VotW- Year of No Light - Persephone I (live)

Amacam Sigur Ros semalam kat Urbanscapes? Asyik? Minggu ni kami bawakan sebuah band post metal dari Perancis. Nikmatilah seni atmosferik serba depresif daripada YONL!



Blood Legion - Promo 2012

Kebelakangan ini scene tempatan menyaksikan beberapa buah band mula menghidupkan kembali style death metal old school. Sama ada ini perkembangan yang baik atau buruk, terpulang pada lu orang. Personally band macam Lavatory dan Blood Legion menunjukkan old school death metal masih garang dan subur dalam scene metal Malaysia.

Promo ini dihantar kepada kami tak lama selepas Metalcamp V Mei lalu, di mana gua bertemu dengan bassist Blood Legion sendiri iaitu Pat. Minta maaf Pat, gua tersimpan lu orang punya promo dalam laci office lupa nak bawak balik :( Gila aih dekat 6 bulan gak gua simpan rupanya.

Blood Legion bukanlah muka baru dalam scene kerana rasanya gua pernah nampak nama mereka dalam flyer gig tempatan sekitar 2008. Tahun 2012 menyaksikan mereka menerbitkan sekeping promo yang didatangi dengan 3 buah lagu, di mana gua akan ulas pada kali ini. Yeaahoo!

Gua ingin memuji usaha Blood Legion yang menerbitkan Promo CD ini dalam bentuk physical copy dan memberinya percuma. Di kala zaman yang budaya download muzik bermaharajalela, mereka dengan selamba je rilis secara physical copy dan bagi percuma. Power bro. Daaaaaaaaaan yang paling gua respek dalam package yang dihantar kepada DtE, turut disertakan dengan press kit! Band-band tempatan lain patut ambil contoh untuk berusaha lebih gigih (dan kreatif) dalam mempromosi band mereka. Dan press kit adalah antara PR tool yang sempoi. Anyway marilah kita terus kepada review.

Blood Legion terdiri daripada:


Shan: Vokal
Jai: Gitar
Hann: Gitar
Pathman: Bass
Black: Dram

Promo 2012, macam disebutkan tadi didatangi dengan 3 buah trek old school death/thrash metal  iaitu:




-God of Lies
- Against the Sun
- Blood Legion

Bila trek pertama aje dimainkan, gua terdetik 'ish, ini ada bau Obituary ni. Vokal macam George Fischer CC pun ada ni'. Jelas pengaruh kuat Death Metal Amerika berlegar-legar dalam ketiga-tiga trek untuk promo ni. Kualiti rakaman boleh dikatakan bagus dan jelas. Malah bass pun jelas, tidak terbenam di antara instrument lain. Pujian harus diberikan kepada drummer Black yang mempunyai stroke yang mantap. Paluan double pedal di trek pertama sememangnya relentless dan kadangkala groovy. Blood Legion memainkan death/thrash mid tempo jadi takde la nak menggila sangat.

God of Lies: Sempoi lagu pertama ni. Dengar sahaja di permulaan dah tau wah ini memang old school style! Drummer tak henti-henti menghentam double pedal. Sedap soundnya, jelas pulak tu. Personally trek kegemaran gua untuk release ini.

Against the Sun: Boleh tahan. Kurang rancak daripada trek pertama. Gua gemarkan guitar work trek ini (sebenarnya keseluruhan promo ini) terutamanya lead guitar dengan solo bergulung. Tak terlalu menunjuk, tapi cukup jahat perisanya.

Blood Legion: Blastbeat memulakan lagu terakhir untuk promo ini. Takde belas kasihan sepanjang 5 minit lagu ini berlangsung. Sekalipun dengan break neck speed yang ditonjolkan, kesemua instrument masih lagi jelas kedengaran. Terdapat part yang perlahan di tengah lagu, sedikit doom-ish sebelum kembali menjadi ribut. Thumbs up kepada lead gitar dengan solo yang eerie dan kejam.

Secara keseluruhannya, promo 2012 ini menonjolkan keupayaan Blood Legion selaku unit death/thrash generasi baru. Macam gua cakap tadi memang jelas pengaruh old school death metal terutama Obituary. Not bad sebenarnya. Gua mengharapkan untuk releases akan datang Blood Legion dapat memberikan lebih dan terus dengan gaya seperti ini.

Rating: 7.5/10

Blood Legion boleh dicapai di sini dan sini





Photo credit: Blood Legion Facebook page

Iron Reagan - Demo 2012

Iron Reagan, sebuah band baru yang menggabungkan 2 line up dari band Municipal Waste dan 2 line up dari Darkest Hour. Menghasilkan sebuah demo pada 2012 dengan 5 buah lagu dan terkini sudah bersedia untuk mengeluarkan sebuah album penuh dalam masa terdekat. Hardcore Metal Punk adalah garapan dalam music Crossover bawaan band bernama Iron Reagan ini.

Tony Foresta (Municipal Waste, No Friends) - Vocals
LandPhil Hall (Municipal Waste, Cannabis Corpse) - Guitars
Paul Burnette (Darkest Hour, Crack Head) - Bass
Ryan Parish (Darkest Hour, Suppression, City of Caterpillar) - Drums


Tracklist :

1 - Paycheck
2 - Eat Shit And Live
3 - Artificial Saints
4 - Running Out Of Time
5 - Walking Out

Gua x berapa tau info berkenaan rakaman sebab gua sendiri xde copy tape ni. Ini kes limited punya pasal dan gua tak sempat grab kaset ni. Kahkah. Ok, ayuh baca review song by song oleh gua.

Paycheck merupakan track pertama yang dihidangkan Iron Reagan melalui demo tape ini. Berdurasi 1 minit 20 saat ianya berada diantara pengaruh Thrash Metal, Hardcore dan Punk yang dalam tempo laju. Kedengaran seperti Municipal Waste? Mungkin ada dan bezanya mungkin durasi nya yang pendek.

Eat Shit And Live pada gua punya pengaruh Slayer yang kental untuk riffing gitarnya. Juga stroke drumming nya yang total Thrash! Adoii 51 saat saja. Tak puassss...

Artificial Saints pun gua boleh klasified berada dalam pengaruh Slayer tapi untuk album Diabolous In Musica. Permainan pantas sepantas durasi lagu ini juga 1 minit 21 saat. Tak puas lagi.. Hahaha..

Running Out Of Time masih seperti track2 terdahulu malah siap ada harmoni line untuk penghujung riff bahagian verse (sikit saja). Gaya lenggok vocal Tony Foresta pun dah macam Tom Araya. Hahaha. 1 minit 31 saat. Track paling panjang. Hahaha..

Walking Out sedikit rilek lagu nya. Tidak berapa laju temponya jika dibandingkan dengan track2 terdahulu.

Keseluruhan Demo dari Iron Reagan ini boleh dibanggakan kerana kesemua instrument boleh didengar dengan seimbang. Sound gitar kedengaran sedikit warm dan tahap gain yang tidak berapa tinggi (ini gua review sound dari rakaman ni bukan live ya..), drum stroke lebih kepada hardcore thrash atau lebih tepat seperti Municipal Waste jugak lebih kurang. Haha.

Seperti yang gua baca dari artikel yang dinyatakan oleh Iron Reagan, mereka hanya buat band ni secara suka2 sebelum ianya jadi serius. Pengaruh Municipal Waste masih ada mungkin kerana penciptaan lagu didominasi oleh LandPhil Hall dan Tony Foresta barangkali. Juga boleh jadi sound direction band ni menjurus kepada lagu2 Slayer baru era Diabolous In Musica dan kehadapan. Ok, kalau kat Malaysia ni gua rasa music Iron Reagan ni mungkin ada sedikit persamaan dengan Atomic Death terutama dari kaset EP pertama mereka Missile Massacre yang rilis pada 2009 dahulu.

Demo 2012 ni gua cek kat internet sebenarnya dah sold out. kat Malaysia sebelum ni Deadbeat Shop kat Penang ada distro dalam kuantiti yang limited. Terus terang gua pun mis tape ni dan gua rasa kat Malaysia ni ada la x sampai 10 orang kot yang punya kaset tu.

Ok, untuk kenali Iron Reagan lu orang bleh cek link yang kami sediakan dibawah video live mereka di bawah ni. Boleh start kumpul duet jugak sebab album penuh diorang akan rilis dalam masa terdekat. format LP pun ada.. gua dah cek...

Cycle of Violence, Artificial Saints, Eat Shit and Live, A Joke, A Fraud, A Fake, Insanity Plea(se)
Running Out of Time, I'm Walking Out,




Under Threat - Deathmosphere (2006)

Pertama kali gua tau pasal band ni apabila ternampak sebuah label indipendent tempatan telah mendistro CD band ini dimana ada dinyatakan yang music band bernama Under Threat ini mirip kepada Dark Tranquility. Mengetahui sahaja perkara ini gua terus google dan cuba cari lagu band ni di Youtube dan... ya, gua rasa nak cerita sikit pasal band yang membawa genre Melodic Death Metal ini...
 Line up terkini :
Nicolas Bermudez (Guitars And Vocals)
David Bermudez (Bass)
Alejandro Rojas (Drums)

Under Threat merupakan band yang berlokasi di Bogota, Colombia. Ditubuhkan sekitar 1997 dan pada awalnya menggunakan nama Skulptor sebagai nama band. Mereka merupakan line up yang pernah mengiringi Blaze Baley (Iron Maiden). Sebelum menghasilkan Deathmosphere mereka terlebih dahulu telah menghasilkan 2 buah album iaitu Hipostasis  (1999) dan Behind Mankind's Disguise (2003). Terkini Underthreat bakal melahirkan album keempat yang ketika anda membaca artikel ini band ini sedang dalam proses rakaman vocal. Ok gua nak review album ketiga mereka iaitu Deathmosphere yang rilis pada 2006.

 Cover artwork oleh Niklas Sundin

Tracklist :

1 - Intro (Instrumental)
2 - Deathmosphere
3 - Kingdom of Eternal Crisis
4 - Parallel Hells
5 - Echo Shaped Life
6 - Black Inertia Disintegration
7 - Embraced by Disaster
8 - Prisoners of Their Own Betrayal
9 - Read the Codes
10 - Restrained Hate Coexistance
11 - Third World Blood (Instrumental)

Terlebih dahulu ada baeknya gua nyatakan vocal utama Under Threat sehingga lahirnya Deathmosphere digalas oleh John Perez sebelum menarik diri dan terkini tugas vocalist di jawat oleh Nicolas Bermudez selain menjadi pengendali untuk bahagian gitar. Ok, Deathmosphere menjalani proses rakaman dan adunan di Studio One Racine oleh Chris Djuricic. Proses mastering dilakukan oleh Trevor Saddler di Mastermind Production, Milwaukee.



Intro lagu ini sebenarnya selingan dari Deathmosphere dan apabila Deathmosphere menyerang, kedengaran seakan mendengar Dark Tranquility. Mungkin kerana riffing dana juga cara penyampaian vocal dari Chris Djuricic kedengaran seakan Mikael Stanne dari Dark Tranquility. Susunan music yang kemas dan solid. Solo gitar juga menarik.

Kingdom of  Eternal Crisis juga agak kejam pada permulaan lagu terutama pada stroke2 drum nya. Melodi2 dari riffing juga kedengaran segar. Solo gitar juga menunjukkan kebolehan Nicholas Bermudez yang sememangnya merupakan antara pendominasi dalam penghasilan lagu2 Under Threat.

Parallel Hell mungkin merupakan antara track yang gua ulang paling banyak kali. Yang menariknya ada beberapa riffing yang dihasilkan tetapi cara permainan drum yang seakan melawan melodi tetapi ianya menjadi menarik. Bayangkan riffing bermelodi dan pada ketika yang sama drummer bermain separa grind. Haha.. Solo gtar walaupun laju tetapi kedengaran mendayu.



Echo Shaped Life bermula dengan riffing undistortion dan mood yang seakan2 Dark Tranquility (susah nak lari dari bunyian DT sebenarnya..haha..). Juga antara lagu2 menarik.

Black Inertia Disintegration menyusul dengan riffing2 segar dari komposisi lagu yang menarik. Juga beberapa percubaan offbeat (tak berapa mencabar la macam meshuggah..hehe) dari drummer ditengah2 lagu.

Embraced By Disaster terus bermula seperti ribut. Walaupun dalam riffing bermelodic namun tempo yang sedikit laju menampakkan kelainan pada track ini. Mungkin boleh dikatakan ini antara track paling jahat dan sedikit terkeluar dari landasan music (x brapa jauh sangat sebenarnya) Under Threat kerana main composition masih didalam trademark music mereka.

Prisoners Of The Own Betrayal bermula dengan solo yang sedap didengar sebelum vocal menerjah bersama riffing melodic yang laju. Solo gitar juga power!



Read the Codes juga antara track pilihan gua sebenarnya. Walaupun masih dibayangi music Dark Tranquility tetapi riffing2 melodi yang dihasilkan tidak membosankan. Riffing dan solo dipertengahan lagu antara yang tercantek gua dengar dalam album ni.

Restrained Hate Coexistance bermula dengan plucking gitar sebelum gtar berdistortion tiba. Ok, macam Inflames sedikit sebelum ia kembali ke asal root music Under Threat. Sekali lagi solo berskil di pamerkan oleh Nicolas Bermudez. Power!

Third World Blood merupakan sebuah track instrumental sebagai penutup album. Berdurasi 2 minit 57 saat. Sedap juga layan instrumental band2 metal ni sebenarnya. Hahaha.

Keseluruhan album bertajuk Deathmosphere ini pada gua agak bagus walaupun mereka agak sukar lari dari sound Dark Tranquility (band Under Threat ni takde keyboard mcm Dark Tranquility ya..) Berbekalkan genre Melodic Death Metal, kesemua lagu yang dimuatkan terasa tidak membosankan walaupun didengar berulang kali. Ini mungkin kerana melodi2 serta riffing2 yang dicipta agak catchy dan ada kala nya agak fresh didengar (ni persepsi gua ok..). Sound production juga membanggakan dimana kesemua instrument jelas kedengaran. Kemampuan setiap line up juga amat perlu diberi perhatian. Gua memilih beberapa track sebagai track pilihan seperti Read The Codes, Deathmosphere dan Echo Shaped Life kerana pada gua track2 ini masih boleh dilayan dan tidak membosankan walaupun gua dah dengar 20 kali. Hahaha..

Untuk mengenali band bernama Under Threat ini kami ada sediakan link facebook dan myspace mereka dibawah video klip terbaru untuk album baru yang bakal menyusul kelak. Ini alternatif lain jika sudah bosan atau rindukan hasil terbaru Dark Tranquility.

Under Threat - Nación Por Cárcel Official Video

Operasi Bangkai - Bahajang/Muntah Darah Split CD (2012)

Operasi Bangkai merupakan sebuah split CD yang menggabungkan dua buah band iaitu Bahajang dari Ipoh, Perak dan Muntah Darah dari Beaufort, Sabah. Kedua2 band merupakan band baru yang telah bernaung dibawah Grundar Production, sebuah label indiependent tempatan yang semakin giat mempromosi dan melahirkan bakat2 baru dan memberi peluang kepada band2 lama sebagai tapak untuk lebih maju ke hadapan. Kembali kepada Split CD bertajuk Operasi Bangkai ini, kedua2 band terpilih merupakan wajah2 baru dalam mendokong irama berdurasi pendek dan kejam iaitu Grindcore.
  Operasi Bangkai

Bahajang
Arip Melayu - Vocal (High Screams), Dee Kerongkong - Vocal (Low Screams), Wan Billy - Guitars
Zul Sentosa - Bass, Faruk Asbaum - Drums

1 - Very Important Pukimak
2 - Dirty Bastard Friends
3 - Old Fucking Moron
4 - Persatuan Bangsa Bangsat Bersatu
5 - Grindalism
6 - Kerabat Kepala Keparat
7 - Pesta Menteri Bantai Bontot
8 - Navalan
9 - Chill And Kill
10 - Usah Gempur Lebih
11 - Psycho Political

Muntah Darah
Hery - 3 String Ear Torture, Wan Shairul - Penjerit, Jerry - Tukang Ketuk, Imran - 5 String Tali Besar

12 - Intro
13 - Hipokrit
14 - Kurangkan Harga Arak Dan Rokok
15 - Anjing Hitam
16 - Kerja Sampai Mati
17 - Pemerintah Durjana

Bahajang melalui proses rakaman di Necro-X Studio pada May 2011. Proses rakaman, mix dan mastering dilakukan oleh Amirgeddon dan Xull. Manakala Muntah Darah melalui proses rakaman di B.M.T Studio sekitar November 2011. Proses mastering dilakukan oleh Hery Hazwan sekitar April 2012.

Bahajang seperti yang dinyatakan didalam web rasmi Grundar Production membawa irama grindcore yang lebih ke arah Republik Czech. Sesuatu yang menarik perhatian gua pada Bahajang ialah cara pekikan vokalis mereka. Hahaha. Benar2 melakukan jeritan sehabis termampu. Drummer mereka juga agak konsisten dalam permainannya. Untuk Bahajang gua memilih track Persatuan Bangsa Bangsat Bersatu sebagai track pilihan.

Muntah Darah pada gua perlu lebih melakukan penelitian dan study hal ehwal sound production untuk keluaran akan datang. Mereka sudah punya kekuatan tersendiri dari lagu2 yang dimainkan. Kredit paling tinggi gua berikan pada drummer band ini. Track pilihan gua ialah Kerja Sampai Mati.

Keseluruhan Split CD ini terdiri dari lagu2 berdurasi bawah 1 minit setengah. Kedengaran seakan tidak puas pulak. Hahaha.. Mutu sound produksi mungkin boleh dipertingkatkan lagi untuk keluaran selepas ini bagi kedua2 band. Setelah gua teliti track2 dari kedua2 band gua boleh simpulkan kedua band punya idea tersendiri dan jika mutu rakaman di pertingkatkan tidak mustahil band2 atau organizer gig di luar sana akan terpikat dengan kedua2 band. Ya kedua2 band masih muda dan punya masa depan yang cerah dan mungkin juga boleh menjadi antara band2 pelapis yang akan menuruti jejak Demisor, Tools Of The Trade, Daighila untuk melakukan tour Eropah.

Operasi Bangkai boleh didapati dengan harga RM15 postpaid dari Grundar Production. Sila berhubung dengan label ini untuk sebarang pembelian.

Kenali Bahajang dan Muntah Darah melalui link yang kami sediakan di bawah preview video di bawah ini.

Bahajang - Live at The Wall, Batu Pahat


Muntah Darah - Anjing Hitam


Interview - Tools of the Trade - Intipati Grindcore Sebenar

Hai apa khabar? Kali ini DtE tampil dengan sebuah sesi temubual bersama sebuah band yang telah kembali dari melakukan tour Eropah pada pertengahan tahun ini (2012). Tools of the Trade merupakan antara band grindcore tanahair yang telah memecah tradisi apabila telah menyertai pelbagai gig dan fest luar negara dalam masa kira2 satu bulan. Ok, rasanya ada perkara2 yang perlu kami kupas untuk bacaan anda semua.. pembaca biasa juga pemuzik di luar sana.. ok cekidauttttttttt.... 


1 - Apa khabar Tools Of The Trade? Boleh kami tau siapa yang menjawap sesi temubual ini?
Khabar Baik DtE. Aku Tiong atau nama penuh Mohd Faizal Bin Sarif akan menjawab sesi interview kali ini. Terima Kasih.

2 - Jika dilihat pada cover sleeve setiap EP dan album, seakan sedikit berlainan line up untuk sesi rakaman dan persembahan pentas. Boleh ceritakan mengapa ianya berlaku sebegini?
Ianya berpunca dari kekerapan pertukaran line up dari posisi Bassist dan Drummer. Dimana di antara mereka terpaksa menumpukan perhatian sepenuhnye kepada komitmen hidup dan minat yang lebih mendalam kea rah yang berlainan.

3 - Band2 lain yang sedang dan pernah dianggotai setiap line up ToTT?
Current line up :

Tiong - Gitar / Vocal
Emi - Bass / Vocal
Ian Han - Drum

Line up2 yang pernah menganggotai TOTT :
Yusmira - Drum (2004)
Kia - Drum (2008)
Alifhu - Bass (2005)
Hanif - Bass (2004)
Azmir - Bass (2007)
Yob - Vocal (2008)
Amir Lam - Vocal (2009)
Syazwan - Gitar (2010)

Tools of the Trade - Live at Obscene Extreme Fest 2012

4 - Pengalaman beraksi di Eropah, mungkin ada beberapa perkara yang ingin ToTT ingin kongsi terutama kepada band2 tempatan yang punya cita2 beraksi di luar negara?
Terlalu banyak untuk di kongsi. Kite bole sembang panjang kalau jumpa di gig2 local berdekatan. Tapi sebahagian yang bole dishare ialah:
  • Persepsi band harus bermula dari akar umbi. Apa yang aku maksudkan the whole idea tujuan utama mengapa band anda diwujudkan. Kalau ia sekadar suka2…suka2 la jadiknya. Cut off dan teruskan niat suka2 tersebut. Sebaliknya jika ianya serius, mula mencari, mula berkawan ,dapatkan direction yang betul. Jangan menunggu dan mengharap orang mencari band anda.
  • Jika mahu band anda pergi jauh, buang terlebih dahulu nilai2 perkauman atau secara lebih halus ‘pro-life’ dan sikap ego yang tinggi. Kerana di luar sana , warna kulit atau tinggi rendah martabat kaum anda tidak akan dilihat. Jika masih ada, sila lupakan.
  • Menghormati hak orang lain. Jika mau orang di luar sana menghormat anda.
  • Mula bekerja keras, minta pendapat dan terima segala kritikan dengan terbuka. Perbaiki kelemahan dan teruskan. Buang sikap ‘orang lama dalam scene’ jauh2. Kuatkan network individual dan jugak band anda. Dapatkan ramai kenalan dari dalam dan luar negara.
Pengalaman terbaik adalah sewaktu beraksi di Obscene Extreme Festival + After Party.

5 - Perubahan sound produksi dari 5 lagu dari 4 way split Eastern Grindcore Unleashed, kemudian album pertama Inmate Consumption dan paling mengejutkan untuk EP Pulse (baca sini) yang sudah mula menampakkan sound professional sebelum Defy (baca sini) yang ternyata punya kualiti terbaek. Boleh ceritakan bagaimana progress ToTT sehingga dapat menghasilkan sound produksi yang bagus seperti yang dihasilkan kini.
Semuanya melalui pengalaman. Belajar dari kesilapan. Untuk 2 tahun pertama kami sebenarnya gagal mendapatkan direction mengenai hala tuju musik kami. Walaupan based kami Grindcore, tapi kamu mahu mencari identity sendiri. So mula dari Pulse dan Defy kami sudah mula mendapat rentak dan hala tuju yang di maksudkan. Semoga momentum ini akan dapat di kekalkan.

6 - Pandangan ToTT berkenaan pergerakan genre grindcore di Malaysia. Adakah menampakkan kemajuan atau sebaliknya?
Aku melihat melalui skop yang terperinci. Merangkumi kualiti dan konsistensisi sesebuah band dan genre tersebut. Untuk menjawab soalan di atas, aku akan katakan Ya. Tapi momentum setara dengan kemajuan ini agak terlalu perlahan dan kebelakang. Kite sama2 harus lebih drastic and progress dengan lebih laju dan focus dengan direction yang betul.

7 - Sejak penghasilan EP Pulse, dilihat ToTT menggunakan sound engineer yang sama iaitu Zahid. Apa kelebihan yang membuatkan ToTT menggunakan khidmat beliau dalam rilisan2 terkini ToTT?
Zahid kebetulan berada dan bertugas di studio untuk rakaman kami yang terkini dan sebelumnya. Kualiti kerja beliau tidak perlu disangkal. Dia memang ‘power’.


8 - Split CD bersama Busuk ternyata lebih kental penangan Grindcore didalam music ToTT dan ianya merupakan rilisan ke2 ToTT dalam 2012. Adakah track2 didalam split CD ini merupakan lebihan track yang terakam semasa rakaman Defy atau track2 baru?
Track TOTT/BUSUK adalah 100 % lagu baru yang di rakamkam oleh kami. Ape yang lebih istimewa untuk track drum ianya telah di mainkan oleh Drummer Baru kami ‘Ian Han’, persedian hanya 4 bulan selepas Kia meninggalkan TOTT. Gile Babi.

9 - Adakah anda semua pemuzik professional atau amatur?
100% amatur.

10 - Band2 grindcore tempatan yang pada ToTT sepatutnya sudah boleh melakukan tour luar dari Malaysia?
Infectious Maggots dan Mass Separation.

11 - Perkara2 yang dipelajari ToTT ketika beraksi dan berkongsi pentas bersama band2 besar antarabangsa?
Perlu lebih yakin dan bersedia dari segi fizikal dan mental. Perlukan latihan lebih kerap untuk instrument yang akan dimainkan. Sentiasa belajar.

12 - Pendapat ToTT berkenaan band Parkinson?
Salah satu band DIY Malaysia yang komited dan konsisten dalam rilisan dan persembahan pada satu ketika. Telah mencipta nama di luar negara pada peringkat awal lagi.

13 - Napalm Death telah 3 kali ke Malaysia tetapi tiada opening band yang membawa aliran music sama seperti Napalm Death. Mengapa scenario ini berlaku sedangkan kita punya nama2 hebat seperti Parkinson, Damokis, ToTT sendiri, Dosa, Nazzaq dan sebagainya.
Mungkin band itu sendiri belum cukup untuk meyakinkan organiser dan promoter show tersebut. Tepuk dada tanye selera masing2. Kita sama2 memainkan peranan.

14 - Perbezaan yang dilihat ToTT antara pendengar, crowd tempatan dan luar negara (berdasarkan tour Eropah yang telah ToTT lalui)?
Tiada istilah FANS dari kami. Pendengar/crowd musik kami adalah kawan kami. So selalunya tidak ada beza diantara yang luar atau dalam negara. Cuma secara kasar mereka2 yang dari dalam negara lebih terbuka untuk memberikan pendapat yang membina. Apa yang lebih penting kami dan kawan2 yang mengenali lebih bersikap terbuka.

15 - Latihan, stamina dan kesihatan rasanya mempengaruhi persembahan sesebuah band apabila melakukan tour dalam satu2 jangkamasa tertentu. Bagaimana ToTT membahagikan masa untuk latihan sebelum show dan bagaimana mengekalkan tahap kesihatan dalam jangkamasa tour tersebut?
Untuk Tour Europe, kami telah membuat latihan sebanyak 1 atau 2 kali dalam masa seminggu. Tetapi ia berlaku dalam jangka masa yang lama untuk setiap sesi. Fokus dan lebih serius. Untuk mengekalkan tahap kesihatan pada waktu tour, kami meminimumkan aktiviti2 social dan mendisiplinkan pemakanan kami. Nak makan lebih2 pon bukannya ada duit banyak.hahahahahah

16 - Equipment serta gear yang dibawa ToTT semasa tour Eropah baru2 ini?
Minimum.. Bass dan Guitar. Basic equipment for Drum Set. Pedal Distortion dan beberapa Cable yang baru di beli.haha

17 - Siapa yang bertanggungjawap dalam menguruskan hal ehwal tour sebelum berangkat dan semasa di Eropah?
AGIPUNK dan DISANTORO Booking dari Bolona Italy. Persediaan dan perlaksanaan yang di buat sangat rapi dan tepat. Terima Kasih Koppa dan Simone.

18 - Antara album2 yang menjadi rujukan utama ToTT dalam penghasilan lagu2?
Nasum - Helvette, Rotten Sound - Consume to Contaminate, Disrupt - Unrest, Pig Destroyer -  Terrifier, semua rilisan State Of Fear dan beberapa band local dan rakan2.

19 - Kekangan kerja (profesion tetap) kadangkala menjadi penyebab kebanyakan band tidak dapat memenuhi undangan atau tawaran tour luar dari Malaysia. Bagaimana ToTT dapat mengatasi permasalahan ini?
Passion dan semangat. Bila betul2 ada dalam diri kita dan setiap individu di dalam band, Tiada alasan yang dapat di beri. Tiada sebarang halangan yang dapat menyekat.plan, execute dan just GO. Dunia masih luas.

20 - Band2 baru tempatan bergenre grindcore yang punya bakat dan perlu diberi perhatian?
Deforming Torture, Hatred Divisions dan WxIxDxB.

21 - Mungkin ToTT boleh berkongsi cerita berkenaan tahap professional organizer dan band2 yang terlibat didalam sesebuah gig/show semasa tour sebelum ini?
Band harus sampai awal dan sebelum acara bermula. Band akan menunggu crowd untuk hadir dan membantu persiapan sekiranya diperlukan.. Organiser akan menyediakan santapan istimewa (Vegetarian Food). Organiser akan menyediakan ruang untuk band berehat dan beriadah bersama rakan2 yang lain. Setup dan segala persiapan band harus di buat seawal dan sebaik mungkin.

22 - Bagaimana tahap penerimaan pendengar2 luar negara terhadap music ToTT? Barangkali boleh dinyatakan jualan CD dan merchandise ToTT ketika jangkamasa tour berlangsung?
Gile babi. Mereka sangat2 menghargai kedatangan kami. Banyak komen dan feedback yang diterime untuk di perbaiki dari masa ke semasa. Jualan CD dan Tshirt adalah SOLDOUT.

23 - Ok, itu sahaja soalan2 yang kami sediakan, mungkin pihak ToTT ingin menyampaikan kata2 terakhir untuk pembaca sesi temubual ini?
Aku Tiong, wakil dari TOTT mengucapkan terima kasih kepada DtE untuk interview ini. Mari kita sama2 bangun dan terus bergerak untuk memenuhi impian masing2 bersama. Dapatkan direction yang betul, kekalkan konsistensi yang ada, kuatkan semangat, berfikiran terbuka dan pergila melihat dunia luar.

No Rasicm. No Fascism. Grindcore is Protest.

- Ok begitulah sesi temubual kami DtE bersama Tools of the Trade, kuasa baru grindcore tempatan yang telah memecah tradisi menjelajah benua Eropah baru2 ini. Ok, seperti biasa kenali Tools of the Trade melalui link2 yang kami sediakan di bawah.. \m/


VoTW - Edisi Lip Sync Duet Dengan Kucing

Baru perasan minggu ni takde VoTW lagi. Layan kalau lu orang:

-in dengan Metalcore gaya 90s Swedish Metal
-peminat kucing
-selalu end up in the weird part of Youtube

Selamat berseronok!