Sparrow - Peperangan (EP2012)

Sparrow merupakan sebuah band bergenrekan heavy metal yang dinyatakan kewujudannya pada 1995. Namun mungkin band ini seakan tidak diketahui mungkin kerana penangan definisi underground atau mungkin juga band ini melalui tempoh pertapaan yang lama sebelum muncul pada 2012 dengan sebuah EP bertajuk Peperangan. Line up band ini boleh dibahagikan kepada dua fasa iaitu pada 2011 ianya dianggotai oleh Narn (Vocals), Suria (Guitar), Mie (Guitar) dan Jac (Drum) manakala pada 2012 terdapat sedikit perubahan iaitu Narn (masih diposisi vocalist), Mansuria (Guitar), Pyan (Guitar), Alan (Bass) dan Jac (Drum)


Tracklist

1 - Peperangan
2 - Beringat
3 - Kenangan
4 - Kontroversi

EP Peperangan ini menjalani sesi rakaman di Necro-X (beberapa hasil rakaman dari studio ini perlu diberi perhatian - Ed) Ipoh. Menggunakan Amirgaddon (juga terlibat dalam sesi rakaman Neftaraka  - Morts) selaku sound engineer. Rakaman mengambil masa hampir 1 tahun iaitu pada 2011.

Peperangan memulakan sesi pengenalan dimana ianya merupakan sebuah track yang memperlihatkan riffing heavy metal dan dentuman drum yang berbau old skool. Sound gitar dan drum yang dihasilkan benar2 menggegarkan jiwa. Kedengaran berat ditambah nyanyian dari Narn yang bijak mengolah bahagian2 yang sepatutnya dijerit dan dibahagian mana perlu dilenggokkan melodi vokal nya. Solo gitar juga agak memukau. Drum? Memang padu dengan hentakan pedal dan hentaman snare yang punya tone yang sedap! Peperangan merupakan sebuah track panjang berdurasi hampir 7 minit. Sarat dengan riffing/rhytm dan stroke heavy metal yang boleh menggoncang otak!

Beringat menjadi track kedua dimana kali ini dari mula sahaja sudah terasa betapa beratnya sound yang dihasilkan. Track ini pada awalannya tidaklah bertempo laju namun riffing2 untuk verse agak kedengaran berat. hanya ketika pertengahan lagu tempo sedikit berubah sedikit demi sedikit menjadi semakin laju. Jika dibawa secara live mungkin ribut juga stage dengan penangan lagu ini. Pengawalan instrument yang baek dari setiap line up untuk tempo yang laju ini. Solo gitar juga menambah haru biru lagu ini. Memang kena dengan mood dan suasana lagu. 6 minit untuk sebuah track yang baek!

Kenangan merupakan sebuah track bertempo perlahan tapi ianya bukanlah sebuah ballad seperti yang selalu diselitkan didalam album bagi band2 yang membawa genre rock dan heavy metal. Rhytm guitar untuk track ini masih kedengaran berat walaupun dimainkan bersahaja. Solo juga agak mendayu untuk menjiwai lagu bertepo perlahan sebegini. Vocal? berada ditahap baek dan tidak memerlukan jeritan high pitch dan ia nya dilaksanakan dengan baek tanpa sebarang cacat cela rasanya. Ok walaupun ada sedikit meleret track ini namun ianya dapat diselamatkan kerana track ini hanya berdurasi 4 minit lebih.

Kontroversi kembali menggila dari awal. Serangan riffing old skool heavy metal dan deruan stroke drum memang bertepatan dengan mood lagu ini. Ada 1 part yang kedengaran seakan riffing Freezing Moon dari Myhem..haha jangan terkejut ya mungkin ini tidak disengajakan. Ok, tolak tepi hal itu. Boleh kata paling menarik ialah apabila tempo laju dimainkan beserta serangan twin pedal, memang agak gamat jugak hura hara lagu ini. Sesuai juga dibawa untuk persembahan live. Sebuah lagu kontroversi berdurasi 5 minit lebih.

Keseluruhan EP ini harus dibanggakan kerana sound produksi yang dihasilkan ternyata akan memuaskan gegendang telinga sesiapa yang mendengarnya. Jika sekali terbaca yang Sparrow membawakan genre heavy metal (tambahan lirik keseluruhan berbahasa Melayu), mungkin kita akan membayangkan sound2 band seperti XPDC, Amuk, Manterra dan seangkatan. Namun apa yang boleh gua rumuskan disini Sparrow memberikan sound yang ternyata berat dari segi sound produksi (harap persembahan live juga sebegini). Jika dibandingkan dengan band2 yang disebut mungkin boleh dikatakan apa yang dihasilkan Sparrow jauh lebih advance. Mungkin persamaan dari segi penulisan lirik sahaja. Seperkara lagi perlu di highlight ialah sound yang dihasilkan oleh sound engineer dan Necro-X Studio benar2 mencengkam jiwa untuk EP ini. Ini gua akui sendiri setelah mendengar pelbagai produk yang dihasilkan dari studio ini. Mungkin Necro-X boleh dirujuk sebagai sebuah studio rakaman terkini untuk band2 yang mahukan sound yang warm dan lazat!

Peperangan EP 2012 boleh didapati dengan harga RM10 by hand dan RM15 by post. Disertakan dengan percuma stiker kereta untuk setiap copy yang dibeli. Dimaklumkan CD ini dihasilkan dalam stok yang agak limited dan dalam masa seminggu sahaja ianya telah terjual sebanyak 120 unit. So apa lagi yang anda tunggu? Melepas kang.. haha

Setakat ini Sparrow hanya boleh dihubungi melalui laman facebook mereka. Segala urusan mungkin boleh berhubung dengan Sparrow menggunakan link yang kami sediakan dibawah ini. Terima Kasih!!!

VotW : Upon Arrival - Black Shadow Fiend

Kami sebenarnya pernah mereview EP Upon Arrival ini yang berjudul Reign Of Chaos. Sebuah track yang memang menjadi kegemaran gua iaitu Black Shadow Fiend telah dihasilkan video klip dan telah diriliskan baru2 ini. Dikhabarkan juga Upon Arrival dalam rangka merakamkan album terbaru (mungkin dalam menyiapkan material2 baru barangkali). Apakata layan dulu video klip ini.


Geen Naam - Deaf, Dumb And Blind (Demo 2011)

Pertama kali mendengar Geen Naam (juga disebut G6) apabila gua membeli dan memutarkan CD yang mengetengahkan 4 buah band yang membawa aliran Crusty Thrash iaitu Capital War Holocaust. Seakan ada sesuatu yang perlu diteliti, lantas gua bersungguh mencari demo tape mereka bertajuk Deaf, Dumb And Blind yang telah dijual pada 2011 hanya dalam kuantiti 200 unit. payah juga mendapatkannya sehingga terpaksa bertanya kepada rakan2 owner distro kecil kecilan. hahaha.. Ok gua dah meneliti hasil yang terkandung dalam demo tape ni. Kasi gua review sikit apa yang gua dengar.
 Geen Naam :
Laney Sixx - Vocal, Bass
Roberz - 1st Guitar
Apiz - 2nd Guitar
Fael Lugnut - Drum

Logo oleh Sid dan G6.
Layout/Design oleh Laney Sixx

Tracklist :

1 - Palestinian's Hunger
2 - Police State (Knock em' Dead)
3 - Unanswered Prayer
4 - Surrounded By Evil
5 - The Eye Of Sauron
6 - Deaf, Dumb And Blind

Deaf, Dumb And Blind melalui proses rakaman di Hotsound Studio, Wangsa Maju. Menggunakan khidmat Zahid sebagai sound engineer sepanjang proses rakaman. Juga perlu dinyatakan G6 menggunakan kaedah live recording namun rakaman solo guitar, vocal dan backup vocal di lakukan secara berasingan.

Track pertama berjudul Palestinian's Hunger memperlihatkan kemampuan Geen Naam dimana ianya merupakan sebuah fast track. Permulaan lagu yang bermula sedikit perlahan sebelum permainan yang pantas dari mereka membuatkan track ini sedikit chaos dan keributan ini bertambah untuk bahagian chorusnya. Solo gitar juga tidak boleh dipandang rendah. Vocal berada didalam keadaan terkawal dengan jeritan yang baek.

Police State (Knock em'  Dead) merupakan track kedua yang disajikan. Ok, track ini mengingatkan kepada lagenda Punk Rock tanahair iaitu The Bollocks pada era awal demo My Friends (1995). Pembawaan vocal yang benar2 mengingatkan gua pada setiap track didalam demo The Bollocks tersebut. Permulaan nyanyian sebelum music bermula menunjukkan mereka benar2 tidak menyukai golongan yang dinyatakan tersebut. Sekali chorus yang dihasilkan agak catchy. Solo gitar tidak berapa kejam seperti track pertama.

Unanswered Prayer merupakan sebuah track terbaek yang dihasilkan. Permainan guitar yang menarik disamping riffing2 yang pantas. Juga ketukan drum yang konsisten sepanjang lagu. Nyanyian dari Laney Sixx benar2 bersemangat menyampaikan mesej2 dari lirik dihasilkan. Track ini merupakan lagu pilihan terbaek gua! Chaos sepanjang masa! Hahaha

Surrounded By Evil masih mengekalkan elemen fast seperti track terdahulu. Nyanyian yang tidak putus2 dari vocalist dan music mungkin punya pengaruh kuat The Exploited (ok ini pandangan gua)

The Eye Of Sauron bermula dengan rentak sedikit perlahan sebelum kerancakan lagu bermula dengan riffing berlainan untuk bunyi kiri dan kanan.Sebuah lagu yang punya pengaruh Punk dan Thrash yang kuat. Chorus lagu yang dihasilkan memang ctchy serta solo gitar yang sama naek mencanaknya seiring kepantasan riffing yang dimainkan.

Deaf, Dumb and Blind menjadi track penutup yang turut menggunakan tajuk demo tape ini. Sebuah lagu yang punya susunan menarik. Punya flow dari bermula bersama sedikit solo sebelum kepantasan dan kemarahan di lepaskan. Feel in guitar juga jelas kedengaran sebelum solo pendek mengakhiri track terakhir ini.

Seperti apa yang gua katakan diperenggan pertama, ia nya seakan ada sesuatu yang perlu diteliti berkenaan band ini terutama music yang dihasilkan mereka. Ok keseluruhan demo tape ini perlu dibanggakan dari segi mutu rakamannya. Untuk sound crusty + thrash sebegini, mungkin sound sebegini adalah bersesuaian. Sound engineer serta band berjaya mendapatkan sound yang tidak terlalu clean dan tidak juga terlalu kotor. Malah kesemua instrument berada dalam sound yang seimbang.

Seperkara yang perlu diberi perhatian berkenaan apa yang dihasilkan didalam demo ini ialah kemampuan setiap line up dalam mengendalikan setiap instrument. Permainan yang menarik serta mood dan susunan lagu yang penuh bergaya dan mesej dari lirik adalah bersesuaian sekali dengan mood lagu yang dihasilkan. Deaf, Dumb And Blind merupakan sebuah demo yang mungkin (pada gua) berada dalam lingkungan antara The Exploited (Beat The Bastard) dan tidak melangkau dari Slayer (Diabolous In Musica).

Ok, mungkin agak sukar untuk mendapatkan demo tape ini kerana kuantiti yang agak limited bahkan sekajian gua demo tape ini dihasilkan secara DIY oleh line up G6 sendiri. Walau begitu mungkin anda boleh menilai kemampuan G6 secara live atau menghubungi G6 sendiri melalui rangkaian berhubung secara online yang kami sertakan dibawah preview song dibawah ini. Support!!!!!



Interview : Daarchlea - Generasi baru extreme metal tempatan

Band yang rata2 masih muda dan pertama kali beraksi pihak DtE menyaksikannya ketika mereka membawakan sebuah lagu cover dari Cradle Of Filth iaitu Dust and her Embrace melalui youtube. Mungkin ketika itu tahap terkejut hanya pada kemampuan vocalist mereka yang punya suara mirip Dani Filth. Namun kemampuan mereka terserlah ketika menjadi finalist ROTTW Soundstage pada tahun ... (sori Ed lupa tahun bila..haha) ketika mereka membawakan lagu sendiri yang ternyata boleh bikin pecah kepala. Kini lebih kurang 6 tahun band yang menggunakan nama Daarchlea ini wujud, mereka menjadi antara pelapis generasi metal terbaru tanahair yang sedikit demi sedikit telah mengumpul pengalaman beraksi bersama beberapa nama besar dari luar negara dan kelahiran Live Promo 2009, video klip rasmi dan single terbaru benar2 menunjukkan tahap kemampuan sebenar mereka walaupun masih hijau dari segi peringkat umur. Ok, tak perlu cakap banyak apakata anda luangkan sedikit masa membaca sesi temuramah exclusive antara DtE dan Daarchlea.. enjoyyyyyyyyyyyy!!!!!!

Daarchlea 2012

1 - Assalamualaikum dan selamat sejahtera keatas kamu semua. Terlebih dahulu boleh kami tau siapa yang menjawap sesi temubual ini?
Waalaikumsalam w.b.t dan salam sejahtera, DtE. Aiem di sini.

2 - Rasanya terdapat sedikit perubahan dalam line up terkini Daarchlea. Boleh nyatakan setiap line up Daarchlea dalam formasi terbaru ini?
Ya, ada sedikit perubahan dalam line up terkini Daarchlea. Formasi terkini Daarchlea terdiri daripada, Muhammad Firdaus (Firdz) masih selaku vocalist utama di dalam band ini, Zulhelmy Adha (Emme) dan Khairulazizi (Zizie) di posisi gitar, saya sendiri, Muhammad Shairulzaim di posisi bass, dan kemasukan Asyraf Ahmad (Ash) sejak tahun 2009 selaku keyboardist dan backup vocal. Paling terkini ialah dengan kemasukan Wan Rukhairul (Senndart) pada tahun 2010 selaku drummer dan backup vocal, menggantikan tempat drummer asal kami, Mohd Zulkhairy (Ayee) yang terlibat dalam kemalangan jalan raya sebelum ini.

3 - Boleh ceritakan bagaimana nama Daarchlea dipilih sebagai nama band? Adakah ianya punya maksud tersendiri atau Daarchlea punya jawapan tersendiri disebalik pemilihan nama Daarchlea itu sendiri?
Nama Daarchlea asalnya diambil dari nama sejenis bunga, Dahlia. Ejaan dari “Dahlia” kami ubah ke “Daarchlea” supaya pembawakannya nampak sedikit pelik dan mungkin kedengaran sedikit kasar. It’s a statement towards kita punya typical human mentality yang selalunya judge sesuatu berdasarkan luaran yang dilihat tanpa cuba untuk mengetahui dasar atau akarnya.

4 - Boleh nyatakan genre sebenar yang dibawa oleh Daarchlea? ini kerana ada yang melabelkan Daarchlea sebuah band bergenrekan Black Metal, ada juga yang melabel sebagai Gothic Metal malah ada yang mengatakan Deathcore.
Mengenai hal genre, kami merasakan setakat ini kami selesa di bawah kelompok metal. Kami cuba menggabungkan elemen-elemen yang ada di kelompok Extreme Metal, cuma mungkin kami lebih ke arah bunyian metal yang lebih modern atau “well-produced”. Berbeza dengan bunyi-bunyian old school yang kedengaran lebih ‘harsh’ dan ‘raw’. We just don’t want to define our music yet. Maybe bukan sekarang.


5 - Live Promo pada 2009 merupakan buah tangan pertama Daarchlea secara rasmi. Sepanjang penubuhan Daarchlea sekitar 2006 sehingga lahirnya EP tersebut pernahkah Daarchlea mengeluarkan sebarang demo terlebih dahulu?
Kami ada merekodkan beberapa buah lagu sebelum Live Promo tersebut, ianya hanya untuk simpanan sendiri dan tidak pernah diriliskan.

6 - Bagaimana penerimaan pendengar berkenaan Live Promo tersebut? Berapa unit telah terjual?
Kami menerima banyak pendapat, komen dan juga kritikan yang berbeza dari pelbagai pihak. Alhamdulillah 95% daripadanya adalah komen-komen yang membina dan banyak membantu kami untuk develop muzik kami sekarang. Banyak yang kami pelajari sejak terilisnya Live Promo tersebut. Untuk Live Promo tak banyak yang kami cetak, kira-kira dalam 150 unit yang terjual. Since it’s a promo kami juga berikan percuma ketika live show dan ada yang diserahkan kepada organiser-organiser dan rakan-rakan terdekat untuk tujuan promosi.

7 - Pengaruh awal Daarchlea diawal kemunculan lebih kepada Cradle Of Filth. Terkini band2 apakah yang banyak mempengaruhi penulisan lagu2 terbaru Daarchlea?
Kami masih lagi menggunakan elemen-elemen dari Cradle of Filth sebagai rujukan, cuma kami kini lebih mendalami dan menjadikan band-band seperti Behemoth, Dimmu Borgir, Nile, Deicide, Vader, The Faceless, Fleshgod Apocalypse dan Abigail Williams sebagai rujukan.

8 - Ada rumour mengatakan Daarchlea bakal muncul dengan EP kedua, kenapa memilih EP dan tidak terus melahirkan sebuah album penuh?
Buat masa ni masih lagi dalam proses perbincangan bersama ahli band yang lain. Belum memutuskan untuk mengeluarkan EP ataupun terus dengan album penuh.

9 - Pendapat Daarchlea berkenaan band2 Black Metal yang dilabel sebagai "sold out" seperti Cradle Of Filth dan Dimmu Borgir?
Cradle of Filth adalah sebuah band yang unik dan kreatif, ada cara tersendiri untuk mempelbagaikan lagi muzik mereka, tak kiralah dari segi rakaman album ataupun persembahan live, cuma sekarang ni mereka lebih ke arah muzik yang kedengaran lebih moden. Dimmu Borgir juga mementingkan kualiti dari segi mutu persembahan dan rakaman album. They have their own identities. Itu buatkan mereka mudah dikenali, dan dapat diterima ramai. It’s just a label. Mereka tak rugi apa pun. Mereka cuma buat benda yang mereka suka sampai ke tahap macam tu.

10 - Pernahkah terlintas di fikiran Daarchlea untuk mencuba merakamkan lagu bersama mana2 kumpulan orchestra seperti yang dilakukan band tersohor Dimmu Borgir?
Ada perancangan ke arah begitu. Cuma mungkin bukan dalam masa terdekat.

11 - Sasaran untuk persembahan pentas diluar negara? Wacken barangkali?
Banyak yang kami impikan dan rancangkan, untuk bermain di pentas konsert-konsert bertaraf antarabangsa dan peluang bermain bersama band-band berprofil tinggi. In order to achieve those things, kena put some effort to it. Hopefully ada rezeki soon. Insyaallah.

12 - Boleh nyatakan instrument2 dan gear yang digunakan setiap line up Daarchlea untuk persembahan pentas?

Muhd Firdaus (Firdz) – Vocal
-Shure SM-58

Zulhelmy Adha (Emme) - Guitar
-LTD Standard Series AX-50 tuned "B E A D F# B"
-SX Explorer Custom “Senndart" signature series tuned "B E A D F# B"
-KORG Pitchblack
-BOSS Equalizer
-Electro Harmonix Metalmuff
-D’Addario 12”- 60”

Khairulazizi (Zizie) - Guitar
-LTD Standard Series H-50 tuned "B E A D F# B"
-BOSS Equalizer
-Ibanez Tubescreamer
-KORG Pitchblack
-D’Addario 12”- 60”

Shairulzaim (Aiem) - Bass
-LTD Standard Series B-50 tuned "B E A D"
-Cort Action Custom series tuned "B E A D"
-KORG Pitchblack
-Hartke Bass Attack
-Dunlop Icon Series "Trujillo" 45"-130"

Asyraf Ahmad (Ash) - Keyboard
-KORG X-50

Wan Rukhairul (Senndart) - Drum
-DW twin pedal
-GOODWOOD drumsticks

13 - Pendapat Daarchlea berkenaan kepentingan sesebuah band berada didalam pengurusan label?
Semuanya lebih mudah,terurus dan teratur jika sesebuah band berada di dalam sesebuah label. Depends on label.


14 - Penghasilan video klip  Dher Phalse Mesaya. Kenapa video klip ini di rilis terlebih dahulu sedangkan album atau EP masih didalam proses rakaman? Bukankah video klip merupakan salah satu promosi sebelum munculnya album mahupun EP? Pendapat dan mungkin Daarchlea punya jawapan berkenaan hal ini.
Video klip Dher Phalse Mesaya direkod dan dirilis di atas tujuan mempromosikan konsep muzik kami. Sebelum ni ramai yang mungkin tidak berapa faham dengan konsep, konten dan arah tuju muzik kami. Untuk first phase kami try create ‘vibe’ untuk buat orang faham atmosphere they’re in bila dengar lagu kami, dengan hanya menggunakan audio. After a while, kami decide untuk teruskan with second phase dengan menggunakan visual untuk membuat mereka di luar sana lebih memahami arah tuju dan konten muzik kami. Mungkin ramai yang hairan dengan perubahan muzik kami sekarang. Mereka mungkin memahaminya nanti, sedikit demi sedikit. It’s all part of the plan.

15 - Boleh ceritakan serba sedikit berkenaan rakaman terbaru yang sedang dilakukan Daarchlea?
Buat masa ini kami di dalam proses Pre-Production untuk rilisan seterusnya. Masih di dalam proses writing dan composing. Mungkin rakaman seterusnya akan dimulakan pada penghujung bulan Jun atau pada awal bulan Julai.

16 - Mungkin boleh nyatakan band2 sealiran Daarchlea yang perlu diberi perhatian oleh pendengar di luar sana?
Untuk mereka-mereka yang berminat dengan jenisan muzik seperti yang Daarchlea bawakan, tumpuan patut diberikan pada band-band metal tempatan yang kian meningkat naik seperti Sammael Abraham, Symbiotic in Theory, dan Nothing Underneath.


17 - Single bertajuk "Qhilav" yang baru diperdendangkan membawa pelbagai reaksi namun bagi kami pihak DtE, kami dapat menyimpulkan Qhilav serta Dher Phalse Mesaya punya elemen clean vocal walaupun tidak seperti ICS Vortex di dalam Dimmu Borgir. Adakah ini satu percubaan baru didalam music Daarchlea atau Daarchlea punya jawapan tersendiri?
Ya, elemen clean vocal seperti yang dapat didengar pada Qhilav dan Dher Phalse Mesaya adalah perubahan terbaru yang kami cuba ketengahkan di dalam muzik kami. Sukar untuk kami olahkan, tapi banyak rujukan yang terpaksa digunakan untuk memasukkan clean vocal ke dalam lagu-lagu kami.

18 - Apa reaksi band2 lama terhadap Daarchlea?
Semuanya okay buat masa ni, tak pernah pula lagi dengar apa-apa yang buruk.

19 - Gig atau konsert terbaik pernah Daarchlea sertai?
Rock The World : Adrenaline pada tahun Disember 2011, dan Arch Enemy Live & Kaos Kuala Lumpur yang berlangsung April yang lalu. Memang satu pengalaman yang baru buat kami semua.

20 - Pengalaman menjadi opening beberapa band antarabangsa seperti Arch Enemy, Suicide Silence, Impiety. Apakah yang dapat dipelajari Daarchlea sepanjang berkongsi pentas bersama band2 bertaraf antarabangsa ini?
Ketelitian penting. Daripada segi persediaan, kualiti sound dan persembahan. Banyak yang kami pelajari daripada mereka. Persediaan dari segi management, instrument dan kesihatan. Semua perlu dalam keadaan baik dan terurus. Sound penting untuk kepuasan diri setiap ahli band dan juga penonton. Dari banyak segi kena ambil kira.

21 - Penukaran logo ke design baru ketika lahirnya single Qhilav. Mungkin punya maksud perubahan music direction atau sebaliknya?
Sedikit sebanyak mempengaruhi. Dari segi kualiti sound dan juga direction music Daarchlea nanti.

22 - Band seangkatan Daarchlea iaitu Massacre Conspiracy telah jauh menimba pengalaman sehingga ke Kanada. Bila agaknya Daarchlea akan membuat persembahan luar dari Malaysia? Apakah ada usaha2 Daarchlea ke arah itu?
Jika ada peluang yang diberikan pada kami semua satu hari nanti, pasti akan kami usahakan juga untuk membuat persembahan luar dari Malaysia. Cuma buat masa sekarang ni kami lebih menumpukan dari segi membina imej dan kualiti Daarchlea.

23 - Imej dan music bawaan sesebuah band. Apa pendapat Daarchlea berkenaan hal ini? 
Keduanya perlu selaras. Imej penting bagi sesebuah band dan imej yang bersesuaian dengan music band tersebut perlu sesuai. Kalau ada kombinasi ini, it will boost the band dengan lebih cepat.

24 - Jika dilamar syarikat rakaman terkemuka dunia dan perlu menandatangi tour serata dunia, adakah Daarchlea berani menyahut peluang ini?
Depends on the terms. What they have to offer, what we have to do.

25 - Ok, itu sahaja soalan2 dari kami, kata2 terakhir Daarchlea kepada mereka2 yang membaca temubual ini?
Kami hendak berterima kasih tak terhingga kepada pihak DtE kerana sudi meluangkan masa untuk menemubual kami semua. Kepada mereka-mereka yang masih belum mendengar single terbaru kami bertajuk "Qhilav" yang baru dirilis pada Mei lalu, kalian boleh rujuk pada profile facebook kami ataupun di Youtube. Dan kepada semua pendengar-pendengar dan rakan-rakan di luar sana yang masih setia bersama kami, thanks a lot and keep supporting us! Assalamualaikum.

Facebook
Myspace
Twitter



Visitant - The Sword Without Eyes EP (2012)

Visitant adalah antara band tempatan yang sebelum ni gua pernah dengar nama tapi tak pernah miliki sebarang releases mereka.Band yang berasal dari Pahang ni boleh dikatakan sezaman dengan Tasyim, Bazzah dan lagi-lagi band sewaktu pada zaman 90s dulu. Pada yang pernah dengar split tape mereka 99 dulu, apa pendapat lu orang? Haha. Personally gua rasa sedih gak la dengar tapi itu cerita dulu! Lu orang kena dengar versi Visitant baru ni, sumpah lain dari dulu punya! Seiring dengan peredaran masa line up band ni turut berubah dengan hanya Fizan kekal. Ala maklumat lanjut pasal biografi ini band buleh check dekat Facebook okay?

Sebenarnya gua dah lama jugak beli EP terbaru diorang berjudul The Sword Without Eyes ni tapi macam biasa ah kekangan masa buat gua hampir lupa nak review. Soooooooooooooooo yeah, EP ni mengandungi 4 buah lagu, sebahagiannya diolah semula daripada split 99 dan diberi nafas baru.


Fizan - Guitars/Vocals
Rasfan - Guitars/Synth/Vocals
Hafiz- Bass
Yusof - Drums


- The Sword Without Eyes
- Through Me I can't See
- Nida' Lil Haq
- Tales of the Past II

The Sword Without Eyes - Dimulakan dengan sample daripada filem Lord of the Rings, ini lagu memang relentless dipermulaan dengan blastbeat dan riffing takde belas kasihan punya.Keyboard memberikan feel epic memandangkan lagu ni pasal perjuangan (kang kata perang macam one dimensional pulak, whatever).Elemen black metal/ power metal dapat dirasakan bercampur di sini. Apa yang bagus pasal EP ni adalah sleeve turut menyertakan lirik jadi senang nak paham takde la terkial-kial nak cuba faham apa vokalis duk menderam sepanjang lagu.Lagu ini memang sesuai sekali diletakkan sebagai pembuka. Selain daripada set mood ia jugak bertindak sebagai memberi petunjuk kepada pendengar betapa sound Visitant dah berevolusi sejak daripada release mereka yang sebelum ni.

Through Me I Can't See - Intro daripada keyboard di permulaan set mood lagu ni kepada ala-ala padang pasir sebelum diterjah masuk dengan gitar, drum dan vokal yang menggila. Vokal berkahak (sori takde term yang lagi sesuai gua mampu fikir) Fizan mantap jugak sebenarnya. Lupa nak cakap drummer baru Visitant ni kira ribut jugak permainan dia dengan ketepatan yang boleh tahan dan serangan twin paddle hampir sepanjang masa.Keyboard menyinar di lagu ini terutama di bahagian 2 minit terakhir dengan piano.

Nida' Lil Haq - Sebuah lagu berbahasa Arab. Sori gua tak faham bahasa Arab tapi lagu ni nice sebab vokal employ clean vokal dengan pengeculian beberapa tempat ada jerit-jerit sikit. Keyboard banyak menghiasai lagu ni dan tempo pun takde menggila macam 2 lagu terawal.Mula-mula gua ingat ni lagu Maal Hijrah sebab lenggok lebih kurang sama kahkah!Ini lagu syok, at least lega sikit daripada  lagu terawal yang menggila laju.

Tales of the Past II - Secara peribadi, inilah trek kegemaran gua. Sebuah trek akustik yang digubah cantik dan mendalam. Temanya masih tentang perjuangan, patutlah Visitant label kat Fb diorang sebagai War Metal, mati-mati gua ingat War Black Metal kahkah.Apasal sample di awal lagu macam familiar? Oh ya, filem Braveheart kahkahkah!Ini lagu gua memang confirm lu orang dengar sekali memang sangkut. Gua dapat kesan pengaruh Blind Guardian dalam lagu ni. Lagu ni jugak menampilkan ability vokal-vokal (macam ramai je nyanyi lagu ni) mereka dalam menyanyi dengan lunak dan ehem..teratur.Tunggu satu bahagian ada flute, woooooo ini nice ada lenggok folk sikit. Syok.

Secara jujur ini adalah produk local terbaik 2012 bagi gua setakat ni.Gua suka the fact EP ini packagingnya decent dan rapi jadi gua rasa puas la membeli, kena pulak karyanya memang bahekkkk!Secara overall gua suka soundnya yang bersih dan semua instrument jelas dan tak outdo each other sangat. EP ini diterbitkan oleh Celestial Frequency. Gua tak pasti masih terdapat kat Rock Corner ke tak sebab hari tu gua pergi beli nak borong beberapa copy tapi tinggal satu je, oh damn.Adakah Visitant boleh menawarkan kelainan kepada scene tempatan? Gua tak berani cakap tapi ada baiknya kalau dapat arrange interview dengan mereka.Gua serahkan kat Contramen sebab dia sekarang sibuk asah bakat jadi wartawan haha. Tapi seriously, EP ni gua personally recommend kat lu orang untuk beli. BELI! Bukan download, BELI!Terima kasih.



Pada yang berminat sila hubungi Visitant di link di bawah.

Facebook

Kathgor - Descendants From The Depth (Demo 2009)

Gua terpanggil untuk mereview demo tape ini setelah ianya menjadi peneman ketika memandu berseorangan beberapa minggu yang lepas. Kathgor, band bergenre Old Skool Death Metal dari bandar yang kaya dengan band2 Thrash Metal berkualiti iaitu Kajang. Demo tape bertajuk Descendants From The Depth yang melalui proses rakaman pada awal 2009 ini hanya dikeluarkan dalam kuantiti yang agak limited iaitu 200 unit sahaja. Kathgor dianggotai oleh A'it - Gitar, Ayen - Bass, Ibi - Drums dan Ratna - Vocals.
 Kathgor - Descendants From The Path (Demo 2009)
Layout oleh Ratna
Logo oleh Fizan VAULT

Tracklist :

1 - Intro
2 - The Dark Path
3 - Descendants From The Depth
4 - Death Awaits

Descendants From The Depth melalui proses rakaman pada Januari 2009. ISeekMusic menjadi studio dimana demo tape ini dirakam dan proses adunan dilakukan. Kesemua lagu di hasilkan oleh A'it dan Ibi manakala kesemua lirik ditulis oleh Ratna. Sedikit mendukacitakan ialah tidak banyak info dinyatakan didalam cover sleeve demo tape ini.

Intro pembukaan demo ini bermula dengan instrumental dari plucking gitar. Tidak dapat diduga lagi bagaimana dan apakah yang cuba disampaikan oleh Kathgor.

The Dark Path menjadi pengenalan kepada apa itu Kathgor dan bagaimana arah musical mereka. Ya ianya adalah Death Metal tegar! Riffing, hentaman dari pemain drum, paduan bass yang mengiringi riff gitar serta ngauman vocalist ternyata membawa dimensi baru kepada peredaran music metal bandar Kajang selain dari penangan Thrash Metal mereka yang sememangnya bagus. Kathgor membuka lembaran baru dalam music Death Metal yang padat dan tepu!

Descendants From The Depth seawal lagi sudah benar2 membakar semangat untuk berheadbang. Riffing yang ternyata berbau old skool ditambah dengan paduan pedal dari pemain drum yang tidak membiarkan sebarang kekosongan didalam setiap inci lagu. Track ini lebih banyak banyak bermain dengan ritma malah ada beberapa part seakan sedikit offbeat walaupun tidak terlalu teknikal. Solo gitar menambah lagi perasa Death Metal tegar.

Death Awaits menjadi track terakhir dimana bermula durasi pertama sahaja keadaan sudah cukup menghuru hara kan. Permainan drum yang kental serta riffing melambung2 kadangkala kedengaran seperti Doom Death.

Secara keseluruhan demo tape ini boleh dianggap bagus dari segi produksi nya kerana kesemua instrument jelas kedengaran dan seimbang. Kredit kepada setiap line up yang berjaya membawa irama Old Skool Death Metal kelandasan sebenar. Jika sebelum ini anda hanya mengenali Humiliation, Recidivist yang lebih ke irama sebegini, kita muncul Kathgor yang pasti akan memberi saingan kepada band2 sealiran mereka. Pada gua, music Kathgor lebih agresif dari dua band yang gua sebutkan tadi. Kathgor punya kelainan tersendiri dan perlu diberi perhatian. jangan terkejut jika anda berkesempatan mendengar material Kathgor kerana setiap ngauman itu datangnya dari vocalist yang berjantina perempuan!

Untuk menghubungi Kathgor yang benar2 bersifat underground dan old skool ini, kami hanya dapat memberikan email mereka sahaja. Percayalah kata2 gua, Kathgor bukan sebarangan band!

Tools Of The Trade - Defy (2012)

Sempena tour Eropah yang akan disertai oleh Tools Of The Trade, kami DtE bersempatan mendapatkan album terbaru mereka bertajuk Defy yang baru sahaja menemui pendengar. band yang berpaksikan genre grindcore ini tampak begitu berani dan berdasarkan apa yang di hasilkan melalui Defy, rasanya Tools Of The Trade sudah mampu menyaingi band2 yang lebih awal menjelajah Eropah seperti Womrot am nya. Defy dikeluarkan oleh dua buah label iaitu Revulsion Records (Malaysia), Electro Sponge Media (S’pore).
 Tiong- Guitars/Guitar, Emi - Bass/Vocal, Ian - Drums
Imej credit to The Cloudhunters

Cover artwork oleh Zach Van Alley

Tracklist

1 - Intro
2 - Deranged
3 - Clotted Blood
4 - Fury
5 - Defy
6 - Pounding Miasma
7 - Awake
8 - Deceit Propaganda
9 - Last Phase
10 - Seeing The Truth
11 - Lies Beneath
12 - Lust Confinement
13 - Sign
14 - Gross
15 - Mass Defacement
16 - Fraud
17 - Impostor
18 - Hidden

Defy menjalani sesi rakaman sekitar Ogos sehingga September 2011, bertempat di Hotsound Studio. Sesi rakaman dikendalikan oleh Zahid (juga terlibat dalam rakaman EP "Pulse"). Album ini juga menampilkan Amir Lam dan Yussoff yang bertindak dalam menyumbangkan suara dalam beberapa lagu. Line up yang terlibat didalam sesi rakaman ialah Tiong- Guitars/Guitar, Emi - Bass/Vocal, Syazwan - Guitars, Kia - Drums.


Untuk mereview 16 track didalam album ini mungkin agak sukar kerana genre sebegini durasi lagu2 nya sekitar 1 ke 2 minit sahaja. Malah track ke 7 bertajuk Awake hanya berdurasi kurang dari 11 saat dan track paling panjang berjudul Impostor durasinya 2 minit 24 saat. Namun begitu, Deranged yang merupakan track kedua (selepas intro) merupakan track yang sesuai sebagai pengenalan music dan penangan lagu2 terbaru Tools Of The Trade. Beberapa track menarik seperti Clotted Blood, Pounding Miasma dan Lies Beneath juga pasti boleh bikin kepala otak anda sedikit goyah dengan riffing serta hentaman grind menggila dari drummer band ini.

Keseluruhan mutu dari produksi rakaman adalah membanggakan dan kesemua instrument berada dalam level terkawal. Sound engineer bertugas bijak menghasilkan sound yang bersesuaian dengan genre sebegini. Drum, gitar dan bass (kadangkala kedengaran sedikit kuat level bunyinya berbanding gitar dan drum) kedengaran seimbang manakala vocal bersilih ganti antara growl dan scream menambahkan suasana lebih huru hara untuk setiap track yang diperdendangkan. Bagi gua, setelah mendengar Defy, dapat gua simpulkan sememangnya Tools Of The Trade sudah mencapai tahap sebuah band yang layak untuk melakukan tour Eropah (Julai 2012) memandangkan kemampuan dan mutu komposisi lagu yang dihasilkan. Jika Singapore telah memulakan serangan grindcore di tanah Eropah melalui Womrot, kali ini rasanya Malaysia juga tidak mengecewakan. Tools Of The Trade adalah jawapannya dan ia nya merupakan suatu yang patut dibanggakan kerana mereka antara band yang berani tampil kehadapan membawa bendera Malaysia ke arena music berat antarabangsa. Syabas Tools Of The Trade!!!!




Kenali Tools Of The Trade melalui link yang kami sediakan dibawah ini. Juga jangan sekadar mulut berkata "support" jika anda tidak mendapatkan Defy yang hanya berharga RM15 (by hand) yang didatangkan dalam format digipak beserta poster (terhad). Tidak merugikan kerana ini produk yang sangat membanggakan.

Email
Blogspot
Facebook
Facebook (Music)
Reverbnation
Myspace

VotW: Caladrius - His Knife (kcaB yM nI)

Dude, kenal that vocalist? Some of the new generation bands owe their success to this fella. And this is his band. Dah sampai masa untuk lu orang bagi perhatian kat dia (dan band dia) pulak. Enjois! Leave your comments on our comment section, FB or Twitter!