VotW : Maddthelin - Forfeit

Band ni gua tengok setiap product (video klip) yang dihasilkan memang profesional. Begitu juga dengan sound produksi nya. Gua harap band nama Maddthelin ni boleh masuk studio untuk rakaman album penuh secepat mungkin untuk bagi saingan sihat dalam industri music tempatan. Ini video klip terbaru mereka. tajuk Forfeit.



Jugra - Promo 01 (2013)

Kami menerima sebuah produk dari band baru bernama Jugra. Membawa konsep yang pastinya sekali lagi akan membuatkan golongan2 tertentu sedikit mencemuh blog kami ini. hahaha.. Ok, kami tak peduli sebab segala macam music pun kami tulis malah Pop sekali pun kami peduli apa.. Jugra merupakan sebuah band yang yang membawa konsep RCA dan NSBM. Baru sahaja mengeluarkan sebuah promo CD dan kami mendapat info mereka bakal mengeluarkan sebuah split CD bersama sebuah band tidak lama lagi.

Daeng Kepalang - Vocal/Bass
Daeng Andika - Vocal/Gitar
Daeng Lumania - Drum

 Jugra - Promo 01

Tracklist :

1 - Intro
2 - Daulat Jugra
3 - Kebangkitan Bangsa

Promo 01 ini melalui proses rakaman di Mayhem Studio, Kampung Melayu Subang. Tidak dinyatakan siapa yang bertanggungjawap dalam proses rakaman ini melainkan tertera kesemua lirik dan lagu dihasilkan oleh Daeng Andika.

Intro berdurasi 36 saat digunakan sebagai pembuka cerita dimana gua terperasan seakan bunyian alat music tradisional digunakan.

Daulat Jugra menjadi track bervokal pertama yang memperkenalkan hala tuju music sebenar Jugra. Walaupun pada permulaan riff kedengaran seakan Countess Bathory namun ia sedikit berubah mengikut flow lagu. Agak kejam scream dari vocalist band yang menggunakan nama Daeng Kepalang. Perubahan mood lagu berubah ketika dipertengahan namun kembali kepada riff asal sehingga tamat.

Kebangkitan Bangsa jika diteliti elemen music nya seakan mendengar sebuah lagu bergenre Oi dan Rock! Menggunakan clean vocal dan disahut scream. Mungkin sedikit catchy ritma yang dihasilkan. Solo gitar juga agak catchy dan mudah.

Mungkin agak bias jika membuat kesimpulan terhadap 2 buah lagu yang punya perbezaan ketara dari segi konsep music. So, gua perlukan sekurang2nya 3,4 atau 5 lagu untuk konsep yang sama untuk membuat penelitian apa yang cuba diketengahkan oleh band ini. Ok, gua memilih untuk mereview berkenaan teknikal promo ini. Boleh dikatakan rakaman yang dihasilkan sudah baek namun masih boleh dipertingkatkan lagi mutu masteringnya. Penggunaan 2 vocalist dengan clean dan scream vocal mungkin percubaan dalam mencampurkan dua elemen RCA dan NSBM yang cuba diketengahkan. Untuk tahap permainan instrument gua harap boleh dipertingkatkan lagi untuk rakaman akan datang.

Promo ini hanya dihasilkan sebanyak 30 copies dan ianya percuma untuk label atau distro. Mungkin anda tidak berkesempatan mendapatkan promo CD ini, namun cuba2 lah untuk menghubungi Jugra di alamat dan email disediakan. Terima Kasih.



Email :
antichristwar666@yahoo.com

Snailmail :
No 37, Jalan SS2/21
47300 Petaling Jaya
Selangor

WWHIRR - Selfish Achiever (Demo Tape 2013)

Destinasi Rumah Api mungkin sudah dikenali dengan menjadi lokasi gig2 berkapasiti kecil namun ianya telah menjadi sejarah beberapa band luar negara turut pernah beraksi di sini. Kali ini sebuah produk dihasilkan di tempat sama iaitu sebuah band yang (pada gua) lahir juga dari Rumah Api yang menggelarkan diri mereka sebagai WWHIRR. Merupakan trio yang terdiri dari beberapa buah band tempatan WWHIRR telah menghasilkan sebuah produk berformat tape bertajuk Selfish Achiever pada awal 2013.

Emi, San dan Man


Tracklist :

1 - Null
2 - Exit
3 - Void
4 - Blessless
5 - Senarai Hitam
6 - Keruh
7 - Decrepit
8 - Accede

Selfish Achiever melalui proses rakaman secara live di Rumah Api pada 13 Oktober 2012. Hazril Wan dan Cdoth merupakan sound engineer bagi sesi rakaman ini. Proses mixing dilakukan oleh WWHIRR dan Hazril Wan. Tiga buah label bergabung dalam meriliskan kaset ini iaitu Cactus Records, Knot Records dan Rat Will Feast Records.

Bunyian didgeridoo dimulakan sebelum track bertajuk Null menjengah. Kedengaran begitu hardcore skali track pertama ini. Dengan jeritan dan distrortion dari bass membuatkan track ini kedengaran agak berat.

Exit agak menarik dengan tempo perlahan dan berat sebelum bertukar menjadi track yang pantas. Jeritan tidak putus2 sepanjang lagu. Permainan bass yang bagus dan timbul tone nya.

Void masih dengan jeritan sehabis boleh. Sound pekat dari bass berdistortion jelas menjadi tunjang lagu begitu juga dengan hentakan drum.

Blessless pula sebuah track pantas dan adakala seakan mendengar music grindcore. Ok, gua kena mengaku gua suka sound bass berdistortion dari band ni.

Senarai Hitam bermula agak hardcore melalui riffing dari bass. Merupakan track berbahasa Melayu pertama disajikan. Sungguh beremosi dengan lirik yang cukup Punk!!!

Keruh merupakan track berbahasa Melayu kedua disajikan. Ok track ni gua suka stroke drum nya. Arrangement juga ada flow naik turun. Best!

Decrepit juga sebuah track pantas dan tiada belas kasihan. Riffing juga agak gila2. Solo dari bass berdistortion pun gua xtau nak cakap apa. Dengarkan sendiri ya. Hahaha.

Accede menjadi track terakhir dan masih terasa kegilaan yang pada tahap sama seperti mendengar track2 terdahulu. Dan masih pekat penangan Hardcore Punk nya.

Secara teknikalnya gua beranggapan music garapan WWHIRR punya beberapa elemen seperti Powerviolence, Punk dan juga Hardcore. Sesuatu yang menarik mengenai WWHIRR ialah mereka merupakan band yang tidak menggunakan instrument gitar dalam permainan. Jika sebelum ini gua pernah disajikan dengan beberapa produk band tanpa pemain gitar seperti Wreckär, dan sebuah band dari Indonesia (sori gua lupa nama band tapi band tu rilis split format kaset) tetapi formasi WWHIRR juga menarik dan ada style sendiri.Juga menarik dinyatakan proses rakaman dilakukan secara live di Rumah Api yang pada gua hanya menggunakan equipment dalam kadar limited namun hasil bunyian yang dikeluarkan boleh dibanggakan (jika dibandingkan dengan perkakasan yang digunakan). Dan last skali gua nak cakap gua suka bunyi didgeridoo yang ada diantara setiap track..

Kenali WWHIRR melalui link yang kami sediakan dibawah preview song dibawah ini dan jangan lupa hubungi label2 yang mengeluarkan kaset ini dengan harga RM7 by hand.



Unissex - Giza Of Necropolis (EP 2013)

Unissex merupakan sebuah band bertunjangkan irama Death Metal yang datangnya dari Jawa Barat, Indonesia. Ditubuhkan sekitar 2009, mereka tampil dengan sebuah EP 5 lagu bertajuk Giza Of Necropolis. Label tempatan Bhumidhuka Production bertanggungjawap meriliskan EP ini untuk pasaran Malaysia.

Occan - Vocals
Abach -Guitar
Aditya M.R - Bass
Bonny - Drums

 Artwork oleh Jenglot Hitam Artwork dan Byzz Artwork

Tracklist :

1 - Intro
2 - Menyayat Dosa
3 - Wangsit Israil
4 - Descrimatory Sinful Soul
5 - Giza Of Necroplis

Giza Of Necropolis melalui proses rakaman di Extend Studio pada 2012. Proses rakaman, adunan dan mastering dilakukan oleh Dimas Damn juga bertempat distudio yang sama. Unissex bertindak sebagai penerbit untuk EP ini manakala Bhumidhuka Productions sebagai penerbit executive.

Bermula dengan instrumental Intro yang sekali imbas hanya boleh ditafsirkan bahawa Unissex adalah sebuah band Death Metal yang tepu!

Menyayat Dosa tidak melengah masa dengan serangan riffing, pedal dan hentakan snare yang mementingkan kelajuan. Gaya vocal lebih menggambarkan seakan bawaan vocal band bergenre Brutal Death Metal.

Wangsit Israil bermula dengan pantas sekali. Riffing yang pada gua berada diantara Behemoth dan Nile. Tidak salah jika gua katakan track ini lebih laju dari track terdahulu.

Descrimatory Sinful Soul masih sama mood dan tempo kelajuannya seperti track terdahulu. Masih pekat pengaruh Behemoth, Nile dan gua juga dapat menghidu sedikit pengaruh Suffocation pada pertengahan lagu.

Giza of Necropolis yang merupakan tajuk EP ini menjadi track penutup. Tetap seperti track2 terdahulu penghasilan riffing yang benar2 kental pengaruh Death Metal nya boleh dianggap berjaya untuk produk pertama band ini.

Setelah mentelaah CD ini, gua terkesan pengaruh utama Unissex ialah Nile. Dengan riffing2 yang boleh jadi menggunakan arabic scale, pengaruh music Nile jelas kedengaran dalam beberapa track yang tersedia. Juga dapat dikesan pengaruh Behemoth melalui beberapa track. Kualiti rakaman berada dalam tahap terbaek dan mencapai status profesional album. Walaupun nampak seakan masih muda tetapi kemampuan Unissex menghasilkan lagu2 yang kental dan tepu tahap Death Metal nya harus di puji. Sedikit komen gua berkenaan CD ini ialah kurangnya solo gitar yang sepatutnya boleh menyerikan lagi lagu2 yang sentiasa kental. Track keempat bertajuk Descrimatory Sinful Soul punya solo dipenghujung lagu yang pada gua sangat matching dengan flow dan mood lagu. Manakala untuk track ke5 bertajuk Giza of Necropolis, solo gitar dipertengahan lagu kedengaran sedikit rendah level bunyi nya.

Mungkin untuk produk akan datang Unissex bakal memperkukuhkan lagi hasil ciptaan lagu2 serta menyelitkan solo2 gitar yang bersesuaian dengan mood lagu.

Pakej CD ini didatangkan bersama sebuah poster dan sticker dengan harga berharga RM10. Anda boleh hubungi Bhumidhuka Productions sebagai pengeluar rasmi CD ini. Kami ada sediakan link di bawah ini.



Killer Corpse - Death Rising (EP 2012)

Jika sebelum ini Humiliation, Lavatory, Blood Legion menjadi bahan review kami untuk genre Old School Death Metal tempatan, tidak sah rasanya jika nama Killer Corpse tidak tersenarai dalam senarai band2 bergenre sebegini (mungkin Recidivist turut tidak terlepas selepas ini). Tidak juga diketahui sejarah asal penubuhan Killer Corpse kerana secara tiba2 mereka tampil dengan sebuah EP bertajuk Death Rising dibawah label Stoneville Records.

 Khirol (Vocal), Matt (Gitar), Shah (Gitar), Hafiz (Bass), Zalie (Drum)

Artwork design oleh Tonykoehl.com

Tracklist :

1 - Death Rising (Intro)
2 - Doomed To Death
3 - Bloody Massacre
4 - Horror Of War
5 - Raining Blood
6 - Rotting Slowly (Outro)

Death Rising diterbitkan oleh Killer Corpse sendiri. Menjalani proses rakaman di Hotsound Studio, Kuala Lumpur. Ahmad Zahid bertindak sebagai sound engineer rakaman dan turut melaksanakan tugas dalam sesi mix dan mastering.

Death Rising yang menjadi tajuk EP ini merupakan sebuah instrumental yang juga dijadikan intro. Ok, ini intro yang 100% menggunakan alatan music dan tidak mengharap sound sample sebagai intro seperti yang biasa digunakan kebanyakkan band.

Doomed To Death menjadi track bervocal pertama dimana sound Old Skool Death Metal tegar jelas kedengaran. Agak tepu dengan mid tempo namun masih terdapat kreativiti solo2 fill-in diselitkan dibeberapa bahagian riffing.

Blood Massacre agak berlainan apabila bermula dengan agak laju temponya. Attack drum yang agak kental diawal lagu menjadikan kedengaran sedikit menarik untuk headbang. Namun pada suku pertama track kembali kepada mid tempo yang menjadi trademark irama Old Skool bawaan mereka.

Horror Of War bermula dengan stroke drum secara fade in dan apabila instrument lain dimainkan, irama mid tempo kembali menjelma. Sehingga ke track ke 4 ini gua masih boleh berkata solo2 gitar yang dihasilkan menjadi antara trademark yang boleh membezakan Killer Corpse dengan band2 sama genre yang lain.

Raining Blood bukanlah cover song dari Slayer. Haha.. ianya merupakan track bervocal terakhir dari Killer Corpse untuk EP ini. Masih dengan gaya dan mood mid tempo yang simple.

Rotting Slowly menjadi outro yang juga penutup track berinstrumental menandakan berakhirnya EP bertajuk Death Rising ini.

Pada gua sound produksi Death Rising agak bagus dan bersesuaian dengan konsep dibawa Killer Corpse. Nama jurutera bunyi Zahid yang juga terlibat dalam rakaman Humiliation dan juga studio yang sama menjadi tempat rakaman mungkin menjadi antara faktor betapa baeknya kualiti rakaman yang dihasilkan Killer Corpse. Solo2 gitar juga tidak ketinggalan didalam setiap track yang dibawa. Apabila mendengar Killer Corpse, tidak hairan jika dikaitkan dengan Humiliation kerana music bawaan Killer Corpse seakan ada sedikit persamaan kecuali solo2 gitar yang agak bijak digunakan untuk setiap track.

Killer Corpse mungkin alternatif kepada Humiliation, Recidivist, Lavatory, Blood Legion iaitu antara band2 yang mendukung perjuangan Old Skool Death Metal tempatan. Namun untuk katogeri mid tempo, pengaruh seperti Benediction, Bolt Thrower, Obituary tidak dapat dinafikan. Killer Corpse punya cara tersendiri dalam mengekalkan trademark music mereka dan gua harapkan mereka bakal muncul dengan album sulung dan terus menyinari scene Old Skool Death Metal tempatan.

Dapatkan Killer Corpse - Death Rising (EP 2012) dengan harga RM12 by hand atau RM15 by post dengan menghubungi Stoneville Records melalui link2 yang kami sediakan dibawah preview video dibawah ini.

Killer Corpse - Horror Of War

Killer Corpse
Email

Stoneville Records
Email
Website
Facebook

* Kredit imej : TheCloudhunters.com 

Voice Of Tranquility - The Army Of Hades (2013)

Kali ini gua cuba mereview sebuah rilisan dari label tempatan iaitu Bhumidhuka Productions yang berpengkalan di Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Cubaan mengeluarkan kembali rilisan band dari negara luar boleh dianggap tindakan berani dari label ini disamping mempromosi music luar ke dalam negara. Voice Of Tranquilty, band bergenre Melodic Death Metal yang ditubuhkan sekitar 2004 ini merupakan sebuah band yang berasal dari Manila, Filipina dan EP pertama mereka bertajuk The Army Of Hades yang rilis pada 3 Julai 2009 telah dikeluarkan kembali oleh Bhumidhuka Productions pada 2013.

Rny Jane Ortega - Vocal
Carl Justine Morales - Gitar
Janjan Molina - Gitar
Migel Fontiveros - Bass
Val Parco Caroche - Drums

Cover artwork dan layout oleh Pexona Design

Tracklist :

1 - Army Of Hades
2 - Warlord
3 - This Is Our Revenge

The Army Of Hades melalui 2 proses rakaman berbeza dimana track pertama dan kedua iaitu Army Of Hades dan Warlord dirakam di Earbender Recording Studio manakala This Is Our Revenge merupakan demo track yang bakal dimuatkan didalam album sulung mereka yang bakal rilis juga pada 2013 dirakam di Tower Of Doom Studio. Kedua2 rakaman mendapat sentuhan Macoy Manuel untuk proses adunan dan mastering.

Army Of Hades bermula dengan intro sebelum riffing yang.. sedikit seakan riffing Nemesis dari Arch Enemy muncul diawal track. Sebuah track yang agak agresif dan masih bermelodi. ngauman vocalist band ini agak power dan menyerlahkan lagi tahap brutal band ini. Ok, gitarwork untuk track ini memang mengagumkan.

Warlord menjadi track kedua yang pada gua masih mengekalkan corak agresif dalam susunan lagu. Ok entah mengapa apabila verse pertama menyusul gua terasa seakan mendengar Lamb Of God melalui riffing yang dihasilkan. walaubagaimanapun lagu ini masih berada pada tahap agresifnya tersendiri.

This Is Our Revenge jika diteliti mungkin mutu rakamannya sedikit tidak mencapai tahap profesional namun ianya terdahulu telah dinyatakan merupakan sebuah demo yang akan dirakam semula secara profesional untuk album penuh mereka. Jika dibandingkan dengan dua track terdahulu, mungkin idea baru diselitkan untuk track ini. Dan jika sebelum ini gua terkesn pengaruh Arch Enemy, namun untuk kali ini adakah Voice Of Tranquility akan tampil dengan music seakan Lamb Of God untuk rilisan2 akan datang?

Dengan membawa konsep Death Metal dan diterajui oleh vocalist wanita, mungkin jika anda sekadar  mendengar, anda akan mengatakan band ini dianggotai oleh line up lelaki. Ya pada gua, tarikan utama Voice Of Tranquility boleh jadi pada growl power dari Rny Jane Ortega yang mungkin juga mengambil inspirasi Angela Gossow (Arch Enemy). Music bawaan Voice Of Tranquility pula agak agresif walaupun bertunjangkan Melodic Death Metal. Riffing dan stroke drum yang padat dan brutal menambah padatkan lagi susunan lagu2 Voice Of Tranquility.

Untuk sound produksi yang dihasilkan ternyata bertaraf profesional dengan tahap bunyi paras terbaek. Keseimbangan untuk mutu bunyi setiap instrument yang dihasilkan juga memuaskan dan diharap dapat dipertingkatkan lagi untuk rakaman album penuh yang bakal menyusul tidak lama lagi.

Dapatkan pakej CD The Army Of Hades dengan format CD pack, keratan lirik beserta sticker yang boleh dibeli dengan harga RM10 dengan berurusan dengan Bhumidhuka Productions melalui link yang kami sertakan dibawah ini.


Resistance - Wrath Of Pain (EP 2012)

Untuk kali ketiga gua review CD dari label Earblast Records iaitu sebuah label dari Sabah yang meriliskan beberapa EP dari band2 di sana. Kali ini sebuah band yang membawa genre Melodic Death/Thrash Metal yang menggelarkan band mereka sebagai Resistance pula menjadi habuan review gua. EP bertajuk Wrath Of Pain yang mengandungi 6 buah lagu menjadi pertaruhan band ini. Jika sebelum ini gua mentelaah Vilthrone dan Mortuary Ancestor, kali ini Resistance agak punya kelainan dan ada sesuatu yang gua ingin perkatakan berkenaan EP ini.Sebelum gua bercakap panjang lebar ada baeknya dimaklumkan keempat2 line up band ini merupakan antara anggota dan pernah menganggotai band2 seperti Mortuary Ancestor, Iris, Barbalans dan Mayhemic Destruction.

 Mat - Vocal / Bassist
Sammy - Guitaris
Rif - Guitaris
Nie - Drummer

Tracklist :

1 -  Fallen Of The Flesh
2 - Farewell Dreams
3 - Kneel Before Me
4 - Land In Red
5 - Dead Wander
6 - Wrath Of Pain

Wrath Of Pain melalui proses rakaman di Chromatic Studio Sandakan Sabah sekitar Ogos 2012. Suistro bertindak sebagai sound engineering untuk rakaman dan turut bertindak dalam proses mixing. Resistance bertindak sebagai penerbit untuk EP ini.

Fallen Of The Flesh untuk pertama kali mendengarnya sudah membuatkan gua teringat akan Dimension Zero berikutan riffing yang menggunakan full chord2 bermelodi. Dengan hentakan drum yang kearah Thrash Metal jelas seakan Resistance ingin menunjukkan bahawa irama sebegini adalah trademark bawaan mereka. Ok, untuk pertama kali mendengar kedengaran agak unik suara vocalist band ini yang kedengaran seperti apa yang selalu didengari dari vocalist2 band bergenre Black Metal. Ermm main solo gitar agak kreatif dan lari dari solo2 kebiasaan. Cuba dapatkan CD ini dan dengarkan apa yg gua katakan ini. dari lagu pertama nampak seakan band ini mementingkan music yang berkualiti dan pada gua mereka memang pemuzik yang tahu dan faham apa itu music.

Farewell Dreams menjadi track kedua dimana riffing bermelodi yang agak tipikal didengar untuk band2 yang membawakan genre melodic namun...ya perlu diperhatikan guitarline nya yang bijak mempelbagaikan corak permmainan dalam progression chord yang digunakan. Idea yang patut dipuji. Progression chord yang tipikal namun kedengaran catchy. Mungkin itu yang boleh gua simpulkan. Dan seperkara lagi efek Wah wah bukan sekadar untuk blues BB King. Resistance bijak mengolahnya. Haha.

Kneel Before Me jika gua katakan ada bau2 Inflames lama mungkin tidak menjadi kesalahan kerana memang music seumpama ini tidak dapat lari dari elemen2 melodic dari progression chord yang digunakan. Bijak dalam mengembangkan note2 dalam riffing membuatkan lagu2 mereka tidak mudah bosan apabila mendengarnya. Riffing feel in yang kreatif dapat didengar kerapkali diselit dicelah2 riffing yang dimainkan.

Land In Red walaupun bermula dengan tempo agak mendatar namun perubahan riffing ketika verse pertama sangat mengagumkan sehingga riffing2 berbau Dimension Zero dapat gua hidu pada suku pertama lagu. Boleh juga gua katakan pengaruh At The Gates turut dapat dihidu dalam olahan riffing gitarnya dan stroke drum nya.

Dead Wander juga perlu diperhatikan corak permainan gitarnya dari riffing yang berbunga2. Hahaha.. Melodic yang agak catchy terutama ketika pertukaran riffing dipertengahan lagu berjaya dimainkan dengan solid sekali. Pengaruh untuk lagu ini gua rasa datang dari Inflames lama. hahaha..

Wrath Of Pain yang merupakan tajuk bagi EP ini masih menggunakan formasi seperti lagu terdahulu. Cuma agak catchy pada chorus lagu dan solo2 yang disertakan ketika vocal mengalunkan nyanyian.

Secara keseluruhan gua beranggapan Resistance perlu diberi peluang dalam kancah music berat tempatan. Mereka punya bakat dalam penghasilan lagu2 yang catchy dan kredit utama gua rasa perlu diberi kepada gitarist yang bijak, kreatif dan punya banyak idea dalam mengembangkan note2 yang digunakan dalam setiap riffing yang dihasilkan. Sebuah nama baru yang pada gua perlu diberi perhatian pertama kerana bakat dan kedua chemistry yang dapat gua dengar dari penyampaian lagu2 yang dihasilkan.

Mungkin boleh gua katakan apabila mendengar CD ini pengaruh paling kuat mungkin datangnya dari Dimension Zero. Jika diteliti riffing2 yang dihasilkan jelas sekali pengaruh Dimension Zero agak kuat dapat dihidu. Juga gua nak katakan bahawa band ini punya idea2 yang banyak jika anda betul2 menghayati kesemua lagu2 yang terdapat didalam CD ini. Gua harapkan Resistance akan terus kekal lama dan menghasilkan material yang lebih power untuk masa hadapan dengan peningkatan dari segi sound produksi agar ia dapat mengangkat scene metal Sandakan yang makin mengancam! Hahaha.. Dan perlu gua ulangi Resistance adalah pemuzik yang benar2 mencipta music (mungkin ayat gua ni hanya mereka yang mempelajari music akan faham..)

Dapatkan Resistance - Wrath Of Pain (2012) dengan harga RM15 melalui pesanan pos dengan menghubungi Earblast Records melalui link yang kami sediakan dibawah.



Email
Facebook
Reverbnation
Earblast Records

VotW - Space Gambus Experiment - Darkness is Your Candle

Geng, gua sebenarnya tak sangka gua discover satu band (atau kolektif artis) yang seakan-akan The Kilimanjaro Darkjazz Ensemble, tapi dengan sentuhan Nusantara. Damn son, gua banyak kali tanya diri gua, where have they been all this while? Pulsating electronics, random noise, ambient, gambus, gamelan, call it experimental or whatever. Enjois!