Tempered Mental - Pax Automata (2012) - Album dari pemuzik kepada pemuzik

Tempered Mental merupakan satu trio yang pada gua sejak dari kemunculan pertama mereka lagi patut diberi perhatian. Membawakan music yang pada gua agak mencabar untuk dimainkan dan tahap progresif yang boleh membuktikan mereka antara band tempatan yang perlu diberi perhatian. Berbekalkan sebuah EP bertajuk Honestly (2004), sebuah album penuh The View From Here (2007) dan terbaru Pax Automata (2012) Tempered Mental tampak lebih matang dalam menghangat persada music tempatan dan antarabangsa dimana sebelum kelahiran Pax Automata mereka terlebih dahulu telah menggegarkan negara Jepun dengan tour 9 lokasi berbeza.
 Melina - Vocal/Bass
Jack - Guitars
Jimmy - Drums

Cover artwork oleh Charukphong

Tracklist :

1 - Automata
2 - And Stay Out
3 - Break
4 - Run
5 - Matilda
6 - Sleep
7 - Be
8 - Ants
9 - Fight
10 - Cocoon
11 - Blindfold

Pax Automata menjalani sesi rakaman di The Ark Studios dan sound engineer ialah Ronan Chris Murphy. manakala rakaman akustik gitar untuk track "Cocoon" dilakukan di Family Tree Production oleh Amirul Syawal. Proses mixing dilakukan oleh Ronan Chris Murphy di Veneto West kecuali track berjudul "Automata", "And Stay Out", "Matilda" dan "Be" oleh Nick Lee di The Ark Studio. Proses mastering dilakukan di Sonique Mastering oleh Nick Lee.



Automata merupakan track pertama yang dihidangkan setelah 5 tahun jarak antara album pertama dan Pax Automata dihasilkan. Ok, bermula dengan sedikit sound sample sebelum riffing sedikit progresif dan vocal Melina juga kedengaran agak menarik. Riffing yang pada gua jika dibuang distortionnya menampakkan pengaruh blues. Solo gitar yang dilayer progression chord dari bass agak menarik. Kedengaran juga sedikit riff odd signature diakhir solo. Kekuatan track ini ialah flow dan struktur lagu yang ada naik turunnya.

And Stay Out agak rilek walaupun riffing gitarnya agak bergulung2. Melodi vocal Melina jelas ada peningkatan dari rilisan2 terdahulu. Bassline tetap menarik dan seperti yang pernah gua saksikan secara live tone bass Melina memang jelas kedengaran kelemakkannya. haha.. Ada lagi sikit elemen odd signature dipenghujung lagu. Offbeat dari drummer nampak menarik walaupun tidak terlalu mencabar.

Break menjadi track ketiga, mood masih seperti track kedua tadi. Agak santai dan pada pertengahan lagu terasa seakan mendengar Dream Theater disamping solo gitar yang paling hebat jika dibandingkan dengan 2 track awal.

Run bermula pantas dan kedengaran lebih santai dan radio friendly. Walaupun kedengaran agak rancak namun pada pendapat gua lagu sebegini mungkin dihasilkan untuk tujuan airplay di radio barangkali. Ohhh sekejap.. solo gitar power walaupun dalam durasi yang agak pendek! Akhir sekali gua ada perasan lagu ni banyak progression chordnya walaupun kedengaran agak simple.

Matilda bermula sahaja sudah cukup rancak. Kombinasi permainan gitar berdistortion dan clean boleh bikin terasa sedikit seperti di angkasa. Haha.. Seperkara gua perasan agak pelik sikit track ni ialah sound snare drum yang tone nya lain macam sikit dari track2 lain.

Sleep sebuah track yang seakan bikin gua mendengar EP pertama mereka dahulu pulak rasanya. Lebih mellow dan melodi vocal yang berjaya dibawa dengan penuh gaya. Musicnya masih mencabar dan di pertengahan lagu melodi vocal Melina membuatkan gua rasa macam Serj dari System Of A Down pun ada jugak.Haha..

Be pada mulanya seakan sebuah ballad (dalam tempo x berapa perlahan sangat lah..) Perubahan mood yang menarik walaupun untuk satu part sahaja sebelum verse kedua muncul. Ok, ini track paling rilek dan santai sekali rasanya.

Ants sebenarnya agak menarik susunan lagu dan riffingnya. Mendengar bassline dan solo gitarnya seakan menceritakan sesuatu.

Fight awal2 lagi dah progressive dengan odd signaturenya disamping sedikit offbeat dari drummer. Sebuah track yang pada gua sedikit segar ideanya dan boleh memberi semangat apabila mendengarnya terutama pada bahagian chorus lagunya. Solo gitar memang bergulung2 tapi kena dengan mood lagu. Drummer pun tumpang selit skill.

Cocoon juga sebuah track yang santai dengan diiringi sound clean dari pemain gitar mereka iaitu Jack. Sound akustik yang baek dapat dirakam dengan jayanya. Crystal clean!

Blindfold mungkin menjadi track pilihan gua. Bermula dengan petikan akustik serta bawaan vocal yang merdu. Haha bila gua dengar lagu slow Tempered mental gua rasa macam berangan pun ada..kahkah.. Ok, lagu ni ada selit sikit bunyi cello dan violin. Perubahan mood ketika verse berdistortion kedengaran agak catchy dan gua akui part sebegini memerlukan penghayatan yang lebih terutama ketika persembahan pentas. Sekali lagi, solo gitar cukup menarik dan sedap didengar dan gua still boleh tangkap Jimmy si drummer selit sikit offbeat dalam permainannya.

Dari segi sound production gua boleh kata Pax Automata memang punya kelasnya yang tersendiri. Tahap profesional yang patut dihasilkan juga oleh band2 tempatan lain. Kesemua instrumental kedengaran seimbang. dari segi permainan instrument dari setiap ahli mungkin boleh gua katakan Tempered Mental ialah sebuah band individual yang punya kekuatan tersendiri masing2. Walaupun majoriti penciptaan lagu didominasi oleh Melina namun perisa dari permainan gitar dan drum membuatkan setiap track mencabar dan boleh dibuat rujukan (gua rasa album2 sebegini cuma akan dicari semula orang orang kita 10-15 tahun lagi..tu pun sebab terperasan ada jugak band hebat sebegini datangnya dari Malaysia.. Kahkahkah..).

Untuk pembawaan vocal, pada gua Melina berjaya mempelbagaikan melodi vocalnya dan nampak banyak improvement berbanding rilisan2 terdahulu. Lebih merdu dan ada flow. Jack diposisi gitar juga jelas banyak improve dengan solo2 hebat serta jelas kedengaran elemen2 blues diterapkan didalam riffing yang dimainkan. Jimmy diposisi drum memang cukup hebat dengan offbeat (walaupun x de la macam mike Portnoy sangat) dan tone yang baik dapat dikeluarkan dari drumset beliau.

Ok, macamana? gua rasa panjang lebar jugak gua review kesemua track terkandung didalam album ini. Kesimpulan yang boleh gua katakan disini Tempered mental adalah sebuah band yang menghasilkan music yang mencabar disamping setiap line up mempunyai kemahiran tinggi dalam permainan setiap instrument yang digalas diposisi masing2. lagi satu pada gua juga album ini sesuai untuk pemuzik untuk pemuzik. Pada anda pendengar yang rasa hebat cakap bab music sila dapat kan CD ini dan hadam apa yang ada didalam music Tempered Mental.

Pax Automata boleh didapati dengan harga RM25 dan rasanya boleh didapati dari outlet2 terpilih sekitar Januari 2013. (sori gua punya review agak advance dari tarikh official release di pasaran). Kenali Tempered Mental melalui link2 yang kami sediakan dibawah preview video ini. Sekian..


Official Homepage
Facebook
Twitter




0 feedbacks: