Sauts Alastor - Infernus Daemonum (Single 2012)

Sebelum ini pihak DtE dengan bantuan seorang penulis luar telah menemuramah (klik sini untuk baca) band bergelar Sauts Alastor ini. Terbaru Sauts Alastor telah menghasilkan sebuah CD single bertajuk Infernus Daemonum yang mengandungi 4 buah lagu dimana sebuah lagu baru dipertaruhkan sebagai single sebelum mereka muncul dengan album penuh. Juga dimuatkan 2 buah lagu saduran yang dibawa semasa persembahan live dari Emperor dan Dissection serta sebuah lagu terbaru yang juga dirakam ketika gig yang dimaklumkan akan turut dimuatkan didalam album penuh akan datang.
 Sauts Alastor - Infernus Daemonum (Single 2012)

Tracklist

1 - Infernus Daemonum
2 - I Am The Black Wizard (Emperor Cover) - Live
3 - Night's Blood (Dissection Cover) - Live
4 - Black Chaos Night

 Wil Astagoth - Vocals/Guitars
Shaharoth - Guitars
Meeroth - Bass
Razi Blasphemy - Drums
Nick - Synthethizers

Infernus Daemonum melalui proses rakaman di 3 buah studio iaitu Rhythmix Studio, ISeekMusic Studio dan Mayhem Studio pada 2011. Track kedua yang merupakan track saduran dari Emperor iaitu I Am The Black Wizard merupakan rakaman dari persembahan live di gig Witching Hour pada 2010. Juga rakaman persembahan live untuk track ketiga yang juga saduran dari Dissection bertajuk Night's Blood ketika gig Storm of Nebiula 2011. Sebuah track terbaru dari Sauts Alastor yang turut diambil dari persembahan live di gig Southern Hellstorm 2011 bertajuk Black Chaos Night.

Infernus Daemonum menjadi track pertama dimana ianya secara terus menyentap gegendang telinga tanpa sebarang intro. Haha. Apa yang boleh dikatakan track ini mempunyai susunan music menarik beserta riffing2 yang pelbagai. Gaya vocal yang cukup solid berjaya membawa lagu ini pada key yang sebenar dan tidak monotonous. Ada flow tinggi rendahnya. Clean vocal (bukan style mcm yg selalu dibawa oleh band2 metalcore tetapi pendengar Emperor pasti faham apa yg gua bebelkan ini) juga berada dalam kawalan yang baek. Cuma gua agak sedikit teringat pada 1 riff yang seakan sebuah lagu dari Dimmu Borgir didalam album Puritanical Euphoric Misanthropia. Keseluruhan tak sah lagi pengaruh kuat mereka ialah Emperor.

Sauts Alastor -  I Am The Black Wizard (Emperor Cover)

 I Am The Black Wizard iaitu track saduran dari Emperor yang dibawa secara live membuktikan keupayaan sebenar Sauts Alastor. Komposisi lagu oleh Ihsahn bukanlah mudah namun ianya dapat dibawa dengan baek oleh Sauts Alastor.

Begitu juga track saduran berikutnya dari Dissection bertajuk Night's Blood turut berjaya dibawa dengan baek. Ok xmau review panjang sebab ini lagu saduran.

Black Chaos Night merupakan antara track terbaru yang bakal dimuatkan didalam album penuh mereka nanti. Gua x mau review panjang lagu ini kerana kualiti rakaman ini hanya kira boleh makan dan gua akan menantikan hasil rakaman sebenar untuk lebih menghayati intipati sebenar track ini. Ok ini track terpendek dari Sauts Alastor berdurasi 4 minit 8 saat.

Mutu rakaman untuk single Infernus Daemonum ternyata berada dalam kualiti terbaik dari segi keseimbangan semua instrument yang dimainkan. Kemampuan setiap line up juga harus dipuji dan pada gua mereka berjaya menghidupkan mood dalam lagu2 yang dihasilkan.

Jika diperhatikan pada apa yang dihasilkan Sauts Alastor melalui single ini jelas menunjukkan kemampuan mereka menghasilkan music Black Metal yang mencabar dan lari dari sound2 Black Metal yang dihasilkan oleh band2 tempatan. Pada gua album penuh yang bakal menyusul nanti akan lebih membuktikan bahawa Sauts Alastor sudah bersedia untuk menakluk persada music gelap tempatan. Hasil pemerhatian gua juga band2 Black Metal tempatan dari gugusan yang sama dengan Sauts Alastor iaitu Aradia dan Imperial ternyata perlu diberi perhatian dari apa yang mereka hasilkan.

Dapatkan Infernus Daemonum dalam format CD dengan harga RM12 by hand atau RM15 by post. Hubungi Eastern Voice Production untuk copy anda sebelum ianya kehabisan. Rindukan Emperor? Ini pengganti rindu anda itu..


Sauts Alastor - Infernvs Daemonvm (2012) 

0 feedbacks: