VotW - Sacwrath - Wrath Of The Sun God

Awal sikit publish video untuk minggu ni.. Ini band dari Kuala Lumpur bagus jugak produksi rakamannya.. Dan kepada band, kalau nampak entry ni harap boleh kontek gua untuk gua tangkap lu orang punya fizikal copy.. Haha..


Facebook
Youtube


Winds Of Genocide - The Arrival Of Apocalyptic Armaggeddon (2010)

Review ni gua tulis spontan masa dok dengar tape album ni.. Band bernama Winds Of Genocide yang berasal dari UK ini secara rasminya ditubuhkan pada 2006 namun mula menghasilkan demo pertama bertajuk Apokalyptic Death Crust sebelum muncul dengan EP bertajuk The Arrival Of Apocalyptic Armaggeddon juga pada tahun yang sama. Menarik untuk diperkatakan kerana album ini punya gabungan kuat irama crust + metal + punk. Seperkara lagi ialah segala ngauman yang boleh didengar datangnya dari seorang perempuan.
Cover artwork oleh Mikhell Chernobyl
Inlay oleh Ola Sjoberg

Tracklist

1 - Doomsday Soldiers
2 - In The Shadow Of The Scythe Of Death
3 - The Arrival Of Apokalyptic Armageddon
4 - A Nightmare Vision
5 - Storms Of Hooded Horsemen
6 - Hellhounds Of The Macabre End

Kat Shevil (Vocal), Glynn Alkohall (Guitar), Linus (Drums), Dan H (Bass)

Rakaman dilakukan di Studio lin12 Bradford bermula dari 30 Julai sehingga Ogos 2010. Proses rakaman, mixing dan mastering dilakukan oleh Bri Doom. Beliau juga bertindak sebagai penerbit EP ini.

Doomsday Soldiers menjadi pembuka sesi pengenalan dimana rentak dan riffing kedengaran lebih ke arah dbeat tetapi vocalist menggunakan teknik growl dan sesekali scream. Track ini agak mendatar flow nya.

In The Shadow Of The Scythe Of Death masih seperti mana anda mendengar track pertama tadi. Tahap agresif mungkin sedikit meningkat namun riffing nya membuatkan seakan gua mendengar The Exploited.

The Arrival Of Apokalyptic Armageddon yang merupakan tajuk kepada EP ini agak bagus arrangementnya dan ada flow. Ok, lagu ini agak agresif dan boleh bikin crowd sedikit menggila jika dibawa secara live. Beberapa jeritan juga kedengaran di beberapa part lagu.

A Nightmare Vision bermula dengan beat drum kearah dbeat/crusty sebelum vocal mendadak menyerang. Sekali lagi kedengaran riffing yang biasa di dengar dari lagu2 punk.

Storms Of Hooded Horsemen boleh tahan juga penangan di awalan track. Riffing gitar mungkin sedikit jahat beserta keteukan drum yang jelas punya pengaruh metal. Masuk jugak dengan cara nyanyian berteknik growl dari Kat Shevil.

Hellhounds Of The Macabre End menjadi track terakhir didalam EP ini. Ok, mungkin track ini agak berlainan dari track2 terdahulu jika diambil kira riffing nya. Ok, apabila verse pertama bermula ianya kembali seperti track2 terdahulu.

Sound produksi The Arrival Of Apocalyptic Armaggeddon tidak lah clean kerana elemen raw masih dapat dihidu pada setiap lagu. Drum yang berbunyi organik lebih kepada dbeat manakal riffing gitar punya sedikit pengaruh punk yang laju dan tidak lari dari dbeat. Perencah metal mungkin boleh didengar pada ngauman vocalist nya serta beberapa track yang diselitkan sedikit bau2 thrash (walaupun tidak terlalu kental).

Secara keseluruhannya The Arrival Of Apocalyptic Armaggeddon masih boleh dibanggakan kerana ia nya percubaan kedua mereka setelah penghasilan demo pada awal 2010. Mereka aktif membuat persembahan pentas dan mungkin tarikan pendengar ialah pada bahagian vocal kerana ia nya di ngaumkan oleh kaum wanita. Winds Of Genocide juga muncul dengan beberapa split album selepas lahirnya EP ini.

Untuk mengukur kemampuan sebenar Winds Of Genocide anda boleh layan video live yang kami sediakan di bawah ini. Juga untuk mengenali, kami sediakan beberapa link berkenaan band ini dibawah video live ini. Demo dan EP (format kaset sahaja) ini boleh didapati dari sebuah label underground tempatan iaitu Hammercharge Distribution. Sekian....

Hellhounds Of The Macabre End, The Arrival Of Apokalyptic Armageddon, Plague Of Devouring Pestilence (Live) 

VotW: Aborted - Источник Болезни (The Origin Of Disease)

You gonna love that bassdrop at 1:27.



The Kilimanjaro Darkjazz Ensemble - From the Stairwell (2011)

The Kilimanjaro Darkjazz Ensemble atau TKDE, macam yang pernah gua tulis sebelum ni, adalah sebuah kolektif jazz yang pelik. Bukan jazz standard yang kebanyakan daripada kita tahu. Karakteristik TKDE (antaranya) adalah jazz yang free form, atmospheric dengan elemen elektronik dan noise dicuit sana-sini. Pada Mac 2011, band yang keahliannya daripada pelbagai negara telah menerbitkan album penuh From the Stairwell. Sebuah album yang berpaksi kepada tema ketidakpastian, misteri dan variasi 'mood' manusia.




1. All Is One
2. Giallo
3. White Eyes
4. Cocaïne
5. Celladoor
6. Cotard Delusion
7. Les Etoiles Mutantes
8. Past Midnight

Deskripsi di laman web tentang trek-trek ini memang mindboggling, Stairwell dijadikan analogi sebagai satu destinasi yang tak pasti. Apa ada di penghujung tangga yang gelap? Apa yang bakal dijumpai? TKDE cuba mencungkil rasa takut terhadap perkara tak pasti.

All is One- Trek pembuka yang bermood noir jazz dengan vokal wanita yang seksi tapi misteri. Piano dan trombone mendominasi trek ini. Boleh kata dreamy dan memberi mood macam bermimpi. Best!


White Eyes - Gua suka trompet dan gitar yang accompany vokal seakan-akan lullaby dalam lagu ni. Sekali lagi mood misteri dan mimpi terawang-awang sepanjang lagu berdurasi 8 minit ni. String yang kadang-kala menyelit buat rasa macam berjalan di tengah malam yang sepi. Santai. Tunggu di penghujung lagu, lu orang pasti terpesona dengan solo trompet mendayu-dayu. Cuba dengar dalam bilik yang gelap sambil tengok siling untuk efek yang maksimum haha.


Cocaine - Barangkali trek paling disturbing dan kuat elemen elektronik dalam album ni. Bunyi chimes dimainkan secara reverse, bunyian industrial, bunyi keluhan manusia (bab ni creepy sikit!) dan horns berbunyi sayup-sayup, seolah-olah melalui sebuah kilang besar dioperasikan kuasa ghaib. Gua meremang gak dengar tapi tunggu sehingga 2 minit terakhir! Clean gitar dengan efek reverb muncul dan memberi mood sublime dan uplifting seolah-olah berada di penghujung tunnel dan menemui cahaya kahkah.

Celladoor - Ini trek paling gua minat.Efek elektronik dimainkan secara reverse memberi idea macam lu orang bergerak menembusi berlapis-lapis peringkat atmosfera udara. Elemen paling menyinar di sini adalah vokal wanita yang humming sepanjang masa (mengingatkan gua perbuatan ibu-ibu mendodoikan bayi) dan gitar clean yang berbunyi indah. Tak lupa jugak piano yang meyokong movement gitar. Dreamy dan uplifting. Tak keterlaluan gua katakan berbunyi hopeful. Horns membuat penampilan di pertengahan lagu menjadikan rentak sedikit rancak. Terbaik!


Personally gua memang rasa album ni menangkap dan hampir berjaya dalam mengeksplorasi jenis-jenis mood berbeza dalam setiap lagu. Cuma 3 trek terakhir kurang mengagumkan, mungkin sebab gua impressed dengan Celladoor kot. Lepas dengar gua jadi macam sikit paranoid dan mellow, agaknya kesan daripada lagu-lagunya yang mindfuck dan panjang-panjang. Gua takde nak komen panjang-panjang sebab lu orang baik dengar sendiri la. Album yang bagus kalau rasa nak drown dalam emosi sendiri dan mengelamun waktu malam yang hujan haha.

6.5/10

TKDE boleh dihubungi di sini dan sini





Meor - Dari Rakyat Untuk Rakyat (2009)

Meor atau Meor Yusof Aziddin adalah seorang individu yang bergerak berseorangan dan peratus mainstreamnya tidaklah tinggi. Beberapa album nya di hasilkan sendiri dan jika terdapat di kedai2 music pun mungkin kedai itu antara kedai2 terpilih atau pun naseb anda baek. Jika terjumpa boleh lah rembat..haha.. Dari Rakyat Untuk Rakyat muncul sebagai album ketujuh nya (haha.. mamat ni dah lama start main music dan dari wiki dinyatakan dah start dari zaman Central Market lagi woo..) Individu ini menjadi sasaran review dari kami pihak DtE untuk pengenalan kepada anda pembaca semua..
Tracklist

1 - I.S.A (Ikut Suka Aku)
2 - Bapakku Seorang Y.B
3 - Sampai Bila
4 - Rakyat Bersatu
5 - Membenarkan Kebodohan
6 - Awas Api Perempuan Ini (a.A.P.I)
7 - Kejalan Lagi
8 - Raungan Anak Belantara
9 - Lagu Aman, Lagu Damai
10 - Shuhada Memali

Dari Rakyat Untuk Rakyat melalui proses rakaman, adunan dan mastering di Iseekmusic Recording Studio milik Mokhtarizal antara Jun sehingga Ogos 2009. Kesemua lagu adalah ciptaan Meor Yusof Aziddin manakala Mokhtarizal turut terlibat dalam proses penyusunan bersama Meor. Penerbit eksekutif ialah Amin Iskandar. Pemuzik2 yang terlibat didalam pembikinan album ini adalah Meor Yusof Azudin (vocal, akustik, elektrik gitar), Kunjai (bass), Ahmad Zahir (perkusi), Shafiq (cello), Penyanyi latar Rahmat Haron untuk I.S.A (Ikut Suka Aku) dan Rakyat Bersatu manakala Mei Chern untuk lagu bertajuk Awas Api Perempuan Ini (a.A.P.I). Album ini dikeluarkan oleh CRG Communication.

I.S.A (Ikut Suka Aku) merupakan pembukaan bagi album ini di mana lagu nya punya pengaruh reggae walaupun permulaannya sangat kuat bunyi The Eagle. Cuma korusnya agak rancak. Lirik tulisan Amer Hamzah Arshad agak politikal dan bersesuaian dengan tajuk lagu ianya seakan 1 medium penyampaian menggunakan lirik yang mudah disampaikan. Err gua suka bassline lagu ini.

Bapakku Seorang Y.B jika di lihat pada tajuknya agak kelakar. Permulaan lagu agak santai dengan tiupan harmonika yang kena sekali dengan mood lagu. Penyampaian vokal pada ketika ini mengingatkan gua pada Iwan Fals. Agak kuat juga pengaruh Iwan Fals dari 2 lagu terawal ini. Ini tidak dapat disangkalkan lagi dimana lirik lagu ini seakan tulisan spontan. Penulisan lirik lagu di lakukan oleh Pyanhabib. Walaupun seakan hanya tulisan berbentuk khayalan tetapi rasanya apa yg di tulis ini berlaku di dunia nyata. Sebuah lagu yang rilek, santai, sinis dan kelakar.

Sampai Bila agak menarik pada intro nya tetapi agak mendatar pada verse nya. Korus lagu seakan memberi semangat melalui lirik yang disampaikan. Tema nya juga sebenarnya berbau politik juga. Hahaha.. Lirik oleh Meor sendiri.

Rakyat Bersatu pula mengingatkan gua kepada seorang artis yang sudah lama menghilang iaitu Pak Pandir. Track ini berbau folks (maksud gua lagu2 rakyat). Lontaran vocal agak power jugak walaupun bukannya Meor menggunakan high pitch tetapi cara penyampaian nya untuk track ini berada dalam kondisi bersesuaian dan terbaek. Lirik lagu ini dihasilkan oleh Hishammudin Rais.

Membenarkan Kebodohan kembali ke rentak reggae. Pengaruh Bob Marley dari riffing reggaenya serta melodi vocal yang digunapakai untuk lagu ini. Ermm memang kental juga penangan reggae pada lagu ini. Tema liriknya masih sama iaitu politik. Hahaha.. Ehh jap, wa rasa macam lagu Hutan Rebah dari R.O.B lah pulak..kakaka.. Lirik ditulis oleh Abdullah Jones.

Awas Api Perempuan Ini (a.A.P.I) sangat berlainan. Kenapa gua katakan begitu? Kerana ia nya di dinyanyikan sepenuhnya oleh seorang penyanyi wanita. Beliau ialah Mei Chern. Begitu juga dengan tema lirik kali ini berkenaan pejuang revolusi iaitu Shamsiah Fakeh. Lirik tulisan oleh Rahmat Haron.

Kejalan Lagi benar2 berbau politik dan lirik berbau rebel. Ok mungkin boleh jadi ia nya ada kena mengena dengan perhimpuanan yang diadakan sejak kebelakangan ini. Lagunya pulak rilek dan santai. Penulis lirik agak sinonim dengan apa yg dihasilkan dari lirik iaitu Hishammudin Rais.

Raungan Anak Belantara punya penangan blues yang kuat. Solo harmonica, riffing dan cara penyampaian vocal yang ternyata ada kekuatan tersendiri. Kredit kepada Meor kerana berjaya menyusun melodi vocal yang baek walaupun ada beberapa part yang menggunakan progression kord yang agak pelik. Jika ada pernah mendengar Sahara Yaakob, Ito mungkin ada dapat memahami apa yang gua katakan ini. Lirik oleh Ubilepih.

Lagu Aman, Lagu Damai menggunakan gitar akustik dalam menghidupkan mood lagu. Sebuah lagu yang mendamaikan dan rilek melalui rentak dan lirik yang disampaikan. Errr ini lagu ini gua berasa seakan ada sedikit sumbang didalam beberapa bahagian melodi vocal yang dibawa Meor. Dan juga oleh kerana lagu ini banyak memerlukan kekuatan penggunaan high pitch, mungkin disini terdapat sedikit kegagalan pada bahagian vocal Meor. Namun keseluruhannya lagu ini masih boleh dianggap berjaya. Lirik sekali lagi dihasilkan oleh Ubilepih.

Shuhada Memali menjadi track terakhir didalam album ini. Sebuah track yang agak biasa namun liriknya sedikit sedih dan menceritakan apa yang berlaku di Memali. Lirik dihasilkan oleh penerbit eksekutif album ini iaitu Amin Iskandar.

Sound produksi album ini berada ditahap terbaek dalam kontek profesional album. Meor sebagai komposer berjaya menghasilkan lagu2 menarik dan lirik2 yang agak selamba dan tidak ditapis (tengoklah siapa penulis2 lirik untuk album ni..golongan2 radikal semua nya..haha). Pada gua Meor mungkin jawapan kepada Iwan Fals berdasarkan perjuangan music nya. Ok, xmau cakap banyak gua difahamkan album ni masih boleh didapati dengan harga RM20 beserta postage dengan menghubungi beliau sendiri di talian 0125901798. Ok, mungin untuk mengenali individu ini, kami sertakan email dan web rasmi beliau dibawah klip video untuk album dibawah ini.

Meor Yusof Aziddin - Dari Rakyat Untuk Rakyat (klip album)

VotW - Vennu Mallesh - It's My Life What Ever I Wanna Do

Any idea????? gua di cadangkan oleh A is for Anomaly pasal Vennu Mallesh ni.. tengah meletup di laman youtube.. lu orang ada apa2 info nak kongsi atau nak kata apa2?

Nile - At the Gate of Sethu (2012)




1.Enduring the Eternal Molestation of Flame
2.The Fiends Who Come to Steal the Magick of the Deceased
3.The Inevitable Degradation of Flesh
4.When My Wrath Is Done
5.Slaves of Xul
6.The Gods Who Light Up the Sky at the Gate of Sethu
7.Natural Liberation of Fear Through the Ritual Deception of Death
8.Ethno-Musicological Cannibalisms
9.Tribunal of the Dead
10.Supreme Humanism of Megalomania
11.The Chaining of the Iniquitous  

Mengecewakan. Satu perkataan yang gua boleh katakan untuk sum up keseluruhan album terbaru dari gergasi Death Metal South Carolina ni.

Secara peribadi gua memang memuja kehebatan Nile yang lari dari acuan tipikal Death Metal yakni bertemakan sejarah dan mitos Mesir. Beberapa album Nile yang dahulu pun gua memang letak dalam senarai mesti dengar iaitu Amongst the Catacomb of Nephren-Ka, Black Seeds of Vengeance dan In Their Darkened Shrines yang rata-rata menjadi pilihan mat metal yang worship band ni. Tapi album terbaru kali ni kurang mengagumkan dan lack of excitement.



At the Gate of Sethu diterbitkan pada hujung Jun lepas dan gua sememangnya anticipate album ni untuk jadi album of the year. Gua salah. Salah satu radical departure daripada album-album sebelum ni adalah kualiti rakaman yang berbunyi flat dan kurang punchy. Kalau banding dengan album-album gua sebut di atas, AtGoS nampak kurang bermaya. Masih lagi mengekalkan technical death metal bergulung-gulung dengan ala-ala padang pasir, tapi dengan guitar berbunyi nipis dan rata tak macam signature bunyi Nile sebenar yang jenis kalau dengar memang jenis pecah muka. Senang cakap, bunyik tak gemuk! Dallas Toller-Wade jugak dah tukar direction vokal. Kalau lu orang expect deep growl macam album TWtGD, sori lah tak dapat. Sekarang Dallas banyak employ shout yang kadang-kadang borderline jeritan hardcore punk dan pawang tengah jampi. Kahkah. Gua tak fan lah vokal camni dan seriously sangat offputting. Nasib baik Sanders masih setia dengan guttural vokalnya. Oh lupa nak cakap album ni pun ada include clean vocals, which is not really bad. Drumming Kollias..hmm sebenarnya gua dah lemau dengar pattern dan stroke yang sama.

Sekalipun gua macam kecewa dengan kualiti rakaman yang entah apa-apa (terkemut, mendap, macam Black Metal haha), AtGoS takdelah hopeless sangat. Trek- trek macam The Fiends Who Come To Steal The Magick Of The Deceased, The Gods Who Light Up the Sky at the Gate of Sethu, dan Tribunal of the Dead berpotensi untuk jadikan lu orang hooked dengan album ni.


Versi digipak  didatangkan dengan cover artwork alternatif serta trek bonus instrumental Enduring The Eternal Molestation Of Flame dan The Inevitable Degradation Of Flesh. Agak-agak nak karaoke boleh ah kahkah.

Recommended untuk die hard fan Nile. Untuk yang baru nak kenal sound Nile gua cadang dengar album lama-lama.


5/10


Nile boleh dicapai di sini dan sini

VotW - Dicktracy - Disconsolate

Weh, mana video diorang shoot tu hari? Rasanya macam nak siap dah tapi yang ni lain pulak jadinya .... Anyway, enjois!


Tools Of The Trade - Pulse (EP 2011)

Jika sebelum ini kami pernah mereview album terbaru mereka bertajuk Defy kini rasanya sekali lagi kami perlu mengetengahkan satu lagi produk dari Tools Of The Trade yang dikeluarkan sebelum Defy menemui pendengar. Sebuah EP yang dikeluarkan pada 2011 oleh Stoneville Records bertajuk "Pulse". Ada beberapa perkara yang perlu di nyatakan berkenaan EP ini. Perlu juga dinyatakan line up band pada ketika ini ialah Tiong (Vocal, Guitar), Emi (Bass), Shazz (Guitar), Kia (Drum). Tetapi untuk rakaman ini line up terlibat ialah Tiong (Vocal, Guitar, Bass), Yob (Vocal), Kia (Drum).
Artwork oleh Insomaniac Lab

Tracklist :

1 - Embodiment Confrontation
2 - Death Of Desire
3 - Implementation Of Hates
4 - Stagnant & Falling
5 - Science Failure

Pulse melalui proses rakaman di Theatrical Studio, Puchong oleh Zahid. Proses adunan dan mastering dilakukan juga oleh Zahid. Namun dinyatakan didalam cover sleeve, kesemua track telah di remixed dan remastered oleh Sendart di Bandshop Studio.

Embodiment Confrontation bermula dengan sound dialog sebelum music padat ToTT menghentam tanpa belas. Sesuatu yang menarik bila diselitkan sedikit bunyian ala2 jazz basanova dipenghujung lagu. Mengingatkan gua pada 1 band luar negara bernama Sleepterror.

Death Of Desire menyerang tanpa sebarang tanda. Grind habis-habisan. Paling menarik gabungan scream dan growl dari vocalist band ini. Bergegar dengan track berdurasi kurang dari 2 minit.

Implementation Of Hates sama seperti track terdahulu. Riffing track ini lebih menggambarkan kerisauan pada awalan nya. Sedikit technical pada pertengahan lagu. Di track ini baru kedengaran solo gitar.

Stagnant & Falling agak rilek pada permulaan tetapi hanya sekejap sahaja sebelum ketukan drum mengisar irama yang dihasilkan. Kelajuan tahap maksima. Ya laju jugak lagu ini tamat. 1 minit 36 saat sahaja.

Science Failure menjadi track terakhir dimana bermula lagu terus disertakan ngauman vocal. Track yang agak mendatar temponya dan kelajuan grind diselangselikan sepanjang track. Sebuah track yang agak bereksperiment di pertengahan lagu dengan strumming gitar tanpa distortion tetapi menggunakan wah-wah.

Ok, mungkin agak fanatik kalau gua katakan gua memilih EP ini sebagai hasil terbaek yang pernah dihasilkan Tools Of the Trade, tetapi apa yang gua nampak bermula dengan EP ini menampakkan kematangan dan kejituan music yang dihasilkan mereka benar2 kuat. Mungkin tidak boleh dibandingkan kualiti sound, song composition EP ini dengan album pertama mereka terdahulu tetapi harus diperhatikan EP ini seakan permulaan betapa seriusnya mereka dalam menghasilkan product berkualiti dari segenap pakej. Juga perlu dipuji kemantapan permainan setiap line up terlibat. Tidak hairanlah apabila mereka layak menyertai gig2 besar Eropah baru2 ini.

EP bertajuk Pulse ini hanya dikeluarkan dalam format kaset oleh Stoneville Records dengan harga RM6 by hand dan RM7 by post. Kami sertakan link label yang mengeluarkan EP ini dibawah video preview ini. (Lu orang boleh jugak dengar tiap2 track seperti apa yang gua review bagi setiap lagu diatas)



* Pihak DtE juga dalam proses menemubual band ini.. stay tune..

Email