Neftaraka - Macabre : The Demo (2013)

Agak kerap pula kami mereview rilisan dari Neftaraka. Namun jawapan kami mereview untuk rilisan Neftaraka kali ini ialah kerana apa yang dihasilkan mereka bukan sesuatu yang mudah juga bagi kami satu kejayaan kerana kekerapan menghasilkan material yang punya jiwa dalam music yang dihasilkan. Ok, kali ini sebuah demo bertajuk Macabre : The Demo rilis selepas sebuah label bernama Narrowards Kult mengeluarkan CD bertajuk MCMLXXXI pada awal tahun 2013. Untuk Macabre : The Demo ianya dikeluarkan oleh Eastern Myth Productions sebanyak 100 copies dalam format tape sahaja. Line up terlibat untuk keluaran ini ialah Xxxull - Guitar/Vocals, Siblyss - Guitars dan Unknown H - Drums.

Tracklist :

1 - Intro
2 - Macabre
3 - Sex & Roll with Dudenz (Death Resist)
4 - Rejjamaniax Hell Slaughter
5 - Under A Funeral Moon (Darkthrone Cover)
6 - Outro

Macabre : The Demo seperti biasa melalui proses rakaman di Necro-X Studio. Proses susunan dikendalikan oleh Amirgeddon bersama Neftaraka. Kesemua track dihasilkan sekitar 2011 sehingga 2012.

Intro menggunakan bunyian atau sample menjadi pembuka Macabre : The Demo sebelum track pertama menyusul selepas itu.

Macabre menjadi track bervocal pertama disampaikan.Trademark Neftaraka yang jelas gua dapat hidu iaitu riffing yang seakan menyatakan suasana tekanan yang amat sangat dikekalkan didalam Macabre. Melodi yang tidak melampau dan gua terasa seakan lagu ini seperti ada kesinambungan dari apa yang pernah dilakukan didalam Morts dahulu.




Sex & Roll with Dudenz (Death Resist) agak berlainan sedikit konsep lagu nya jika dibandingkan dengan lagu2 yang biasa didengar dari Neftaraka. Kedengaran pengaruh Darkthrone baru pada awal riffingnya. Ada bunyi2 Rock n Roll ke arah Thrash Metal sebelum elemen Black Metal disuntik kembali kedalam lagu ini. Yang pasti lagu ini agak energetik, pantas dan ngeri didengar. Haha sebuah track yang jahat dihasilkan oleh Neftaraka.

Rejjamaniax Hell Slaughter menjadi track ke 4dimana pada permulaan track digunakan sample percakapan seakan dialog filem berkenaan ahli sihir. Hahaha.. Ok, seterusnya apabila music menyerang ternyata ianya sebuah track yang agak laju tempo permainannya.

Tidak perlu disangkal lagi kemampuan Neftaraka apabila membawa lagu saduran dari Darkthrone iaitu Under A Funeral Moon. Antara track klasik dari Darkthrone yang berjaya dibawa dengan baek. Mungkin gua boleh katakan Neftaraka menambah gelapkan lagi lagu ini.

Outro yang pada gua agak mendayu dan idea menghasilkan track sebegini berjaya diadaptasi jika anda benar2 menghayati mood lagu yang ingin disampaikan.

Keseluruhan apa yang boleh gua simpulkan ialah Macabre : The Demo merupakan sebuah product dari Neftaraka yang agak berlainan dari apa yang biasa anda dengar sebelum ini. Yang pasti track2 yang dihasilkan jelas kedengaran lebih laju tempo permainannya. Track seperti Sex & Roll with Dudenz ternyata membawa dimensi baru kepada music Neftaraka. Track ini mengingatkan gua pada album pertama Eternal Harsh dimana mereka membawakan cover Darkthrone bertajuk Too Old Too Cold dengan penuh bergaya sekali.

Dapatkan Macabre : The Demo dengan harga RM10 termasuk kos postage melalui Eastern Myth Records dalam kadar segera kerana ianya hanya dikeluarkan dalam kuantiti terhad iaitu 100 unit sahaja.


0 feedbacks: