Interview : Hidden Silence - Semangat Melodic Death Metal 90an

Hidden Silence merupakan sebuah band yang berpengkalan di bandar bersejarah iaitu Melaka. Telah menghasilkan 2 buah album dan sedang rancak dalam penghasilan album ke 3. Sebelum ini kami pernah mereview album kedua mereka bertajuk Into The Childs Nightmare (boleh baca sini). Kami berpeluang menemuramah band ini yang punya kejituan dalam mengekalkan konsep Melodic Death Metal era 90an dan berbagai cerita telah kami kupas sepanjang perjalanan band ini. Ok, apakata lu orang luangkan sedikit masa untuk bersama membaca sesi temubual antara DtE dan Hidden Silence. Yeahhhh!!!!

1 - Assalamualaikum dan salam sejahtera Hidden Silence. Boleh kami tau siapa yang menjawap sesi temubual ini?
Waalaukumsalam. Ini Earth@Abu Hurairah selaku ketua dan drummer/voc Hidden Silence.

2 - Bagaimana Hidden Silence tertubuh? Mungkin boleh ceritakan sejarah penubuhan band ini secara terperinci?
Ni dah masok subject sejarah nih.. hahahah. Kalau nak tau secara detail boleh bukak blog rasmi Hidden Silence : www.hidensilence.blogspot.com. tetapi secara ringkasnya Hidden Silence tertubuh pada sekitar 2003 di Bandar Johor Bahru. Hidden Silence diasaskan oleh Hamba dan Sam (guitarist). Ketika itu Sam baru keluar dari Narsamum selepas hampir 10 tahun menganggotainya. Pada asalnya hamba dah give up main music rentetan daripada penutupan band Hellimunan tetapi syukur Alhamdulillah. Di atas nasihat rakan rakan seperti Saiful@Logam, Bob@Damokis, Aien@Tandus dan Sam sendiri.. hamba memutuskan untuk menubuhkan Hidden Silence bersama Sam. Sebagai tanda penubuhan ini, kami memutuskan untuk menyiapkan sebuah rakaman single untuk lagu pertama kami di Batu Giling Studio di Tampoi Johor Bahru yang dijuruterakan oleh Encik Aein Tandus@RAPTOR. Selepas pada rakaman tersebut , Sam telah menjemput Oren menyertai band.

3 - Adakah Hidden Silence membawa sebarang makna dalam band Hidden Silence sendiri?
Takde kot.

Original line up Hidden Silence
Sam, Earth, Oren

4 - Boleh nyatakan ine up terkini Hidden Silence?
Line terkini Hidden Silence adalah line up original yang sama sejak dulu iaitu Hamba sendiri, Sam dan Oren. 3 org ajeh. Asalnya Faizal@Euronouse selaku bekas anggota Hellimunan menyertai Hidden Silence pada sekitar 2006 sebagai Rhythm. Malang sekali beliau terpaksa mengundurkan diri pada tahun 2011 selepas menyiapkan album kami yang ke2 Into The Childs Nightmare atas atas  alasan  komitmen keluarga. Tetapi kami masih bersahabat baik dengan beliau lagipun hamba dan Faizal adalah partner rapat sejak sama sama belajar di Kolej Yayasan masa tahun 1998. Kami memang sangat rapat. Pergi mana mana pun sama sama.. pergi jamming.. class... main game.. buek lagu.. sampai member member pernah cakap “abu dan faizal nih tinggal nak main j##o ajeh”.. hahahahah!! Sayang betul lah dia da x leh commit dalam music.

5 - Bagaimana Hidden Silence bergerak untuk persembahan pentas dengan bilangan line up yang sebegini?
Ok. Memang selama nih Hidden Silence dari penubuhan hanya 3 orang saja dan x pernah bertukar. Tetapi bila performe gig kami menggunakan khidmad sessionist vocal iaitu encik Deadzid atau Encik Bobo@Damokis. Actually Deadzid pada awal penglibatan beliau adalah sebagai ahli tetap tetapi beliau memutuskan untuk kekal sebagai sesionis bagi persembahan live sahaja (juga) di atas dasar komitmen keluarga dan factor jarak tempat tinggal yang terlalu jauh. Kami practice di Johor, so memang agak berat untuk Deadzid memberikan komitmen  yang “konsis” kerana beliau menetap dan bekerja di Shah Alam. Walaubagaimana pun Deadzid banyak memberikan sokongan dan sumbangan kepada band sebagai penulis lirik dan ada menyumbang kan riffing untuk digubah menjadi lagu -  lagu terbaru kami. Buktinya sumbangan beliau ada didokumenkan pada album ke2 kami Into The Childs Nightmare pada tahun 2011 sebagai penulis lirik untuk lagu Into The Childs Nightmare dan I See The Dead. Untuk posisi rhythm lak sekarang kami menggunakan khidmad Joe V@Debu2 Berterbangan untuk menggantikan Faizal. Joe dah berkhidmad untuk beberapa siri gig dengan cemerlangnya. Cuma Joe nih lebih cenderung pada  “death@thrash metal kapak”  kire “pare”  lah dgn Sam. Dia juga kawan rapat aku jugak pasal  dok satu kampong .. cuma yang sial nya budak budak kat melaka dah start menuduh aku ngan Joe dok main jubo..Mana ade sial!!
p/s : kenapa lah asal member rapat ajeh.. dah kene tuduhan main jubo??

6 - Band2 lain yang pernah dan sedang disertai oleh line up Hidden Silence?
Kalau mengikut rentetan sejarah, hamba sendiri pernah mengasaskan  sebuah band Doom Metal di Melaka pada tahun 1996 bergelar Hellimunan. Hellimunan beroperasi dari 1996 hingga 2003 dan pernah mengeluarkan Demo-Cosmos Mistery dan sebuah EP-Dark Universe dan kesemuanya dalam format kaset. Hellimunan pernah diberikan tawaran untuk menyertai Nebiula Production pada 2002 oleh brother Jaei Silkahnnas sendiri. Sam pula pernah menganggotai Narsamum dan Fire Starter selama hampir 10 tahun!! Sebagai orang lama dalam scene johor, Sam juga pernah menjadi sessionist  beberapa band termasuk  Tandus dan Samurai.

7 - Adakah antara line up Hidden Silence mempunyai asas formal pendidikan music?
Errr.. takde kot. Cuma saya ajeh yg mengajar music kat kolej komunity.

8 - Pengaruh music bawaan Hidden Silence?
Pengaruh kami lebih kepada era early dan mid 90s death metal. Macam Dissection, Hypocrisy, Benediction dan lain lain. Ade jugak unsur2 thrash metal pasal Sam memang lebih cenderung pada Kreator, Cromok dan Metallica.  Hamba pulak suka 2 stail. Satu yang melodic stail stail Dissection - Storm of the Light Bane, Sacramentum, Samel - Rebelion dan Sentenced - Amok.. Satu lagi yang “death metal kapak” macam Mortification album Scroll of the Megilloth, Death - Scream Bloody Gore, Monstrosity  album Imperial Doom dgn satu lagi yang  gambar telor tuh (tak ingat nama), Benediction album Trancen de Rubicon dan Hypocrisy lama album – Oscullum Osconem, Sepultura lama - Beneath The Remains dan Gorefest - Confession of a Serial Killer.

9 - Equipment2 yang digunakan oleh setiap line up Hidden Silence?
Kalau Sam dia pakai mcm2 guitar. Yang terakhir dia pakai Yamaha RGX . Tapi beliau lebih prefer menggunakan effect kereta kebal jenama boss complete set dgn flight case dia yg juga jenama boss. Tetapi kalau nak pergi jamming, beliau menggunakan ME25 BOSS Multieffect. Kira dipendekkan cerita Sam percaya kepada Boss. Tapi masa recording Into The Childs Nightmare, beliau menggunakan direct Line6 Spider3 amp. Oren pulak dari zaman kami bujang sampai sekarang , beliau hanya menggunakan satu jenis bass Yamaha sahaja. Bagaimana dgn Joe yang berposisi sesionist rhythm guitar? Beliau menggunakan Ibanez Iceman + Line6 POD Xt Live dan Boss Metal Zone. Hamba setakat nih hanya percaya kepada drum Pearl sahaja. Walaupun kat dekat studio, hamba memiliki 3 set drum tetapi hamba setakat nih lebih selesa menggunakan Pearl.


10 - Pada gua Black Hearted Spiritual merupakan sebuah masterpiece terbaek pernah dihasilkan Hidden Silence setakat ini selain Into the Child´s Nightmare yang rilis pada 2011. Dari pendengaran gua track drum nya kedengaran agak statik. Adakah ianya menggunakan drum mesin atau efek trigger digunakan sehingga terhasilnya sound drum sedemikian?
Ok. Album pertama kami dirakamkan di Titanium Record, Johor. Sebenarnya camana sound itu diproses.. x semua aku dapat capture walaupun Encik Rosli tuh guru aku jugak. Anyway, trek drum yang digunakan untuk rakaman tersebut menggunakan drum sebenar jenama Yamaha dan dirakam kan menggunakan KORG D3666 digital mixer. Walaubagaimana pun, producer kami, Encik Rosli telah menukarkan semua data tersebut kepada midi signal menggunakan  hardware convertor  (x ingat jenis apa entah tapi mempunyai banyak lobang input) tapi kira macam trigger system jugak lah. Seingat kami, signal tersebut telah di-assigned kepada satu lagi hardware jenis BOSS DR3 yang hamba juga ada memilikinya untuk sound bank. Sebagai finishing touch, semua not signal tersebut telah dikenakan mode-quantised which is comment function untuk kebanyakkan midi system yang fungsinya untuk memperbetulkan semua kedudukan not dan signal kepada tempatnya. So.. hasilnya.. perfect sound without defect!! Walaubagaimana pun, teknik nih kire old school jugak lah pasal ade kelemahan jugak lah. Kelemahan nya ialah apabila semua signal perfectly quantized .. maka feel manusia nya akan hilang.. tapi.. kelebihan nya ialah.. sound perfect gila lah. Ni masing masing punya pendapat. Ada suka.. ada x suka. Tapi bagi kami.. syukur Alhamdulillah.. kami still puas hati . Kami menyimpulkan sound yg produksi titanium record menepati matlamat pengisian lagu dalam album tersebut. Nak ikut sangat kata nafsu.. sampai bila pun x abis. Tiap teknik akan ade kelebihan dan kekurangan. Just move on je lah. Cam tuh cam tuh pun.. album yang print 1000 copy nih dah sold out pun. Hahahaha!! Apa pun .. kami nak amik kesempatan untuk mengucapkan terima kasih pada semua pendapat kengkawan  dan sifu sifu aku termasuk Abg Rom…kerana kami jadikan guide line untuk digunakan buek masa akan dtg. Baru attitude musician!! Accept comments ..Embrace new knowledge …. never stop learning!!

11 - Deadzid yang menjadi sesionist untuk Black Hearted Spiritual turut menyumbangkan beberapa lagu untuk Into the Child´s Nightmare. Mengapa khidmat beliau tidak diguanakan sekali lagi untuk bahagian vocal sedangkan persembahan pentas untuk album pertama dikendalikan oleh nya sebagai frontman?
Ok. Deadzid pada asalnya dijemput oleh Oren (mereka dah lama kawan) menyertai band sebagai anggota tetap. Sepanjang hampir 3 tahun lepas penyertaan beliau, beliau banyak memberikan sumbangan pada karya Hidden Silence. Paling nyata sekali ialah beliau menulis lirik untuk beberapa lagu di dalam album ke2 kami-Into The  Childs Nightmare. Ada 2-3 lagu di dalam album itu walaupun ditulis dan digubah secara muktamad oleh aku dan Sam.. tetapi kami menulisnya  berdasarkan  riffing riffing  ciptaan beliau!! Buktinya , informasi itu ada di dokumen kan di dalam kulit album Into the Childs Nightmare.  Malang sekali, berlaku banyak komplikasi komitmen deadzid dengan band pada sekitar 2009-2010. Faktor terbesar adalah kerana komitmen kerja dan keluarga serta jarak tempat tinggal beliau yang jauh. Tabiat Hidden Silence yang common time tuh ialah , kami cuma  berpeluang menjalani sesi latihan hanya 2-3 kali sahaja setahun. Tetapi setiap kali kami set appoiment untuk practice, semua line up akan mengambil cuti dan bertapa  di studio aku selama 2-3 hari untuk practice siap lengkap buek recording live demo untuk lagu2 baru!! Malangnya..sistem sebegini  menyukarkan Deadzid  meluangkan banyak masa untuk proses latihan dan rakaman album dan akhirnya menjadi antara factor factor kecil yang melambatkan penyiapan album ke 2. Dengan itu, beliau dengan ikhlas hatinya mencadangkan untuk menarik diri sebagai line up tetap sekaligus mengembalikan posisi vocal (untuk recording) kepada hamba supaya proses recording dapat disudahkan dengan cepat. Itu lah cite sebenar. Tetapi nama pun member baik.. beliau sebenarnya tidak sanggup meninggalkan band. So.. solution nya.. beliau masih mengambil posisi vocal untuk live show plus.. Deadzid masih membantu dalam penulisan lirik dan menyumbang kan idea riffing riffing terbaru untuk untuk album ke3 yang bakal menjelma – KEBANGKITAN MELAYU!!


12 - Into the Child´s Nightmare pada gua kaya dengan melodi2 yang catchy malah ada beberapa melodi yang punya bau2 Inflames yang sangat kuat. Adakah melodi2 sebegini tidak mengganggu penulisan dan konsep music Hidden Silence yang pada asanya tidak berpegang kepada genre melodic seperti yang dibawa Inflames?
Bagi falsafah music kami.. setiap band wajib ada sound dan genre yang khusus untuk mereka. Hidden Silence masih mempertahankan elemen Melodic Death Metal 90 an yang dikatakan semakin forgotten. Kalau dirujuk kepada interview Hidden Silence oleh Majalah Karisma oleh Zulhisham@Metalstorm.. Ada satu ayat yang mengatakan music Hidden Silence dilihat semakin berundur kebelakang  & lebih berkiblatkan  ke arah music awal dan pertengahan 90an. Anyway..  berbanding dgn lagu dalam album lama, Into the Childs Nightmare membawa pendekatan baru dalam penulisan lagu. Tetapi ianya masih tergolong di dalam genre yang sama. Ini dinamakan evolusi. Bukan kah sifat musician itu sentiasa mempelajari benda baru?? Tapi nak kata kuat In Flames tuh tak jugak. Sebenarnya terlalu banyak influence yang kami rujuk untuk lagu lagu baru. Lebih Lebih lagi jika dilihat kembali, album lama ditulis sepenuhnya oleh hamba.. tetapi Into The Childs Nightmare ada menerima sumbangan riffing daripada Deadzid.. of coz lah akan berlaku evolusi dan kacukkan idea seperti yang dihidangkan di dalam nya.

13 - Maaf untuk soalan berbau komen ini, Kenapa sound produksi yang dihasilkan didalam Into the Child´s Nightmare tidak se"solid" yang dihasilkan didalam Black Heart Spiritual? Adakah kerana perubahan sesi rakaman, sound engineer atau sebaliknya?
Into The Childs Nightmare dirakamankan di studio milik hamba sendiri iaitu Silversound Studio. Hardware yang available di studio silversound adalah system  rakaman analog sepenuh nya berbanding dengan Titanium Record yg menggunakan system trigger. So.. nama pun analog.. mesti la ade kelebihan dan kelemahannya. Itu lah yg hamba cakap.. kalau ikut nafsu sangat sampai bila pun x siap. Perbezaan ketara dlm album ke2 ini ialah sound drum yang analog oriented. Kelebihan nya ialah originality yang sudah pastinya menyelesaikan masalah pada album lama yg kurang feel human touch. Analog tokleh tipu tipu. Camana kite sebat.. itu lah yg akan keluar. Tokleh quantized.. tokleh levelized.. tokleh..copy paste.  Cuma dari segi solidity sound .. mesti lah x leh lawan trigger. Tapi tu lah.. bila pakai trigger.. depa kate bersih sangat dah mcm drum machine. Bila pakai analog..  depa kata x bersih pulak.  So.. x kan habis punya!!Produksi album ke 2 nih telah menjalani postmortem dan mixing yang banyak level. Apa pun.. kami berani mengatakan sound tersebut “parallel” dengan kehendak dan mesej lagu itu. Ye lah.. bayangkan kalau sound album tuh dah mcm format dangdut.. hancur lah!! X kene langsung. Kami punya falsafah simple ajeh… pasal sound.. janji dia menepati konsep lagu… kedua.. rakaman x rosak.. yang terakhir.. frequency dan instrument dia balance. Setel lah. Kalau x.. sampai 50 tahun x siap siap. Move on lah.  Kalau ade idea baru .. simpan untuk kegunaan material seterusnya. Ini lah dikatakan development.

14 - Ok, sedikit menyimpang dari Hidden Silence. Boleh nyatakan band2 baru Melaka yang pada Hidden Silence perlu diberi perhatian?
Banyak. Nak cite sampai besok pagi abis. Kalu nak tau.. sila layari halaman group FB Malacca Music Community. Siap ade list lagi ikut genre dan status aktif mereka. Semua tuh kengkawan. Ramai jugak budak2 junior. Tengok lah dalam tuh.

15 - Silversound Studio merupakan studio milik salah seorang line up Hidden Silence. Boleh nyatakan perkhidmatan yang di berikan oleh studio ini?
Studio tuh .. hamba yang punya. Dah dekat 5 tahun dah. Basically syarikat hamba menyediakan studio jamming, recording gred murah dan membekalkan audio system untuk function function luar termasuk  gig dan konsert skala sederhana. Antaranya , Silversound pernah menjadi kontraktor audio untuk MetalCamp2.  Tapi kebanyakkan job dan pendapatan utama studio hamba bukan dari scene music.. tetapi open market termasuk jabatan kerajaan dan swasta. Hamba sendiri pernah mengajar music di kolej dan sekolah  sebagai part time tutor. Silversound banyak membantu band band Melaka dari segi didikan, nasihat malah Silversound pernah banyak kali “sponsor” band band di Melaka untuk rakaman. Silversound pernah menubuhkan MK CLUB di Bandar Melaka yang dikhususkan sebagai vanue gig berlesen pada tahun 2010. Selebihnya Silversound banyak mengadakan event event gig di Melaka sebagai kebajikan kepada komunity music. Hamba juga banyak menulis article di dalam ROTTW kebanyakkan nya  untuk mempromosikan band dan scene Melaka.

16 - Rilisan2 yang pernah dihasilkan oleh Silversound Studio?
Silversound bukan record label. Tapi Silversound pernah menerbitkan banyak rilisan. Kalau nak tau. Kene check site kitorang lah. : www.silversoundentertainment.blogspot.com

17 - Projek2 terkini yang disertai Silversound Studio? Mungkin menganjurkan persembahan pentas atau terlibat dalam urusniaga music secara komersil seperti penghasilan jingle dan soundtrack?
Hahahahah!! Projek silversound melambak. Tapi banyak takde kene mengena ngan scene music. Banyak function hotel dan ceramah. Tapi.. hamba  pun tak tau kenapa sejak2 kebelakangan nih kami banyak dapat job rakaman lagu2 rasmi untuk pertubuhan silat dan agensi kerajaan. Beberapa bulan lepas kami  buek rakaman bacaan Al-Quran oleh seorang imam!! heheheheh.. sejuuk studio.. Ada tuh kami ade buek rakaman lagu untuk UITM dan HOSPITAL BESAR MELAKA…. Siap awek yang nyanyi tuh lawa nak mampos lah!! 2-3 hari studio aku bau wangi perfume diorang.. hahahah!! Tapi yang terkini.. kami banyak buek sound track untuk persembahan theater dan sekarang kami ada mendapat tawaran menjadi kontraktor untuk menghasilkan sound track filem. Tapi x leh cakap lah filem ape.. confidential!! Pasal tuh lah hamba  sekarang obsess study music orchestra. Pasal movie banyak pakai elemen orchestra. Tapi kalau untuk scene kite.. yg terkini Silversound telah dilantik untuk menjadi kontraktor audio untuk gig The Four Horsemen pada December nih. Untuk scene Melaka. Tahun ni ajeh Silversound ade menganjur kan 6 event termasuk MELAKA MUSIC COMMUNITY ANNUAL GATHERING – CIRCLE OV FRIENDS 4 pada bulan Mac yg lepas yang menghimpunkan kengkawan dan band band Melaka termasuk tetamu dari luar iaitu Maddame, Y2K, Logam dan As Sahar.

18 - Dikhabarkan Hidden Silence dalam proses rakaman album terbaru yang mungkin berjudul Kebangkitan Melayu. Boleh ceritakan serba sedikit berkenaan proses pembikinan album ini?
Proses pembikinan album ke 3 ini akan dijalankan di Silversound juga. Tetapi proses itu tertangguh seketika kerana hamba dalam proses nak berpindah di Bukit Baru. Dah 5 tahun hamba menyewa bangunan orang.. kali ini hamba dah bersedia untuk berpindah di “bangunan milikan sendiri” yang sedang menjalani renovation. Cuma kali ini.. bila recording Kebangkitan Melayu bermula  hamba x nak pakai Mackie Fx16 lagi.. tapi nak cuba pakai Eurodesk 32 channel. Baru beli oooo!! Hahahahaah!! Mungkin hamba akan menggunakan drum baru – Pearl Vision (dengan mengorbankan 2 drum lama sebagai modal). Sam mungkin menggunakan sound guitar yang sama.. biasa kalau recording dia lebih percaya pada sound overdrive ajeh Cuma mungkin samada beliau menggunakan Line6 Spider 3 atau Fender Mustang yang hamba bakal beli untuk studio baru nih.  Antara yang menarik yang boleh dikongsi ialah.. posisi rhythm akan dimainkan oleh Saudara Joe V@Debu Berterbangan.. dan akan ada melibatkan penggunaan vocal wanita untuk part2 tertentu. Itu saja.

19 - Berkenaan tajuk album baru iaitu Kebangkitan Melayu. Adakah tajuk ini akan atau bakal mengundang kontraversi untuk subjek seperti racist?
Pengisian album KEBANGKITAN MELAYU banyak menceritakan tentang betapa kami menghargai budaya dan warisan nenek moyang kita.KEBANGKITAN MELAYU mencerminkan  satu  idea prinsip nasionalisma yang menjadi hati dan jantung tanah air kita. Betapa kita menghargai jasa nenek moyang kita yang terkorban mempertahan kan tanah air. Betapa kita hargai kualiti yang ada pada diri mereka yang wajib dijadikan contoh kepada kita. Mereka bukan sahaja pahlawan gagah yang menakluk nusantara… mereka juga sangat berakhlak dan kuat beragama sehingga mereka mengembangkan ajaran islam. Alangkah sayangnya  jika kita melupakannya. Lebih sedih lagi bila kita menyaksikan kejatuhan dan kelemahan  anak melayu zaman sekarang. Mana pergi kehebatan nenek moyang kita?? Melayu harus bangkit dan memperbetulkan akhlak demi mengembalikan kualiti yang pernah ada nenek moyang mereka agar mereka tidak ditindas dan dirosakkan lagi oleh arus permodenan dan kapitalis. Itu lah pengisian album tersebut. Salah ke?? Bukan kah ianya satu jihad? NATIONALISM dan RACISM  adalah 2 perkara yg berbeza. Nationalism adalah idea semangat cintakan tanah air. Rasicm pula adalah idea semangat membenci dan menidakkan kaum lain. Jangan tafsir dengan nafsu. Nama pun akhir zaman.. Benda baik dipertikai.. sedangkan benda salah dipertahankan. Bahaya oooo.. piker pikir sendiri lah. Musik music jugak.. tapi kami berpendapat.. (mungkin factor usia)… alang alang bersusah payah buek lagu.. apa salahnya kita masukkan benda yang baik dan bermoral?? Simple ajeh.

20 - Apa sebenarnya yang mahu di sampaikan didalam album Kebangkitan Melayu ini?
Simple ajeh… satu mesej….NATIONALISM WILL LEAD US TO VICTORY!!

21 - Adakah Hidden Silence bakal tampil dengan sebuah video klip rasmi sempena album terbaru ini?
Ade…. insyallah….

22 - Siapakah mastermind yang banyak bertanggungjawap dalam penciptaan lagu2 Hidden Silence?
Hamba sendiri.. Sam.. dan Deadzid.

23 - Pengaruh penulisan lirik2 Hidden Silence?
Setakat ini lirik hidden silence dikarang di dalam bahasa sastera inggeris. Kami mempercayai dan menitikberatkan penulisan lirik yang teliti  sejak dahulu lagi ia adalah vital component yang membentuk “roh” lagu tersebut. Lirik lagu kami banyak mengisahkan tentang fantasi, falsafah kehidupan dan moral.  Sebagai contoh….  lirik dalam lagu Night Of Living Terror menceritakan tentang  prinsip hidup seseorang  yang sanggup memilih  kehidupan yang menyeksakan dan penuh dgn kesunyian demi kebenaran daripada menerima kehidupan yang selesa tetapi penuh dengan ke-munafik-kan!! Blood World pula menceritakan tentang imaginasi  gambaran dunia hantu dan jin. Into the Childs Nightmare menceritakan tentang perasaan budak kecil yang matanya “kashaf” yang mampu melihat syaitan. I See The Dead menceritakan perasaan sunyi  budak yang diabaikan keluarga dan indicidu yang diabaikan masyarakat kerana dilahirkan tidak sempurna. Wrath Of God menceritakan tentang kaum yang dimusnahkan kerana terlalu suka meliwat  dan melakukan maksiat  sambil  mengingkari perintah wahyu!!Tetapi harus diingat kan yang Hidden Silence x pernah menulis lirik yang ada kaitan dgn pemujaan syaitan mau pun tarian bogel!! HAHAHAH!!

24 - Ada antara penggiat business music beranggapan setiap modal yang dikeluarkan seharusnya mendapat pulangan (modal rakaman, promosi dan percetakan) apabila material tersebut melalui proses penjualan. Apa pandangan Hidden Silence berkenaan hal ini. Adakah masih releven bermusic dan mengeluarkan hasil seprofesional mungkin tetapi tidak mementingkan atau memikirkan keuntungan (atau balik modal) jualan CD, kaset atau LP?
Oooohh.. itu susah nak cakap. Masing masing ade pendapat dan kehendak sendiri. Kami sendiri kalau boleh biar lah print secara professional. Jangan lah asal boleh ajeh. Come on lah. Pasal keuntungan tuh pun sangat subjektif pasal zaman sekarang .. budaya copy dan download nih x leh dikawal. Tapi setiap band wajib mengeluarkan material mereka secara hardcopy sebagai bukti kewujudan dokumen mereka di dalam dunia music!! Camana nak balik modal mau pun mengaut untung tuh.. pandai pandai korang lah.

25 - Sehingga kini apakah sasaran sebenar Hidden Silence dalam scene music keras tanahair?
Takda. Serius aku cakap. Sapa suka.. tima kasih. Sapa x suka lagu kami.. ape kami nak kata??

26 - Target antarabangsa Hidden Silence? Sign kontrak bersama label besar dunia? Bermain di Wacken open Air?
Maaaakkk oi!! Wacken?? Agak agak leh!! Siapa lah kite?? Tapi  material kami banyak dijual ke luar Malaysia. Malah pernah banyak mendapat ulasan dari banyak pihak dari mereka. Nak tau detail.. sila bukak site rasmi kami. Dalam tuh ade cite. http://hidensilence.blogspot.com/

27 - Harapan Hidden Silence terhadap scene music keras tanahair?
Harapan?? Biarlah semuanya ok dan sihat… hahahahahah. Insyallah.

28 - Kata2 terakhir Hidden Silence kepada pembaca sesi temubual ini?
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA KENGKAWAN YANG MENGIKUTI PERKEMBANGAN DAN MENYOKONG KAMI. KAMI BUKAN ARTIS. KAMI HANYA LAH MUSICIAN YANG TINGGI KECINTAAN UNTUK BERKARYA. APA APA HAL.. THANK YOU!! DAN TERIMA KASIH DI ATAS INTERVIEW NIH. ASSALAMUALAIKUM.
Ok, itu sahaja.. tengkiyu...


* Terkini Hidden Silence akan menjadi antara opening band untuk tour Dark Funeral untuk bahagian tengah iaitu di Petaling Jaya. Mungkin lu orang pembaca semua ingin kenal dengan lebih lanjut pasal band ni, lu orang boleh datang show ni nanti. Dan untuk mengenali Hidden Silence kami pihak DtE ada sediakan link2 dibawah flyers ini.


1 feedbacks:

PC kOKak said...

full respect to encik otai SAMsteen!