Mortuary Ancestor - Doctrine Of Hatred (EP 2012)

Mortuary Ancestor merupakan sebuah band yang berpengkalan di Sandakan Sabah, telah menghasilkan beberapa rilisan terdahulu sejak tertubuhnya band ini sekitar 1994. Mereka boleh dikatakan antara veteren underground bagi scene Sabah kerana sejak 1997 band ini masih aktif mengeluarkan material2 dalam berbagai format. Terkini dibawah label Earblast Records, sekali lagi Mortuary Ancestor telah menghasilkan sebuah EP bertajuk Doctrine Of Hatred. Masih kekal dengan genre Death Metal, pada gua rilisan kali ini tampah lebih kental permainan instrument dan juga punya kekuatan tersendiri dalam setiap lagu yang dihasilkan.

 Romi - Guitar, Ryl - Drums, Riff - Bass dan Magoth - Vocals.

Artwork dan layout oleh Magoth

Tracklist :

1 - Doctrine Of Hatred
2 - Mist Of Darkness
3 - Spawn Creation
4 - Neverending Wish
5 - Super Unknown

Doctrine Of Hatred menjalani proses rakaman di Chromatic Studio Sandakan Sabah kecuali track bertajuk Super Unknown yang dirakam di Noose Studio, Kediri Indonesia. Suistro dan Cah merupakan sound engineer yang terlibat dalam proses rakaman dan sekali lagi Suistro terlibat dalam proses adunan EP ini.

Doctrine Of Hatred merupakan track pertama yang menjadi pengenalan bagaimana music terkini Mortuary Ancestor. Ok, sebuah track yang agak kental penangan Death Metal nya dari segenap sudut. Mengutamakan kelajuan dalam tempo permainan serta bawaan vocal yang memang kena dengan konsep music band ini.

Mist Of Darkness yang merupakan track kedua masih jelas kekentalan penangan Death Metal nya. Riffing yang kejam, paluan drum yang padu dan growl yang power menyerlahkan lagi track ini. Ok, untuk 2 track pertama ini gua boleh katakan Mortuary Ancestor sudah berada dalam kedudukannya tersendiri dalam persada music Death Metal tempatan.

Spawn Creation mungkin menjadi antara track paling brutal dari segi song arrangement. Permainan gitar dan drum yang kreatif menampakkan track ini kedengaran agak jahat. Solo gitar juga sesuai dan kena dengan mood track ini. Ermmm riffing dan progresion chord gitar untuk track ini memang agak mencabar. Kedengaran seakan ada penggunaan broken chord di hujung riffing yang dimainkan. Padat jugak track ini sebenarnya. Haha..

Neverending Wish merupakan sebuah track instrumental yang agak mendayu dengan solo gitar dan sedikit sample suara berbentuk orchestra (sedikit sahaja). Sebuah track instrumental berdurasi 1 minit lebih.

Super Unknown merupakan satu2 nya track yang dirakam di Indonesia (boleh jadi dirakam ketika mereka mengadakan persembahan di sana). Masih mengekalkan mood dan kekentalan secara maksima dalam penghasilan riffing dan arrangement untuk track ini. Cukup kental untuk bahagian riffing dan drum stroke nya.

Sepanjang pengamatan gua untuk EP ini boleh gua simpulkan bahawa Mortuary Ancestor banyak terpengaruh dengan band2 yang memainkan Death Metal yang laju seperti Morbid Angel. Music bawaan Mortuary Ancestor juga pada gua sudah jauh matang sepadan dengan pengalaman mereka dalam kancah gig dan scene bawah tanah tempatan. Corak permainan gitar dan drum untuk EP ini memang cukup bersemangat dan kental. Mungkin kredit harus diberikan kepada kedua line up diposisi ini namun tidak dilupakan juga bassist yang menjadi tunjang setiap lagu serta growl dan scream dari vocalist.

Sound produksi untuk Doctrine Of Hatred sudah berada pada landasan yang baek kerana tahap keseimbangan bunyian setiap instrument jelas dapat didengar. Mungkin jika anda seorang yang punya telinga yang cerewet dapat menghidu sedikit perbezaan sound pada track terakhir kerana ianya dirakam di Indonesia. Mungkin kedengaran sedikit berbeza. Pada gua untuk keluaran akan datang mungkin Mortuary Ancestor akan menghasilkan track2 yang lebih brutal dan kental dan harapnya sound produksi akan datang akan lebih bagus dari apa yang dihasilkan untuk EP ini. Ok, sebenarnya gua tak puas dengan 5 lagu (4 bervocal sebenarnya plus sebuah instrumental) sahaja kerana Death Metal sebegini kalau layan 9-10 lagu baru boleh biol sikit kepala otak terutama untuk gua sendiri. Haha.. Gua harap Mortuary Ancestor bakal menghasilkan album penuh terbaru dalam masa terdekat atau mungkin tahun depan kerana pada gua Mortuary Ancestor sudah berada di landasan tersendiri untuk music kental dan tepu seperti ini.

Dapatkan Doctrine Of Hatred dengan harga RM15 postpaid dari Earblast Records dan kenali Mortuary Ancestor melalui beberapa link yang kami sediakan dibawah sample lagu mereka ini.



VotW - Nervewreck - Revelations

If my memory serves me right, I remember watching Nervewreck playing for Rock the World many years back (not sure, I have problem recalling my memory lol). All I can remember was, these guys were total mental wreck playing pure chaotic sonic assault. Let's see whether they are the same old Nervewreck. Well, enjoy. The boys are back now.


Go like them at Facebook, and tell them Dissecting the Euphony sent you!

Vilthrone - The End Ov Nasrani (EP 2013)

Vilthrone, sebuah nama baru dari Sandakan Sabah merupakan antara band baru yang pada gua agak menyerlah dalam kancah music gelap tempatan. Bersandarkan pada terma Black Metal, sebuah EP bertajuk The End Ov Nasrani telah terhasil dimana hanya 3 buah lagu dipertaruhkan sebagai pengenalan kepada pendengar bahawa Vilthrone antara band Black Metal tempatan yang perlu diberi perhatian. The End Ov Nasrani di keluarkan oleh Earblast Records sebuah label yang berpengkalan di Sabah.

Bobwar - Gitar, Eiried Astarte - Drum, Ramsis - Bass, Vlad Lixion - Vocals

Cover artwork dihasilkan oleh Ironworx Gravefix

Tracklist :

1 - Christ Will Die
2 - The Armies Ov Satan
3 - It's Time To Rule

The End Ov Nasrani melalui proses rakaman di Chromatic Studio Sandakan Sabah . Proses rakaman, adunan dan mastering dilakukan oleh K.Helvete (Crown Ov Horns)

Christ Will Die merupakan track pertama yang juga menjadi pengenalan bagaimana konsep dan direction music Vilthrone. Bermula dengan intro sound sample dan terjahan riffing yang sangat tipikal berbau Black Metal nya. Boleh dikatakan track pertama ini agak laju tempo nya ditambah dengan deruan paluan drum tanpa belas. Dapat dihidu sedikit pengaruh Dark Funeral dan Marduk untuk lagu ini.

The Armies Ov Satan boleh dikatakan punya mood tidak selaju track pertama. Agak moderate dan mendatar flow kali ini. Boleh juga dikesan pengulangan beberapa riffing namun pada gua ianya masih terkawal dan tidak mudah mendatangkan kebosanan.

It's Time To Rule menjadi track terakhir dan bermula dengan sound sample sebelum paluan drum menjengah. Ok, sekali lagi track ini kembali seperti mood di track pertama. Kelajuan tahap maksima untuk permainan setiap instrument. Untuk track ini gua dapat simpulkan Vilthrone agak menggunakan formula riffing yang menggunakan running chord yang agak melodic namun tidak keterlaluan dan mendayu seperti kebanyakan hasil Melodic Death Metal dan pada gua melodic acuan Vilthrone lebih kepada sound yang menyeksa dan memberi tekanan kepada pendengar.

Secara keseluruhan The End Ov Nasrani boleh dibanggakan dengan hasil akhir sound produksi yang baek dan punya tahap keseimbangan yang bersesuaian dengan konsep sebegini. Jika kebanyakan band beraliran Black Metal yang gua selalu hidu banyak berselindung disebalik sound raw tetapi satu pujian harus diberikan kepada Vilthrone kerana tampil dengan sound clean dan bersih untuk dijadikan produk pembukaan dan pengenalan kepada music mereka.

Perlu juga gua nyatakan walaupun di akhir2 penulisan bahawa band ini adalah terdiri dari individu2 yang pernah terlibat dengan beberapa band seperti WAR666, Barbalans, Kilatus, Demonyu, Huraisy dan Perpetual.

Dapatkan The End Ov Nasrani dengan harga RM15 postpaid dengan menghubungi Earblast Records untuk urusan pembelian CD ini.

Kenali Vilthrone melalui beberapa laman sesawang yang diwujudkan dibawah sample lagu mereka yang kami sediakan dibawah ini



Interview : Putrefied Remains - Penyambung Legasi Greece Metal

Dua review telah kami buat hasil dari EP pertama bertajuk EERIE : Spread The Hate dan sebuah rilisan limited edition format tape bertajuk In Gloomy Darkness Mourning yang mengandungi sebuah single terbaru + 2 lagu cover dan 3 track dari EP pertama. DtE terpanggil untuk menemubual band bernama Putrefied Remains ini untuk mengetahui selok belok berkenaan perjalanan band ini. Luangkan sedikit masa untuk mengenali band yang memperjuangkan irama Metal dari Greece ini.

1 - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kata2 pembukaan dari Putrefied Remains kepada pembaca sesi temubual ini?
Walaikumsalam. Kami hanya band baru…hahahah

2 - Bagaimana tercetusnya idea penubuhan Putrefied Remains? Siapakah mastermind disebalik kewujudan Putrefied Remains?
Mastermind! Jie Mutilator… Kesemua line-up Putrefied Remains merupakan rakan lama sejak dari zaman sekolah menengah lagi (awal 90an). Selepas tamat persekolah kami membawa haluan msg2 sehinggalah pada pertengahan 2011 gua bertemu semula dgn Jie Mutilator dan dia berhasrat ingin menubuhkan sebuah band yg berorientasikan Greek Black Metal dan kami cari semula rakan2 lama yg punyai minat yang sama.

3 - Latarbelakang line up2 sebelum bersama Putrefied Remains?
Jie Mutilator (Infernal Void / DIED /ex-Profane Creation), Thalexi Mastha (Infernal Void /ex-Dark Chronicles), Warhammer (Ex-Vetis/ex-Hellscream). Utk gua dan Necromorbidfire kami tak penah ada apa2 band yg established. Hanya Jamming suka2 zaman sekolah dulu. 

4 - Metal yang berasal dari Greece menjadi konsep pilihan Putrefied Remains. Mengapa memilih konsep sebegini?
Minat! Pada kami genre Black Metal dari Greece tidak tipikal….



5 - Eerie: Spread The Hate” MCD dan sebuah single (termasuk EP terdahulu) berformat kaset. Bagaimana penerimaan pendengar2 berhubung 2 rilisan tersebut?
Amat menggalakan, terutamanya kepada mereka2 yg merasai kehangatan scene 90an. Tidak kurang juge new followers.

6 - Berapa unit kedua2 rilisan tersebut terjual sehingga sekarang?
Rilisan pertama 200 copy, kedua 150 copy! Kedua2nya limited dan sold out. Dan masih ada lagi permintaan utk kedua2 material tersebut.

7 - Adakah kedua2 rilisan tersebut telah berada luar dari Malaysia?
China, Jepun, Greece, Germany, Singapore, Philippine, Thailand, Brazil…ermmm…tu je kut! Tak tau lah samada ada distro atau kawan2 yang spread kami punya material selain dari negara yang dinyatakan.

8 - Selain Sarcastic (RIP), apakah band2 Malaysia yang pernah membawa konsep sebegini?
Awal 90an dulu member lama ktorg, LAMIA. Lain2 ade juge, tapi dah lupa plak nama band tersebut.

9 - Cover song bertajuk Horror In Gothic Genre's Grave dari Obsecration agak laju tempo nya. Mengapa memilih lagu ini untuk di cover?
Line-Up Putrefied Remains sebahgianya berasal dari Editor2 Fanzine Putrefying Remains di awal 90an dulu, Obsecration  merupakan band terawal dari Greece yg di rebiu dan di interview kalu x silap! Sewaktu mendengar demo tape diaorg (Live Demo 1993) kami terus tertarik dgn track tersebut hingga ke hari ini. Susunan melodi nye sgt unik, lebih2 lagi Obsecration lari dari genre Black Metal, Florida serta Swedish Death Metal yg begitu gah tika itu….

10 - Editor DtE ada terbaca review mengatakan music Putrefied Remains tiada originaliti kerana terlalu kuat pengaruh Rotting Christ didalam music ciptaan Putrefied Remains. Apa komen Putrefied Remains berkenaan originaliti dalam maksud sebegini?
Mungkin sesetengah band beranggapan sound mereka adalah asli! Bagaimana dgn pendengar?!?...sering kali setiap rilisan band2 baru dikaitkan dgn sound band2 yg sedia ada. Jadi kami hasilkan apa yg kami minat, selebihnya terpulang kepada pendengar nak labelkan apa pengaruh muzik kami dan apakah genre kami. Dan sama sekali kami tidak berkecil hati dengan sesiapa sekali pun jika ada yg mengatakan sound Putrefied Remains punyai pengaruh kuat Rotting Christ… kerana tiada pembohongan disitu.

11 - Sound produksi rakaman yang solid jelas dapat didengar dari setiap rilisan Putrefied Remains namun untuk bahagian drum kedengaran agak statik. Apakah ada penggunaan drum machine dalam rakaman rilisan2 Putrefied Remains?
Tepat skali! Utk material pertama dan kedua sahaja….Namun begitu sebelum programming drum di buat, kami bertanyakan kepada drummer adakah dia boleh bermain sedemikian? Jika tidak kami olah kembali.

12 - Kami juga ada terbaca bahawa Putrefied Remains ada menyatakan bahawa projek untuk album penuh 2013 telah tersedia materialnya dan hanya menunggu masa untuk rakaman. Boleh ceritakan serba sedikit apa yang bakal terdapat didalam album penuh akan datang?
Proses rakaman telah selesai sepenuhnya termasuk mixing dan mastering, dan material ketiga Putrefied Remains yg juga album pertama kami bertajuk “Novus Ordo Seclorum” (New World Order). Mengandungi 8 track termasuk single “In Gloomy Darkness Mourning”. Susunan lagu masih tidak jauh beza, bermelodi dan mudah dipahami (utk peminat extreme metal lah). Cuma ade 2/3 track yg agak laju. Hanya menunggu pilihan cover album dan label mana yg akan riliskan material tersebut. Kami akan cuba mengeluarkanya sebelum pertengahan tahun ini.

13 - Mungkinkah ada perubahan iaitu penambahan elemen2 lain seperti teknikal didalam lagu2 terbaru nanti?
Sama2 kita dengar nanti…..

14 - Ada terdapat jemputan pemuzik atau vocalist untuk rakaman terbaru Putrefied Remains?
Hanya backing vocal utk 1 track dari sahabat lama kami iaitu Tajul Ariffin dari INFERNAL VOID. Dlm perancangan sepatutnya 2 org, atas2 sebab2 yg tidak dapat dielakan Jeff Illyas (SUFFERCATION) tidak dpt menyertai.

15 - Boleh nyatakan gear2 dan equipment yang digunakan Putrefied Remains dalam setiap rakaman yang dijalankan?
Jie Mutilator menggunakan 'Takamine GB410' Bass dan Thalexi Mastha' menggunakan gitar 'Jackson RR24'.  Bagi album penuh yang bakal dikeluarkan, Jie Mutilator telah mengambil alih sepenuhnya tugas 2nd gitar setelah pengunduran Nekromorbidfire. untuk rhythm, Jie Mutilator menggunakan gitar 'Edwards E-AL-128'. Bagi gitar amplifier, drum serta peralatan lain, Putrefied Remains hanya menggunakan peralatan sedia ada di studio sepenuhnya.

16 - Album2 band yang membawa genre yang sama dengan Putrefied Remains yang menjadi panduan dan rujukan dalam penulisan lagu2 Putrefied Remains?
Varathron (1st dan 2nd album), Rotting Christ (Demo’s-Triarchy Of The Last Lover), Thou Art Lord (Eosforos), Zemial (Sleeping Under Tartarus EP).

17 - Memandangkan line up Putrefied Remains berjauhan, bagaimana projek penciptaan sehingga latihan dilakukan?
Bermasalah dan sangat bermasalah sebenarnya, rekoding di jalankan melalui track by track! Kebiasaanya Jie Mutilator akan email pada gua track2 yg asasnya gitar dan drum utk penghasilan lirik, dan kami menetapkan satu masa utk record vocal track serta lead guitar dan bass pada waktu yg sama, begitu juga sesi latihan.

18 - Lirik2 Putrefied Remains lebih menjurus ke arah apa?
2 material pertama byk berunsur Occult dan Mystical. Untuk album penuh ada lirik berunsur Politik Songsang, World Chaos dan Perang. 

19 - Selain Rotting Christ, Varathron, Moonspell, Dark Vision, band apa lagi yang boleh Putrefied Remains highlight untuk perhatian penggemar2 music sebegini?
Dark Vision!?! Kitaorg x pernah dgr band tu! Lu org buleh dgr Septic Flesh, Thou Art Lord, Obsecration, Necromantia, Zemial, Zephyrous, Kawir, Nightfall, Grand Belials Key…. Kesemua band itu adalah playlist kami zaman sekolah hingga lah sekarang.

20 - Apa yang menarik dan hebatnya pada Putrefied Remains berkenaan Greece Metal ini?
Nak kata hebat byk lagi band2 yg lebih hebat selain dari Greece. Pada kami di awal 90an band2 dari Scandinavia mendominasi Muzik Black Metal tika itu, terutamanya Norwegian Black Metal! Siapa x kenal Burzum, Mayhem, Emperor, Enslaved, Hades, In The Woods, Arcturus, Immortal etc etc… tapi pada awal 90an kami explore “Ade Wind” Demo “Thy Mighty Contract”. Dan Rotting Christ dari Greece! dan kami cuba explore band Black Metal dari Greece! Sound yg unik dan sama skali bukan straight forward Black Metal dgn suara nyaring serta bising. Pernah dgr Band Black Metal dari Greece bersuara Nyaring seperti Tipikal Black Metal Sekarang? Hanya segelintir rasanya. Minat kami pada muzik tidak terhad pada 1 genre sahaja, Pop English/Malay 80an dan 90an pun kami dgr! Pada kami Greek band ada melodi yang catchy dan lebih beremosi tambahan pula element mereka tidak tertumpu pada pure Black Metal sepenuh nye. Mereka ada pengaruh Death Metal yg kuat dan sedikit Doom. Amat sesuai untuk line-up Putrefied Remains yg meminati pelbagai jenis genre.

21 - Andaikata Rotting Christ melakukan tour di rantau Asia Tenggara seperti di Indonesia, Singapura (atau mungkin juga Malaysia barangkali), dan Putrefied Remains diundang menjadi opening band, adakah Putrefied Remains akan menyahut cabaran tersebut?
Bergantung pada keadaan. Masa dan tempat tinggal, begitu juga tanggungjawap lain, memandang kami bermain muzik bukan sepenuh masa. Jika diikutkan kemahuan, siapa yg tidak mahu berkongsi stage dgn Idol mereka. Pun begitu adakah Putrefied Remains layak? Kerana byk lagi band2 tempatan yg berpotensi untuk opening act Rotting Christ. Ya! Jika itulah peluang yang diberi dan jika semua masalah dapat di atasi mengapa tidak!?!

22 - Kata2 terakhir Putrefied Remains kepada mereka diluar sana yang membaca sesi temubual ini?
Pada sesiapa yg belum kenal PUTREFIED REMAINS boleh cari kami di facebook fanpage. Dan masih ramai lagi yg keliru. Kami adalah band baru, bukan band lama yang muncul kembali. Dan kami membawa Genre Gloomy Black Death Metal. 

* Kenali Putrefied Remains melalui beberapa link yang kami sediakan dibawah dan nantikan album sulung Putrefied Remains bertajuk Novus Ordo Seclorum yang bakal menyusul pada tahun ini juga.

Putrefied Remains - Alma Mater (Moonspell Cover)
Facebook
Metal Archives


Demizer - Carnage Mastermind (2013)

Difahamkan band bernama Demizer ini telah ditubuhkan sekitar 1998. Merupakan sebuah band yang bermastautin di Kota Kinabalu, Sabah. Terkini menghasilkan sebuah album penuh bertajuk Carnage Mastermind setelah terdahulu terlibat didalam sebuah kompilasi Tribute to Silent Death. Melabelkan music mereka sebagai Melodic Death Metal, 2013 menampakkan Demizer akan aktif kembali memeriahkan persada music bawah tanah tempatan dengan album penuh ini serta penyertaan dalam siri2 gig.
 Current line-up: Cozenn (Vox), Anton (1st Guitar), Cho (2nd Guitar), Fiq (Drum)

Cover artwork dan layout oleh Ironworx Gravefix

Tracklist :

1 - Carnage Mastermind
2 - Book Of Death (Silent Death's Cover)
3 -  Rejam Sampai Mati
4 - Ruins Of Glory
5 - Towards Agony
6 - Rejam Sampai Mati (Instrumental)
7 - Provokasi Kebencian
8 - F.F.F. (Fight For Freedom)

Carnage Mastermind melalui beberapa proses rakaman di studio2 berbeza. Kesemua track gitar dan bass dirakam di DM8 Studio oleh Anton kecuali track Ruins of Glory dan Provokasi Kebencian di BMT Studio. BMT Studio juga menjadi studio dimana track drum dan vocal dirakam disini. Juga proses adunan dan mastering dilakukan di sini. Track bertajuk Carnage Mastermind melalui proses rakaman di Refuge Studio. Carnage Mastermind dikeluarkan oleh Demizer dan Metal Blitz Entertainment.

Carnage Mastermind menjadi track pembukaan dimana ia seakan permulaan awal pada durasi pertama sehingga 1 minit 25 saat sebelum music Death Metal menjengah. Riffing yang berbeza dapat dikesan didalam track ini. Juga menarik gabungan growl dan scream yang sedikit sauh menyahut. Solo feel-in dipertengahan lagu kedengaran agak menarik dan berjiwa sebelum main solo menyerang.

Book Of Death adalah track saduran dari Silent Death yang termaktub didalam kompilasi Tribute yang disertai mereka sebagai penghargaan kepada Silent Death.

Rejam Sampai Mati menjadi track berbahasa Melayu pertama dihidangkan didalam album ini. Sebuah lagu yang pada gua agak berat dan sarat dengan ngauman growl si vocalist serta diselit solo gitar. Pembawaan melodi vocal yang cukup bersemangat. Sebuah lagu yang menarik!

Ruins Of Glory agak berlainan pembawaan vocal pada awal track dimana teknik scream dilaungkan. Ok, agak melodic riffing track ini. Juga kedengaran sedikit gitar harmoni dipenghujung setiap note riffing dimainkan. Solo gitar juga menarik.

Towards Agony adalah sebuah track pilihan gua. Agak melodic arrangement track ini. Kedengaran catchy dengan riffing2 yang agak segar.Gua ada terbaca beberapa komen mengatakan Demizer punya corak permainan seakan Dark Tranquility. Ok, untuk track ini gua rasa adalah tepat dengan pengaruh Dark Tranquility dalam struktur penciptaan lagu ini. Mungkin tiada instrument keyboard yang boleh membuatkan track ini menjadi lebih solid. Riffing2 yang sedap dan punya idea yang mantap. Solo gitar juga kena dengan mood lagu ini.

Rejam Sampai Mati (Instrumental) agak berbeza versi instrumental ini kerana ianya lebih kepada kemampuan gitarist menunjukkan bakat shredder. Solo gitar yang tidak putus2 mengganti bahagian vocal yang ditinggalkan. Sebuah track yang padat garapan pemuzik Demizer.

Provokasi Kebencian merupakan track kedua menggunakan Bahasa Melayu. masih mengekalkan mood seperti track terdahulu. Melodic Death Metal yang punya kekuatan pada lontaran vocal growl dari vocalist yang agak power! Riffing bermelodic juga agak catchy dan mudah dihadam.

F.F.F (Fight For Freedom) merupakan track terakhir dimana ianya sebenarnya ialah track instrumental. Sesuai juga menjadi penutup album ini kerana flow lagu yang ada naik turunnya.

Secara keseluruhan, boleh gua simpulkan bahawa Demizer sudah mencapai target penubuhan mereka dengan penghasilan lagu2 yang bagus. Mungkin perlu penelitian dalam penghasilan kualiti bunyi yang lebih baek dimasa hadapan. Keberanian menghasilkan lirik berbahasa Melayu juga harus dipuji kerana gua tidak langsung berasa janggal dengan apa yang disebut oleh vocalist band ini. Kredit harus diberi kepada setiap line up terutama vocalist yang punya growl yang power serta gitarist yang punya idea yang banyak dalam penghasilan riffing dan solo gitar yang mantap.

Carnage Mastermind boleh di beli dengan harga RM20 by postage. Beberapa label tempatan turut mendistro CD ini dengan harga postage seperti di nyatakan diatas. Email Demizer untuk mendapat CD ini melalui email yang kami sertakan dibawah.

Demizer live at Sickening Art Part 4

VotW : Roman Arogan : Projex 3 Duda (Radhi, Asheed & CDNaz)

Ok, gabungan 3 orang penyanyi iaitu CD Naz yang pernah menjadi gitarist Silkhannaz, vocalist untuk Metalasia dan beberapa band lagi, Asyeed (DEFGABC) dan Radhi (OAG).



Amacam?????

Chosen - Pray and Obey (2000)

Chosen merupakan sebuah band yang kemungkinan besar lahir penghujung 90an dimana mereka telah melahirkan sebuah album penuh bertajuk Pray and Obey pada tahun 2000 dibawah syarikat bernama Dayini Enterprise. Membawa konsep Progressive Metal, album bertajuk Pray and Obey ini sepatutnya mendapat liputan meluas dan mereka antara band terawal menghasilkan album berkonsep.
 Chosen 2000
Amgreg - Vocals, Rahish - Guitars, Jamm - Bass, Sheq - Keyboards, Mel - Drums

Art director oleh Orliz dan design oleh Muhammad Yani.

Tracklist :

1 - Pray And Obey
i - The Messenger
ii - Quandary
iii - The Inquisitor
iv - Moments to Repent
v - Reprisal
vi - Dying Day (Last Call)

2 - Still Breathing (Instrumental)
3 - Siratulmaut (Angel of Death)
4 - Bad Boys
i - Vehemence of Rules
ii - Domineer With Atrocity
iii - Respite The Olds
iv - New Allegiance
v - Voices of Rebel

5 - Prelude
6 - The Chosen

Pray And Obey melalui proses rakaman di Twin Studio. Engineer yang bertanggungjawap dalam sesi rakaman ini ialah Eij dan dibantu oleh Nizam dan Adam. Proses adunan dilakukan oleh Eij di Twin Studio dan mastering dilakukan oleh Toh di Mastering One. Beberapa individu yang terlibat dalam rakaman album ini ialah Rohani B yang menyumbangkan suara dalam bacaan syair, Asyiqah untuk bahagian Qasidah, permainan kompang oleh Eij, Rahish dan Shazril.

Tidak memadai untuk gua melakukan review untuk satu persatu lagu yang terkandung didalam Pray And Obey kerana durasi dan komposisi lagu adalah bersambung bersesuaian dengan tema konsep bagi penceritaan seluruh album.

Paling mudah dibandingkan ialah apa yang dihasilkan Chosen adalah satu keberanian dalam mevariasikan kelompok music Metal dalam kepelbagaian warna. Amgreg (sebenarnya pelakon Aman Graseka) yang membawa cara nyanyian seakan King Diamond adalah antara vocalist tempatan yang berani tampil dengan gaya sebegini. Itu dari segi penyampaian vocal dan untuk bahagian muzik mungkin para pembaca yang bermain muzik akan faham jika gua katakan Rahish merupakan antara gitarist yang menggunakan Fender sebagai senjata utamanya. Sheq pemain keyboard yang banyak menggunakan set keyboard yang pelbagai dalam persembahan live bersesuaian dengan statusnya sebagai antara pemuzik orkestra tempatan. Jamm selaku pemain bass adalah antara bakat yang masih aktif sehingga kini, pernah bersama beberapa band sebagai sessionist dan permainan drum dari Mel juga konsisten sepanjang rakaman. Sedikit terkilan gua tidak dapat melihat kemampuan Atong selaku drummer selepas Mel keluar meninggalkan Chosen.

Bercerita mengenai Chosen, dikhabarkan album kedua mereka sebenarnya telah pun melalui proses rakaman di studio milik Mus MAY dan sekitar 2012 diberitakan pula Sheq (kalau tak silap gua beliau antara pemuzik orchestra Petronas) iaitu pemain keyboard mereka telah menarik diri dari band ini. Juga gua ada mendapat rumour Amngreg juga menarik diri dan proses rakaman vocal diambil alih oleh vocalist lain (tidak pasti tahap kebenaran rumour ini). Juga seingat gua pemain drum Chosen juga bertukar apabnila Atong yang pernah menganggotai DEFGABC turut menyertai Chosen.

Chosen merupakan antara sejarah Progressive Metal tanahair dimana kewujudan mereka sepatutnya mendapat liputan meluas media tempatan kerana album mereka turut mendapat sambutan baek melalui review2 yang dilakukan pendengar, penulis dan pemilik label2 antarabangsa. Selain Chosen, Malaysia juga punya beberapa band berkonsep sebegini seperti Metalasia (masih aktif), Heart's On Fire (Pulau Pinang - RIP) dan Time In Change (KL - juga telah RIP). Pengaruh muzik mereka mungkin lahir dari kegilaan pada Dream Theater dan juga band2 lain seperti Blind Guardian dan band2 bertema Power Metal.

Secara terus terang gua rasa kegagalan mengeluarkan album kedua Chosen adalah satu kerugian besar pada scene Progressive Metal tanahair kerana terkini hanya Metalasia yang mungkin masih boleh diharapkan selain Orion yang sudah tampak kemajuan dari segi progressive dalam music mereka.





Diatas merupakan antara video2 yang pernah terakam dan dimuatkan dalam laman youtube. Mungkin ini boleh menjadi sebahagian melepas kerinduan menyaksikan persembahan Chosen. DtE juga gagal mendapatkan sebarang contact terkini Chosen untuk pembaca mengenali band ini secara lebih dekat.



Kredit kepada :

Video :
Rockbag73@Youtube - Chosen Live

Madara Makana@Youtube - Chosen - Prelude, The Chosen

Imej :
Koleksi DtE


Neftaraka - Macabre : The Demo (2013)

Agak kerap pula kami mereview rilisan dari Neftaraka. Namun jawapan kami mereview untuk rilisan Neftaraka kali ini ialah kerana apa yang dihasilkan mereka bukan sesuatu yang mudah juga bagi kami satu kejayaan kerana kekerapan menghasilkan material yang punya jiwa dalam music yang dihasilkan. Ok, kali ini sebuah demo bertajuk Macabre : The Demo rilis selepas sebuah label bernama Narrowards Kult mengeluarkan CD bertajuk MCMLXXXI pada awal tahun 2013. Untuk Macabre : The Demo ianya dikeluarkan oleh Eastern Myth Productions sebanyak 100 copies dalam format tape sahaja. Line up terlibat untuk keluaran ini ialah Xxxull - Guitar/Vocals, Siblyss - Guitars dan Unknown H - Drums.

Tracklist :

1 - Intro
2 - Macabre
3 - Sex & Roll with Dudenz (Death Resist)
4 - Rejjamaniax Hell Slaughter
5 - Under A Funeral Moon (Darkthrone Cover)
6 - Outro

Macabre : The Demo seperti biasa melalui proses rakaman di Necro-X Studio. Proses susunan dikendalikan oleh Amirgeddon bersama Neftaraka. Kesemua track dihasilkan sekitar 2011 sehingga 2012.

Intro menggunakan bunyian atau sample menjadi pembuka Macabre : The Demo sebelum track pertama menyusul selepas itu.

Macabre menjadi track bervocal pertama disampaikan.Trademark Neftaraka yang jelas gua dapat hidu iaitu riffing yang seakan menyatakan suasana tekanan yang amat sangat dikekalkan didalam Macabre. Melodi yang tidak melampau dan gua terasa seakan lagu ini seperti ada kesinambungan dari apa yang pernah dilakukan didalam Morts dahulu.




Sex & Roll with Dudenz (Death Resist) agak berlainan sedikit konsep lagu nya jika dibandingkan dengan lagu2 yang biasa didengar dari Neftaraka. Kedengaran pengaruh Darkthrone baru pada awal riffingnya. Ada bunyi2 Rock n Roll ke arah Thrash Metal sebelum elemen Black Metal disuntik kembali kedalam lagu ini. Yang pasti lagu ini agak energetik, pantas dan ngeri didengar. Haha sebuah track yang jahat dihasilkan oleh Neftaraka.

Rejjamaniax Hell Slaughter menjadi track ke 4dimana pada permulaan track digunakan sample percakapan seakan dialog filem berkenaan ahli sihir. Hahaha.. Ok, seterusnya apabila music menyerang ternyata ianya sebuah track yang agak laju tempo permainannya.

Tidak perlu disangkal lagi kemampuan Neftaraka apabila membawa lagu saduran dari Darkthrone iaitu Under A Funeral Moon. Antara track klasik dari Darkthrone yang berjaya dibawa dengan baek. Mungkin gua boleh katakan Neftaraka menambah gelapkan lagi lagu ini.

Outro yang pada gua agak mendayu dan idea menghasilkan track sebegini berjaya diadaptasi jika anda benar2 menghayati mood lagu yang ingin disampaikan.

Keseluruhan apa yang boleh gua simpulkan ialah Macabre : The Demo merupakan sebuah product dari Neftaraka yang agak berlainan dari apa yang biasa anda dengar sebelum ini. Yang pasti track2 yang dihasilkan jelas kedengaran lebih laju tempo permainannya. Track seperti Sex & Roll with Dudenz ternyata membawa dimensi baru kepada music Neftaraka. Track ini mengingatkan gua pada album pertama Eternal Harsh dimana mereka membawakan cover Darkthrone bertajuk Too Old Too Cold dengan penuh bergaya sekali.

Dapatkan Macabre : The Demo dengan harga RM10 termasuk kos postage melalui Eastern Myth Records dalam kadar segera kerana ianya hanya dikeluarkan dalam kuantiti terhad iaitu 100 unit sahaja.


Portrait - Portrait (2008)

Gua terasa nak mereview album penuh pertama dari band Sweden ni kerana keunikan dan ianya mengingatkan gua pada Merciful Fate dan King Diamond. Hahaha..Band yang menggunakan nama Portrait ini membawa konsep Heavy Metal yang pada gua punya elemen Speed Thrash dan gua lebih menyukai album pertama ini kerana beberapa buah lagu mereka punya susunan menarik dan menggunakan perubahan mood yang tidak disangka2 (ada beberapa lagu..)
Cover artwork oleh Dimitar Nikolov
Logo oleh Tyrant

Tracklist :

1 - Hell
2 - A Ghastly Silence
3 - Village Of The Fallen Angel
4 - Consecration
5 - A Thousand Nightmares
6 - Bow Unto The Devil
7 - Beware The Demon
8 - The Adversary

Line untuk Potrait (2008)

Phillip Svennefelt (Vocals)
Christian Lindell (Guitars)
Richard Lagergren (Guitar)
David Stranderud (Bass)
Anders Persson (Drums)

Memandangkan gua hanya punya copy format tape, tidak banyak info dinyatakan berkenaan sesi rakaman album ini. Mungkin info yang boleh di kongsi disini adalah album ini diterbitkan sendiri oleh Portrait dan dikeluarkan oleh Iron Kodex/High Roller yang berpengkalan di Jerman. Untuk pengeluaran CD US version dikeluarkan oleh Holycaust Records. Manakala untuk format kaset hanya dikeluarkan untuk rantau Asian melalui Incoffin Productions (Thailand).

Pertama kali mendengar track bertajuk Hell jelas sekali band ini punya pengaruh Old Skool Heavy Metal yang kental. Paling menarik pembawaan vocal yang pasti akan terkenangkan pada King Diamond. High pitch yang nyaring. Music nya boleh kata agak organik sound drumnya dan untuk bahagian gitar tidak terlalu berat soundnya. Susunan lagu yang mantap dan punya kepelbagaian bersesuaian dengan durasi panjang iaitu 7 minit 37 saat. Ermm beberapa part lagu ini memang catchy!



A Ghastly Silence pada gua merupakan antara track terbaek sepanjang album ini. Susunan lagu yang lebih kemas. Paling menarik perubahan mood yang ditonjolkan ketika pertukaran riffing. Sekali lagi pelbagai elemen music diperdengarkan dari solo dan harmoni gitar yang dimainkan kedua2 gitarist band ini. Antara track yang gua ulang kerap kali.

Village Of The Fallen Angel bermula dengan mood perlahan sehingga vocal menyeringai sekali lagi mengingatkan pada kepelbagaian suara yg mampu dilakukan oleh King Diamond. Patut diperhatikan solo arpeggio yang agak ngeri dimainkan sebelum harmoni gitar mengakhiri dengan mood ala2 Power Metal.

Consecration mungkin agak moderate mood nya namun menarik jika diteliti tone bass nya yang agak menonjol dan kedengaran lemak pada running chordnya.

A Thousand Nightmares sedikit rancak riffing awalnya. Juga pekikan high pitch yang kedengaran sangat solid pada penghujung verse nya. Solo gitar lagu ini perlu diperhatikan.

Bow Unto The Devil seakan sambungan track terdahulu pulak apabila mendengar intronya. Juga sebuah track yang rancak dan laju. Band ini memang punya kreativiti yang bagus dalam penghasilan solo2 gitar yang berhantu. Hahaha.. Ok, tengah2 lagu siap ada drum solo lagi!

Beware The Demon bermula dengan hentakan drum sebelum riffing menjelma. Old skool sekali riffing yang dihasilkan sebelum tempo berubah menjadi laju. Juga merupakan antara track yang menarik terutama beberapa running chord yang dimainkan pemain bass mereka. Tone yang baek sekali berjaya dihasilkan.

The Adversary bermula dengan plucking gitar seakan sebuah lagu ballad namun berubah apabila gitar berdistortion dimainkan. Merupakan sebuah track yang punya flow yang pelbagai dari perlahan sehingga tempo dilajukan dalam kadar berkala. Track terpanjang iaitu 9 minit 11 saat.

Mutu rakaman untuk album ini berada dalam kondisi terbaek. Kesemua instrument berada dalam keadaan seimbang. Kemampuan setiap line up dalam permainan instrument juga harus dipuji dan mereka bukanlah sebarangan pemuzik pada pandangan gua. Sesuatu yang menjadikan album ini unik mungkin pada kemampuan vocalist mereka yang mampu mngalunkan suara seperti King Diamond. Lontaran high pitch yang menarik dan beberapa lagu yang menarik komposisinya dimana perubahan2 riffing yang mengejut dan sukar dijangka. Juga kehadiran mereka selaku band baru yang membawa irama se old skool begini harus dihormati perjuangan mereka.

Selepas album ini menemui pendengar berlaku beberapa perubahan pada line up dimana melibatkan line up untuk sesi rakaman seterusnya dan juga pertunjukan pentas. Ok, untuk mendapatkan album Portrait ini terdapat sebuah label indipendent yang membawa masuk ke Malaysia iaitu Hammercharge Distribution dalam format kaset. Mungkin peminat2 music old skool masih punya minat mendengar hasil analog sebegini. Ok, kenali Portrait yang masih lagi aktif melalui laman sesawang yang kami sertakan dibawah ini.


Official website
Facebook
Reverbnation
Myspace

VotW : The Outbreak - 7 Years

Kali ini kami pihak DtE berkongsi sebuah video klip dari band bernama The Outbreak. Telah meriliskan sebuah EPserta beberapa merchandise. Video klip bertajuk 7 Years ini juga menjadi petanda bahawa The Outbreak antara band2 baru (walaupun beberapa line up nya pernah menganggotai beberapa band sebelum ini) yang perlu diberi perhatian di persada music Rock tempatan.



Kenali The Outbreak melalui link yang disediakan dibawah.