Operasi Bangkai - Bahajang/Muntah Darah Split CD (2012)

Operasi Bangkai merupakan sebuah split CD yang menggabungkan dua buah band iaitu Bahajang dari Ipoh, Perak dan Muntah Darah dari Beaufort, Sabah. Kedua2 band merupakan band baru yang telah bernaung dibawah Grundar Production, sebuah label indiependent tempatan yang semakin giat mempromosi dan melahirkan bakat2 baru dan memberi peluang kepada band2 lama sebagai tapak untuk lebih maju ke hadapan. Kembali kepada Split CD bertajuk Operasi Bangkai ini, kedua2 band terpilih merupakan wajah2 baru dalam mendokong irama berdurasi pendek dan kejam iaitu Grindcore.
  Operasi Bangkai

Bahajang
Arip Melayu - Vocal (High Screams), Dee Kerongkong - Vocal (Low Screams), Wan Billy - Guitars
Zul Sentosa - Bass, Faruk Asbaum - Drums

1 - Very Important Pukimak
2 - Dirty Bastard Friends
3 - Old Fucking Moron
4 - Persatuan Bangsa Bangsat Bersatu
5 - Grindalism
6 - Kerabat Kepala Keparat
7 - Pesta Menteri Bantai Bontot
8 - Navalan
9 - Chill And Kill
10 - Usah Gempur Lebih
11 - Psycho Political

Muntah Darah
Hery - 3 String Ear Torture, Wan Shairul - Penjerit, Jerry - Tukang Ketuk, Imran - 5 String Tali Besar

12 - Intro
13 - Hipokrit
14 - Kurangkan Harga Arak Dan Rokok
15 - Anjing Hitam
16 - Kerja Sampai Mati
17 - Pemerintah Durjana

Bahajang melalui proses rakaman di Necro-X Studio pada May 2011. Proses rakaman, mix dan mastering dilakukan oleh Amirgeddon dan Xull. Manakala Muntah Darah melalui proses rakaman di B.M.T Studio sekitar November 2011. Proses mastering dilakukan oleh Hery Hazwan sekitar April 2012.

Bahajang seperti yang dinyatakan didalam web rasmi Grundar Production membawa irama grindcore yang lebih ke arah Republik Czech. Sesuatu yang menarik perhatian gua pada Bahajang ialah cara pekikan vokalis mereka. Hahaha. Benar2 melakukan jeritan sehabis termampu. Drummer mereka juga agak konsisten dalam permainannya. Untuk Bahajang gua memilih track Persatuan Bangsa Bangsat Bersatu sebagai track pilihan.

Muntah Darah pada gua perlu lebih melakukan penelitian dan study hal ehwal sound production untuk keluaran akan datang. Mereka sudah punya kekuatan tersendiri dari lagu2 yang dimainkan. Kredit paling tinggi gua berikan pada drummer band ini. Track pilihan gua ialah Kerja Sampai Mati.

Keseluruhan Split CD ini terdiri dari lagu2 berdurasi bawah 1 minit setengah. Kedengaran seakan tidak puas pulak. Hahaha.. Mutu sound produksi mungkin boleh dipertingkatkan lagi untuk keluaran selepas ini bagi kedua2 band. Setelah gua teliti track2 dari kedua2 band gua boleh simpulkan kedua band punya idea tersendiri dan jika mutu rakaman di pertingkatkan tidak mustahil band2 atau organizer gig di luar sana akan terpikat dengan kedua2 band. Ya kedua2 band masih muda dan punya masa depan yang cerah dan mungkin juga boleh menjadi antara band2 pelapis yang akan menuruti jejak Demisor, Tools Of The Trade, Daighila untuk melakukan tour Eropah.

Operasi Bangkai boleh didapati dengan harga RM15 postpaid dari Grundar Production. Sila berhubung dengan label ini untuk sebarang pembelian.

Kenali Bahajang dan Muntah Darah melalui link yang kami sediakan di bawah preview video di bawah ini.

Bahajang - Live at The Wall, Batu Pahat


Muntah Darah - Anjing Hitam


0 feedbacks: