahan dalam memperjuangkan seni terutama dalam music?

Rasa sia-sia dengan kebolehan yang dianugerahkan kalau aku hanya jadi seorang manusia biasa sedangkan aku luar biasa.

Ok, itu saja untuk kali ini.. seperti biasa untuk mengenali karya2 beliau anda boleh kunjungi laman2 sesawang di bawah ini..

2 feedbacks:

Kaboi Tanduk said...

terbaik.. walaupun panjang tapi sekali harung baca, rasa sat saja da abeh.. haha

bukake instructor said...

jawapan no22 tu tak tepat skali.... anda orang kuat umno kot? hahahaha..