Darkregime - Anthemic Holocaust (EP 2012)

Darkregime, sebuah nama yang pada gua harus diberi perhatian dalam scene Death Metal tempatan. Lebih dikenali dengan membawa terma peperangan band ini turut di label sebagai pendukung War Metal. Berasal dari Kelantan, Darkregime telah menghasilkan beberapa produk demo dan EP juga terlibat dalam kompilasi Metal To Metal II. 2012 menyaksikan Darkregime tampil bersama satu lagi buah tangan terbaru bertajuk Anthemic Holocaust yang dikeluarkan oleh sebuah label baru iaitu Bhumidhuka Productions.

Darkregime 2012
Ozzymay (Vocal/Guitar)
Jeff (Drums)

Artwork design oleh Blazer Massacre dan Pexona Design
Inlay oleh Pexona Design

Tracklist :

1 - Storming Vengeance
2 - Cryptic Beastial Dominion
3 - Premonition To Confrontation

Anthemic Holocaust melalui proses rakaman di Gyroscope Soundstudio kecuali track bertajuk Premonition To Confrontation yang dirakam di Morggorm Music. Diadun oleh W.F.Y Studio. Diterbitkan oleh Ozzymay dibantu oleh Fadhli Yusoff selaku engineer rakaman.

Storming Vengeance merupakan sebuah intro yang pada gua sangat bersesuaian dengan tema dan konsep music bawaan Darkregime dimana semangat melalui elemen peperangan jelas kedengaran melalui intro ini. Tidak banyak perlu diperkatakan melalui intro ini kerana ianya menggunakan bunyi sample dan bouncing drum sahaja.

Cryptic Beastial Dominion merupakan track terbaru yang dimuatkan didalam CD bertajuk Anthemic Holocaust ini. Ok, mungkin secara sound produksi track ini kedengaran sedikit tidak memuaskan namun jika band atau label punya sumber kewangan yg lebih mungkin hasil yang bakal terhasil sungguh mengejutkan. Gua terpaksa mengalih pandangan pada struktur susunan lagu pula. Pada gua Cryptic Beastial Dominion punya arrangement yang sangat bagus (sila tolak faktor sound produksi seketika) dan tahap permainan instrument, susunan riff dan idea agak mantap dan sudah cukup untuk mencapai target band ini sebagai pembawa konsep War Metal. Ya gua secara ikhlas memuji Darkregime untuk aspek penulisan lagu2 mereka.

Premonition To Confrontation merupakan track yang telah terdahulu termaktub didalam kompilasi Metal To Metal II keluaran Ultra Hingax Productions dahulu. Melalui sedikit temubual bersama Ozzymay melalui laman sosial, belaiu menyatakan track ini telah melalui proses adunan dan telah remastered. Ok, gua xmau review track ini lebih2 dan cuma gua nak bagitau lagu ini juga punya struktur penulisan yang bagus disamping sound kualiti yang lebih baik.

Secara keseluruhan Anthemic Holocaust memuatkan 3 buah track sahaja dan hanya sebuah lagu bervocal terbaru dimuatkan iaitu Cryptic Beastial Dominion.Oleh kerana gua punya CD2 Darkregime era "...The Beginning of the Dark Empire" (Promo 2005), "Darkest Regiment Dominates" (Promo 2007) serta sebuah track saduran dari As Sahar bertajuk "Silumaniac Dansacration" gua dapat merumuskan bahawa Darkregime bukan sebarangan band. Kekuatan lagu2 ciptaan mereka punya intipati Death Metal yang tegar. Juga dalam perbualan didalam laman sosial baru2 ini Ozzymay ada menyatakan Darkregime melalui fasa penciptaan lagu yang agak lama kerana mereka hanya mahu karya2 yang dirilis adalah yang terbaek, dan selagi ianya masih tidak memuaskan hati mereka akan berusaha memastikan lagu itu dipolish sebaik mungkin sebelum ianya dikeluarkan dalam bentuk audio kepada pendengar diluar sana. Ya, gua juga akui kecerewetan Darkregime dalam bab penulisan lagu dan kerana itu juga mereka hanya meriliskan beberapa lagu saja dalam setiap keluaran yg dihasilkan. Pendek kata, Darkregime lebih mengutamakan kualiti dari kuantiti. Harapan gua selaku pendengar Darkregime hanya satu iaitu agar mereka mampu menghasil sebuah album penuh dengan sound produksi yang lebih baek dimasa hadapan.

Ok, Anthemic Holocaust boleh didapati dengan harga RM10 by hand dan RM15 by post. Anda boleh menghubungi Bhumidhuka Productions untuk sesi pembelian yang disertakan bersama stiker percuma. Kenali Darkregime melalui link yang kami sediakan dibawah promo video dibawah ini. Terima Kasih.

Darkregime "Anthemic Holocaust Promo" 

0 feedbacks: