Torch - Daroh Dagir/Bloodlines (2012)

Torch merupakan sebuah band dari Pahang. Ditubuhkan sekitar 1997 (lama dah..), melalui beberapa pertukaran line up dan terkini mengeluarkan sebuah album yang 100% menggunakan bahasa loghat dari negeri Pahang (difahamkan loghat dari daerah Raub/Kuala Lipis). Gua x brapa arif berkenaan muzik lama Torch dan sedang mencari kembali rilisan2 lama Torch. Tetapi setelah mendengar preview lagu bertajuk Daroh Dagir sebelum album ini menembusi pasaran, gua terasa ada sesuatu yang unik berkenaan album ini. Pertama mungkin kerana keunikan penggunaan bahasa, kedua keberanian menghasilkan konsep sebegini dan ianya sememangnya unik.
Opie (Vocals), Zaharuddin (Lead Guitar), Fendi (Guitar), Sudir (Bass), Joe (Drums)

Cover artwork oleh RDL Distro

Tracklist :

1 - Kaberh De Bukik Nage
2 - Daroh Dargir
3 - Kayu Api
4 - Keh Tak Nok Kene Pedo Oh Doh
5 - Mate Ari Doh Tenggelar
6 - Pengorbanay Ayoh
7 - Kubor Dekek Hek Doh
8 - De Bataeh Gedour

Daroh Dagir melalui proses rakaman di Seruney Batar Padi, Raub Pahang antara 23 Januari sehingga 18 February 2012. Proses rakaman di selenggara oleh Syaf Suhaimie dan Fendi manakala Syaf Suhaimi bertindak sekali lagi dalam proses mix dan mastering di Rodongs Eternal. Daroh Dagir dikeluarkan dibawah label RDL Distro yang berpengkalan di Johor.
Kaberh De Bukik Nage menjadi track pertama untuk album ini. Sekali mendengar sahaja terasa seakan sesuatu yang pelik. Persepsi pertama apabila mendengarnya mungkin boleh disimpulkan muzik yang old skool antara gabungan heavy dan thrash metal, sound drum yang raw dan cara nyanyian yang paling pelik dengan menggunakan clean vocal atau senang cakap suara yang besar (gua tengok video vokalis mereka juga berbadan besar..haha - ed..)

Daroh Dagir yang menjadi tajuk album ini sebenarnya telah awal2 lagi telah gua dengar sebelum album ini dipasarkan dimana ianya dikeluarkan dalam format youtube. Mungkin perlu gua katakan susunan dan penciptaan lagu ini agak baek walaupun riff2 yang digunakan agak kedengaran biasa sahaja. Susunan melodi vocal berjaya disesuaikan dengan lagu. Solo gitar juga agak merbahaya kali ini.

Track ketiga berjudul Kayu Api. Haha unik juga tajuk track ini. Muzik bermula dengan melodi sedikit lawak (ini dari telinga gua punya pendengaran ya..) tetapi verse menjadi serius semula.
Keh Tak Nok Kene Pedo Oh Doh sebuah track yang agak berat. Kedengaran sedikit doom metal dan meleret. Hanya ketika durasi ke iaitu 2:49 selepas solo gitar tempo berubah sedikit laju. Mungkin ini boleh gua katakan sebagai track pilihan gua untuk album ini. Layan jugak komposisi sebegini.

Mate Ari Doh Tenggelar muziknya kedengaran sedikit seakan Speed Thrash pada riffing nya. Agak rancak dan bleh layan kepala seketika. Kepada penggemar Speed Thrash lama, mungkin lagu ini boleh bikin anda tersenyum. Liriknya? adusss sempoi.

Pengorbanay Ayoh sebuah track yang berbunyi sedikit berlainan dari track2 sebelum. kali ini riffing kedengaran sedikit Thrashy walaupun temponya tidak lah laju. Sol gitar? Solo gitar yang berlainan di mainkan untuk kiri dan kanan nya.

Kubor Dekek Hek Doh bermula sedikit perlahan sebelum distortion menyerang. Mood masih seperti track2 sebelum. Mungkin antara track yang punya lirik paling menginsafkan. nak tahu track ni cerita pasal apa, sila dapatkan CD ini. haha.

De Bataeh Gedour menjadi track terakhir didalam album ini. Track ini juga sedikit rancak tetapi terasa flow nya sedikit mendatar walaupun solo2 feel ini berada disetiap selingan verse. Ok, solo agak berani dan menggila untuk kali ini. Erkk..ini track paling pendek.. hanya berdurasi 1:46.

Keseluruhan album ini boleh gua simpulkan bahawa ia nya adalah sebuah produk paling berani yang pernah dihasilkan di Malaysia. mana mungkin ada band di negara kita yang menghasilkan lagu beserta lirik menggunakan bahasa/loghat daerah yang begitu tepu. Gua sendiri terpaksa belek 2-3 kali lirik2 untuk memahami cerita di sebalik setiap lirik lagu2 nya. Majoritinya lirik Daroh Dagir menginsafkan dan lebih kepada mengingati tuhan.

Sound produksi album ini mungkin boleh dikatakan antara raw dan clean. Sound drum totally tidak digital dan benar2 recording organic sound. Gitar juga tidak berapa berat dan tidak berapa ringan. Memadai dengan konsep sebegini. Vocal? haha tiada growl atau scream. Cuma menggunakan clean vocal yang besar.

Untuk mendapatkan album berbentuk digipak ini, anda boleh menghubungi RDL Distro (kami sertakan link dibawah video) dengan harga RM20 by hand dan RM25 postpaid. Tak rugi memiliki sebuah album yang pelik, unik dan berani sebegini. Mungkin untuk mencari tahap teknikal atau sound megaboom anda tidak akan temui didalam album ini, tetapi pada gua tidak rugi untuk anda mendapatkan album ini untuk simpanan kerana ini antara sebuah produk yang unik dan mungkin satu2 nya yang pertama di hasilkan di malaysia dalam genre Metal. Yeahhhh!!!!

Kenali Torch melalui link yang kami sediakan dibawah video di bawah ini.

Torch - Daroh Dagir

2 feedbacks:

Adi Herman said...

Ini kira 1st time jugak la aku dgr loghat Raub Pahang ni...feel mcm Burzum (album lama2) pun ada jugak ni

Contramen said...

Kalau tengok lirik macam Folks Melayu je kan? kisah memukat ikan pun ada.. tu 1 keberanian yang jarang2 band tempatan hasilkan dalam lirik..