Imperial - Transcendent Salvation (2012)

Imperial antara nama lama yang lebih awal telah termaktub dalam gugusan muzik gelap tempatan. Menghasilkan rilisan berbentuk demo tape di pertengahan 90an namun bertapa agak lama sebelum kembali menghangatkan lagi persada muzik gelap tempatan pada 2009 dengan penghasilan single bertajuk The Conquering yang turut memuatkan 3 lagu demo 1995 mereka dahulu. Transcendent Salvation muncul di penghujung 2012, walaupun (dari pemerhatian gua dari sesawang page facebook) seakan terperap 6-7 bulan setelah selesai rakaman namun apa yang dihasilkan sungguh memberansangkan. Juga perlu di nyatakan band ini yang segugusan dengan Sauts Alastor dan Aradia punya kelainan dalam direction music Black Metal bawaan mereka. Mungkin frasa yang paling sesuai untuk 3 buah band ini adalah mereka tidak membawa konsep tipikal Black Metal yang rata2 boleh dikesan pembawaannya di tanahair kita ini.
Zam : Vocals / Bass
Zarim : Guitars / Synth
Jon : Guitars / Backing Vocals
GKnight : Drums

Artwork oleh Cor-Draconis Adi Hatinaga, Luna Aurora

Tracklist :

1 - A Foreseen Grandeur
2 - Denounce Vengeance
3 - Dawn Of Deliverance
4 - The Conquering
5 - Beyond The Ruins
6 - Anthem Of Salvation
7 - Lament For The Loss
8 - Insignia End

Transcendent Salvation menjalani proses rakaman, adunan dan mastering di The Bandshop Studio. Agak lama juga tempoh rakaman (gua rasa berperingkat-peringkat) dimana ianya bermula dari October 2009 sehingga Februari 2011. Sound engineer yang bertanggungjawap dalam proses rakaman ialah Sendart.

A Foreseen Grandeur merupakan track pertama dimana ianya sekaligus menolak sama sekali kualiti rakaman demo2 terdahulu Imperial hanya dengan kualiti rakaman terbaek setakat ini dari Imperial. Segala2 nya clean and clear! Sebuah track yang cantek dan solid dengan penggunaan banyak riffing berbeza sepanjang lagu. Ok, riffing2 juga punya kepelbagaian idea. Ini track paling panjang berdurasi 10 minit 2 saat.

Denounce Vengeance agak kental seram dari mula lagi. Dengan layer keyboard benar2 memberi feel yang agak kelam. Suku pertama lagu gua dapat menghidu beberapa riffing yang agak thrashy namun layer keyboard berjaya membawa mood berlainan pada lagu ini.


Dawn Of Deliverance bermula dengan permainan gambus dimana khidmat sessionist digunapakai iaitu Zulkifli Ramli dari Dewangga Sakti / Space Gambus Experiment). Susunan lagu yang baek dan kombinasi layer keyboard yang bersahaja disulam bersama downstroke riffing yang baek. Boleh tahan nak layan lagu ni. Durasi 8 minit. haha..

The Conquering merupakan track yang diambil dari single CD 2009 yang turut memuatkan track2 dari demo tape 1995. Masih mengekalkan mood yang sama dengan kepelbagaian riffing (adakalanya kedengaran diulang-ulang). Sesuatu yang menarik ialah sound2 keyboard yang digunakan agak menarik dan jarang digunakan band2 beraliran Black Metal. Durasi lagu 8 minit 20 saat.

Beyond The Ruins agak kedengaran melodic. Verse pertama, melodi vocal dan riffing yang kedengaran selari walau dalam nada bermelodi. Perubahan mood yang agak thrashy pada suku pertama lagu sebelum disusuli solo gitar boleh bikin rasa nak headbang. Haha.. Solo gitar pun mencengkam jiwa! Solo kedua dipertengahan lagu jugak perlu diberi pujian dengan arpeggio yang berjaya dimainkan tanpa perlu dipertikaikan lagi. Ermmm bagus jugak track ini dan kerapkali juga rasa nak headbang. Durasi 8 minit 24 saat. Gua pilih track ni antara track pilihan gua pertama sebab ada flow laju, perlahan dan kepelbagaian permainan terutama dari pemain gitar.

Anthem Of Salvation juga menarik riffing dari awal sehingga verse pertama. Susunan yang bijak yang secara logiknya mengajak pendengar agar ingin mendengar lagu keseluruhan dan seterusnya. Sehingga pertengahan lagu kredit harus diberi kepada kesemua line up yang berjaya membawa peranan dengan penambahan feel masing2 dalam setiap instrument dimainkan. Ok, kenapa gua tiba2 berasa seperti mendengar Slayer - Raining Blood ya? haha.. nak tau kenapa sila dapatkan CD ini.. haha.. Jap.. track ini berdurasi 9 minit 35 saat.

Awal2 lagi gua nak bagitau durasi untuk Lament For The Loss adalah 5 minit 21 saat. Merupakan antara track paling pendek untuk album ini. Mood yang suram digunakan sepenuhnya didalam lagu ini. Seakan menggambarkan suasana kesedihan yang mutlak.

Insignia End menjadi track terakhir bermula dengan riffing yang agak segar bersama layer keyboard. Permulaan yang agak panjang meleret sebelum vocal mengalunkan suara. Kepelbagaian riffing dan kreativiti dalam mengembangkan note2 berdasarkan chord2 yang digunakan harus diberi pujian. Imperial ternyata punya idea yang bagus dalam berkarya. Track ini berdurasi 9 minit 28 saat.

Secara keseluruhan gua boleh klasifikasikan Transcendent Salvation antara rilisan berkonsep Black Metal yang bagus dan bermutu jika diambil dari aspek sound produksi. Kualiti akhir yang dapat didengar sudah mencapai tahap profesional album yang sepatutnya dilakukan oleh band2 berkonsep sebegini terutama dari negara kita ini. Dari segi lagu2 yang dihasilkan punya kualiti tersendiri dan menyimpang dari tahap tipikal Black Metal yang sering kita dengar dari band2 tempatan (macam gua cakap kat intro di perenggan pertama di atas tu).

Sesuatu yang gua banggakan ialah Imperial tidak tampil dengan material yang punya sound "raw" walaupun kemunculan demo2 awal mereka boleh dikatakan seakan membawa konsep Raw Black Metal (dari sound rakaman yang dihasilkan). Agak mengejutkan band yang telah lama dan kebanyakkan masih berpegang kepada bunyian raw akan kekal dengan bunyian raw, namun Imperial tampil dengan sound profesional album. Rakaman yang bersih, solid dan menggunakan kaedah rakaman terkini (berdasarkan studio rakaman yang dinyatakan menjadi tempat rakaman). Kredit seterusnya harus diberi kepada sound engineer iaitu Sendart kerana berjaya menghasilkan sound terbaek untuk Transcendent Salvationdan tidak lupa juga line up yang berjaya menghasilkan idea2 segar dalam mendevelop setiap chord dan not2 yang digunakan. Drummer juga berjaya memberikan impak terbaek dalam permainannya.

Pada gua, Transcendent Salvation adalah satu kemestian untuk dimiliki terutama jika anda adalah antara pengikut Imperial di awal kemunculan mereka dahulu. Ini merupakan masterpiece terbaek yang dihasilkan Imperial sepanjang kewujudan mereka. Bersama sebuah poster bersaiz A2 beserta sticker dan cover sleeve booklet 8 pages, Transcendent Salvation boleh di dapati dengan harga RM25.90 by hand yang boleh dibeli melalui band sendiri, label Renascent Axis Production atau outlet2 (klik sini) yang disenaraikan.

Imperial - Denounce Vengeance (Live)

2 feedbacks:

mulysametalmilitia said...

aku ada cd ni sayangnya casing cd tu cair dimamah mentari sebab letak atas dashboard kereta.nasib baik cd nya selamat.

Mohd Nieyzarm Mustapa said...

tgh tunggu pakej cd & tee Imperial sampai