Ulaq Lidi

Ok.. sebenarnya kami pihak DtE telah bincang nak selongkar sejarah music bawah tanah di setiap negeri.. Projek ini agak tergendala kerana komitmen kami sendiri disamping hal2 lain.. Projek ini sebenarnya makan masa dan kami kena cari sapa2 yang agak oldtimer di setiap negeri untuk berkongsi cerita bagaimana sesebuah scene itu bermula. Payah jugak wooo...  Bagi yang baru terjerumus dan jatuh cinta pada music2 x brapa nak laku di Malaysia ni, apakata anda luangkan sedikit masa membaca artikel2 seumpama ini. Dan sebagai permulaan kami bermula di Pulau Pinang. Seorang penulis luar yang x mahu namanya di selitkan di sini. Beliau telah menulis panjang lebar apa yang telah beliau nampak dan lalui.. Menarik dan mungkin ada yang ingin berkongsi cerita. Sebarang komen di alu2 kan.. Jom baca..

**********************************************************************************

Penang dahulunya (1987/88) adalah tempat ulaq lidi yg nak menjadi naga... ulaq2 lidi tersebut selalunya akan merayap dan berkeliaran disekitar`meriam timbui` iaitu tempat kebiasaan bg ulaq` lidi tersebut..kebanyakkan ulaq2 tersebut datangnya dari pelbagai daerah sekitar sini..maka semakin banyak ulaq2 itu maka terjadi lah satu fenomena (u/g..tak pasti hasil pembawakan siapa) yg lain selain fenomena rock kangkang yg sememangnya sudah tersiap sedia kewujudannya disini, tapi ok lagi fenomena u/g` pada ketika itu, kerana tiada anasir2 kroni seperti la ni.. maka pada masa itu tercetus la pelbagai genre2 secara sengap ada yg black metal, punk, thrash dan crossover..

Dan pada masa tu jugak aku masih bersekolah, dan selalu juga ponteng sekolah dan merayau2 dikawasan tersebut bersama2 rakan2 yang lain, lepak sambil makan ais kacang, isap rokok tanpa mengenakan uniform sekolah hahaha, mula membeli kaset2 demo dari sebuah kedai yg sememangnya dah wujud dihadapan pintu masuk `meriam timbui` tu (ogy kot nama owner kedai tu).. mula mengenali apa itu penpal, trade dan mula tahu apa itu fanzine (aedes,vortex from the east dan krakatua) itu antara yg terawal kalau tak silap aku... kalau silap pun lantak la, apa aku peduli,aku cuma menulis apa yang aku lalui dan ada masa tu, mungkin juga hasil dari berkumpul dan dari komuniti yg kecil ini maka terlahirlah satu hasrat dari ulaq` lidi ni utk membikinkan satu gig, yg mana antara band2 yg terlibat masa tu ialah MUTILATION, RATOR, Z.A.F, E.M.T, COLOURFUL BULLET, R.O.G, TORMENTOR, masa tu belum ada agenda2 kroni ataupun sesapa yg nak tunjuk level tertinggi dlm scene, bukan spt zaman sekarang...aku hampir kantoi masa tu hahahaha disebabkan aku masih lagi budak sekolah, maka dilarang sama sekali untuk mengunjungi tempat tersebut (DD nightclub)... cammmm harrammm.. hahaha.. dengan kepakaran dan hasil bantuan zam ronggeng (Z.A.F) aku berjaya meloloskan diri kedalam tmpt tersebut, tanpa sebarang bayaran hahaha masa tu harga ticket hanyalah RM7, bayangkan lah kalau hari ni RM7??? boleh kayakah organiser...? ahhhhh dulu bukan zaman nak jadi kaya, dulu zaman realiti serta fun, gig ke-2 terus berlaku selang beberapa bulan, kali ni aku masuk dengan tanpa sebarang halangan, lagipun hanya RM5, band2 yg perform juga seperti sama yg sebelumnya mungkin ada penambahan NEMESIS, PICAGARI, BACTERIA dan beberapa band yg aku dah lupa namanya...masa tu banyak band cover lagu2 dari early Metallica, Black Sabbath, Metal Church dan Iron Maiden, dan ada satu kelainan dari E.M.T dan COLOURFUL BULLET cuba meng cover dari SEX PISTOLS, DEAD KENNEDY, serta R.H.C.P (early RHCP ya adik2 jgn dok gelak plak bila aku kata RHCP).. RHCP sekarang dah tak semulia dulu...

Demo semasa dulu band2 akan keluarkan secara teknik yg agak kuno, iaitu menggunakan teknik cut and paste serta diphotostat, kebanyakkan akan diberi percuma... diulangi PERCUMA.. bukanlah dijual atau dibuat untuk mengaut keuntungan seperti zaman sekarang.. sound agak rabak dan koyak tetapi takla serabakk seperti budak2 zaman sekarang. Bab rabakk semestinya menjadi isu selepas ini kerana nama rabakk tu digunakan oleh band sekarang utk cover kelemahan band dia.. so tarak alasan la org nk condemn band dia.. kakakaka.. tahun 2012 dah wei...bukan 87/88.. nk rabakk apa lagi...hahahaha..kids!!!

Berbalik kepada kisah ulaq2 lidi ni... dari sekecil2 ulaq lidi, dgn hasil pergaulan serta perjumpaan sesama `jenis` pada masa tu, si `ulaq` lidi ni pun dah semakin membesar, ada yg dah bermain di Kuala Lumpur (Rock Galactica) maka bertambahlah aktiviti sosial mereka dan berkembang menjadi naga... ada yg terus menjadi naga selamanya, ada yg mati semasa dlm proses menjadi naga, dan ada juga yg ingin terus menjadi ulaq lidi...

Ok ini kisah ulaq2 lidi di sini, kami masih bergerak mcm biasa di `meriam timbui` dan bersosial di Komtar pada hari sabtu, berjumpa bertukar2 cassette dan fanzine, ada juga yg telah maju membawa fanzine2 dan cassette dari luar antaranya Sarcofago (1989) Celticfrost demo(1992) dan pelbagai lagi, malas nk tulis bukannya ada faedah pun.. kakakaka.. lagi pun yg membaca ni pun bukanlah org tua2 spt aku.. cuma kroni2 yg rasakan mereka `true` dan mempunyai distro tahap grand, walaupun menggunakan `microsoft word`dan juga `paint` utk artwork mereka..najissss...

Dan pada masa tu jugak ada 2 gagasan yg bergiat cergas area Butterworth ni, satunya ditempat biasa iaitu `meriam timbul` dan lagi satu `kg telok` yg diketuai oleh ED (budak aloq staq).. gang ED agak kejam penampilannya, menggayakan side pocket serta tshirt2 yg bergerun hahahaha.. aku tak kisah aku joint kedua2 gagasan... walaupun sudah nampak jurang pendapat antara gang meriam timbui dgn gang ED.. lantaklah aku hanya budak sekolah masa tu, so tarak masalah la bab ideology ni.. dlm proses pembelajaran la katakan... tp kini tempat ED dah jadi `megamall`dan ED hilang entah kemana, kawan2nya yg sombong (kerana aku budak sekolah) ketika itu pun dah meresap dan ada juga yg dah menjadi naga. aku kenai part hidung serombong kapai...klu pakai sari pun aku masih kenai...cuma dia yg sombong dan terus menjadi true.. hahahaha.. Ed kalau terbaca sila contact aku..aku rindu zaman bas `central no 60`...

O.k berbalik kisah2 sedara yg dah menjadi naga, ramai dikalangan naga2 ni dah mula mencipta nama, tak kira besar atau kecil nama mereka tetapi ianya tetap terpahat dlm kisah u/g scene Malaysia, dah bnyk band2 yg mula mencipta nama, masa tu suasana meriah sekali bnyk band2 semakin maju serta dah mula mengeluarkan hasil.. antaranya... arrrgghhh malas aku nk sebut... dan masa tu aku dah diluar daerah, dan tak mengambil tahu apa kisahnya di sini lagi.. sekadar mendengar denyut2 nadi serta hembusan dari jauh... ohhhh indahhh sekali masa tu.. tiada hidup berkroni lagi serta menunjukkan siapa `hero scene`.. sehinggalah zaman kebangkitan band2 kecil area sini terutamanya SHOCKED, CULT HERO, JERANGKONG...ok aku bercerita tentang SHOCKED formed tahun 1995, 3 piece Jan (bass/vox), Ari (drums) sama Mat Asam (guitar). Pastu Apit "faizal tahir" join on vox. Record 1st demo "War Against War" 96. Demo line-up Jan & Apit (vox), Ari (drums), Mat Asam (bass) & Najib Sg Pinang (Guitar). Selepas 96 sampai 2000 aku taktau apa crita pasal band ni. Sgt ramai line-up kluar masuk band ni. Line-up mmg ramai kluaq masuk even sebelum record demo dulu pun, sblm Apit join lagi. Thn 2000 mcm revised line-up band ni Jan dgn Ari ja stay, line-up segera masa tu Bani, Joan janggoat, Montel, Zack (Blind Tribe) join utk beberapa gig (Sg Petani, Ampang). Then band ni mcm jadi 2 version - KL Jan sama Ari, kat Penang Apit & the gang. CULT HERO mungkin inilah band awal Blind Tribe (kurang pasti) sbb dlm band tu ada Tam Blindtribe dgn Rizal Blindtribe serta JERANGKONG juga menggunakan khidmat serta dari orang yg sama kecuali Zam (Mandatory) dan juga Apit (Mandatory).. ku tunggu kebangkitan SHOCKED, khabarnya ingin kembali beraksi...salute..

Sekitar tahun 2000++ segalanya rancak berlaku tetapi tak setulin scene u/g yg sebenarnya sebelum ini, maklumlah naga2 semua sudah dewasa dan taringnya dah mula tajam dan kian menyengat, maka terhasillah hidupan yg semakin gah dimana naga2 ini dah mula ramai ikutannya serta tak kurang pula yg ada mempunyai musuh, maka terjadilah hidupan berkroni hingga kini seperti yg diamalkan tanpa disedari, terjadilah sistem level menlevel dan hidup berkasta dlm scene, yg setahun jagung pun dah mula pandai meloncat jika dikatakan tak `true`, oleh kerana kemarahan atau sikap yg mahu menunjuk2 dari si `jagung` ni, maka terhasillah rilisan yg tak ubah seperti atau semirip tong2 sampah ataupun setaik mungkin... aku kdg2 tak salahkan mereka, mungkin salah didikan dari naga2 yg sudah dewasa ataupun si jagung muda ini mungkin sememangnya dasar pantang ditegur, diguris dan di perlekehkan, mereka ini mudah bangkit dan menyerang tanpa ilmu serta peluru yg kuat, setiap kritikan yg diberi akan ditangkis serta merta dan dihebohkan kepada `anak2 ikan` yg lain, kononnya ada org nk menjatuhkan mereka, berpandangan rendah pada mereka... hakhakhak.. cmon kids!!, tengok cermin dulu, yg kau tu lahir zaman kegemilangan cd2 label besar, zaman maggie cawan, zaman lampu neon dan zaman kesejukan aircond, berusaha pun dgn cara mendownload mp3, duit mak bapak tinggal atas peti ais masa sebelum p kerja, so apa nak marah.. bangkitlah.. bangkitlah.. tunjukkanlah jati diri ataupun ke`true`an tu.. keluarkanlah apa yg perlu.. janganlah sekadar melatah sambil merilis najis2 seperti yg ditunjukkan... apppaarraaa... buat split ataupun album format mp3.. caitt poodahhh... paling jahat keluar satu album.. pastu dah boleh berdiri megah, malu la wei, Indonesia dh boleh buat `hammersonic` Thailand dah beratus band besar main, Philipines dah masuk Slayer...yg `nangoi` disini ?? hero tanpa berjuang... kakakakaka..

Buat gig menampilkan puluhan band dlm kandang yg kecil, panas, sound yg tak berbaloi dgn bayaran, lintah darat.... satu band line up 5 org kalau yang main tu 12 band so jadi 60org dlm venue tu... venue tu pun boleh menampung cuma 70 org.. so ticket tak termasuk yg masuk free jual utk berapa org??? kalau jual 100 ticket kat mana nk moshing??? tarak chance la aku nak stage dive.. apa ingat tgk kombo rtm nyanyi ka.. terlopong ternganga.. .atau memang suka terhimpit2 utk true kakakaka... itu maknanya misi organiser dah tercapai.. kahkahkah, bukannya kepuasan yg dapat. ingat jika sesuatu gig penampilkan band2 yg tak ternama serta tak mempunyai apa2 rilisan so bayaran ticketnya seharus tidak melebihi RM10, jika tidak, ianya akan meguntungkan si lintah darat dan pencekik darah..

Dan ini lancapan aku seterusnya, tuan2 dan puan2 sesiapa saja yg dah malas untuk meneruskan bacaan keluhan ini sila berhenti dari terus membaca cukuplah sekadar apa yg dibaca sebelum ini., sesiapa saja yg akan terus meloncat selepas baca penulisan ni teruskan, itu korang semua punya hak, aku tak amik port, lagipun kalau aku terus menulis pun bukannya menguntungkan sesiapa atau merugikan sesiapa, kini dah tahun 2012 tapi keadaan scene masih ditahap yg melugai dan meloyakan dengan hadirnya beberapa rilisan yg tak sepatutnya dikeluarkan atau senang cakap belum cukup matang atau cukup kuat utk dipersembahkan, jadi kalau mana2 band yg belum pernah keluarkan apa2 rilisan, study elok2 selok belok sesebuah bahan yg anda bakal persembahkan itu, jangan sampai dihati kalian puas tetapi di telinga kami hanyalah sekadar terpaksa mendengar kerana bayaran rm10 utk cd kalian, dan yg dah pun mengeluarkan bahan taik anda sila improvekan bahan anda jgnlah ulangi ataupun didowngradekan mutu serta quality band anda, yg sampah jadilah lori sampah dan yg dah jadi lori sampah jadilah bas express kahkahkah..teruslah berjuang...chow..

**********************************************************************************

Ok bagaimana? Mungkin ada dari anda di mana2 negeri nak kongsi cerita apa yang berlaku di negeri anda pula.. boleh email kami di sini -> DtE dan kami akan cuba publish sebarang artikel yang original dari anda.. Ok adiosss..


0 feedbacks: