Iron Reagan - Demo 2012

Iron Reagan, sebuah band baru yang menggabungkan 2 line up dari band Municipal Waste dan 2 line up dari Darkest Hour. Menghasilkan sebuah demo pada 2012 dengan 5 buah lagu dan terkini sudah bersedia untuk mengeluarkan sebuah album penuh dalam masa terdekat. Hardcore Metal Punk adalah garapan dalam music Crossover bawaan band bernama Iron Reagan ini.

Tony Foresta (Municipal Waste, No Friends) - Vocals
LandPhil Hall (Municipal Waste, Cannabis Corpse) - Guitars
Paul Burnette (Darkest Hour, Crack Head) - Bass
Ryan Parish (Darkest Hour, Suppression, City of Caterpillar) - Drums


Tracklist :

1 - Paycheck
2 - Eat Shit And Live
3 - Artificial Saints
4 - Running Out Of Time
5 - Walking Out

Gua x berapa tau info berkenaan rakaman sebab gua sendiri xde copy tape ni. Ini kes limited punya pasal dan gua tak sempat grab kaset ni. Kahkah. Ok, ayuh baca review song by song oleh gua.

Paycheck merupakan track pertama yang dihidangkan Iron Reagan melalui demo tape ini. Berdurasi 1 minit 20 saat ianya berada diantara pengaruh Thrash Metal, Hardcore dan Punk yang dalam tempo laju. Kedengaran seperti Municipal Waste? Mungkin ada dan bezanya mungkin durasi nya yang pendek.

Eat Shit And Live pada gua punya pengaruh Slayer yang kental untuk riffing gitarnya. Juga stroke drumming nya yang total Thrash! Adoii 51 saat saja. Tak puassss...

Artificial Saints pun gua boleh klasified berada dalam pengaruh Slayer tapi untuk album Diabolous In Musica. Permainan pantas sepantas durasi lagu ini juga 1 minit 21 saat. Tak puas lagi.. Hahaha..

Running Out Of Time masih seperti track2 terdahulu malah siap ada harmoni line untuk penghujung riff bahagian verse (sikit saja). Gaya lenggok vocal Tony Foresta pun dah macam Tom Araya. Hahaha. 1 minit 31 saat. Track paling panjang. Hahaha..

Walking Out sedikit rilek lagu nya. Tidak berapa laju temponya jika dibandingkan dengan track2 terdahulu.

Keseluruhan Demo dari Iron Reagan ini boleh dibanggakan kerana kesemua instrument boleh didengar dengan seimbang. Sound gitar kedengaran sedikit warm dan tahap gain yang tidak berapa tinggi (ini gua review sound dari rakaman ni bukan live ya..), drum stroke lebih kepada hardcore thrash atau lebih tepat seperti Municipal Waste jugak lebih kurang. Haha.

Seperti yang gua baca dari artikel yang dinyatakan oleh Iron Reagan, mereka hanya buat band ni secara suka2 sebelum ianya jadi serius. Pengaruh Municipal Waste masih ada mungkin kerana penciptaan lagu didominasi oleh LandPhil Hall dan Tony Foresta barangkali. Juga boleh jadi sound direction band ni menjurus kepada lagu2 Slayer baru era Diabolous In Musica dan kehadapan. Ok, kalau kat Malaysia ni gua rasa music Iron Reagan ni mungkin ada sedikit persamaan dengan Atomic Death terutama dari kaset EP pertama mereka Missile Massacre yang rilis pada 2009 dahulu.

Demo 2012 ni gua cek kat internet sebenarnya dah sold out. kat Malaysia sebelum ni Deadbeat Shop kat Penang ada distro dalam kuantiti yang limited. Terus terang gua pun mis tape ni dan gua rasa kat Malaysia ni ada la x sampai 10 orang kot yang punya kaset tu.

Ok, untuk kenali Iron Reagan lu orang bleh cek link yang kami sediakan dibawah video live mereka di bawah ni. Boleh start kumpul duet jugak sebab album penuh diorang akan rilis dalam masa terdekat. format LP pun ada.. gua dah cek...

Cycle of Violence, Artificial Saints, Eat Shit and Live, A Joke, A Fraud, A Fake, Insanity Plea(se)
Running Out of Time, I'm Walking Out,




0 feedbacks: