Interview : Putrefied Remains - Penyambung Legasi Greece Metal

Dua review telah kami buat hasil dari EP pertama bertajuk EERIE : Spread The Hate dan sebuah rilisan limited edition format tape bertajuk In Gloomy Darkness Mourning yang mengandungi sebuah single terbaru + 2 lagu cover dan 3 track dari EP pertama. DtE terpanggil untuk menemubual band bernama Putrefied Remains ini untuk mengetahui selok belok berkenaan perjalanan band ini. Luangkan sedikit masa untuk mengenali band yang memperjuangkan irama Metal dari Greece ini.

1 - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kata2 pembukaan dari Putrefied Remains kepada pembaca sesi temubual ini?
Walaikumsalam. Kami hanya band baru…hahahah

2 - Bagaimana tercetusnya idea penubuhan Putrefied Remains? Siapakah mastermind disebalik kewujudan Putrefied Remains?
Mastermind! Jie Mutilator… Kesemua line-up Putrefied Remains merupakan rakan lama sejak dari zaman sekolah menengah lagi (awal 90an). Selepas tamat persekolah kami membawa haluan msg2 sehinggalah pada pertengahan 2011 gua bertemu semula dgn Jie Mutilator dan dia berhasrat ingin menubuhkan sebuah band yg berorientasikan Greek Black Metal dan kami cari semula rakan2 lama yg punyai minat yang sama.

3 - Latarbelakang line up2 sebelum bersama Putrefied Remains?
Jie Mutilator (Infernal Void / DIED /ex-Profane Creation), Thalexi Mastha (Infernal Void /ex-Dark Chronicles), Warhammer (Ex-Vetis/ex-Hellscream). Utk gua dan Necromorbidfire kami tak penah ada apa2 band yg established. Hanya Jamming suka2 zaman sekolah dulu. 

4 - Metal yang berasal dari Greece menjadi konsep pilihan Putrefied Remains. Mengapa memilih konsep sebegini?
Minat! Pada kami genre Black Metal dari Greece tidak tipikal….



5 - Eerie: Spread The Hate” MCD dan sebuah single (termasuk EP terdahulu) berformat kaset. Bagaimana penerimaan pendengar2 berhubung 2 rilisan tersebut?
Amat menggalakan, terutamanya kepada mereka2 yg merasai kehangatan scene 90an. Tidak kurang juge new followers.

6 - Berapa unit kedua2 rilisan tersebut terjual sehingga sekarang?
Rilisan pertama 200 copy, kedua 150 copy! Kedua2nya limited dan sold out. Dan masih ada lagi permintaan utk kedua2 material tersebut.

7 - Adakah kedua2 rilisan tersebut telah berada luar dari Malaysia?
China, Jepun, Greece, Germany, Singapore, Philippine, Thailand, Brazil…ermmm…tu je kut! Tak tau lah samada ada distro atau kawan2 yang spread kami punya material selain dari negara yang dinyatakan.

8 - Selain Sarcastic (RIP), apakah band2 Malaysia yang pernah membawa konsep sebegini?
Awal 90an dulu member lama ktorg, LAMIA. Lain2 ade juge, tapi dah lupa plak nama band tersebut.

9 - Cover song bertajuk Horror In Gothic Genre's Grave dari Obsecration agak laju tempo nya. Mengapa memilih lagu ini untuk di cover?
Line-Up Putrefied Remains sebahgianya berasal dari Editor2 Fanzine Putrefying Remains di awal 90an dulu, Obsecration  merupakan band terawal dari Greece yg di rebiu dan di interview kalu x silap! Sewaktu mendengar demo tape diaorg (Live Demo 1993) kami terus tertarik dgn track tersebut hingga ke hari ini. Susunan melodi nye sgt unik, lebih2 lagi Obsecration lari dari genre Black Metal, Florida serta Swedish Death Metal yg begitu gah tika itu….

10 - Editor DtE ada terbaca review mengatakan music Putrefied Remains tiada originaliti kerana terlalu kuat pengaruh Rotting Christ didalam music ciptaan Putrefied Remains. Apa komen Putrefied Remains berkenaan originaliti dalam maksud sebegini?
Mungkin sesetengah band beranggapan sound mereka adalah asli! Bagaimana dgn pendengar?!?...sering kali setiap rilisan band2 baru dikaitkan dgn sound band2 yg sedia ada. Jadi kami hasilkan apa yg kami minat, selebihnya terpulang kepada pendengar nak labelkan apa pengaruh muzik kami dan apakah genre kami. Dan sama sekali kami tidak berkecil hati dengan sesiapa sekali pun jika ada yg mengatakan sound Putrefied Remains punyai pengaruh kuat Rotting Christ… kerana tiada pembohongan disitu.

11 - Sound produksi rakaman yang solid jelas dapat didengar dari setiap rilisan Putrefied Remains namun untuk bahagian drum kedengaran agak statik. Apakah ada penggunaan drum machine dalam rakaman rilisan2 Putrefied Remains?
Tepat skali! Utk material pertama dan kedua sahaja….Namun begitu sebelum programming drum di buat, kami bertanyakan kepada drummer adakah dia boleh bermain sedemikian? Jika tidak kami olah kembali.

12 - Kami juga ada terbaca bahawa Putrefied Remains ada menyatakan bahawa projek untuk album penuh 2013 telah tersedia materialnya dan hanya menunggu masa untuk rakaman. Boleh ceritakan serba sedikit apa yang bakal terdapat didalam album penuh akan datang?
Proses rakaman telah selesai sepenuhnya termasuk mixing dan mastering, dan material ketiga Putrefied Remains yg juga album pertama kami bertajuk “Novus Ordo Seclorum” (New World Order). Mengandungi 8 track termasuk single “In Gloomy Darkness Mourning”. Susunan lagu masih tidak jauh beza, bermelodi dan mudah dipahami (utk peminat extreme metal lah). Cuma ade 2/3 track yg agak laju. Hanya menunggu pilihan cover album dan label mana yg akan riliskan material tersebut. Kami akan cuba mengeluarkanya sebelum pertengahan tahun ini.

13 - Mungkinkah ada perubahan iaitu penambahan elemen2 lain seperti teknikal didalam lagu2 terbaru nanti?
Sama2 kita dengar nanti…..

14 - Ada terdapat jemputan pemuzik atau vocalist untuk rakaman terbaru Putrefied Remains?
Hanya backing vocal utk 1 track dari sahabat lama kami iaitu Tajul Ariffin dari INFERNAL VOID. Dlm perancangan sepatutnya 2 org, atas2 sebab2 yg tidak dapat dielakan Jeff Illyas (SUFFERCATION) tidak dpt menyertai.

15 - Boleh nyatakan gear2 dan equipment yang digunakan Putrefied Remains dalam setiap rakaman yang dijalankan?
Jie Mutilator menggunakan 'Takamine GB410' Bass dan Thalexi Mastha' menggunakan gitar 'Jackson RR24'.  Bagi album penuh yang bakal dikeluarkan, Jie Mutilator telah mengambil alih sepenuhnya tugas 2nd gitar setelah pengunduran Nekromorbidfire. untuk rhythm, Jie Mutilator menggunakan gitar 'Edwards E-AL-128'. Bagi gitar amplifier, drum serta peralatan lain, Putrefied Remains hanya menggunakan peralatan sedia ada di studio sepenuhnya.

16 - Album2 band yang membawa genre yang sama dengan Putrefied Remains yang menjadi panduan dan rujukan dalam penulisan lagu2 Putrefied Remains?
Varathron (1st dan 2nd album), Rotting Christ (Demo’s-Triarchy Of The Last Lover), Thou Art Lord (Eosforos), Zemial (Sleeping Under Tartarus EP).

17 - Memandangkan line up Putrefied Remains berjauhan, bagaimana projek penciptaan sehingga latihan dilakukan?
Bermasalah dan sangat bermasalah sebenarnya, rekoding di jalankan melalui track by track! Kebiasaanya Jie Mutilator akan email pada gua track2 yg asasnya gitar dan drum utk penghasilan lirik, dan kami menetapkan satu masa utk record vocal track serta lead guitar dan bass pada waktu yg sama, begitu juga sesi latihan.

18 - Lirik2 Putrefied Remains lebih menjurus ke arah apa?
2 material pertama byk berunsur Occult dan Mystical. Untuk album penuh ada lirik berunsur Politik Songsang, World Chaos dan Perang. 

19 - Selain Rotting Christ, Varathron, Moonspell, Dark Vision, band apa lagi yang boleh Putrefied Remains highlight untuk perhatian penggemar2 music sebegini?
Dark Vision!?! Kitaorg x pernah dgr band tu! Lu org buleh dgr Septic Flesh, Thou Art Lord, Obsecration, Necromantia, Zemial, Zephyrous, Kawir, Nightfall, Grand Belials Key…. Kesemua band itu adalah playlist kami zaman sekolah hingga lah sekarang.

20 - Apa yang menarik dan hebatnya pada Putrefied Remains berkenaan Greece Metal ini?
Nak kata hebat byk lagi band2 yg lebih hebat selain dari Greece. Pada kami di awal 90an band2 dari Scandinavia mendominasi Muzik Black Metal tika itu, terutamanya Norwegian Black Metal! Siapa x kenal Burzum, Mayhem, Emperor, Enslaved, Hades, In The Woods, Arcturus, Immortal etc etc… tapi pada awal 90an kami explore “Ade Wind” Demo “Thy Mighty Contract”. Dan Rotting Christ dari Greece! dan kami cuba explore band Black Metal dari Greece! Sound yg unik dan sama skali bukan straight forward Black Metal dgn suara nyaring serta bising. Pernah dgr Band Black Metal dari Greece bersuara Nyaring seperti Tipikal Black Metal Sekarang? Hanya segelintir rasanya. Minat kami pada muzik tidak terhad pada 1 genre sahaja, Pop English/Malay 80an dan 90an pun kami dgr! Pada kami Greek band ada melodi yang catchy dan lebih beremosi tambahan pula element mereka tidak tertumpu pada pure Black Metal sepenuh nye. Mereka ada pengaruh Death Metal yg kuat dan sedikit Doom. Amat sesuai untuk line-up Putrefied Remains yg meminati pelbagai jenis genre.

21 - Andaikata Rotting Christ melakukan tour di rantau Asia Tenggara seperti di Indonesia, Singapura (atau mungkin juga Malaysia barangkali), dan Putrefied Remains diundang menjadi opening band, adakah Putrefied Remains akan menyahut cabaran tersebut?
Bergantung pada keadaan. Masa dan tempat tinggal, begitu juga tanggungjawap lain, memandang kami bermain muzik bukan sepenuh masa. Jika diikutkan kemahuan, siapa yg tidak mahu berkongsi stage dgn Idol mereka. Pun begitu adakah Putrefied Remains layak? Kerana byk lagi band2 tempatan yg berpotensi untuk opening act Rotting Christ. Ya! Jika itulah peluang yang diberi dan jika semua masalah dapat di atasi mengapa tidak!?!

22 - Kata2 terakhir Putrefied Remains kepada mereka diluar sana yang membaca sesi temubual ini?
Pada sesiapa yg belum kenal PUTREFIED REMAINS boleh cari kami di facebook fanpage. Dan masih ramai lagi yg keliru. Kami adalah band baru, bukan band lama yang muncul kembali. Dan kami membawa Genre Gloomy Black Death Metal. 

* Kenali Putrefied Remains melalui beberapa link yang kami sediakan dibawah dan nantikan album sulung Putrefied Remains bertajuk Novus Ordo Seclorum yang bakal menyusul pada tahun ini juga.

Putrefied Remains - Alma Mater (Moonspell Cover)
Facebook
Metal Archives


0 feedbacks: