Under Threat - Deathmosphere (2006)

Pertama kali gua tau pasal band ni apabila ternampak sebuah label indipendent tempatan telah mendistro CD band ini dimana ada dinyatakan yang music band bernama Under Threat ini mirip kepada Dark Tranquility. Mengetahui sahaja perkara ini gua terus google dan cuba cari lagu band ni di Youtube dan... ya, gua rasa nak cerita sikit pasal band yang membawa genre Melodic Death Metal ini...
 Line up terkini :
Nicolas Bermudez (Guitars And Vocals)
David Bermudez (Bass)
Alejandro Rojas (Drums)

Under Threat merupakan band yang berlokasi di Bogota, Colombia. Ditubuhkan sekitar 1997 dan pada awalnya menggunakan nama Skulptor sebagai nama band. Mereka merupakan line up yang pernah mengiringi Blaze Baley (Iron Maiden). Sebelum menghasilkan Deathmosphere mereka terlebih dahulu telah menghasilkan 2 buah album iaitu Hipostasis  (1999) dan Behind Mankind's Disguise (2003). Terkini Underthreat bakal melahirkan album keempat yang ketika anda membaca artikel ini band ini sedang dalam proses rakaman vocal. Ok gua nak review album ketiga mereka iaitu Deathmosphere yang rilis pada 2006.

 Cover artwork oleh Niklas Sundin

Tracklist :

1 - Intro (Instrumental)
2 - Deathmosphere
3 - Kingdom of Eternal Crisis
4 - Parallel Hells
5 - Echo Shaped Life
6 - Black Inertia Disintegration
7 - Embraced by Disaster
8 - Prisoners of Their Own Betrayal
9 - Read the Codes
10 - Restrained Hate Coexistance
11 - Third World Blood (Instrumental)

Terlebih dahulu ada baeknya gua nyatakan vocal utama Under Threat sehingga lahirnya Deathmosphere digalas oleh John Perez sebelum menarik diri dan terkini tugas vocalist di jawat oleh Nicolas Bermudez selain menjadi pengendali untuk bahagian gitar. Ok, Deathmosphere menjalani proses rakaman dan adunan di Studio One Racine oleh Chris Djuricic. Proses mastering dilakukan oleh Trevor Saddler di Mastermind Production, Milwaukee.



Intro lagu ini sebenarnya selingan dari Deathmosphere dan apabila Deathmosphere menyerang, kedengaran seakan mendengar Dark Tranquility. Mungkin kerana riffing dana juga cara penyampaian vocal dari Chris Djuricic kedengaran seakan Mikael Stanne dari Dark Tranquility. Susunan music yang kemas dan solid. Solo gitar juga menarik.

Kingdom of  Eternal Crisis juga agak kejam pada permulaan lagu terutama pada stroke2 drum nya. Melodi2 dari riffing juga kedengaran segar. Solo gitar juga menunjukkan kebolehan Nicholas Bermudez yang sememangnya merupakan antara pendominasi dalam penghasilan lagu2 Under Threat.

Parallel Hell mungkin merupakan antara track yang gua ulang paling banyak kali. Yang menariknya ada beberapa riffing yang dihasilkan tetapi cara permainan drum yang seakan melawan melodi tetapi ianya menjadi menarik. Bayangkan riffing bermelodi dan pada ketika yang sama drummer bermain separa grind. Haha.. Solo gtar walaupun laju tetapi kedengaran mendayu.



Echo Shaped Life bermula dengan riffing undistortion dan mood yang seakan2 Dark Tranquility (susah nak lari dari bunyian DT sebenarnya..haha..). Juga antara lagu2 menarik.

Black Inertia Disintegration menyusul dengan riffing2 segar dari komposisi lagu yang menarik. Juga beberapa percubaan offbeat (tak berapa mencabar la macam meshuggah..hehe) dari drummer ditengah2 lagu.

Embraced By Disaster terus bermula seperti ribut. Walaupun dalam riffing bermelodic namun tempo yang sedikit laju menampakkan kelainan pada track ini. Mungkin boleh dikatakan ini antara track paling jahat dan sedikit terkeluar dari landasan music (x brapa jauh sangat sebenarnya) Under Threat kerana main composition masih didalam trademark music mereka.

Prisoners Of The Own Betrayal bermula dengan solo yang sedap didengar sebelum vocal menerjah bersama riffing melodic yang laju. Solo gitar juga power!



Read the Codes juga antara track pilihan gua sebenarnya. Walaupun masih dibayangi music Dark Tranquility tetapi riffing2 melodi yang dihasilkan tidak membosankan. Riffing dan solo dipertengahan lagu antara yang tercantek gua dengar dalam album ni.

Restrained Hate Coexistance bermula dengan plucking gitar sebelum gtar berdistortion tiba. Ok, macam Inflames sedikit sebelum ia kembali ke asal root music Under Threat. Sekali lagi solo berskil di pamerkan oleh Nicolas Bermudez. Power!

Third World Blood merupakan sebuah track instrumental sebagai penutup album. Berdurasi 2 minit 57 saat. Sedap juga layan instrumental band2 metal ni sebenarnya. Hahaha.

Keseluruhan album bertajuk Deathmosphere ini pada gua agak bagus walaupun mereka agak sukar lari dari sound Dark Tranquility (band Under Threat ni takde keyboard mcm Dark Tranquility ya..) Berbekalkan genre Melodic Death Metal, kesemua lagu yang dimuatkan terasa tidak membosankan walaupun didengar berulang kali. Ini mungkin kerana melodi2 serta riffing2 yang dicipta agak catchy dan ada kala nya agak fresh didengar (ni persepsi gua ok..). Sound production juga membanggakan dimana kesemua instrument jelas kedengaran. Kemampuan setiap line up juga amat perlu diberi perhatian. Gua memilih beberapa track sebagai track pilihan seperti Read The Codes, Deathmosphere dan Echo Shaped Life kerana pada gua track2 ini masih boleh dilayan dan tidak membosankan walaupun gua dah dengar 20 kali. Hahaha..

Untuk mengenali band bernama Under Threat ini kami ada sediakan link facebook dan myspace mereka dibawah video klip terbaru untuk album baru yang bakal menyusul kelak. Ini alternatif lain jika sudah bosan atau rindukan hasil terbaru Dark Tranquility.

Under Threat - Nación Por Cárcel Official Video

0 feedbacks: