Putrefied Remains - In Gloomy Darkness Mourning (2012)

Band yang pernah kami review EP pertama mereka bertajuk EERI - Spread The Hate (klik untuk baca) ini sekali lagi muncul dengan material terbaru. Putrefied Remains antara band tempatan yang membawa genre Occult Metal yang berpaksikan irama Metal dari Greece seharusnya harus diberi perhatian. Ini kerana dari EP pertama dan kemunculan material terbaru bertajuk In Gloomy Darkness Mourning yang hanya dikeluarkan secara limited dalam format kaset ini rasanya punya banyak improvement dari segi permainan (instrumental) , arrangement song dan paling gua suka konsep yang dibawa masih kekal utuh tanpa sedikit pun walaupun nampak sedikit perubahan dari segi teknikal music terbaru kali ini.
Tracklist :

1 - In Gloomy Darkness Mourning
2 - Alma Mater (Moonspell Cover)
3 - Horror In Gothic Genre's Grave (Obsecration)

Tidak dinyatakan studio rakaman didalam inlay tetapi gua dapat rasakan bahawa Putrefied Remains masih menggunakan studio terdahulu dimana EP mereka dirakam iaitu Thronepoyak Abysmal Music Garage dan dilakukan oleh orang yang sama kerana pada pendengaran gua sound production yang dihasilkan masih sama seperti EP terdahulu. Untuk kali ini tiga buah track dihasilkan dimana single terbaru yang digunakan sebagai tajuk iaitu In Gloomy Darkness Mourning merupakan lagu sendiri mereka dan disertakan 2 buah lagu cover iaitu Alma Mater dari Moonspell (Portugal) dan Horror In Gothic Genre's Grave dari Obsecration (Greece). Ok mungkin perlu gua bagitau kaset ini turut disertakan bonus track ketiga2 lagu dari EP terdahulu sebagai bonus track.

In Gloomy Darkness Mourning pada gua seakan kesinambungan dari apa yang telah Putrefied remains hasilkan dari EP terdahulu. Masih mengekalkan feel yang sama malah susunan lagu masih berjaya dikawal agar tidak lari dari music direction band ini. Menarik walaupun berdurasi agak panjang.

Alma Mater menjadi lagu saduran pertama dirakam. Dihasilkan oleh Moonspell dan berjaya dibawa dengan baek sekali. Disertakan juga vocal dari Azimuth Lan untuk bahagian clean vocal. Juga sebuah lagu yang berjaya dibawa dengan baek sekali oleh Putrefied Remains.

Horror In Gothic Genre's Grave yang merupakan sebuah lagu saduran dari band bernama Obsecration berjaya dibawa dengan baek dan feel music direction Putrefied Remains masih berjaya dikekalkan walaupun lagu ini agak brutal, kental dan laju. Dari lagu2 terdahulu sehingga terkini gua dapat rumuskan ini merupakan antara track paling mencabar berjaya dibawa Putrefied Remains dengan penuh gaya. Agak terpegun jugak gua dengan solo gitar berhantu yang dihasilkan. Memang power tambahan pula beberapa part mood lagu yang dimainkan berubah. ya ini track pilihan gua!

Secara peribadinya gua rasakan mutu rakaman yang dihasilkan kali ini masih seperti EP terdahulu. Sound yang crystal clear dan solid berjaya dihasilkan dengan baek sekali. In Gloomy Darkness Mourning yang menjadi single terbaru ini sememangnya masih punya feel Greece Metal yang kuat. Seperti terdahulu, riffing dan mood keyboard sebagai layer banyak memberi feel pada setiap lagu yang dirakam.

Kredit juga gua berikan kepada gitarist band ini yang telah melakukan solo yang cukup hebat didalam lagu cover kedua bertajuk Horror In Gothic Genre's Grave dan pada gua Putrefied Remains sudah bersedia untuk menggegarkan pentas2 gig tempatan. Mungkin jika Rotting Christ melakukan persembahan di Malaysia tidak teragak2 lagi ini lah band yang selayaknya menjadi opening act mereka. Kenapa gua cakap begitu? Anda akan bersetuju setelah mendengar lagu2 Putrfied Remains. Seperkara lagi, gua sukakan tone bass yang dihasilkan dari rakaman ini. Cukup lemak dan sedap didengar. Ok, cakap banyak xmau lah.. dapatkan kaset ini dan gua pasti anda akan tahu jawapnnya kelak.

In Gloomy Darkness Mourning boleh didapati dengan harga RM10 by hand dan RM13 by postage melalui Morbid Invasion Records atau anda menghubungi sendiri line up band (kami sertakan link di bawah video preview ini) ini sendiri. Siapa kata lagu2 feel lama ni dah mati??? Hahaha.. ini jawapannya..

Alma Mater (Moonspell Cover)

0 feedbacks: