Interview : Humiliation - Pejuang Old Skool Death Metal

Berpaksikan irama Old Skool Death Metal, mereka muncul dengan beberapa rilisan yang seakan tidak putus untuk setiap tahun. Humiliation, sebuah band yang bermastautin di Kuala Lumpur nampaknya bukan sebuah band omongan kosong. Ini kerana selama kewujudan mereka yang masih lagi baru, mereka telah menghidangkan sebuah EP, 3 buah album penuh dan sebuah 7" (piring hitam) serta official tee bagi setiap album. Bukan setakat apa yang terakam dalam beberapa format audio, Humiliation juga telah menggegarkan beberapa negara luar seperti Thailand, Singapura dan juga Japan. Pihak DtE berkesempatan menemuramah band ini dimana soalan2 di jawap oleh vocalist mereka iaitu Bear Bee. Ok, ayuh luangkan masa seketika membaca sesi temubual bersama Humiliation exclusive dari kami DtE.


1 - Assalamualaikum dan salam suai kenal dari kami Dissecting The Euphony. Terbaru berlaku sedikit perubahan pada line up Humiliation untuk album terbaru From Strength To Strength. Soalan kami adakah pemilihan line up Humiliation menitikberatkan pada individu yang punya pengamatan pada irama Old Skool Death Metal atau Humiliation tetap menerima sebarang individu yang punya berlainan latarbelakang music untuk diterapkan kedalam line up Humiliation?
Waalaikumsalam dan salam death metal dari Humiliation. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk menemuramah kami. Seperti yang pihak editor sedia maklum, kami mengalami beberapa perubahan sebelum penghasilan album From Strength To Strength. Kami hanya mementingkan persefahaman adalah tunjang utama sesebuah band. Jika tiada persefahaman, sukar untuk kami bergerak. Sememangnya mempunyai minat terhadap muzik yang sama juga memainkan peranan untuk menghasilkan lagu-lagu yang senonim dengan irama yang kami bawakan.

2 - Bagaimana sebenarnya permulaan band ini tertubuh? Adakah kerana rasa perlunya wujud sebuah band bergenre sebegini di Malaysia atau memang naluri beberapa kenalan yang punya minat yang sama yang mencetus tertubuhnya Humiliation?
Minat dan kami mempunyai masa terluang yang perlu diisikan dengan sesuatu yang boleh dijadikan memori. Kami tidak pernah terfikir yang kami perlu mewujudkan band death metal sebegini disebabkan tiada band yang membawa irama yang sama. Kami ingin menghasilkan sesuatu yang berterusan dan tidak membebankan kami. Kami sependapat muzik yang kami pilih adalah sesuai dengan keupayaan kami.

3 - Jika dilihat Humiliation merupakan band baru yang begitu produktif menghasilkan product dalam tempoh masa yang singkat. Apakah sebenarnya target atau goal Humiliation dalam aspek penghasilan album sekerap ini?
Kami ingin terus berkarya. Kami telah membuang sifat mudah berpuas hati dengan apa yang ada. Kami berusaha untuk menjadi lain daripada yang lain di sekeliling kami. kami ingin menjadikan Sodom dan Cannibal Corpse sebagai rujukan kami. Mereka sentiasa menghasilkan album walhal mereka telah dikenali di serata dunia.Hanya cara ini untuk kami terus maju ke hadapan.Tiada jalan mudah untuk terus maju kecuali sentiasa berusaha dan produktif

4 - Adakah Humiliation terdiri dari profesional musician atau hanya pemuzik amatur?
Kami hanya pendengar music death metal yang bermain muzik berasaskan minat. Kami sememangnya pemuzik amatur.

5 - Adakah line up band ini masih terikat dengan band2 lain? Juga adakah keutamaan pada Humiliation atau sebaliknya?
Hanya Matt sahaja mempunyai band selain Humiliation iaitu Killer Corpse (death metal dan anda patut mendengarnya). Keutamaan diletakkan pada Humiliation tetapi kami sentiasa bersikap terbuka jika ada permasalahan tentang keutamaan.

Humiliation - Live in Tokyo, Japan 2011

6 - Bagaimana penerimaan crowd juga pendengar di Japan apabila Humiliation melakukan tour disana memandangkan diketahui umum Japan merupakan negara yang gilakan Power Metal.
Kami ingin pihak editor bayangkan apa yang kami alami semasa di Jepun. semua CD sebanyak 100 keping, 7" sebanyak 10 keping dan t-shirt 70 helai yang kami bawa ke Jepun telah sold out. untuk gig terakhir, semua stuffs Humiliation telah sold out sebelum show bermula.Kami mengukur penerimaan crowd berdasarkan jualan stuff kami. Jika jualan memberangsangkan, kami rasa muzik kami dapat diterima oleh crowd yang hadir.

7 - Siapa yang bertanggungjawap dalam urusan berhubung dengan organizer gig di luar dari Malaysia?
Untuk Japan tour tahun lepas, Ajak Ultra Hingax yang mengatur segala perancangan. Untuk Singapura dan Bangkok, pihak penganjur berhubung secara langsung dengan kami.

8 - Di Malaysia ini terutama untuk irama Old Skool Death Metal, band apakah yang dirasa boleh menjadi saingan kepada Humiliation?
Kami tidak mencari saingan di dalam negara sendiri. kami buat apa yang kami mampu, jauh sekali untuk bersaing dengan band-band yang telah wujud di Malaysia. Apa yang kami lakukan hanya untuk memartabatkan muzik metal Malaysia di persada antarabangsa.

9 - Pandangan Humiliation berkenaan masa depan irama Old Skool Death Metal di Malaysia?
Kita mempunyai populasi metal yang kecil. Muzik metal sekarang kurang mendapat sambutan dari golongan remaja. kebanyakan remaja mencari muzik yang popular masa kini seperti metalcore dan kami merasakan "scene" mereka lebih besar dari "scene" metal di Malaysia. Secara tidak langsung, irama old school death metal tidak mendapat tempat dalam golongan remaja di Malaysia. Hanya segelintir sahaja yang berada dalam "scene" metal.

10 - From Strength To Strength menemui pasaran kira-kira 5 ke 6 bulan selepas Seek To Survive pada penghujung 2011. Adakah merupakan lagu2 terbaru atau ianya dirakam ketika rakaman Seek To Survive dijalankan?
From Strength To Strength direkodkan pada tahun 2012 manakala Seek To Survive direkodkan pada tahun 2011.  From Strength To Strength adalah lagu-lagu yang baru kami hasilkan selepas keluarnya album Seek To Survive.

11 - Jika Seek To Survive mempertaruhkan Pasir Panjang Ridge dan yang terbaru Bukit Kepong pula didalam From Strength To Strength, adakah ini petanda penggunaan Bahasa Melayu sepenuhnya akan dicuba untuk album akan datang?
Kedua-dua lagu yang disebut adalah lirik dalam bahasa inggeris sepenuhnya. Cuma tajuk sahaja yang menunjukkan lokasi di mana peristiwa diolah dalam bentuk muzik death metal. Kami tidak pernah terfikir untuk menghasilkan sesuatu dalam bahasa Melayu. Masih tiada ketetapan dalam perancangan kami untuk menggunakan bahasa Melayu pada masa akan datang

12 - Music bawaan Humiliation lebih mirip kepada Bolt Thrower, Obituary dan Benediction. Bagaimana Humiliation cuba untuk lari atau formula untuk membezakan music Humiliation dari 3 band yang disebut tadi?
Secara jujur, kami tidak akan lari dari pengaruh-pengaruh yang disebut di atas. kami tetap akan memacu muzik kami berteraskan band Bolt Thrower. Kami akan memastikan muzik kami adalah death metal tempo pertengahan dari Malaysia.

13 - Adakah Hotsound Studio bakal menjadi studio rasmi Humiliation untuk rakaman2 akan datang?
Kami tiada ketetapan untuk jadikan Hotsound Studio sebagai studio rasmi kami melainkan mereka menjadi sponsor untuk kami.

14 - Proses mastering di lakukan di USA. Bagaimana Humiliation berhubung sehingga proses mastering dapat di lakukan di sana? Siapa yang bertanggungjawap dan bagaimana bayaran atau deal yang dikenakan oleh mereka?
Kami berhubung melalui email dan Zahid yang mencadangkan supaya kami mencuba untuk melakukan kerja-kerja mastering di USA. Cas yang dikenakan hanya lingkungan USD400 untuk satu album penuh dan cara bayaran melalui paypal.

15 - Beberapa band berbagai genre tanahair seperti Second Combat, Tool of the Trade telah dan akan mengadakan tour Eropah. Adakah usaha Humiliation kearah itu?
Semua band ingin mengadakan tour, begitu juga kami. Tetapi kami ingin memastikan bahawa kami mesti mempunyai album yang mencukupi sebelum berkeinginan untuk mengadakan tour.

16 - Sepanjang penghasilan EP dan album, Humiliation telah bernaung di bawah dua buah label iaitu Nebiula dan Ultra Hingaq. Apa perbezaan kedua2 label ini keatas pengurusan band Humiliation itu sendiri?
Ultra Hingax lebih mempunyai masa untuk kami berbanding Nebiula. Ini kerana Nebiula sibuk dengan band Sil Khannaz dan pengurusan kedai metal mereka di Campbell Kompleks. Ajak dari Ultra Hingax mempunayi masa untuk kami. Disebabkan ini kami beralih dari Nebiula kepada Ultra Hingax.

17 - Jika dilamar label besar seperti Nuclear Blast, Metal Blade, Earache mahupun Roadrunner Records, adakah Humiliation bersedia mengambil peluang ini untuk menjadi resident artist mereka?
Mengapa tidak? Untuk berjaya, kita perlu bekerjasama dengan mereka yang berpengalaman.

18 - Ada kemungkinankah irama Old Skool Death Metal ini akan menjadi trend contohnya kewujudan band2 baru yang baru berani muncul setelah irama sebegini tetiba mendapat sambutan ramai?
Secara amnya,kita lihat ini adalah trend, tetapi sebenarnya,ini dikatakan ketepuan dalam menghasilkan muzik. Semua jenis muzik telah wujud dan semua mempunyai peminat tersendiri.

19 - Boleh ceritakan kekerapan latihan jamming yang dipraktiskan oleh Humiliation memandangkan jumlah track yang terakam Humiliation untuk setiap album melebihi 10 lagu?
Kami tiada jadual untuk berlatih. Hanya jika ada jemputan gig atau jika ada rancangan untuk merakam lagu, barulah kami berkumpul. Setiap kali berlatih, kami meluangkan masa selama 2 jam.

20 - Equipment dan gear2 yang digunakan setiap line up Humiliation?
Gitar 1 : Marshall JMP-1 pre amp , Marshall EL34 100/100 power amp, KORG DTR1000 tuner, Samson Powerbrite PB10 power distributor, Line 6 G90 Relay wireless.
Gitar 2 : Digitech GSP1101 pre amp / processor , Samson Powerbrite PB 10 power distributor, Line 6 G90 Relay Wireless.
Bass : Trace Elliot AH350 bass amp, Digitech BP355
Drum : Pearl snare, Gibraltar / DW9000 twin pedal, Meinl / Sabian / Zildjian cymbals.

21 - Humiliation telah melakukan tour di Japan dan juga telah bermain di Singapura. Apa yang dapat dipelajari Humiliation ketika beraksi bersama band2 diluar sana?
Hormati masa yang telah disetujui, jangan memainkan lagu cover,mempunyai material yang mencukupi, bersikap rendah diri, memberikan yang terbaik semasa di pentas.

22 - Gig terbaek pernah di sertai oleh Humiliation?
Bagi kami tiada yang terbaik, semua show kami ada pro dan kontra. kami perlu memperbaiki lagi mutu persembahan kami.

23 - Perkembangan terkini Humiliation? Adakah dalam proses penulisan lagu2 baru atau bakal menghadiri mana2 tour pula selepas ini?
Sekarang kami dalam proses hibernasi. Kami sebolehnya tidak mahu membincangkan masa depan Humiliation kerana apa-apa boleh terjadi seperti yang dirancang atau sebaliknya. Seeloknya tunggu sahaja kemaskini dari kami melalui laman sesawang kami www.humiliation.my

24 - Kata2 terakhir Humiliation kepada pembaca2 sesi temubual ini?
Terima kasih kerana sudi membaca temuramah ini. kami amat hargai sokongan dari anda semua. Kami akan terus berkarya!!!

Ok bagaimana? Sebelum kami pihak DtE menamatkan entry ini ada baiknya kami sertakan bersama link 2 buah review yang telah kami lakukan untuk 2 buah album mereka iaitu Dawn Of Warfare (2010 - album pertama) dan Seek To Survive (2011 - album kedua).

Kenali Humiliation melalui laman web rasmi mereka di bawah preview video ini.

Humiliation - Bukit Kepong

Putrefied Remains - EERI - Spread The Hate (EP 2012)

Band ini tiba2 muncul dikala jenis genre Metal yang dibawa mereka agak lama tidak dihasilkan di Malaysia. Putrefied Remains merupakan band yang baru wujud mencakupi beberapa line up dari Perak, KL dan selangor. Membawa music yang punya elemen kuat dari Greece Metal, mungkin nama besar seperti Rotting Christ, Varathron, Dark Vision, Embrace of Thorns menjadi rujukan atau pengaruh utama penciptaan lagu2 band ini. Kelahiran EP bertajuk EERI - Spread The Hate ini juga seakan mengingatkan kembali kita kepada sebuah band yang membawa genre music yang sama pada 90an dahulu iaitu Sarcastic dari Alor Setar, Kedah. Kini Putrefied Remains menjadi penyambung legasi pemuzik yang menggerakkan irama Greece Metal ini di Malaysia.
NekroShaman - Vocals
NecroMorbidfire - Guitars
Thalexi Mastha' - Guitars
Jie Mutilator - Bass
Warhammer 666 - Drums

Artwork oleh Necromorbidfire (pemain gitar Putrefied Remains)

Tracklist

1 - My Diabolical Ancient Entity
2 - The Curse By Pagan Spells
3 - The Darkling Thrush

EERI - Spread The Hate (EP 2012) menjalani proses rakaman di Thronepoyak Abysmal Musick Garrage (gua rasa area negeri Perak jugak ni.. - ed) sekitar Februari sehingga April 2012. Proses adunan dan mastering dilakukan oleh Jie Mutilator (pemain bass band ini) bertempat di Majesty Embin Lab. Kesemua lagu dihasilkan oleh Jie Mutilator manakala NekroShaman bertindak sebagai penulis lirik. EP ini dikeluarkan oleh Metal Porn Production.

My Diabolical Ancient Entity merupakan track pertama yang bermula tanpa sebarang petanda. Ok, dengar jek track pertama ni terus kedengaran mood Greece Metal tu hidup dalam lagu. Dengan sound yang agak solid dan seimbang dari segi mixing nya. Solo dan feel in banyak mempengaruhi sound atmosfera Greece Metal yang selalu kita dapat selami apabila mendengar Rotting Christ am nya.

The Curse By Pagan Spells bermula sedikit perlahan tempo nya tetapi tidak lari dari elemen atmosfera Greece Metal seperti yang dihasilkan seperti track pertama tadi. Solo gitar juga makin berani malah penggunaan twin pedal juga seakan lebih banyak dari track pertama tadi. Layer keyboard walaupun hanya sekadar 1 note tetapi cukup memberi impak dan feel keatas lagu ini.

The Darkling Thrush merupakan track penutup namun ianya telah awal2 lagi dijadikan promo dalam bentuk pendengaran di youtube (preview  song ada kami selitkan dibawah). Ok, lagu ini agak menarik susunannya dan feel yang lebih klazzz!!! Solo pada pembukaan lagu mengingatkan gua pada Heloisa (band projek Ein Brain Dead). Sound layer keyboard juga menonjol untuk kali ini untuk menghidupkan lagi mood lagu ini. Drum yang sedikit thrashy membuatkan lagu ini kedengaran lebih old skool. Ok, 3 lagu jek??? haha.. macam x cukup plak..

Secara keseluruhan, gua berpendapat idea penghasilan konsep sebegini adalah sesuatu yang boleh dianggap berani oleh Putrefied Remains. Mood dan feel yang baek dapat dihasilkan sepertimana apabila kita mendengar lagu2 dari band2 Greece. Apabila mendengar ketiga2 track seakan terasa tidak mencukupi dengan apa yang dihidangkan. Hahaha.. Ia juga seakan mengembalikan nostalgia kepada sesiapa yang melalui zaman kegemilangan metal Underground Scene suatu ketika dahulu.

Sound produksi juga boleh gua klasifikasikan antara sound yang solid walaupun sound drum yang dihasilkan kedengaran statik (boleh jadi menggunakan drum machine tapi gua percaya lelagu sebegini mampu dimainkan kembali oleh pemain drum mereka secara live). Sound gitar juga tidak terlalu berat dan tidak terlalu tajam. Masih mengekalkan trademark sound2 gitar seperti apa yang dihasilkan pada 90an dahulu. Bunyian keyboard masih boleh di kesan yang hanya di gunakan sebagai latar atau layer untuk menghidupkan suasana lagu yang dihasilkan.

Untuk mendapatkan CD bertajuk EERI - Spread The Hate ini anda boleh menghubungi label rasmi mereka iaitu Metal Porn Production (kami sediakan link di bawah preview video) dengan harga RM7 (by hand) atau RM 10 (postpaid).

 Putrefied Remains juga turut menghasilkan tee rasmi mereka dengan harga RM25 (by hand) atau RM30 (postpaid) dengan menghubungi Atanz Bin Shareat melalui no hp - 012-6638092.

Putrefied Remains - The Darkling Thrush

Kenali Putrefied Remains melalui link di bawah..

Interview : Morggorm - Ledakan Thrash Metal Malaysia

Ok.. band yang berteraskan music Thrash Metal ini kalau di Kuala Lumpur rasanya x payah di perkenalkan lagi.. Morggorm yang terdiri dari 3 line up bertubuh besar!haha.. Telah menghasilkan sebuah single bertajuk New World Prosecution sebagai sesi pengenalan ketika kemunculan awal mereka sebelum menghadiahkan sebuah EP bertajuk Cruelty Devastation pada 2006. Setahun kemudian Morggorm menghasilkan pula sebuah album penuh bertajuk The Eye of Gorsha Dimmag. Terkini Morggorm seakan bersedia untuk meledak kembali dengan album kedua dimana lagu2 terbaru telah berada dalam senarai untuk proses rakaman. Ok, untuk lebih lanjut kami pihak DtE telah melakukan satu sesi temubual bersama Morggorm menyingkap apa yang telah, sedang dan akan dilakukan mereka untuk para pendengar semua.

Ariyus - Guitars / Vocals, Kamal - Bass / Vocals, King - Drums

1 - Assalamualaikum dan selamat sejahtera Morggorm. Boleh ceritakan sejarah penubuhan Morggorm?
Waalaikummussalam... terima kasih DtE kerana sudi menemubual kami... Morggorm start tahun 2003, oleh saya Ariyus (penggentel tali gitar) dan King (pembeduk deram), start jamming lagu2 yg kebanyakkannya lagu2 dari Metallica dan Sepultura, pastu dalam tahun 2005 baru berkenalan dengan Kamal dan sejurus lepas itu Kamal menjadi tukang urut tali bass dan tukang jerit..

2 - Boleh nyatakan band2 yang pernah disertai oleh ketiga2 line up Morggorm?
Ariyus - Diedem (1998-2003 - tiada rilisan rasmi)..
King - ada beberapa band metal dan rock namun nama nama band tak dapat nk di nyata kan disini hehehe..maaf ye encik editor hehe..
Kamal -band lama XENOPHOBIA (1989 Taiping Thrash Metal)..

3 - Selain menganggotai Morggorm, adakah ketiga2 anda ada menganggotai band2 lain?
Buat masa sekarang, seecara rasminya, tiada seorang pun antara kami yg menganggotai band lain. cuma kadang2 kawan2 ajak session, kitaorg join. Band2 projek mungkin ada dalam masa akan datang.. itu hanya masa yang menentukan..

4 - Setakat ini Morggorm secara rasminya telah melahirkan sebuah EP dan sebuah album penuh. Bagaimana tahap penjualan kedua2 material tersebut?
Keseluruhannya sambutan amat baik... EP Cruelty Devastation adalah rilisan sepenuhnya oleh kami yg serba kekurangan dari segi strategi pemasaran and contact, jadi pemasarannya agak terhad... manakala album The Eye of Gorsha Dimmag adalah rilisan bersama Morggorm Music dan Metal Zone Production... yg mana en. Aziz MetalZone memasarkannya dengan sungguh baik sekali. Sukacita kami maklumkan yg album The Eye of Gorsha Dimmag sebenarnya dah sold out..dan kami tak bercadang untuk repressed rilisan tersebut..

5 - Jika diteliti Morggorm mula serius selepas show Kreator di Backroom pada 2005 dahulu. Adakah kedatangan Kreator mempengaruhi music direction Morggorm atau sememangnya Morggorm memang bermula dengan thrash Metal atau sebaliknya?
Kami mmg bermula dengan jamming lagu2 Metallica dan Sepultura, kedatangan Kreator sedikit sebanyak menaikkan semangat kami. kebetulan pula perkenalan dgn Kamal juga di gig Kreator tersebut melengkapkan band Morggorm ni..

6 - Kenapa memilih konsep Thrash Metal sedangkan sekitar pertengahan 2000 tidak banyak band tempatan membawa genre ini malah band2 tersohor seperti Athothorgh juga seakan berhenti sejenak ketika itu?
Mungkin thrash ja kot yg kami mampu bawak.... Death Metal mmg langsung tak pandai nak main.. huhu... apa2 pun sebenarnya apa pun muzik yg kita main mmg kena ada minat.. baru boleh ngam..

7 - Band yang benar2 membawa pengaruh terbesar ke atas Morggorm dari segi sound, music direction dan penciptaan lagu Morggorm?
Secara jujurnya Metallica dan Sepultura adalah pengaruh terbesar kami... band2 lain seperti Kreator , Destruction, Sodom dll adalah perencah yg mempengaruhi muzik kami..

8 - Siapakah mastermind dalam penulisan lagu dan lirik Morggorm?
Sudah tentu la King.. struktur muzik biasanya king yg buat.. saya wat riff mengikut kehendak tuan mastermind.. hehehe.. lirik mmg 100% king yang buat.. kalo grammar hancor ka broken ka apa ka, sila salah kan King hehehehehehe..

9 - Boleh nyatakan gear dan equipment yang digunakan Morggorm?
Ariyus :  Dean Stealth Snakeskin/Dean ML 79, MEtal Muff, Boss EQ, Dime Crybaby, Boss Delay..
Kamal : DEAN V-Tour Bass, B.C Rich Mockingbird Bass, BOSS EQ,BEHRINGER Compressor Sustainer CS-100..
King : Tama Iron Cobra Power Glide..Maple Piccolo Snare Drum Pearl..drumstick cap ayam..

10 - Morggorm turut mempunyai mini studio rakaman tersendiri. Boleh nyatakan perkhidmatan yang di sediakan Morggorm Music Productions?
Buat masa sekarang Morggorm Music Studio dibekukan atas sebab tahap sibuk yg amat sgt..kemungkinan akan di buka kembali tapi tak dapat nk di pasti kan bila

11 - Boleh nyatakan perisian2 yang digunakan di Morggorm Music Productions? Siapakah jurutera bunyi yang terlibat didalam proses rakaman di Morggorm Music Productions?
Sonar, VST plugin cam amplitube, waves dll. Juruteranya saya..Ariyus..khidmat nasihat dan penelitian bunyi telah di selenggara kan oleh King..

12 - Apakah rilisan2 yang telah menjalani proses rakaman atau adunan dan juga mastering di Morggorm Music Productions?
Rilisan kami semuanya dibuat disini.. EP Cruelty Devastation, The Eye of Gorsha Dimmag, album Modar - In My Meditation Time, Album Nightshaders, mastering untuk Metal to Metals Vol 2 dan rilisan semula Athotorgh - Promaster Dieyana versi vinyl juga dibuat disini..

13 - 5 album Thrash Metal terbaek sepanjang zaman bagi ketiga2 line up Morggorm?
Ariyus :
1 - Metallica - Kill em' all
2 - Metallica - Master of Puppets
3 - Slayer - Reign in Blood
4 - Megadeth - Rust in Peace
5 - Sepultura - Chaos A.D..

Kamal :
1 - Metallica - Kill Em' All..
2 - Metallica - Master Of Puppets...
3 - Sodom - Persecution Mania...
4 - Kreator - Extreme Aggression...
5 - Slayer - South Of Heaven..

King :
1 - Metallica - Kill em all sampai black album..
2 - Sepultura - Beneath the Remains sampai Roots..
3 - Slayer - Reign in Blood sampai Christ Illusion..

14 - Album Metal tempatan yang boleh diangkat sebagai terbaek oleh Morggorm?
Bagi kami semua band tempatan sangat bagus dan memang harus di puji kerana semua nya berusaha untuk mencapai kepuasan yg maksima terhadap musik masing masing..

15 - Pandangan Morggorm berkenaan perubahan music Sepultura yang berubah ketika Chaos AD?
Perubahan atau evolusi adalah hak band masing2.. ada yg mungkin suka ada yg tak.. tu adalah lumrah.. bukan senang nak puaskan hati semua org.. so jalan yg terbaik adalah puaskan hati sendiri dulu. dan bagi saya perubahan yg Sepultura/Max Cavalera buat adalah bagus dan menjadi.... Max mmg seorang yg hebat!!

16 - Bagaimana pula berkenaan genre Crossover Thrash seperti yang dibawa oleh Municiple Waste?
Sgt2 best! adrenalin mmg sentiasa berlari2 kalo dengar lagu2 crossover ni.. agaknya sebab itulah DRI menggunakan logo org berlari sebagai logo mereka...\m/><\m/

17 - Pendapat Morggorm berkenaan band2 muda yang membawakan music old skool Thrash Metal bermutu seperti Antacid, Reaper, Hereafter, Atomic Death?
Sgt2 bagus... kita kalo dah minat muzik tu, kita kena sentiasa pastikan muzik yg kita minat tu sentiasa hidup.. kita tanak dia terus mati.. biarlah muzik tu dah takda org minat sekali pun, yg penting kita teruskan jugak..

Eclipse In East Abyss (Single 2012)

18 - Eclipse In East Abyss merupakan single yang di jadikan promo terbaru Morggorm setakat ini. Boleh ceritakan progres terkini Morggorm? Adakah mungkin Morggorm sudah punya perancangan untuk merakamkan album terbaru?
Ya.. promo tu adalah untuk rilisan terbaru kami nanti... sekarang ni lagu mmg dah ada cuma masa untuk merakamkannya tu agak terhad jadi kami mungkin akan memerlukan masa yg lebih lama untuk menyiapkan album kedua ini..

19 - Adakah album terbaru nanti bakal di lahirkan oleh Morggorm Music Productions atau menggunakan label lain?
Belum diputuskan lagi. kami ada juga berbincangan dgn label2 yg mungkin berminat utk rilis album. apa pun kita tgk ja la nanti...

20 - Memandangkan setiap line up Morggorm mempunyai pekerjaan tetap, adakah Morggorm masih akan mempertimbangkan jika ada jemputan persembahan pentas luar negara dalam jangkamasa sebulan mungkin?
Sudah tentu. jika tawarannya sesuai, kami takkan tolak kerana pengalaman bermain diluar negeri mmg best dan amat berharga.. tahun 2011, kami dapat bermain di Bangkok.. pengalamannya mmg antara yg terbaik dalam hidup kami..

21 - Pada pandangan Morggorm, adakah Malaysia akan sekali lagi akan dilanda demam Thrash Metal seperti dizaman awal underground scene mula bertapak dahulu?
Demam2 ni sebenarnya bergantung gak pada demam2 diluar negara... sekarang zaman internet mmg info dtg sgt cepat... kemungkinan tu ada sbb byk2 band2 thrash generasi baru yg sgt2 best seperti Evile, Municipal Waste, Toxic Halocaust dll.. tapi kami tak peduli demam ka tak demam.. kami main ja muzik kami mcm biasa

22 - "Download".. mungkin ada yang Morggorm ingin katakan berkenaan perkataan tersebut?
Saya sgt suka sebenarnya zaman2 download ni... semua info/lagu/movie kita dpt dengan cepat... betul.. saya setuju dgn kata2, download kill the music business tapi it only kill the business not the music.. selagi muzik tu dapat didengari dan sampai di beribu2 kilometer jauhnya dari sini.. then saya sokong la.. nak buat cam mana kan.. kita follow the flow ja la... kita bukan ada kuasa pun nak halang org download2 ni..

23 - Dalam penghasilan lagu (riffing/melodi) dalam genre Thrash Metal, yang manakah lebih penting.. feel, melodi line yang catchy atau teknikal?
Semua elemen2 tu penting, tapi paling penting bagi saya, riff gitar kena catchy dan sedikit intense.. kira bunyi kena mcm dahsyat la skit walaupun sebenarnya tak dahsyat mana pun gitaris tu (kata kat diri sendiri) hehehehe..

24 - Ok, rasanya setakat ini dahulu sesi temubual DtE bersama Morggorm. Mungkin ada kata2 akhir dari Morggorm kepada mereka yang membaca sesi temubual ini?
Selamat berpuasa dan perbanyakkanlah beribadat..terimakasih sekali lagi pada DtE..peaCE

Kenali Morggorm melalui link yang kami sediakan dibawah video live mereka ini...

Morggorm - Arise (Sepultura's Cover - Live in Bangkok, Thailand)

The Malayan - The Malayan (2012)

Andy selaku tunjang utama Flop Poppy muncul bersama sebuah band baru yang masih mengekalkan genre pop sebagai konsep music band yang bergelar The Malayan ini. Bersama gitarist yang turut pernah bersamanya (juga Fathul) didalam Spiral Kinetik Circus iaitu Khian, The Malayan seumpama alternative lain daripada Flop Poppy dan Spiral Kinetik Circus. Agak produktif dalam penghasilan lagu2, The Malayan turut memperkenalkan music mereka melalui penghasilan video klip rasmi bertajuk Aku Bukan Lagenda (kami sertakan video klip ini di bawah artikel) pada May 2011.
Grafik oleh Electric Head Studio
Fotografi oleh Ted Adnan

Tracklist :

1 - Aku Bukan Lagenda
2 - Tiga Kali
3 - She Said
4 - Penyelesaian
5 - Cinta Terkesan
6 - Lain

Album yang turut menggunakan nama band ini iaitu The Malayan ini telah menjalani proses rakaman di Utusan Sight & Sounds Sdn Bhd. Sesi rakaman diselenggara oleh Daud Sulaiman. Proses adunan dan mastering dilakukan oleh Keith Yong. Andy bertindak sebagai penerbit bagi album ini dan dibantu oleh Khian. Kesemua lagu dihasilkan oleh Andy dan Khian kecuali Penyelesaian oleh Meme. Kesemua lirik juga dihasilkan oleh Andy kecuali Penyelesaian juga oleh Meme. Beberapa pemuzik undangan digunakan iaitu Man Kanan (terlibat dalam rakaman album Flop Poppy - Say La Vey) di posisi drum kecuali track Aku Bukan Lagenda oleh Badzeetos. Track bass di mainkan oleh Meme kecuali Aku Bukan Lagenda oleh Andy sendiri. Album ini dikeluarkan oleh Rumpun Records dan di distribute oleh Universal Music Malaysia.

Aku Bukan Lagenda menjadi track pertama. Sebuah track yang telah di hasilkan video klip nya pada May 2011. Sebuah track yang punya melodi dan flow yang menarik. Ada naek turun mood dan temponya. Punya chorus yang sedikit rancak.

Tiga Kali bermula dengan sedikit mellow. Merupakan sebuah lagu bertemakan cinta. Beberapa solo feel in yang mendayu melengkapkan mood lagu ini. Jika sekali dengar mungkin pendengar akan mengatakan ini ialah lagu dari Flop Poppy.

She Said mungkin merupakan track pilihan gua. Melodi vocal dan rhytm yang bersahaja kedengaran agak catchy. Juga pada bahagian chorusnya sedap didengar. Err perlu dinyatakan walaupun tajuknya berbahasa inggeris tetapi lagu ini berlirikkan bahasa Melayu. Sebuah track yang agak segar dan sedikit rilek.

Penyelesaian merupkan sebuah lagu yang tidak dihasilkan Andy dan Khian. Malah lirik lagu ini juga tidak dihasilkan Andy. Merupakan salah satu track yang dihasilkan pemain bass (session) untuk album ini iaitu Meme. Jika didengar dengan teliti mungkin lagu ini kedengaran sedikit advance dari track2 lain. Sebuah gubahan yang menarik dari Meme.

Cinta Terkesan mungkin punya sedikit perisa Flop Poppy (ini apa yang gua dengar la..terutama starting lagu). Mungkin sedikit kelainan dimana beberapa solo fill-in ketika verse membezakan sedikit dari ramuan music Flop Poppy. Chorus yang menarik dan fresh..

Lain menjadi track penutup untuk album ini. Kombinasi bass yang sedikit berbunga dan idea riffing stereo side yang berbeza menambah keasyikkan apabila lagu ini.

Kepada yang merindui sentuhan Andy selain menanti album dari Flop Poppy, rasanya The Malayan adalah jawapan yang tepat. Muzik yang sedikit rilek dan santai. Sound produksi yang baek. Juga penampilan semula Khian selepas Spiral Kinetic Circus seakan menambah beberapa elemen melodi yang meninggalkan kekosongan yang terdapat didalam setiap track yang dihidangkan didalam album ini.

Gua x brapa pasti harga pasaran CD ini sebab gua dapatkan melalui pembelian online dari itakios.com dengan harga RM21 termasuk kos postage. Mudah.. hanya online, kuasa hanya dihujung jari dan tunggu CD nya sampai depan pintu rumah. Hahaha... Ok, layan video di bawah ini dulu untuk kenali music The Malayan.

The Malayan - Aku Bukan Lagenda