Remains - Demo Tape #2 (2012)

Ok, rasanya kami pihak DtE belum pernah lagi membuat sebarang review terhadap produk dari Thailand. Ya kali ni seru dah sampai apabila gua rasa teruja pabila mendengar sebuah demo tape dari sebuah band yang berpaksikan irama Thrash Metal tegar. Menggunakan nama Remains, band ini telah mengeluarkan 2 buah demo tape pada 2011 dan 2012. Dan Remains juga telah menggegarkan tanahair apabila dijemput dalam temasya KL Thrashed pada September 2012 yang lepas.
Ekkachai.K - Vocals
Tossapol.B - Drums
Natthawut.K - Bass
Ray.M - Guitars
Sakchai.P - Guitars

Cover artwork dan logo oleh Sickness666
Layout oleh Jerasak C (WHP KULT)

Tracklist

1 - Fiery Area
2 - Siamese Thrashing Terror
3 - Kill The Wimps
4 - Troops Of Doom (Sepultura Cover)

Demo tape ini melalui proses rakaman di Drum Music Studio, Rayong Thailand sekitar March sehingga April 2012. Proses rakaman diselenggara oleh Supat Tongto. Proses adunan turut dilakukan oleh beliau bertempat distudio yang sama. Remains bertindak sebagai penerbit bagi demo tape ini sendiri. Demo tape ini dikeluarkan oleh sebuah label baru bernama Thrash Of The Dead.


Fiery Area adalah track pembukaan dimana dalam minit pertama sahaja sudah boleh kedengaran pengaruh old skool thrash metal nya melalui riffing2 gitarnya dan permainan yang padat dan kental oleh setiap line yp nya. Solo gitar juga boleh tahan menggigitnya. Vocal juga berada dalam tahap terbaek dari segi penyampaian nya. Drum thrashing abessss! Ending track ada soundtrack bunyi api sedang terbakar.

Siamese Thrashing Terror sememangnya power seakan ianya anthem kepada apa yang sedang dilakukan Remains dalam music direction mereka. Lebih padat, lebih thrashing dari segenap sudut. Ok, sebelum ending review kami ada letak preview video untuk lagu ini. Sila layan.

Kill The Wimps.. adusss sedap betul penangan track ini. Kaw2 punya thrashing. Memang sesuai bawak live track ni. Boleh jadi antara track paling kental kalau compare dengan 2 track terawal. Ok gua pilih track ni sebagai track pilihan. Haha.

Troops Of Doom.. apa lagi boleh kata.. Memang kena cover song dari Sepultura ini dengan music yang dibawakan oleh Remains. Tiada cacat cela malah kemantapan tu sangat menonjol dan sememangnya band ni ada satu kekuatan tersendiri dalam memperjuangkan music Old Skool Thrash Metal ini.

Ok, apa yang gua boleh simpulkan setelah banyak kali dengar demo ini ialah sound produksi yang berjaya dihasilkan adalah sangat membanggakan. Gua sangat berpuas hati dengan keseluruhan sound yang terhasil dari rakaman ini. Pada gua mutu yang dihasilkan adalah jauh lebih bagus dari demo2 yang pernah gua dengar sebelum ini dari pelbagai band. Ia nya adalah esuatu yang perlu dipuji. Tahap leveling nya juga bagus dimana kesemua instrument jelas kedengaran dengan baek. Senang cakap ini bukan cikai2 punya demo tape sebab lu xkan rugi dengar lagu2 yang terakam ini. Perghhh gua kasi A+ lah untuk mutu sound rakaman demo tape ini. Serius gua puji melambung ni..Hahahaha..

Ok kalau tadi gua sebut pasal mutu hasil rakaman yang ada umphhh sekarang gua nak celoteh sikit pasal music yang dihasilkan Remains. Jelas sekali pengaruh Old School Thrash Metal boleh dikesan melalui riffing2 gitar dengan formasi 4X4, ketukan drum yang sememangnya thrashin' abes.. Dinyatakan juga pengaruh mereka adalah band2 besar seperti Old-Sepultura (semestinya sebab dua2 demo ada cover lagu Sepultura), Demolition Hammer, Sadus, Incubus, Slayer, Old-Metallica, Kreator, Possessed, Forbidden, Exodus, Testament, Overkill, Heathen, D.R.I, Nuclear Assault, Venom, Destruction, Tankard, Sodom, Artillery, Devastation, Protector, Death, Annihilator, Vio-lence, Dark Angel, Death Angel, Hirax, Anthrax, Razor, Exciter, Darkness, Necrodeath dan banyak lagi.. Senang cakap tiap2 lagu memang ada bikin tak banyak pun mesti ada sikit rasa nak banging xpun nak hentak2 kaki ikut rentak yang dimainkan.

Ok, gua x pasti berapa unit demo tape ni dikeluarkan. Adakah ianya dikeluarkan secara limited atau dalam kuantiti yang banyak gua pun xpasti. Untuk penggila irama Old School Thrash metal tempatan, demo tape ini boleh didapati dari Hammercharge Distribution dengan harga RM10 (sila berhubung untuk yang nak beli dengan cara pos). Kepada yang masih lagi worship sama kaset yang lupa angkat ini barang ok. Lu x rugi gua cakap lu..

Ok, kenali Remains melalui link2 yang kami sediakan di bawah video dibawah ini.

Remains - Siamese Thrashing Terror


0 feedbacks: