VotW edisi Tahun Baru - Vennu Mallesh - Wish U Enjoy New Year

Sempena Tahun Baru 2013 yang bakal tiba beberapa jam lagi, editorial team DtE nak mengucapkan selamatttttttttttttt tahun baru dengan video ini kahkahkah!

Ingat Vennu Mallesh lagi? That Indian dude dengan lagu It's My Life yang jadi Internet sensation beberapa bulan lepas dengan video klip poyo dan lirik yang entah apa-apa. Well, he's back to spark (or ruin) your new year celebration! Enjois!



- Perhatikan skil memutar pen beliau di permulaan video. Next level punya putaran.
- Kemahiran menulis lirik beliau masih belum diperbaiki. Atau gaya penulisan beliau penuh dengan irony, I don't know.
- Love that moustache bro. Srs no homo.
-  Camera works agak impressive, juga video editing bukan cap ayam macam sebelum ni.
- Lol kepada adegan dia nak kenakan shades tapi akhirnya memutuskan untuk lempar saja. So jantan. Again, no homo.
- Skill tarian macam kena libas getah paip. B- for effort.
- Baris pertama adalah direct reference kepada peristiwa Mayan Doomsday 2012. This bro really did some homework.
- Elemen over the top Bollywood/Tamil masih apparent, menunjukkan Vennu masih pekat dengan budaya asal beliau.


Tempered Mental - Pax Automata (2012) - Album dari pemuzik kepada pemuzik

Tempered Mental merupakan satu trio yang pada gua sejak dari kemunculan pertama mereka lagi patut diberi perhatian. Membawakan music yang pada gua agak mencabar untuk dimainkan dan tahap progresif yang boleh membuktikan mereka antara band tempatan yang perlu diberi perhatian. Berbekalkan sebuah EP bertajuk Honestly (2004), sebuah album penuh The View From Here (2007) dan terbaru Pax Automata (2012) Tempered Mental tampak lebih matang dalam menghangat persada music tempatan dan antarabangsa dimana sebelum kelahiran Pax Automata mereka terlebih dahulu telah menggegarkan negara Jepun dengan tour 9 lokasi berbeza.
 Melina - Vocal/Bass
Jack - Guitars
Jimmy - Drums

Cover artwork oleh Charukphong

Tracklist :

1 - Automata
2 - And Stay Out
3 - Break
4 - Run
5 - Matilda
6 - Sleep
7 - Be
8 - Ants
9 - Fight
10 - Cocoon
11 - Blindfold

Pax Automata menjalani sesi rakaman di The Ark Studios dan sound engineer ialah Ronan Chris Murphy. manakala rakaman akustik gitar untuk track "Cocoon" dilakukan di Family Tree Production oleh Amirul Syawal. Proses mixing dilakukan oleh Ronan Chris Murphy di Veneto West kecuali track berjudul "Automata", "And Stay Out", "Matilda" dan "Be" oleh Nick Lee di The Ark Studio. Proses mastering dilakukan di Sonique Mastering oleh Nick Lee.



Automata merupakan track pertama yang dihidangkan setelah 5 tahun jarak antara album pertama dan Pax Automata dihasilkan. Ok, bermula dengan sedikit sound sample sebelum riffing sedikit progresif dan vocal Melina juga kedengaran agak menarik. Riffing yang pada gua jika dibuang distortionnya menampakkan pengaruh blues. Solo gitar yang dilayer progression chord dari bass agak menarik. Kedengaran juga sedikit riff odd signature diakhir solo. Kekuatan track ini ialah flow dan struktur lagu yang ada naik turunnya.

And Stay Out agak rilek walaupun riffing gitarnya agak bergulung2. Melodi vocal Melina jelas ada peningkatan dari rilisan2 terdahulu. Bassline tetap menarik dan seperti yang pernah gua saksikan secara live tone bass Melina memang jelas kedengaran kelemakkannya. haha.. Ada lagi sikit elemen odd signature dipenghujung lagu. Offbeat dari drummer nampak menarik walaupun tidak terlalu mencabar.

Break menjadi track ketiga, mood masih seperti track kedua tadi. Agak santai dan pada pertengahan lagu terasa seakan mendengar Dream Theater disamping solo gitar yang paling hebat jika dibandingkan dengan 2 track awal.

Run bermula pantas dan kedengaran lebih santai dan radio friendly. Walaupun kedengaran agak rancak namun pada pendapat gua lagu sebegini mungkin dihasilkan untuk tujuan airplay di radio barangkali. Ohhh sekejap.. solo gitar power walaupun dalam durasi yang agak pendek! Akhir sekali gua ada perasan lagu ni banyak progression chordnya walaupun kedengaran agak simple.

Matilda bermula sahaja sudah cukup rancak. Kombinasi permainan gitar berdistortion dan clean boleh bikin terasa sedikit seperti di angkasa. Haha.. Seperkara gua perasan agak pelik sikit track ni ialah sound snare drum yang tone nya lain macam sikit dari track2 lain.

Sleep sebuah track yang seakan bikin gua mendengar EP pertama mereka dahulu pulak rasanya. Lebih mellow dan melodi vocal yang berjaya dibawa dengan penuh gaya. Musicnya masih mencabar dan di pertengahan lagu melodi vocal Melina membuatkan gua rasa macam Serj dari System Of A Down pun ada jugak.Haha..

Be pada mulanya seakan sebuah ballad (dalam tempo x berapa perlahan sangat lah..) Perubahan mood yang menarik walaupun untuk satu part sahaja sebelum verse kedua muncul. Ok, ini track paling rilek dan santai sekali rasanya.

Ants sebenarnya agak menarik susunan lagu dan riffingnya. Mendengar bassline dan solo gitarnya seakan menceritakan sesuatu.

Fight awal2 lagi dah progressive dengan odd signaturenya disamping sedikit offbeat dari drummer. Sebuah track yang pada gua sedikit segar ideanya dan boleh memberi semangat apabila mendengarnya terutama pada bahagian chorus lagunya. Solo gitar memang bergulung2 tapi kena dengan mood lagu. Drummer pun tumpang selit skill.

Cocoon juga sebuah track yang santai dengan diiringi sound clean dari pemain gitar mereka iaitu Jack. Sound akustik yang baek dapat dirakam dengan jayanya. Crystal clean!

Blindfold mungkin menjadi track pilihan gua. Bermula dengan petikan akustik serta bawaan vocal yang merdu. Haha bila gua dengar lagu slow Tempered mental gua rasa macam berangan pun ada..kahkah.. Ok, lagu ni ada selit sikit bunyi cello dan violin. Perubahan mood ketika verse berdistortion kedengaran agak catchy dan gua akui part sebegini memerlukan penghayatan yang lebih terutama ketika persembahan pentas. Sekali lagi, solo gitar cukup menarik dan sedap didengar dan gua still boleh tangkap Jimmy si drummer selit sikit offbeat dalam permainannya.

Dari segi sound production gua boleh kata Pax Automata memang punya kelasnya yang tersendiri. Tahap profesional yang patut dihasilkan juga oleh band2 tempatan lain. Kesemua instrumental kedengaran seimbang. dari segi permainan instrument dari setiap ahli mungkin boleh gua katakan Tempered Mental ialah sebuah band individual yang punya kekuatan tersendiri masing2. Walaupun majoriti penciptaan lagu didominasi oleh Melina namun perisa dari permainan gitar dan drum membuatkan setiap track mencabar dan boleh dibuat rujukan (gua rasa album2 sebegini cuma akan dicari semula orang orang kita 10-15 tahun lagi..tu pun sebab terperasan ada jugak band hebat sebegini datangnya dari Malaysia.. Kahkahkah..).

Untuk pembawaan vocal, pada gua Melina berjaya mempelbagaikan melodi vocalnya dan nampak banyak improvement berbanding rilisan2 terdahulu. Lebih merdu dan ada flow. Jack diposisi gitar juga jelas banyak improve dengan solo2 hebat serta jelas kedengaran elemen2 blues diterapkan didalam riffing yang dimainkan. Jimmy diposisi drum memang cukup hebat dengan offbeat (walaupun x de la macam mike Portnoy sangat) dan tone yang baik dapat dikeluarkan dari drumset beliau.

Ok, macamana? gua rasa panjang lebar jugak gua review kesemua track terkandung didalam album ini. Kesimpulan yang boleh gua katakan disini Tempered mental adalah sebuah band yang menghasilkan music yang mencabar disamping setiap line up mempunyai kemahiran tinggi dalam permainan setiap instrument yang digalas diposisi masing2. lagi satu pada gua juga album ini sesuai untuk pemuzik untuk pemuzik. Pada anda pendengar yang rasa hebat cakap bab music sila dapat kan CD ini dan hadam apa yang ada didalam music Tempered Mental.

Pax Automata boleh didapati dengan harga RM25 dan rasanya boleh didapati dari outlet2 terpilih sekitar Januari 2013. (sori gua punya review agak advance dari tarikh official release di pasaran). Kenali Tempered Mental melalui link2 yang kami sediakan dibawah preview video ini. Sekian..


Official Homepage
Facebook
Twitter




Darkregime - Anthemic Holocaust (EP 2012)

Darkregime, sebuah nama yang pada gua harus diberi perhatian dalam scene Death Metal tempatan. Lebih dikenali dengan membawa terma peperangan band ini turut di label sebagai pendukung War Metal. Berasal dari Kelantan, Darkregime telah menghasilkan beberapa produk demo dan EP juga terlibat dalam kompilasi Metal To Metal II. 2012 menyaksikan Darkregime tampil bersama satu lagi buah tangan terbaru bertajuk Anthemic Holocaust yang dikeluarkan oleh sebuah label baru iaitu Bhumidhuka Productions.

Darkregime 2012
Ozzymay (Vocal/Guitar)
Jeff (Drums)

Artwork design oleh Blazer Massacre dan Pexona Design
Inlay oleh Pexona Design

Tracklist :

1 - Storming Vengeance
2 - Cryptic Beastial Dominion
3 - Premonition To Confrontation

Anthemic Holocaust melalui proses rakaman di Gyroscope Soundstudio kecuali track bertajuk Premonition To Confrontation yang dirakam di Morggorm Music. Diadun oleh W.F.Y Studio. Diterbitkan oleh Ozzymay dibantu oleh Fadhli Yusoff selaku engineer rakaman.

Storming Vengeance merupakan sebuah intro yang pada gua sangat bersesuaian dengan tema dan konsep music bawaan Darkregime dimana semangat melalui elemen peperangan jelas kedengaran melalui intro ini. Tidak banyak perlu diperkatakan melalui intro ini kerana ianya menggunakan bunyi sample dan bouncing drum sahaja.

Cryptic Beastial Dominion merupakan track terbaru yang dimuatkan didalam CD bertajuk Anthemic Holocaust ini. Ok, mungkin secara sound produksi track ini kedengaran sedikit tidak memuaskan namun jika band atau label punya sumber kewangan yg lebih mungkin hasil yang bakal terhasil sungguh mengejutkan. Gua terpaksa mengalih pandangan pada struktur susunan lagu pula. Pada gua Cryptic Beastial Dominion punya arrangement yang sangat bagus (sila tolak faktor sound produksi seketika) dan tahap permainan instrument, susunan riff dan idea agak mantap dan sudah cukup untuk mencapai target band ini sebagai pembawa konsep War Metal. Ya gua secara ikhlas memuji Darkregime untuk aspek penulisan lagu2 mereka.

Premonition To Confrontation merupakan track yang telah terdahulu termaktub didalam kompilasi Metal To Metal II keluaran Ultra Hingax Productions dahulu. Melalui sedikit temubual bersama Ozzymay melalui laman sosial, belaiu menyatakan track ini telah melalui proses adunan dan telah remastered. Ok, gua xmau review track ini lebih2 dan cuma gua nak bagitau lagu ini juga punya struktur penulisan yang bagus disamping sound kualiti yang lebih baik.

Secara keseluruhan Anthemic Holocaust memuatkan 3 buah track sahaja dan hanya sebuah lagu bervocal terbaru dimuatkan iaitu Cryptic Beastial Dominion.Oleh kerana gua punya CD2 Darkregime era "...The Beginning of the Dark Empire" (Promo 2005), "Darkest Regiment Dominates" (Promo 2007) serta sebuah track saduran dari As Sahar bertajuk "Silumaniac Dansacration" gua dapat merumuskan bahawa Darkregime bukan sebarangan band. Kekuatan lagu2 ciptaan mereka punya intipati Death Metal yang tegar. Juga dalam perbualan didalam laman sosial baru2 ini Ozzymay ada menyatakan Darkregime melalui fasa penciptaan lagu yang agak lama kerana mereka hanya mahu karya2 yang dirilis adalah yang terbaek, dan selagi ianya masih tidak memuaskan hati mereka akan berusaha memastikan lagu itu dipolish sebaik mungkin sebelum ianya dikeluarkan dalam bentuk audio kepada pendengar diluar sana. Ya, gua juga akui kecerewetan Darkregime dalam bab penulisan lagu dan kerana itu juga mereka hanya meriliskan beberapa lagu saja dalam setiap keluaran yg dihasilkan. Pendek kata, Darkregime lebih mengutamakan kualiti dari kuantiti. Harapan gua selaku pendengar Darkregime hanya satu iaitu agar mereka mampu menghasil sebuah album penuh dengan sound produksi yang lebih baek dimasa hadapan.

Ok, Anthemic Holocaust boleh didapati dengan harga RM10 by hand dan RM15 by post. Anda boleh menghubungi Bhumidhuka Productions untuk sesi pembelian yang disertakan bersama stiker percuma. Kenali Darkregime melalui link yang kami sediakan dibawah promo video dibawah ini. Terima Kasih.

Darkregime "Anthemic Holocaust Promo" 

Give & Take Compilation (2012)

Sebuah kompilasi yang penat jugak nak mendengarnya. Bayangkan sebanyak 22 track di gabungkan untuk sebuah album. haha.. Berbagai genre disatukan seperti Punk, Hardcore, Crust yang terdiri dari pelbagai band. Dihasilkan oleh Nervhous Records,  Red Ink Entertainment, Pissart Records dan Tenzenmen Records. Give & Take - Malaysian Hardcore Punk Compilation 2012 menjadi tajuk kompilasi ini. Didatangkan melalui 2 versi cover artwork yang berlainan kompilasi ini dilihat seakan memberi peluang kepada band2 baru untuk mencuba sesuatu dalam menghasilkan yang terbaek didalam perjuangan seni music tanahair dan band mereka sendiri.

Photo oleh Tobek, Design oleh Nizang

Tracklist :

1 - Toxictoy - Nothing More
2 - Thy Regiment - Nothing Fear
3 - The Mindless Show - Into The Depths Of The Bottomless Shit
4 - Skunkfix - Camprock For Zionist
5 - Partimelovers - If I Was
6 - Dum Dum Tak - Aksi Reaksi
7 - Carbon 4'Teen - Up
8 - Nuisance Drilled - Endless Ending
9 - T.I.M - I Can Sit On Any Seat! And It Doesn't Have To Be Yours!
10 - Brayok - Muke Taik
11 - Mikrobotmen - My Circle
12 - The Needles - Nobody Rules Anybody
13 - Always Last - It's Not Okay, It's Not Alright
14 - Never Found - Ambil Pati, Buang Ampas
15 - Perek Kasi Gerek - And So They Judge Us
16 - Soul Savior - Sifar Rasisma
17 - Rotten Ruckus - Color Blind
18 - He Libra - A Lexicon Word
19 - Swampy Zombie Fever - A's and A's
20 - Madefake - Amanahkah Mereka
21 - Geng Gemok Keji - Tiada Tajuk
22 - Stick No Bill - Stick No Bill

Sebanyak 22 track dirakam dimerata studio oleh kesemua 22 band yang terlibat. Berbagai genre dan rilis pada 4 Jun 2012. Dari info gua dapat kompilasi ini dikeluarkan dalam kuantiti 1000 copies dan dikala gua menulis ni hanya tinggal 400 copies sahaja lagi dari label yang mengeluarkan kompilasi ini iaitu Nervhous Records. Ok, 22 track so agak gila gua boleh review kesemuanya. Haha..cekidauttt...

Toxictoy menjadi band pembukaan dimana genre punk rock dipersembahkan melalui track bertajuk Nothing More. Sebuah lagu yang agak bersahaja dan selamba. Susunan lagu juga mudah. Vocalist juga dapat menggayakan lenggok vocal yang baek sepanjang lagu. Solo gitar juga simple dan kena dengan mood lagu.

Thy Regiment sebuah band hardcore tegar dan kental kembali menggegarkan dengan sebuah track terbaru berjudul Nothing Fear. Apa yang boleh dikatakan berkenaan track ini ianya sememangnya kental dari segi musical dengan paduan drum dan riffing old skool hardcore nya. Gua rasa lebih power lagi kalau vocalist mereka dapat melakukan growl yang lebih mantap. Ok, ini antara track pilihan gua.

The Mindless Show yang membawa genre punk rock muncul bersama track bertajuk Into The Depths Of The Bottomless Shit. Menarik jugak lagu yang sedikit catchy ini dan sempoi jugak suara vocalistnya. Opsss tarcknya hanya berdurasi 2 minit 22 saat.

Skunkfix membawakan sebuah track bertajuk Camprock For Zionist. Ok, terus terang gua terpikat dengan kemampuan band ini bermain music (refer kepada lagu ini ya..) Skunkfix membawa genre punk rock yang pantas dan untuk track ini susunan lagunya agak memerlukan kesefahaman yang jitu kerana setiap ahli punya permainan yang tersendiri. Ok, mungkin x salah kalau gua katakan punk rock yang dipersembahkan Skunkfix agak progressive. Errr tengah2 lagu tiba2 ada growl sedikit. Ok, gua suka lagu ni. Skunkfix boleh pegi jauh. Serius..

Partimelovers lebih santai dengan gaya punk rock nya dan ada sedikit gaya2 indie and rock pada lagu mereka yang bertajuk If I Was. Keberanian memainkan irama sebegini yang sound clean dari pemain gitar nya.

Dum Dum Tak tampil dengan sebuah track bertajuk Aksi Reaksi. Kental punya punk rock beserta lirik yang radikal. Muzik mereka berada dalam lingkungan Punk Rock dan sedikit menjurus kearah Hardcore jika dilihat pada kerasnya susunan lagu ini.


Carbon 4'Teen dengan track bertajuk Up juga sedikit santai walau sedikit rancak sebelum verse pertama bermula.Sebuah lagu yang ada flow tinggi rendah. Vocalis juga berjaya menggayakan melodi vocalnya dengan baek. Solo gitar juga best walaupun pendek.

Nuisance Drilled, lama x dengar lagu dari band ini. Muncul dengan track berjudul Endless Ending yang permulaannya berbunyi bouncing snare seperti pancaragam. Band ini agak pelik sebenarnya. Tidak menitikberatkan kelajuan pada susunan lagu dan jika anda pernah memiliki cd mereka bertajuk All Is Well, Euphoric Ending anda [pasti akan bersetuju dengan apa yg gua tulis ini.

T.I.M muncul bersama track berjudul I Can Sit On Any Seat! And It Doesn't Have To Be Yours! Gila pantas nak mampus tempo lagu ini. Hahahaha.. Ketukan drum yang dah masuk grind.. Gila.. Tapi gua pelik pesal bunyi drumnya agak statik? Mungkin drum mesin barangkali. Apa2 pun lagu ni menarik jugak. Dari punk rock, metal (sapa pernah dengar Sleepterror???) dah macam rojakcore pulak lagu ni.

Brayok membawa track bertajuk Muke Taik. Dimulakan dengan intro dialog seorang bapa bersama anaknya. Membawa genre punk rock yang straight forward. Sedikit keras music nya tapi masih boleh hadam lah. Solo gitarnya juga cukup2 makan dan kena dengan mood lagu.

Mikrobotmen ni pada mulanya gua ingatkan Chemical Brother, xpun Silent Descent. Kahkah.. My Circle sebenarnya merupakan sebuah instrumental yang menggunakan loop dan synth. Boleh jugak nak berfengtau dengan pasang lagu ni dalam bilik kalau lu orang gian sangat. Kahkahkah. Layan lah sesekali music electronica ni..

The Needles membawa genre punk rock dan menampilkan track bertajuk Nobody Rules Anybody. sedap jugak melodi lagu ini mengingatkan album2 Subculture dahulu jika didengar pada melodi2 nya. ya x tipu gua teringat band2 dalam kompilasi The Beginning dan Breaking The Wall dulu ni. Kahkah. Teringat Bad Tomato lah pulak.

Always Last jugak sebuah punk rock yang makin mendapat nama. tampil dengan track bertajuk It's Not Okay, It's Not Alright. laju jugak tempo punk rock dari track ini. tapi pesal di tengah lagu wa terbayang System of a Down dan Lyme dari Malaysia? Ok, Always last macam mempelbagaikan music mereka. Ada punk rock, hardcore dan sedikit riffing berbau thrash walaupun x berapa kental.

Never Found juga makin banyak menyertai gig2 (dari apa yg gua perasan) membawa sebuah track bertajuk Ambil Pati, Buang Ampas. Errr.. hiphop?????? jap jappp.. sapa2 yang arif mungkin bleh komen sikit. rap atau hiphop atau mengambil pengaruh Projek AK untuk di jadikan penyambung kesinambungan music sebegini?

Perek Kasi Gerek yang telah meriliskan sebuah EP tampil dengan track terbaru bertajuk And So They Judge Us. Music yang laju antara punk rock dan fastcore barangkali. nak kata mood lagu mereka sedih dan marah x juga bila kadangkala major chord jelas kedengaran membawa mood yang happy. Tapi menarik juga lah. Jap gua teringat sebuah lagu Gudang Garam dari band ini. hahaha..

Soul Savior lebih ranggi dengan track berjudul Sifar Rasisma. Riffing seakan ska tapi didistortionkan. Agak catchy pada verse nyanyiannya. Kental sikit lagi mungkin bleh bikin saingan kepada Plague Of Happiness. Lagu ini catchy beb. Band ni boleh pegi jauh kalau ikutkan dari lagu ni.

Rotten Ruckus membawakan track bertajuk Color Blind. Straight forward punya punk rock dengan 3-4 chord sahaja. track paling pendek 1 minit 21 saat. Tak puas gua nak layan. tapi suara vocalist pompuan ni boleh tahan sedap.

He Libra mengingatkan gua pada Damn Dirty Apes dan Furniture. Tampil dengan track bertajuk A Lexicon Word. Music yang melayang2 kalau ada vocal yang power mungkin boleh saingi Seven Collar T-Shirt barangkali. Meleretnya lagu ni mencapai durasi 8 minit 54 saat. kalau gitar ada masuk bunyi efek pelik2 mungkin lagu best.

Swampy Zombie Fever muncul dengan track berjudul A's and A's. Boleh kot gua katakan mereka masih didalam kelompok punk rock yang punya pengaruh rock n roll yang kuat. Riffing gitar yang menarik sebenarnya. Mungkin lagu2 lain mereka lebih dasyat. Solo gitar mereka paling best. walaupun macam dok ulang benda sama tapi gua dapat rasa feel agresif music mereka. rancak lagu ini dan gua rasa diorang boleh melangkah jauh.

Madefake membawa music punk rock yang rancak. Track bertajuk Amanahkah Mereka agak politikal sebenarnya dari segi liriknya. Mungkin ada sedikit persamaan dengan Dum Dum Tak dari segi konsep music tapi berbeza dari segi cara penyampaian vocal yang lebih clean.

Geng Gemok Keji membawa track bertajuk Tiada Tajuk. Punk rock yang rancak dengan pengaruh rock jelas kedengaran digabungkan didalam music mereka. Gua tak tau bila gua dengar lagu ni gua rasa macam lagu GGK ni boleh jual di arena mainstream. Mungkin sebab idea penciptaan lagu dan susunan melodi mereka.

Stick No Bill menjadi band terakhir dengan lagu penutup bertajuk Stick No Bill. Nama band dan lagu yang sama. Punk rock yang bertempo pantas. ahah gua suka bila vocalis band menyanyikan penuh emosi dan kena dengan mood lagu sebegini. Agak kecoh dan rancak lagu ini. Layan jugak.

Hah.. gila jugak mereview sebuah kompilasi yang terkandung 22 lagu (macam ni ok lagi asalkan jgn bagi kompilasi grindcore berdurasi x sampai seminit dengan track sebanyak 40-60.. bleh biol jadinya..Haha..) pada gua kompilasi ini satu percubaan berani dari label yang mengeluarkannya dengan hasil yang baek berformat pro-printed CD. band2 yang terlibat juga ada yang boleh pergi jauh dan adajugak yang agak tipikal dalam penyusunan lagu2 mereka. Terus terang gua memilih track dari Thy Regiment bertajuk Nothing Fear kerana kekentalan dan jelas nampak pengalaman dalam susunan lagu terbaru ini. Skunkfix dengan Camprock For Zionist yang pada gua mereka adalah musician yang hebat dengan dapat memainkan music yang struktur penyususnannya agak kompleks dan progresif walaupun masih didalam terma punk rock. Nuisance Drilled pula mungkin untuk yang meminati atau cuba sesuatu yang pelik dan lari dari norma2 kehidupan yang tipikal. T.I.M juga menarik dengan penangan punk rock yang agak rojak dan pelbagai elemen digarapkan didalam track bertajuk panjang lebar mereka iaitu I Can Sit On Any Seat! And It Doesn't Have To Be Yours!. Always Last dengan track It's Not Okay, It's Not Alright juga menarik pada pendengaran gua juga kerana keberanian menggabungkan pelbagai elemen didalam lagu mereka dan ianya menjadi. Mungkin kedengaran sedikit rojak tetapi bagi gua setiap sambungan riffing menjadi dan tiada sumbangnya. Swampy Zombie Fever dengan track berjudul A's and A's juga gua pilih antara track terbaek kerana konsep yang agak gerek yang dibawa. Penangan punk rock + rock n roll yang agak kenatl. Ini band boleh pergi jauh.

Give & Take Compilation (2012) boleh didapati dengan pembelian berharga RM15 by hand dan RM20 by post. Tak perlu lah di bisingkan berkenaan harga CD ini kerana bilangan track yang tersedia lebih membuatkan pembelian anda berbaloi. CD ini dikeluarkan dalam kuantiti 1000 copies dan terkini gua ada terlihat hanya berbaki 400 copies sahaja lagi. So tunggu apa lagi? Sila kontek label yang mengeluarkan CD kompilasi ini melalui link yang kami sediakan dibawah ini. Siap ada 24 pages booklet lagi untuk lu orang hadap baca.


Nervhous Records


VotW : Carbon 4' Teen - Up

Sebuah video klip dari band bernama Carbon 4' Teen.  Membawakan genre Punk Rock yang agak catchy track ini turut terkandung didalam kompilasi Give & Take (2012) yang menampilkan 20 lebih track dari band2 bergenre punk hingga ke hardcore tempatan. Ok, layan sejenak video klip ini.



Snäggletooth - Demo 2012

First gua dengar band ni dari youtube.. adusss ini band betul2 gerek boleh bikin rasa nak menari ronggeng siyak! So gua try gugel dan dapat sikit info bahawa band yang guna nama Snäggletooth ni berasal dari Singapore dan ditubuhkan sebagai band tribute kepada Motorhead. Yaaa memang rancak bebenar.. Juga gua dapat info band ini terdiri dari line up band Distrust and Vaarallinen. Menamakan music buatan mereka sebagai Apocalyptic Rock 'n' Roll disuntik dengan penangan Metal Punk yang aggresif gua rasa demo 2012 ini adalah satu permulaan yang sangat bagus untuk band bernama Snäggletooth ini untuk pergi lebih jauh. Snäggletooth dianggotai oleh 3 anak muda iaitu Heryadi Jaffar - Guitars, Thaib A.Wahab - Bass/Vocals dan Danial Kamarudin - Drums.

 Snäggletooth - Demo 2012

Tracklist :

1 - Time's Up
2 - Keep The Change
3 - Say No More


Demo 2012 ini dirakam di TNT Music Center Singapura pada 9 Julai 2012. Tidak dinyatakan siapa yang bertanggungjawap dalam proses produksi rakaman demo ini.

Time's Up menjadi track pengenalan dimana bermula sahaja lagu sudah cukup jelas pengaruh Motorhead kedengaran. Mungkin lagu garapan Snäggletooth lebih pantas dan laju. Terasa seakan moshpit akan huru hara jika lagu ini dimainkan secara live. Rancak sekali penangan Meta punk yang sudah cukup huru hara bila mendengarnya.

Keep The Change masih seperti mood lagu pertama. Mungkin sedikit sahaja perlahan temponya dari track pertama namun masih rancak. Apa boleh kata rencah Rock n Roll, Metal dan Punk sangat menjadi dalam music Snäggletooth.

Say No More masih rancak. Riffing gitar, suara serak2 basah vocalist dan kerancakan lagu ini masih boleh mengembalikan adrenalin yang kuat jika anda masih layan tarck pertama kedua. Energy yang dihasilkan memang terbaek. Anda x cukup Metal Punk jika x dapat layan ketiga2 track dari demo tape ini.

Snäggletooth  pada gua bukan sebarangan band walaupun jika dilihat pada identiti music mungkin tiada originaliti kerana apa yang mereka hasilkan adalah benar2 seperti Motorhead namun kita tolak dulu bab originaliti kerana Snäggletooth sendiri mengakui kewujudan mereka adalah sebagai band tribute kepada Motorhead. Hahaha..

Kualiti rakaman untuk demo tape ini pada gua sangat terbaek dan sudah boleh di upgrade sedikit untuk mencapai status profesional album. Juga perlu gua kreditkan kepada kesemua line up kerana berjaya memainkan instrument masing2 dengan mantap sekali. Solo2 yang menarik tidak lari dari mood lagu. Benar2 Rock n Roll yang rancak!!!! Tiada ruang kosong dan sememangnya ketiga2 lagu sangat mantap! Apa komen Lemmy jika beliau mendengar demo tape ini ya????

Hubungi Snaggletooth melalui email yang kami sediakan dibawah video preview dibawah ini atau untuk dapatkan demo tape ini sila berhubung dengan dua buah label yang terlibat dalam rilisan ini iaitu Blackhole 212 dan Atonalmicrotonal. Free badge dan sticker!!!

Snäggletooth  - Say No More

Remains - Demo Tape #2 (2012)

Ok, rasanya kami pihak DtE belum pernah lagi membuat sebarang review terhadap produk dari Thailand. Ya kali ni seru dah sampai apabila gua rasa teruja pabila mendengar sebuah demo tape dari sebuah band yang berpaksikan irama Thrash Metal tegar. Menggunakan nama Remains, band ini telah mengeluarkan 2 buah demo tape pada 2011 dan 2012. Dan Remains juga telah menggegarkan tanahair apabila dijemput dalam temasya KL Thrashed pada September 2012 yang lepas.
Ekkachai.K - Vocals
Tossapol.B - Drums
Natthawut.K - Bass
Ray.M - Guitars
Sakchai.P - Guitars

Cover artwork dan logo oleh Sickness666
Layout oleh Jerasak C (WHP KULT)

Tracklist

1 - Fiery Area
2 - Siamese Thrashing Terror
3 - Kill The Wimps
4 - Troops Of Doom (Sepultura Cover)

Demo tape ini melalui proses rakaman di Drum Music Studio, Rayong Thailand sekitar March sehingga April 2012. Proses rakaman diselenggara oleh Supat Tongto. Proses adunan turut dilakukan oleh beliau bertempat distudio yang sama. Remains bertindak sebagai penerbit bagi demo tape ini sendiri. Demo tape ini dikeluarkan oleh sebuah label baru bernama Thrash Of The Dead.


Fiery Area adalah track pembukaan dimana dalam minit pertama sahaja sudah boleh kedengaran pengaruh old skool thrash metal nya melalui riffing2 gitarnya dan permainan yang padat dan kental oleh setiap line yp nya. Solo gitar juga boleh tahan menggigitnya. Vocal juga berada dalam tahap terbaek dari segi penyampaian nya. Drum thrashing abessss! Ending track ada soundtrack bunyi api sedang terbakar.

Siamese Thrashing Terror sememangnya power seakan ianya anthem kepada apa yang sedang dilakukan Remains dalam music direction mereka. Lebih padat, lebih thrashing dari segenap sudut. Ok, sebelum ending review kami ada letak preview video untuk lagu ini. Sila layan.

Kill The Wimps.. adusss sedap betul penangan track ini. Kaw2 punya thrashing. Memang sesuai bawak live track ni. Boleh jadi antara track paling kental kalau compare dengan 2 track terawal. Ok gua pilih track ni sebagai track pilihan. Haha.

Troops Of Doom.. apa lagi boleh kata.. Memang kena cover song dari Sepultura ini dengan music yang dibawakan oleh Remains. Tiada cacat cela malah kemantapan tu sangat menonjol dan sememangnya band ni ada satu kekuatan tersendiri dalam memperjuangkan music Old Skool Thrash Metal ini.

Ok, apa yang gua boleh simpulkan setelah banyak kali dengar demo ini ialah sound produksi yang berjaya dihasilkan adalah sangat membanggakan. Gua sangat berpuas hati dengan keseluruhan sound yang terhasil dari rakaman ini. Pada gua mutu yang dihasilkan adalah jauh lebih bagus dari demo2 yang pernah gua dengar sebelum ini dari pelbagai band. Ia nya adalah esuatu yang perlu dipuji. Tahap leveling nya juga bagus dimana kesemua instrument jelas kedengaran dengan baek. Senang cakap ini bukan cikai2 punya demo tape sebab lu xkan rugi dengar lagu2 yang terakam ini. Perghhh gua kasi A+ lah untuk mutu sound rakaman demo tape ini. Serius gua puji melambung ni..Hahahaha..

Ok kalau tadi gua sebut pasal mutu hasil rakaman yang ada umphhh sekarang gua nak celoteh sikit pasal music yang dihasilkan Remains. Jelas sekali pengaruh Old School Thrash Metal boleh dikesan melalui riffing2 gitar dengan formasi 4X4, ketukan drum yang sememangnya thrashin' abes.. Dinyatakan juga pengaruh mereka adalah band2 besar seperti Old-Sepultura (semestinya sebab dua2 demo ada cover lagu Sepultura), Demolition Hammer, Sadus, Incubus, Slayer, Old-Metallica, Kreator, Possessed, Forbidden, Exodus, Testament, Overkill, Heathen, D.R.I, Nuclear Assault, Venom, Destruction, Tankard, Sodom, Artillery, Devastation, Protector, Death, Annihilator, Vio-lence, Dark Angel, Death Angel, Hirax, Anthrax, Razor, Exciter, Darkness, Necrodeath dan banyak lagi.. Senang cakap tiap2 lagu memang ada bikin tak banyak pun mesti ada sikit rasa nak banging xpun nak hentak2 kaki ikut rentak yang dimainkan.

Ok, gua x pasti berapa unit demo tape ni dikeluarkan. Adakah ianya dikeluarkan secara limited atau dalam kuantiti yang banyak gua pun xpasti. Untuk penggila irama Old School Thrash metal tempatan, demo tape ini boleh didapati dari Hammercharge Distribution dengan harga RM10 (sila berhubung untuk yang nak beli dengan cara pos). Kepada yang masih lagi worship sama kaset yang lupa angkat ini barang ok. Lu x rugi gua cakap lu..

Ok, kenali Remains melalui link2 yang kami sediakan di bawah video dibawah ini.

Remains - Siamese Thrashing Terror


VotW: Nails - Conform/Scum Will Rise

Suka tone guitar Boss HM2 macam Entombed? Atau macam Rotten Sound? Cuba Nails, hardcore punk/grind dari Amerika. Punyalah berat sound dia macam kena langgar keretapi.

Enslave - Far East Hardcore Punk (2011)

Ok, sebenarnya gua beli CD ni beberapa bulan lepas baca pasal band ni ada datang perform kat Rumah Api. Sebetulnya gua x brapa follow pasal band ni pun. Cuma bila gua saja2 belek dan try dengar lagu diorang kat youtube tajuk Under the Isolation, gua rasa band ni power. Keras, laju dan berat. Dan gua bernaseb baek sebab dapat last copy dari sebuah label yang distro CD ni di Malaysia. Ok, Enslave ni (bukan band metal hebat Enslaved ya..) band dari Japan dan album gua nak review ni bertajuk Far East Hardcore Punk (2011). Album format audio penuh pertama setelah band ini banyak rilis split dalam bentuk piring hitam dan DVD.
 Jeep (Vocal), P-G2 (Vocal), Iina-muragasaki (Guitar), Suga (Guitar), Tajima (bass), U1S10 (Drum)

 Cover design oleh Tajima, Hakuchi dan Jason

Tracklist :

1 - Brave Hearts
2 - Obliging
3 - Under The Isolation
4 - My Will
5 - La Haine
6 - Only I Can Judge Me
7 - Libra
8 - Solitude Of Old Tradition
9 - Black Rain
10 - Without Whereabouts
11 - The Message
12 - Innocense
13 - Each Ideal

Far East Hardcore Punk melalui proses rakaman di Yellowknife antara Ogos sehingga November 2010. Sound engineer bagi rakaman ini ialah Yamanaka. Beliau turut terlibat dalam proses mixing. Proses mastering dilakukan oleh iL. Album ini dikeluarkan oleh MCR Company dan untuk pasaran Eropah didistribute oleh Agipunk.


Brave Hearts menjadi track permulaan di mana ianya dimulakan dengan dialog ucapan bersemangat sebelum riffing pertama bermula. Ok, riffing gitar nya gua x tipu ketika starting ni macam black metal pun ada. haha.. Cuma trademark music Enslave nampak dimana riffing2 yang kejam dan separa melodic + drum dbeat (ada jugak drummer diorg grind) + jeritan duo vocal yang menyerang selang seli. Walaupun ada clean vocal tapi x brapa nak menjahanamkan lagu. Gitarist pun bleh tahan berani bikin sikit solo fill in walaupun bukan main solo. Haha. First epresi gua, band ni jahat dan music diorang padat!

Obliging gua dengar banyak2 kali terasa macam sikit2 Wolfbrigade pun ada. Apa2 pun sekali lagi gua ulang music diorang padat!



Under the Isolation sikit jek starting pastu terus hantam tanpa belas kasihan. Drummer hentak paling x ingat dunia. Walaupun ada riffing yang berbau emo tapi masih keras dan berat.

My Will memang celaka! Starting jek terus grind! Ni band grindcore ka apa? Haha. Tapi sedap pulak wa dengar. Setel grind gitarist main riffing macam band2 melodic metal plak dengan running chord nya. Bleh tahan gitarist band ni. Ok gua x puas sebab durasi 1 minit 49 saat saja. Gua suka lagu ni!

La Haine starting dengan bunyi macam sample sebelum riffing masuk. Ok masuk jek riffing mood lagu agak lain sikit. Tak laju macam lagu2 sebelum. Ada ruang kosong dan ada cakap2 sepanjang lagu.



Only I Can Judge Me starting dia sikit cakap2 sebelum lagu masuk. Riffing agak x berapa kejam sebab macam guna major chord. Bunyi ada sikit happy tak jahat macam lagu2 awal.

Libra start dengan bunyi bass yang agak boleh tahan bunyi gain nya. Track ni laju kembali. Bermelodi dari riffing2 yang dihasilkan cuma drum je hentak x ingat dunia.

Solitude Of Old Tradition ni starting bunyi pengaruh kuat punk nya. kemudian sikit jadi berat dan makin laju.Tengah2 lagu ada sikit slow semula tapi sekejap jek bila riffing punk kembali sehingga tamat lagu.

Black Rain mula dengan sikit soundtrack orang cakap2 sebelum music kembali menyerang. Dengar banyak2 kali riffing lagu ni x brapa kejam sangat cuma permainan drum nya jek x bagi peluang langsung untuk bernafas. Pertengahan lagu ada sikit melodic.

Without Whereabouts starting macam x berapa laju tapi tempo berubah bila vocal ekstrim masuk dan cara nyanyian selang seli kedua2 vocalist macam masuk dengan lagu ni.

The Message agak perlahan dan macam doom metal sebab tempo yang perlahan. Cuma tempo bertukar jadi laju di suku terakhir lagu sehingga tamat.

The Innocence memang babi laju. Gitar dan drum sama power. Vocal x bagi peluang. Tempo lagu ni memang laju dan jadi antara lagu pilihan gua.

Each Ideal jadi track terakhir. Walaupun dengar sedap tapi macam sedikit berkecamuk dengan riffing pelbagai..ada melodic ada sikit teknikal dan riffing terkejut terkejut. Ok, overall lagu ni masih dalam kawalan trademark Enslave.

Ok, sound produksi album ini pada gua sangat membanggakan. Tahap keseimbangan kesemua lagu berada dalam kondisi terbaek. Sound yang dihasilkan senang cakap berat, laju dan keras. Memang gua rekemen sesapa yang nak cuba muzik hardcore punk atau emo (bukan my chemical romen..gua pun x luak nak hadam..kahkah) boleh cuba tangakp CD ni tu pun kalau lu orang rajin cari dari website distro2 tempatan ni. Vocal pun jerit pecah kerongkong dan ada jugak sikit clean vocal tapi x lah berbunyi gay macam sesetengah yg dilakukan band metalcore sekarang. kahkah.. Ok, gua pun x pasti betul ke x kalau gua kata band ni punya music ada sikit bau2 Tragedy. Mungkin dari riffing2 gitarnya. Ok, saja nak sebut di akhir2 review, vocalist band ni pompuan tau! Kahkah..

Ok, untuk kenal band Enslave ni kami DtE ada sediakan link di bawah video persembahan live mereka dibawah ni.

Enslave - Live

Obsessor / Storming Steels - Ultimate Thrashing Demons (Split CD 2012)

Sebuah split CD bertajuk Ultimate Thrashing Demons yang menampilkan dua buah band yang membawa genre old school thrash metal iaitu Obsessor dari German dan Storming Steels dari Malaysia. Kepada pendengar genre sebegini sememangnya punya "circle" nya tersendiri. Lupakan bunyian clean serta trigger drum kerana apa yang ditampilkan disini adalah bunyi organik dari ketukan drum dan bunyian gitar dari distortion kuning. Hahaha..
Obsessor / Storming Steels - Ultimate Thrashing Demons (Split CD 2012)

Nekroschwanz - Hardröcking Evöcation, GenozideRichard - Deathlike Chainsaw Blasphemy,
Kremator - Panzer Attack, McBreu - Christslaughtering Deathhammer

1 - Inquisitor
2 - Speed Metal Slaughter
3 - Black Death
4 - Call of the Baphomet
5 - The Third of the Storms (Hellhammer Cover)
6 - Steel Attack (Live)
7 - Bless By Torment (Live)

Deathrash Blasphemies - Vocals, Witch Hunter - Guitar, Amin Hellspider - Guitar
Isa - Bass, Timmy Hell Angel - Drums

8 - Satanic Thrashing Rites
9 - Storming of Steel
10 - Demons of Darkness
11 - Merciless Sacrifice
12 - Violence Steel Damnation (Overlords of Evil)
13 - Invincible Force (Destruction Cover)
14 - Antichrist (Sepultura Cover)
15 - Satanic Unity (Silent Death Cover)

Ok, pakej split CD ini agak simple walaupun berformat pro-printed dan memuatkan gambar kedua2 band namun tidak dinyatakan info berkenaan rakaman bagi kedua2 band.

Obsessor merupakan sebuah band yang membawa konsep Thrash Black Metal mempamerkan permainan yang totally old skool dan tidak menunjulkan elemen teknikal yang tinggi. Sound rakaman juga agak raw dan jangan mimpi kalau nak dengar bunyian trigger dalam lagu2 Obsessor. Memuatkan sebuah lagu cover dari Hellhammer bertajuk The Third of the Storms serta dua buah lagu yang dirakam secara live. Track pilihan gua adalah Black Death dan Call of the Baphomet.

Storming Steels pula lebih kental dengan penangan Old Skool Thrash Metal seperti kegemilangan era ini di awal penglibatan band2 tempatan zaman CM dahulu. Sound yang dihasilkan juga agak raw untuk track 8 sehingga 12 manakala 3 buah lagu terakhir merupakan cover song dari beberapa band terawal iaitu Invincible Force dari Destruction, Antichrist dari Sepultura dan Satanic Unity dari Silent Death. Ketiga2 lagu ini punya mutu rakaman yang jauh berbeza dari track2 terdahulu. Pada gua ada sedikit tak berapa balance dari segi level sound untuk 3 lagu ini dimana sound drum mungkin lebih menonjol dari instrument lain. Ok, untuk track pilihan gua rasa gua lebih suka layan camana lagu2 saduran dari Sepultura, Silent Death dan Destruction itu sendiri dibawa dengan cara Storming Steels.

Kepada lu orang yang kempunan sound2 Thrash Metal lama disarankan cuba grab CD ni dalam kadar segera. Kerana gua rasa label yang mengeluarkan split CD ini agak aktif dalam memasarkan dalam dan luar negara. So sebelum lu orang sekadar gigit jari dapat habuk so, ada baek nya cuba contact Thrashingfist Productions untuk pakej CD berharga RM20 beserta postage ini. Kenali Obsessor dan Storming Steels melalui link2 yang kami sediakan dibawah dua buah preview video dari kedua2 buah band.

Obsessor - Speed Metal Slaughter

Storming Steels - Violence Steel Damnation (Overlords of Evil)