Orion - Voyage To The Promised Land (2012)

Pertama kali band bernama Orion ini muncul didalam kompilasi Metal To Metal I dimana mereka tampil dengan sebuah track berjudul Sacred. Sebenarnya mereka bukanlah baru didalam persada music tempatan kerana terlebih dahulu mereka pernah terlibat bersama band bernama Melon King dan Symphonia Melonia dimana mereka telah menghasilkan satu album bagi kedua2 nama band tersebut. Seterusnya berlaku perpecahan pada Symphonia Melonia dimana ianya terpecah kepada 2 band berasingan iaitu Symphonia dan Orion. Setelah dikenali sebagai pejuang irama Speed/Power Metal dengan nama band sebelum ini, kini Orion tampak lebih advance dengan melahirkan sebuah album penuh bertajuk Voyage To The Promised Land dimana pada gua album ini berada diantara pengaruh Progressive Power Metal. Baru sahaja menjengah pasaran Voyage To The Promised Land merupakan antara rilisan bagi penggemar irama Progressive Power Metal yang dihasilkan oleh anak2 tempatan.
 Artwork dan cover inlay oleh Badang

Tracklist

1 - Dawn Of A New Day
2 - Lord Of The Labyrinth
3 - Guardian Of Lost Souls
4 - Crossroad To Eternity
5 - Kingdom In The East
6 - Sacred
7 - Miracle
8 - Journey Through The Enchanted Forest
9 - The Warrior And The Messenger
10 - Angel Flies Free
11 - Rainbows And Unicorns
12 - Voyage To The Promised Land

Badang (vocal/keyboards/gitar), Eddie (gitar), Bob (bass), Ratno (drum)

Voyage To The Promised Land menjalani proses rakaman di beberapa buah studio. Untuk track drum, bass dan keyboard melalui proses rakaman di Mirage Studio. Track gitar dirakam di NoRule Studio manakala track vocal dilakukan di Zenith Studio. Recording engineer ialah Baha. Proses adunan di lakukan di Tunestone Entertainment oleh Sel. Proses mastering dilakukan oleh Raj di Aftermix Studio.

Beberapa pemuzik undangan juga terlibat menyumbangkan solo2 dan suara. Antaranya adalah Ritz (Metalasia / Faizal Tahir) yang menyumbangkan petikan solo gitar didalam track berjudul "Lord of the Labyrinth” dan "Rainbows and Unicorns", King Shah (Metalasia / 7th Kingdom) untuk “Guardian of Lost Souls” dan Zul (Fenomena) untuk “Crossroad to Eternity”. Untuk vocal undangan ShadiqRani (Reynage / Caladrius) menyumbangkan vocal growl untuk track “Angel Flies Free” manakala Adii (Heterodox) untuk ‘Naffs’ - “Voyage To The Promised Land”.

Dawn Of A New Day menjadi track pengenalan untuk album ini. Jika sebelum ini pendengar hanya mengenali Orion melalui Sacred, tetapi kali ini mungkin pendengar dapat meneliti bagaimana music direction Orion yang sebenar. Bermula dengan intro keyboard sebelum gitar berdistortion menyerang. Susunan keyboard, riffing serta hentakan drum laju membuatkan track ini kedengaran sedikit heavy. Vokal Badang berada dalam tahap terbaek walaupun tidak memerlukan high pitch tahap tinggi. Menariknya susunan lagu agak berubah mood tanpa sebarang tanda (gua cukup suka dengar part2 tukar mood mengejut ni..haha - ed), dan gitar ada juga bau2 Satriani start di durasi 4:11. Main solo dilakukan oleh Badang menggunakan keyboard. Panjang juga durasi sebenar track ini. 6 minit 17 saat.

Lord Of The Labyrinth bermula dengan ketukan drum sebelum instrument lain menjengah. Sound sample keyboard menggunakan sound folks kedengaran di celah verse. Ok, ada part2 gitar yang pada gua perlu diperhatikan kerana agak progressive riffingnya dan bukan mudah nk dimainkan. Solo Ritz dari Metalasia juga menarik. Kedengaran benar2 menyerang mood solo nya. Sebenarnya gua suka sound folks dari keyboard untuk track ini. Haha..

Guardian Of Lost Souls sekali dengar intro nya dah macam Sacred. Mungkin menggunakan progresion chord yang sama tapi di ubah sedikit. Solo permulaan dah cukup liar bunyi nya. Idea2 keyboard line patut dipuji kerana ia nya membuatkan lagu tidak kosong sekaligus tidak membosankan. Elemen choir juga digunakan dalam track ini. Solo dari King Shah rasanya tidak perlu dipertikaikan lagi. Haha solonya macam pernah gua dengar. Memang trademark King Shah lah gua rasa..

Crossroad To Eternity pada gua antara track yang agak memukau susunan lagu nya. Walaupun permulaan kedengaran agak ballad namun apabila guitar berdistortion menjelma, susunan lagu nya menjadi begitu menarik. Melodi vocal yang baek menambah kekuatan bersama riffing2 dan beat drum yang agak odd signature. Susunan lagu yang agak progressive. Keyboard banyak memainkan mood pada lagu ini. Solo gitar oleh Zul (Fenomena) agak meliar sebelum disambut oleh Eddie lantas menukar mood lagu. Ok ini antara track pilihan gua.

Kingdom In The East agak unik pada intro nya. Gabungan keyboard dan gamelan kedengaran menarik sebelum Badang memulakan nyanyian. Ok, paling menarik choir (time ni gua dah teringat Therion) yang dipersembahkan beserta riffing yang benar2 ganas. Bunyi gamelan yang diselitkan dalam lagu ini benar2 suatu yang kreatif pernah gua dengar dari produk metal tempatan. Choir tu memang gua kena ngaku hasilnya A+++.. Pertengahan lagu apa lagi mau kata? Penangan joget diselitkan sebelum solo gitar dan verse seterusnya berterusan sehingga tamat. Ok track ini pun gua suka.



Sacred kali ini rasanya melalui proses rakaman semula (bukan diambil dari rakaman Metal To Metal II). Walaupun melalui rakaman semula dan tidak banyak perubahan tetapi ternyata tahap teknikal lagu ini harus diambil perhatian.

Miracle merupakan sebuah track bermood perlahan. Walaupun berentak perlahan dan agak ballad tetapi susunan music nya agak cantik dan solid. Vocal Badang ternyata berada pada kondisi terbaek dan melodi vocal nya juga harus dipuji. Beliau berjaya membawa lagu ini dengan baek. Selain kekuatan pada bahagian vocal, keyboard mendominasi penciptaan lagu dalam memberi mood2 berbeza dalam lagu ini. 

Journey Through The Enchanted Forest menyaksikan susunan vocal yang agak bersahaja pada verse awalnya. Agak bersahaja pada ketika ini sebelum mood heavy metal dan vocal high pitch menjelma. Perubahan riffing yang menarik disamping bunyian keyboard yang punya bau2 folks dimuatkan bersama riffing tersebut. 

The Warrior And The Messenger pada permulaan lagu nya kedengaran music seakan memusing2 (haha tu gua yg rasa) sebelum solo menyerang dan disusuli verse pertama. Gua xtau kenapa gua terasa seakan mendengar Symphonia Melonia apabila meneliti melodi vocal (tolak choir) lagu ini pada permulaannya. Kedua2 solo dari keyboard dan guitar sama power! Mood hasil sentuhan keyboard dan kepelbagaian stroke drum juga menarik.

Angel Flies Free pada gua merupakan sebuah track yang agak bermelodi indah dan tidak terlalu mengejar kelajuan pada separuh pertama lagunya. Penghayatan yang baek oleh Badang pada bahagian vocal. Separuh kedua lagu kedengaran agak sedikit teknikal pada counting lagu nya dimana pada ketika yang sama Syafiqrani dari Reynage/Caladrius melakukan growl. Gua rasa kalau power sikit lagi growl tu pasti lagu ni jadi lagi garang. Haha..

Rainbows And Unicorns bermula dengan susunan strings yang menarik. Sehingga verse pertama berserta nyanyian sebenar dari Badang, ia nya bertukar mood sedikit kepada heavy. Keyboard line nya memang mengasyikkan sedikit bila mendengarnya. Flow lagu ini ada naek dan ada turunnya. Ritz Metalasia sekali lagi menyumbangkan solo untuk track ini. kali ini agak ribut solo gitarnya.

Track terakhir berjudul Voyage To The Promised Land merupakan track berkonsep yang terdiri dari 3 buah lagu iaitu Cocooned : 9 Month Odyssey, Emergence : The Dialogue dan Eternalandia : Dreamers Awake. Sebuah track berdurasi 8 minit 11 saat. Cocooned : 9 Month Odyssey memulakan cerita dengan permulaan bunyian piano sebelum track menjadi rancak dengan mood yang turun naek flow nya. Emergence : The Dialogue mungkin perlu diperkatakan sesuatu bilamana Antara nyanyian Badang dan diselang seli bersama growl dari Adii (Heterodox). Susunan music yang menarik dan gua dapat menghidu beberapa rentak offbeat dari drummer sebelum part ketiga Eternalandia : Dreamers Awake tiba. Eternalandia : Dreamers Awake bermula dengan riffing dan permainan keyboard yang cukup solid serta solo gitar yang cukup berapi sebelum vocal mendendangkan melodi2 yang penuh semangat. Kedengaran juga choir yang menyelit diantara vocal Badang. Ok, track ini kedengaran agak progressive dan mengisahkan perjalanan hidup manusia dari kandungan sehingga ke arah barzakh.


Ok, keseluruhan album ini pada pendapat gua adalah sangat bagus dari segi idea, susunan lagu dan permainan instrumentnya. Difahamkan juga album ini adalah tergendala akibat masalah teknikal selama lebih kurang 5 tahun sebelum ianya rilis. Mungkin juga dalam masa yang sama idea2 baru dari bahagian strings diperbaharui serta melodi vocal amnya. Sound produksi pula agak menarik walaupun bass agak tidak berapa menonjol berbanding instrument lain. Vocal pada gua berada ditahap terbaek dan mungkin sedikit kureng untuk lagu perlahan iaitu Miracle. Walaupun majoritinya pembawaan vocal untuk track tersebut sudah dikira terbaek tetapi mungkin tone suara boleh dipertingkatkan lagi. Part gitar sebenarnya agak teknikal dengan riffing2 yang nampak mudah tetapi agak progressive sebenarnya. Solo2 dari Eddie dan gitarist undangan sudah cukup menambahkan lagi kekuatan untuk setiap lagu. Keyboard line terpaksa diakui berada dalam tahap paling terbaek. Mungkin kerana kesemua lagu adalah ciptaan Badang dan beliau punya lebih feel untuk setiap lagu yang dihasilkan. Drum? ok, gua dapat rasakan drum menggunakan drum mesin berpandukan pada sound statik terutama dari snare yang agak sama sound level nya. Adakah penggunaan trigger? Gua rasa tidak. Mungkin Orion punya jawapannya..

Tak sah rasanya kalau gua tambah sedikit review dengan menyatakan bahawa Orion mungkin berpaksikan music bawaan band2 seperti Heavenly dan Edguy. Haha.. Bunyi2 power metal tipikal berjaya juga dihindarkan dari sound direction Orion membuatkan kedengaran agak segar dan sedikit berlainan dari apa yg selalu terdapat didalam album2 power metal. Satu lagi kekuatan album ini mungkin kerana kepelbagaian elemen2 cuba diterapkan didalam lagu2 tertentu. Choir2 seakan mendengar Therion dan elemen folks dari sample keyboard juga menjadi. Mungkin anda perlu mendengarnya.

Ok, Voyage To The Promised Land didatangkan denagn pakej jewel case dan booklet bergrafik menarik beserta lirik dan penerangan berkenaan album ini. Asyik juga membaca nya. Beberapa outlet ada menjual CD ini serta beberapa individu tertentu sebagai ejen menjual nya. Harga Voyage To The Promised Land ialah RM20 by hand manakala RM25 by post. Lu orang boleh cekidaut web rasmi Orion serta facebook page mereka dibawah video ini.

Orion - Voyage To The Promised Land (2012) - Album Teaser

1 feedbacks:

Awish said...

one of my favourite band... lame dah aku tunggu rilisan dr orion ni, firt time dengar dari album kompilasi metal to metal menerusi lagu sacred... vokal memang terbaik, susunan lagu, riffing dan solo yang mantap... dan yang paling penting aku dpt beli cd ni by hand dari brader Badang sendiri haha...