Snäggletooth - Demo 2012

First gua dengar band ni dari youtube.. adusss ini band betul2 gerek boleh bikin rasa nak menari ronggeng siyak! So gua try gugel dan dapat sikit info bahawa band yang guna nama Snäggletooth ni berasal dari Singapore dan ditubuhkan sebagai band tribute kepada Motorhead. Yaaa memang rancak bebenar.. Juga gua dapat info band ini terdiri dari line up band Distrust and Vaarallinen. Menamakan music buatan mereka sebagai Apocalyptic Rock 'n' Roll disuntik dengan penangan Metal Punk yang aggresif gua rasa demo 2012 ini adalah satu permulaan yang sangat bagus untuk band bernama Snäggletooth ini untuk pergi lebih jauh. Snäggletooth dianggotai oleh 3 anak muda iaitu Heryadi Jaffar - Guitars, Thaib A.Wahab - Bass/Vocals dan Danial Kamarudin - Drums.

 Snäggletooth - Demo 2012

Tracklist :

1 - Time's Up
2 - Keep The Change
3 - Say No More


Demo 2012 ini dirakam di TNT Music Center Singapura pada 9 Julai 2012. Tidak dinyatakan siapa yang bertanggungjawap dalam proses produksi rakaman demo ini.

Time's Up menjadi track pengenalan dimana bermula sahaja lagu sudah cukup jelas pengaruh Motorhead kedengaran. Mungkin lagu garapan Snäggletooth lebih pantas dan laju. Terasa seakan moshpit akan huru hara jika lagu ini dimainkan secara live. Rancak sekali penangan Meta punk yang sudah cukup huru hara bila mendengarnya.

Keep The Change masih seperti mood lagu pertama. Mungkin sedikit sahaja perlahan temponya dari track pertama namun masih rancak. Apa boleh kata rencah Rock n Roll, Metal dan Punk sangat menjadi dalam music Snäggletooth.

Say No More masih rancak. Riffing gitar, suara serak2 basah vocalist dan kerancakan lagu ini masih boleh mengembalikan adrenalin yang kuat jika anda masih layan tarck pertama kedua. Energy yang dihasilkan memang terbaek. Anda x cukup Metal Punk jika x dapat layan ketiga2 track dari demo tape ini.

Snäggletooth  pada gua bukan sebarangan band walaupun jika dilihat pada identiti music mungkin tiada originaliti kerana apa yang mereka hasilkan adalah benar2 seperti Motorhead namun kita tolak dulu bab originaliti kerana Snäggletooth sendiri mengakui kewujudan mereka adalah sebagai band tribute kepada Motorhead. Hahaha..

Kualiti rakaman untuk demo tape ini pada gua sangat terbaek dan sudah boleh di upgrade sedikit untuk mencapai status profesional album. Juga perlu gua kreditkan kepada kesemua line up kerana berjaya memainkan instrument masing2 dengan mantap sekali. Solo2 yang menarik tidak lari dari mood lagu. Benar2 Rock n Roll yang rancak!!!! Tiada ruang kosong dan sememangnya ketiga2 lagu sangat mantap! Apa komen Lemmy jika beliau mendengar demo tape ini ya????

Hubungi Snaggletooth melalui email yang kami sediakan dibawah video preview dibawah ini atau untuk dapatkan demo tape ini sila berhubung dengan dua buah label yang terlibat dalam rilisan ini iaitu Blackhole 212 dan Atonalmicrotonal. Free badge dan sticker!!!

Snäggletooth  - Say No More

0 feedbacks: