Imperial - Transcendent Salvation (2012)

Imperial antara nama lama yang lebih awal telah termaktub dalam gugusan muzik gelap tempatan. Menghasilkan rilisan berbentuk demo tape di pertengahan 90an namun bertapa agak lama sebelum kembali menghangatkan lagi persada muzik gelap tempatan pada 2009 dengan penghasilan single bertajuk The Conquering yang turut memuatkan 3 lagu demo 1995 mereka dahulu. Transcendent Salvation muncul di penghujung 2012, walaupun (dari pemerhatian gua dari sesawang page facebook) seakan terperap 6-7 bulan setelah selesai rakaman namun apa yang dihasilkan sungguh memberansangkan. Juga perlu di nyatakan band ini yang segugusan dengan Sauts Alastor dan Aradia punya kelainan dalam direction music Black Metal bawaan mereka. Mungkin frasa yang paling sesuai untuk 3 buah band ini adalah mereka tidak membawa konsep tipikal Black Metal yang rata2 boleh dikesan pembawaannya di tanahair kita ini.
Zam : Vocals / Bass
Zarim : Guitars / Synth
Jon : Guitars / Backing Vocals
GKnight : Drums

Artwork oleh Cor-Draconis Adi Hatinaga, Luna Aurora

Tracklist :

1 - A Foreseen Grandeur
2 - Denounce Vengeance
3 - Dawn Of Deliverance
4 - The Conquering
5 - Beyond The Ruins
6 - Anthem Of Salvation
7 - Lament For The Loss
8 - Insignia End

Transcendent Salvation menjalani proses rakaman, adunan dan mastering di The Bandshop Studio. Agak lama juga tempoh rakaman (gua rasa berperingkat-peringkat) dimana ianya bermula dari October 2009 sehingga Februari 2011. Sound engineer yang bertanggungjawap dalam proses rakaman ialah Sendart.

A Foreseen Grandeur merupakan track pertama dimana ianya sekaligus menolak sama sekali kualiti rakaman demo2 terdahulu Imperial hanya dengan kualiti rakaman terbaek setakat ini dari Imperial. Segala2 nya clean and clear! Sebuah track yang cantek dan solid dengan penggunaan banyak riffing berbeza sepanjang lagu. Ok, riffing2 juga punya kepelbagaian idea. Ini track paling panjang berdurasi 10 minit 2 saat.

Denounce Vengeance agak kental seram dari mula lagi. Dengan layer keyboard benar2 memberi feel yang agak kelam. Suku pertama lagu gua dapat menghidu beberapa riffing yang agak thrashy namun layer keyboard berjaya membawa mood berlainan pada lagu ini.


Dawn Of Deliverance bermula dengan permainan gambus dimana khidmat sessionist digunapakai iaitu Zulkifli Ramli dari Dewangga Sakti / Space Gambus Experiment). Susunan lagu yang baek dan kombinasi layer keyboard yang bersahaja disulam bersama downstroke riffing yang baek. Boleh tahan nak layan lagu ni. Durasi 8 minit. haha..

The Conquering merupakan track yang diambil dari single CD 2009 yang turut memuatkan track2 dari demo tape 1995. Masih mengekalkan mood yang sama dengan kepelbagaian riffing (adakalanya kedengaran diulang-ulang). Sesuatu yang menarik ialah sound2 keyboard yang digunakan agak menarik dan jarang digunakan band2 beraliran Black Metal. Durasi lagu 8 minit 20 saat.

Beyond The Ruins agak kedengaran melodic. Verse pertama, melodi vocal dan riffing yang kedengaran selari walau dalam nada bermelodi. Perubahan mood yang agak thrashy pada suku pertama lagu sebelum disusuli solo gitar boleh bikin rasa nak headbang. Haha.. Solo gitar pun mencengkam jiwa! Solo kedua dipertengahan lagu jugak perlu diberi pujian dengan arpeggio yang berjaya dimainkan tanpa perlu dipertikaikan lagi. Ermmm bagus jugak track ini dan kerapkali juga rasa nak headbang. Durasi 8 minit 24 saat. Gua pilih track ni antara track pilihan gua pertama sebab ada flow laju, perlahan dan kepelbagaian permainan terutama dari pemain gitar.

Anthem Of Salvation juga menarik riffing dari awal sehingga verse pertama. Susunan yang bijak yang secara logiknya mengajak pendengar agar ingin mendengar lagu keseluruhan dan seterusnya. Sehingga pertengahan lagu kredit harus diberi kepada kesemua line up yang berjaya membawa peranan dengan penambahan feel masing2 dalam setiap instrument dimainkan. Ok, kenapa gua tiba2 berasa seperti mendengar Slayer - Raining Blood ya? haha.. nak tau kenapa sila dapatkan CD ini.. haha.. Jap.. track ini berdurasi 9 minit 35 saat.

Awal2 lagi gua nak bagitau durasi untuk Lament For The Loss adalah 5 minit 21 saat. Merupakan antara track paling pendek untuk album ini. Mood yang suram digunakan sepenuhnya didalam lagu ini. Seakan menggambarkan suasana kesedihan yang mutlak.

Insignia End menjadi track terakhir bermula dengan riffing yang agak segar bersama layer keyboard. Permulaan yang agak panjang meleret sebelum vocal mengalunkan suara. Kepelbagaian riffing dan kreativiti dalam mengembangkan note2 berdasarkan chord2 yang digunakan harus diberi pujian. Imperial ternyata punya idea yang bagus dalam berkarya. Track ini berdurasi 9 minit 28 saat.

Secara keseluruhan gua boleh klasifikasikan Transcendent Salvation antara rilisan berkonsep Black Metal yang bagus dan bermutu jika diambil dari aspek sound produksi. Kualiti akhir yang dapat didengar sudah mencapai tahap profesional album yang sepatutnya dilakukan oleh band2 berkonsep sebegini terutama dari negara kita ini. Dari segi lagu2 yang dihasilkan punya kualiti tersendiri dan menyimpang dari tahap tipikal Black Metal yang sering kita dengar dari band2 tempatan (macam gua cakap kat intro di perenggan pertama di atas tu).

Sesuatu yang gua banggakan ialah Imperial tidak tampil dengan material yang punya sound "raw" walaupun kemunculan demo2 awal mereka boleh dikatakan seakan membawa konsep Raw Black Metal (dari sound rakaman yang dihasilkan). Agak mengejutkan band yang telah lama dan kebanyakkan masih berpegang kepada bunyian raw akan kekal dengan bunyian raw, namun Imperial tampil dengan sound profesional album. Rakaman yang bersih, solid dan menggunakan kaedah rakaman terkini (berdasarkan studio rakaman yang dinyatakan menjadi tempat rakaman). Kredit seterusnya harus diberi kepada sound engineer iaitu Sendart kerana berjaya menghasilkan sound terbaek untuk Transcendent Salvationdan tidak lupa juga line up yang berjaya menghasilkan idea2 segar dalam mendevelop setiap chord dan not2 yang digunakan. Drummer juga berjaya memberikan impak terbaek dalam permainannya.

Pada gua, Transcendent Salvation adalah satu kemestian untuk dimiliki terutama jika anda adalah antara pengikut Imperial di awal kemunculan mereka dahulu. Ini merupakan masterpiece terbaek yang dihasilkan Imperial sepanjang kewujudan mereka. Bersama sebuah poster bersaiz A2 beserta sticker dan cover sleeve booklet 8 pages, Transcendent Salvation boleh di dapati dengan harga RM25.90 by hand yang boleh dibeli melalui band sendiri, label Renascent Axis Production atau outlet2 (klik sini) yang disenaraikan.

Imperial - Denounce Vengeance (Live)

VotW - Crossfaith - Snake Code (Caribbean Death Roulette)

You gotta love the electronics/synth.




Cruelty Division - Cut Of The Knife (EP 2012)

Ok, sebenarnya terlebih dahulu gua ingin nyatakan asalnya gua langsung tidak menahu berkenaan kewujudan band Cruelty Division ini. Ini kerana gua terkeliru dengan sebuah lagi band tempatan yang nama nya hampir sama iaitu Hatred Division. Hahaha.. Oleh kerana beberapa promosi di youtube juga dengan ada nya facebook page untuk band Cruelty Division ini baru lah gua melakukan sedikit kajian berkenaan band ini. Ok, tidak salah jika gua katakan Cruelty Division ialah sebuah band baru yang wujud dari sebahagian dari line up band Technical Death Metal dari Ipoh iaitu Profane Creation. Agak terkejut dengan kelahiran EP sulung bertajuk Cut of the Knife yang muncul secara tiba2 dimana sebelum itu gua ada terbaca didalam majalah Karisma dimana Profane Creation dimaklumkan bersedia untuk menghasilkan album penuh pada masa terdekat. Namun tiba2 sebahagian line up nya menubuhkan Cruelty Division dan EP terbaru ini muncul lebih awal dari Profane Creation.
Logo dihasilkan oleh Kawi.

Tracklist :

1 - Planet Gringragong (Sudirman Cover Song)
2 - Laguku Untukmu
3 - Cut Of The Knife
4 - Abhorrance
5 - Gutter Burst
6 - Phallic Twist
7 - Tumbang

Djinn - throats and screams
Chor - guitars
Jadam - guitars
Kayrul Mutilator - bass
Ayen DC - Drums

Cut Of The Knife melalui proses rakaman di beberapa buah studio. Track gitar yang dimainkan oleh Chor melalui proses rakaman di Nusaputra Closet Makeshift Studio. Jadam pula melalui proses rakaman track gitarnya di The Deadroom Ukay Perdana. Track drum dan vocal di Greenhouse Studio oleh Tom Bollocks.
Proses aduanan dan mastering di lakukan oleh Rizal Yusof. Cut Of The Knife dikeluarkan oleh Cruelinsan.


Planet Gringragong (Sudirman Cover Song) menjadi pengenalan bagaimana hala tuju music Cruelty Division. Memang lari jauh lah dari versi asal. Riffing yang agak menarik disamping drum yang ditriggerkan menghasilkan sound yang boleh kira unik juga. Sound gitar agak lain macam bunyi rakamannya. Solo gitar berwah wah digunakan.Seperti sound gitar, vocal juga kedengaran agak unik.

Laguku Untukmu sebuah track yang tajuknya agak bikin gua menepuk dahi. Hahaha.. Masih seperti mood track pertama. mungkin kelebihan dari segi penyampaian vocal yang banyak menggabungkan growl dan scream. Juga solo gitar yang menyerang untuk kedua2 stereo side anda.



Cut Of The Knife yang menjadi tajuk EP ini sememangnya cukup padu dari awal. Riffing yang menarik dari awal dan gua paling berminat ketika verse pertama dimana vocal mengalunkan suara. Dikala ini riffingnya memang layan. Gabungan scream dan growl menambah kejahatan pada lagu ini. Antara track terbaek EP ini.

Abhorrance pun boleh kira boleh tahan punya gila. Solo gitar dipermulaan lagu memang feel sebelum verse pertama menjengah. Ya menarik sekali susunan sehingga chorus lagu ini. Susunan yang baek disamping scream vocal yang menyelit diantara growl. Ok, scream dari Djinn vocalist band ini memang power untuk track ini.

Persembahan live gig Kancheng Gigi

Gutter Burst bikin gua terasa seperti mendengar Carcass pulak diawal lagunya. Penangan Death Metal yang kental jelas dapat dihidu dari segenap lagu. Kedengaran sedikit teknikal dibeberapa bahagian lagu.

Phallic Twist juga jelas kedengaran pengaruh Carcass. Hahaha.. Ketukan drum yang bertenaga untuk minit pertama perlu diperhatikan. Memang kental. Ok, gua cukup berminat dengan riffing dan feel-in gitar didurasi 1:00. Memang feel. Mungkin track ini gua boleh kasi kredit sama drummer yang benar2 bertungkus lumus dengan stroke2 merbahaya nya.

Tumbang menjadi track penutup. Walaupun dengan pembawaan vocal yang sukar difahami gua masih dapat memahami beberapa sebutan dari Djinn walaupun samar2. haha.. Sebuah lagu yang power tetapi masih berlegar dalam terma eksperimental pada pendapat gua.

Ok, sebenarnya susah jugak gua nak buat kesimpulan berkenaan album ini memandangkan kerja2 rakaman sememangnya diselenggara oleh seorang yang hebat dalam bab recording ni iaitu Jadam (Cruelty Division / Profane Creation / Necrotic Chaos). Mungkin gua boleh nyatakan sedikit dari segi sound gitar mungkin agak berlainan dari sound2 metal yang selalu kita dengar dari kebanyakkan band. Namun riffing nya masih ada bau2 old school, sedikit technical walaupun x mencapai tahap Carcass (Profane Creation selalu bawak lagu Carcass bila live). Manakala drum 80% agak berbunyi digital. Untuk perbandingan mungkin anda boleh imagin sound drum Fear Factory (mungkin ada sedikit persamaan dalam 60-70%). Vocal yang sedikit pelik untuk bahagian growl dan gua rasa power jugak scream yang dilakukan walaupun bukan seperti scream dari band2 Black Metal. Sound yang terhasil dari Cut Of The Knife pada pendapat gua agak sedikit pelik dari kebanyakan dan bila gua cantumkan sound produksi dan konsep bawaan Cruelty Division ianya seakan ada satu kekuatan disamping kelainan yang cuba diwujudkan pada band ini.

Ok dapatkan Cut Of The Knife dengan harga RM15 by hand dan RM22 by pos. Email Cruelty Division (kami sediakan dibawah video ini) untuk sesi pembelian atau anda boleh PM mereka di laman facebook Cruelty Division.



Video of the Week edisi Terminator Rock n Roll - Compressorhead - Aces of Spades cover

Gua dapat rasakan kalau Judgement Day ala Terminator berlaku, ia bermula dengan muzik. Robot bermain muzik, kemudian mengambil alih populasi manusia. Kemudian manusia pupus. Tamatlah riwayat kaum manusia. Enjois!


Editors' Pick: Best Releases & Music Videos 2012

Ok, ada baeknya kami stop sekejap mereview dan menginteview band untuk memberi laluan kepada entry ini iaitu album pilihan editor2 DtE iaitu Contramen dan A is for Anomaly.
Contramen

Ok, sebagai intro mungkin gua boleh cakap banyak jugak sen gua habis sekitar 2012 beli cd dan kaset (vinyl belom sampai seru..mungkin tahun ni 2013). Bagus jugak banyak band yang makin berani menghasilkan rilisan2 yang bagus untuk 2012 walaupon aktiviti mendonlod pun kencang sepertimana blog2 free donlod yang bersepah menanti pulangan dari Nuffnang. kahkahkah.. Disamping itu bukan setakat kaset, CD dan vinyl malah banyak band sudah berani menghasilkan video klip sendiri. Satu usaha yang berani dalam penggunaan software2 pembikinan video yang sangat mudah didapati alaf ini. Apa susah teknologi makin maju sekarang so gunakan secara maksimum. Ok cukup! gua ada beberapa rilisan yang gua rasa terbaek sekitar 2012. Dan mohon kemaafan single CD gua x pilih walaupon Sauts Alastor antara yang menjadi perhatian gua. Harap album penuh mereka bakal menyusul tak lama lagi.

1 - Tempered Mental - Pax Automata

Ok, gua memilih album ini sebagai antara album terbaek 2012 (sebenarnya konpius jugak 2012 or 2013 sebab mula dijual bulan 12 tapi boleh beli di kedai January 2013). Band yang pada gua membawa genre Progresive Rock/Metal ini seharusnya dimiliki album terbaru nya oleh pembaca. Ini kerana seperti yang pernah gua review album ini punya keistimewaannya tersendiri terutama dari segi teknikal nya. Juga sekali lagi gua ulangi ini merupakan sebuah album dari pemuzik kepada pemuzik. Mungkin pendengar biasa sukar nak hadam dan bagi pencinta dan pengkaji muzik album ini gua sarankan patut menjadi sebahagian koleksi anda. Kerap sangat gua temui fenomena orang kita lambat tau apa yang band kita lakukan. dan jangan dah sold out 10 tahun akan datang baru nak cari album ini. Akhir kata album ni jugak ada lagu2 yang berbentuk radio friendly. Album ni boleh pasang kat rumah dikala lepak2 dengan keluarga pun boleh. Ini album tak jahat dari segi penyampaian tapi jahat pada yang nak menghadamnya. Haha..

2 - Sparrow - Peperangan

Band dari Ipoh Perak ini sebenarnya gua pun xtau bila wujud. Bila gua google ada jumpa jugak Sparrow ni masuk Battle Of The Band bagai. Ok EP bertajuk Peperangan ini walaupun hanya berkonsep heavy metal tetapi gua ada sikit salute dari segi sound produksi nya. Bukan seperti anda dengar album Manterra, Kamikaze, XPDC (tolak album Kita Peng Yu sebab Kita Peng Yu ada sikit kick) dan sebagainya. Kalau nak kata sound Heavy Metal yang berat gua sarankan cuba2 lah risik kalau2 EP ini masih ada sebab setahu gua EP ini dikeluarkan agak terhad. Ada la dalam 200 keping atau pun 300. Gua pilih EP ini sebab sound produksi. Kredit kepada band dan juga seorang sound engineer dari Necro-X Studio iaitu Amergeddon yang sebenarnya gua memang dok perati hasil kerja tangan beliau dalam rakaman2 yang dihandle nya.

3 - Snäggletooth - Demo 2012

Ok, setahu gua ini band dari Singapore dan terdiri dari line up beberapa band Crusty Punk. Untuk Snäggletooth, walaupun demo ini hanya memuatkan 3 buah lagu dalam format kaset ternyata ianya suatu yang bagus dari sudut penulisan dan penciptaan lagu2 nya. Gua tak boleh nak kata band ini tiada originaliti dari segi konsep music sebab mereka sendiri menyatakan bahawa Snäggletooth  ialah band yang ditubuhkan semata2 sebagai tribute kepada Motorhead. Ya memang gerek seperti melayan lagu2 pantas dari Motorhead. Cuma Motorhead ada lagu2 yang separa fast tetapi Snäggletooth totally laju dan boleh bikin rasa nak berdancing! Ini band harus diberi perhatian kalau diorang nak rilis sesuatu selepas ini. Rock n Roll + Heavy Metal + Punk yang cukup padat dan kental!

4 - Tools Of The Trade - Defy

Ini antara album yang menampakkan perubahan (tak bleh kata drastik sebab EP Pulse sebelum Defy ni diorang dah jadi bagus) secara menyeluruh dan pada gua jugak ini antara rilisan bergenre Grindcore  yang punya kualiti dari segi sound produksi. Boleh jual dan boleh bikin mat saleh di luar sana faham Malaysia juga power main Grindcore. Lama jugak gua tunggu hasil sebegini dari band Grindcore tempatan sejak zaman Parkinson lagi. hahaha. Kalau di beri pilihan mau jugak gua pilih lagu2 dari split Cd mereka bersama band Indonesia iaitu Busuk sebagai antara terbaek kerana lagu2 tersebut agak gila kental tapi gua xmau pilih sebab itu split. memadai gua pilih Defy sebagai hasil terbaek 2012 untuk konsep Grindcore tempatan. Dan gua rasa Tools Of The Trade sendiri guna modal Defy untuk bawa diorang tour Eropah 2012 yang lepas. Ok jap, 3 keluaran terakhir Tools of the Trade gua ada perasan semuanya ada sentuhan dari sound engineer nama Zahid. Power jugak mamat ni macam Amergeddon tadi. Teringat gua pada ujong 90an ke awal 2000 ada 1 sound engineer nama Alin yang terlibat dalam rakaman album Mandatory dan Koffin Kanser. Mana la mamat Alin ni menghilang..

5 - Humiliation - From Strength To Strength

Ok pada kaki Old Skool Death Metal gua rasa sikit saja gua nak tulis. Ini album memang ngam sama macam album2 diorang terdahulu. Produk yang bagus dari segi penulisan lagu dan juga kualiti rakaman. Siap mastering di USA lagi album ni. Pejuang2 perang ni pun dah tour Jepun dan Eropah. Pada yang belom pernah tengok diorang punya live memang power. Sama power macam album ni jugak. Walaupun sama kualiti macam album2 terdahulu tapi gua tetap pilih From Strength To Strength sebagai antara album terbaek 2012 tempatan. Gua ulang skali lagi sound engineer diorang Zahid jugak (macam ToTT) dan dah macam studio rasmi pulak bila Hotsound Studio Wangsa Maju jadi port rakaman album2 Humiliation.

Kalau nak ikut banyak jugak rilisan2 power yang menarik perhatian gua tapi senang crita apa yang gua tulis diatas tu tetap menjadi kepuasan gua. Gua tolak faktor sahabat sebab gua ada jugak baek dengan beberapa band tapi apa yang gua tulis diatas adalah antara yang paling "menangkap" dalam kecerewetan telinga gua. Ok, selain album2 yang gua list diatas mungkin album Silent Death - Silent Kiss Of Death boleh di sambar oleh anda. Kekuatan sound produksi dan beberapa lagu yang power. Hayagriva yang muncul dengan album Descendant XII yang punya banyak track, Imperial (angkatan Black Metal segugusan Sauts Alastor dan Aradia) yang muncul di hujung tahun dengan Transcendent Salvation dimana sebuah band Balck Metal yang punya pengaruh music lama menggunakan teknologi baru yang mana merakam album di Bandshop yang rata2 menjadi port rakaman band2 jiwa muda. Carburetor Dung juga muncul dengan album penuh Inginku Rejam Raksasa Kejam penuh dengan lirik berbau politik. Wrecka band Perlis yang gila lucah dan tak ada undang2, Hereafter yang tiba2 mucul dengan album bersound profesional dan ntah belambak lagi.

Ok, apa lagi? kalau music video gua pilih Dicktracy - Disconsolate. Gua harap 2013 akan lahir beberapa album yang lebih power dan x termaktub dalam katogeri najis sebab apa yang dihasilkan diperhati oleh orang luar. Jangan bikin malu negara kita. 2013 gua tunggu Herriot (album baru mungkin selepas pertengahan tahun), Sarjan Hassan (album penuh mungkin), Reason To Resist (album jugak kalau boleh), Atomic Death (dah rilis EP dan 1 split CD, pasni gua nak album penuh jugak), Kathgor (ni kalau ada line up diorang baca gua nak bagitau gua harap 2013 boleh la rilis album penuh) dan mungkin gua harap dapat dengar album baru dari 2 band ni.. Brain Dead atau Infectious Maggots. Dua2 band ni kalau rilis live album pun sangat bagus... Ok cukup sampai disini, gua bagi chance A is for Anomaly pulak mengarang..

---------------------------------------------------------------------------------------------
A is for Anomaly

Sebenarnya gua takde buat pun list album terbaik 2012. Tapi ada beberapa album yang berbaloi untuk gua mention kat sini. Sila ambil perhatian, senarai Contramen lebih tertumpu kepada releases tempatan (support!) manakala gua punya bercampur-campur.

1 - Eluveitie - Helvetios

Lepas terbitan Everything Remains (As It Never Was) yang mengecewakan, gua macam tawar hati jugak dengan band Folk Metal Swiss ni. Apparently mereka kembali pada 2012 dengan Helvetios, sebuah album konsep. Terkejut jugak banyak gila trek dalam album ni. Yang paling menggembirakan, ia tak stale macam album sebelumnya. Lebih agresif dengan penceritaan yang lebih teratur. Sebenarnya gua selalu membandingkan Eluveitie dengan Ex Deo memandangkan dua-dua band ni bawak tema sejarah bangsa dan kaum. Eluveitie lebih win di department folk instruments, manakala Ex Deo lebih menonjol dari segi agresif-wise. Gua puas hati, selaku seorang peminat tegar Eluveitie gua recommend ini antara album berjaya 2012.

2 - Aborted - Global Flatline

Video klip The Origin of Disease membuka mata gua terhadap band deathgrind daripada Belgium ni. Elemen modern yang disuntik kadang-kadang buat macam mereka ni borderline kepada Deathcore dan American Metal, tapi itu mungkin pandangan gua lah. Lepas menerbitkan beberapa album yang dikira lemau dan tak bermaya, Global Flatline membawa nafas baru dengan kemasukan beberapa bekas ahli Abigail Williams seperti Ken Bedene dan Michael Wilson, dan juga penampilan beberapa star dalam scene metal antarabangsa macam Trevor Strnad (The Black Dahlia Murder) dan Keijo Niinima (Rotten Sound) untuk menjadikan ini sebuah terbitan yang solid. Gua tertarik dengan tema kehancuran dan apocalyse yang digambarkan seperti virus yang merebak/zombie. Mungkin ianya allusion kepada isu yang lain, agama contohnya. Mungkin.

3 - Visitant - The Sword Without Eyes

 Satu-satunya band tempatan yang buat gua keluar mencari CD mereka di record store sana-sini pada tahun lepas. Ini disebabkan hype daripada lagu Tales of the Past II mereka yang sangat folk-ish dan outstanding. Sebagai seorang yang cerewat dalam membeli physical releases, gua berani cakap ini adalah pembelian yang berjaya untuk 2012 hahaha. No, seriously kesemua trek yang dihidangkan adalah solid dan spot on. Gua memasang harapan untuk Visitant terus menawarkan sesuatu untuk scene tempatan, sekurang-kurangnya bukan another bestial thrash black metal ke deathcore ke apa. Untuk tahun ni gua tunggu la camne tengok Visitant pergi. Perlu dipuji adalah packaging mereka yang decent. Bukan CD-R dengan sampul plastik ala cetak rompak. Ini adalah effort yang profesional daripada label Celestial Frequency. Pergi dapatkan...kalau masih ada la.

4 - Blood Legion - Promo 2012

 Kalau Contramen favour kepada Humiliation, gua lebih kepada Blood Legion. Band KL yang berkiblat kepada death/thrash ala Amerika ni kembali aktif pada awal tahun 2012 dengan sekeping promo. Selain aktif dengan sirkit gig tempatan, mereka juga ada menjenguk scene luar, antaranya bermain di Vietnam tak silap gua. Takde trigger, takde bassdrop, takde vokal ala babi, semuanya brutal dan relentless, a la old school. Kesanggupan mereka untuk mengeluarkan physical release dengan percuma juga mengagumkan gua, oleh itu mereka layak mendapat perhatian lu orang. Berita terbaru mengatakan mereka tengah bersedia untuk rakaman terbaru. Nice.

5 - Cardiac Necropsy - Shayateen

 Transformasi Cardiac Necropsy daripada Porno/Gore Grind kepada Technical Death Metal sebenarnya mengejutkan...in a good way. Shayateen adalah testimonial kepada ini. Death Metal ala Cryptopsy, kadang-kala macam Behemoth dan Nile..ah lazat. Dengarkan trek macam Azazel dengan scetion percussion di tengah lagu. Takpun Seventh dengan feeling ala padang pasir, siap ada keyboard lagi. Gua tak pernah dengar era goregrind Cardiac Necropsy, buat apa dengar kalau album Shayateen ni dah power gila. Recommended.

Honorable mention(s):

As-Sahar - Bugis. Technically, ini album diterbit betul-betul di penghujung 2011. Gua tak peduli kahkah. Ini barangkali release As Sahar paling radikal dengan tendency kepada National Romanticism dan sound folk. Malang sekali Akhzareth dan One Barchiel keluar daripada band ni menjelang 2012.

Lavatory - Transgression. Swedish Death Metal buatan Malaysia! Dengan EP Transgression kini mereka bernaung di bawah Pulverized Records. Power, dan sememangnya layak. Gua berharap Lavatory dapat tour Eropah macam Humiliation. Melihat band-band membawakan old school death metal dengan pelbagai variasi, apakah sekarang demam old school death metal?

Untuk music video pulak, gua personally memilih Caladrius - His Knife. Lagu catchy dengan video yang berkualiti. Aborted - The Origin of Disease juga tidak mengecewakan dengan video yang sinister dan brutal. Sebagai peminat kucing dan muzik metal, gua memilih video Give Zombies the Vote - Black Hole (feat Bill Murray). Gua tak peduli, ini video kiut kahkah! Yang terakhir sekali adalah video Alcest - Les Voyages De L'Ame yang dreamy. Okay lah gua serahkan balik dekat Contramen. Thanks!

--------------------------------------------------------------------------------------------- 

Ok, itu saja rasanya antara rilisan sekitar 2012 yang pada kami antara terbaek. Mungkin ada percanggahan pendapat antara kami dan anda diluar sana. Sebagai penulis x berbayar dan minat pada muzik inilah yang dapat kami tulis. Buat band2 yang kami list kan hasil terbaek 2012 diharap dapat mempertingkatkan lagi usaha. Juga band2 yang sedang dalam usaha melangkah jauh, kitorang harap 2013 akan jadi titik permulaan untuk band (atau individu) lu orang mula mengorak langkah. Awal 2013 sahaja walaupun beberapa hari menjelang gua dapat tengok beberapa band menghasilkan material2 berkualiti. Teruskan berkarya walaupon nuffnang menawarkan wang ringgit kepada owner2 blog download yang kasi upload korang punya hasil. Juga pesanan terakhir gua kepada band2, hasilkan sesuatu yang berkualiti kerana apa yang anda hasilkan itu dibayar oleh pendengar. Adakah anda mahu mereka melabur wang ringgit untuk hasil yang tiada kualiti? Tepuk dada dan tanya kalendar 2013.. Hahaha.. jumpa lagi.. Terima Kasih...


Negation - With His Own Eyes What The True Enemy Of Mind Is (2012)

Negation, sebuah band yang membawa irama grindcore kental sejak awal penubuhan akhirnya telah muncul dengan sebuah rakaman album penuh setelah kewujudan sekitar 1992 dahulu lagi. With His Own Eyes What The True Enemy Of Mind Is adalah tajuk album yang dinantikan peminat grindcore terutama bagi penggemar music pantas dan berdurasi pendek ini. Walaupun mengalami sedikit perubahan line up namun album ini dapat dihasilkan juga dimana line up terkini Negation adalah Yore - Vocals/Bass, Madie - Guitars dan Hezree - Drums.
 Cover layout oleh Deck Charles

Tracklist :

1 - Tok Moh
2 - Critical Nostril Maggot
3 - The Thong Theory
4 - Operation Cedar Falls
5 - To Kill The Chief
6 - Bridge Buasir
7 - Unflushed Toilet
8 - Butt Sniffer
9 - Annoying Donkey
10 - Blustering Bastard
11 - Multilevel Conspiracy
12 - Rotten Cheeseburger
13 - Ask The Arsehole
14 - Shave Your Armpit
15 - Parasite
16 - Killed By Achmed
17 - Talk To The Hand

With His Own Eyes What The True Enemy Of Mind Is melalui proses rakaman di BMW Studio dan mengambil masa yang agak panjang iaitu sekitar 3 tahun dari 2009 sehingga 2012. Tidak dinyatakan siapa yang bertanggungjawap dalam hal pengurusan rakaman ini. With His Own Eyes What The True Enemy Of Mind Is di keluarkan oleh Grind Peace dan Schizosound Records.

Rata2 album ini  terdiri dari track berdurasi paling pendek 32 saat dan paling panjang pun tak sampai 3 minit. haha.. ya inilah grindcore! Untuk gua mereview 17 track berdurasi pendek ini gua sendiri ngaku agak payah sebab x sempat nak feel lagunya dah tamat.kakaka.. Tapi beberapa track seperti
Critical Nostril Maggot, Blustering Bastard, Multilevel Conspiracy dan Killed By Achmed masih sedap dilayan dengan blastbeat dan grind serata alam. Haha..

Pada gua album penuh dari Negation ini dari segi sound producksi sudah cukup baek dan agak profesional bersesuaian dengan konsep music yang dibawakan. Mungkin juga sepatutnya Negation sudah lama menghasilkan album dengan sound produksi sebegini. Walaupun dari segi permainan instrument yang laju seperti ribut namun kesemua masih berada dalam level terbaek dan seimbang. Pemilihan sound yang berani dan tidak berharap kepada raw sound seperti kebanyakkan band grindcore yang baru muncul kini.

Bagi anda yang merindui lagu2 terbaru Negation yang seingat gua terakhir dikeluarkan ketika kompilasi Metal To Metal I dahulu, maka kini mungkin anda akan lebih puas kerana apa yang dihasilkan dalam album penuh ini adalah jauh berbeza dari segi sound produksinya. Kira telinga lu orang lagi puas la kot..Hahaha..

With His Own Eyes What The True Enemy Of Mind Is (2012) boleh didapati hanya dengan harga RM7 by hand dan RM11 by pos melalui Grind Peace atau Schizosound Records. Negation juga ada mengeluarkan tee rasmi album ini dan lu orang boleh dapatkan dengan menghubungi Mr. Nick HxTx at 017-3305525.


Critical Nostril Maggot


VotW Edisi Apresiasi Careless Whisper - Sexy Sax Man

Kahkah! Apa perasaan lu orang bila ada random stranger main sax solo daripada lagu hits Careless Whisper kat tempat random? Tak masuk akal betul.  Enjois!



Putrefied Remains - In Gloomy Darkness Mourning (2012)

Band yang pernah kami review EP pertama mereka bertajuk EERI - Spread The Hate (klik untuk baca) ini sekali lagi muncul dengan material terbaru. Putrefied Remains antara band tempatan yang membawa genre Occult Metal yang berpaksikan irama Metal dari Greece seharusnya harus diberi perhatian. Ini kerana dari EP pertama dan kemunculan material terbaru bertajuk In Gloomy Darkness Mourning yang hanya dikeluarkan secara limited dalam format kaset ini rasanya punya banyak improvement dari segi permainan (instrumental) , arrangement song dan paling gua suka konsep yang dibawa masih kekal utuh tanpa sedikit pun walaupun nampak sedikit perubahan dari segi teknikal music terbaru kali ini.
Tracklist :

1 - In Gloomy Darkness Mourning
2 - Alma Mater (Moonspell Cover)
3 - Horror In Gothic Genre's Grave (Obsecration)

Tidak dinyatakan studio rakaman didalam inlay tetapi gua dapat rasakan bahawa Putrefied Remains masih menggunakan studio terdahulu dimana EP mereka dirakam iaitu Thronepoyak Abysmal Music Garage dan dilakukan oleh orang yang sama kerana pada pendengaran gua sound production yang dihasilkan masih sama seperti EP terdahulu. Untuk kali ini tiga buah track dihasilkan dimana single terbaru yang digunakan sebagai tajuk iaitu In Gloomy Darkness Mourning merupakan lagu sendiri mereka dan disertakan 2 buah lagu cover iaitu Alma Mater dari Moonspell (Portugal) dan Horror In Gothic Genre's Grave dari Obsecration (Greece). Ok mungkin perlu gua bagitau kaset ini turut disertakan bonus track ketiga2 lagu dari EP terdahulu sebagai bonus track.

In Gloomy Darkness Mourning pada gua seakan kesinambungan dari apa yang telah Putrefied remains hasilkan dari EP terdahulu. Masih mengekalkan feel yang sama malah susunan lagu masih berjaya dikawal agar tidak lari dari music direction band ini. Menarik walaupun berdurasi agak panjang.

Alma Mater menjadi lagu saduran pertama dirakam. Dihasilkan oleh Moonspell dan berjaya dibawa dengan baek sekali. Disertakan juga vocal dari Azimuth Lan untuk bahagian clean vocal. Juga sebuah lagu yang berjaya dibawa dengan baek sekali oleh Putrefied Remains.

Horror In Gothic Genre's Grave yang merupakan sebuah lagu saduran dari band bernama Obsecration berjaya dibawa dengan baek dan feel music direction Putrefied Remains masih berjaya dikekalkan walaupun lagu ini agak brutal, kental dan laju. Dari lagu2 terdahulu sehingga terkini gua dapat rumuskan ini merupakan antara track paling mencabar berjaya dibawa Putrefied Remains dengan penuh gaya. Agak terpegun jugak gua dengan solo gitar berhantu yang dihasilkan. Memang power tambahan pula beberapa part mood lagu yang dimainkan berubah. ya ini track pilihan gua!

Secara peribadinya gua rasakan mutu rakaman yang dihasilkan kali ini masih seperti EP terdahulu. Sound yang crystal clear dan solid berjaya dihasilkan dengan baek sekali. In Gloomy Darkness Mourning yang menjadi single terbaru ini sememangnya masih punya feel Greece Metal yang kuat. Seperti terdahulu, riffing dan mood keyboard sebagai layer banyak memberi feel pada setiap lagu yang dirakam.

Kredit juga gua berikan kepada gitarist band ini yang telah melakukan solo yang cukup hebat didalam lagu cover kedua bertajuk Horror In Gothic Genre's Grave dan pada gua Putrefied Remains sudah bersedia untuk menggegarkan pentas2 gig tempatan. Mungkin jika Rotting Christ melakukan persembahan di Malaysia tidak teragak2 lagi ini lah band yang selayaknya menjadi opening act mereka. Kenapa gua cakap begitu? Anda akan bersetuju setelah mendengar lagu2 Putrfied Remains. Seperkara lagi, gua sukakan tone bass yang dihasilkan dari rakaman ini. Cukup lemak dan sedap didengar. Ok, cakap banyak xmau lah.. dapatkan kaset ini dan gua pasti anda akan tahu jawapnnya kelak.

In Gloomy Darkness Mourning boleh didapati dengan harga RM10 by hand dan RM13 by postage melalui Morbid Invasion Records atau anda menghubungi sendiri line up band (kami sertakan link di bawah video preview ini) ini sendiri. Siapa kata lagu2 feel lama ni dah mati??? Hahaha.. ini jawapannya..

Alma Mater (Moonspell Cover)