Infectious Maggots - Unknown (1996)

Unknown merupakan album penuh kedua yang dihasilkan Infectious Maggots pada tahun 1996. Sebuah album yang berbeza sedikit kerana tidak dilengkapi oleh beberapa line up yang mengemudi posisi2 untuk album pertama Deep Within Our Grief Factory Milks Rund Red. Sengaja diulas berkenaan album ini memandangkan ada ura2 bahawa Infectious Maggots untuk line up terkini (kembali ke line up asal) berkemungkinan besar akan menghasilkan album terbaru tidak lama lagi.

Infectious Maggots 1996

Ezan - Vocals
Bear - Guitar, Vocal, Keyboard
Reza - Guitar, 12 and 6 String Steel Acoustic, Vocal Programmer, Keyboard
Rizal - Bass, Programmer, Vocal
Wera - Drums

 Cover konsep oleh Maggots
Artwork oleh Ariff Budiman dan Rizal

Tracklist :

1 - Summer (Intro) - Instrumental
2 - Black Ritual Ceremony
3 - Strength Within
4 - Wonder Of Needs
5 - Shades Of Shadows
6 - Agony (Inner Pain)
7 - Uninvited Dancer
8 - Running Free
9 - Sense Of Reality (Dive)
10 - Rainforest 

Unknown melalui proses rakaman di King Studio (16 tracks) dan Broadway Studio (24 tracks). Reza dan Faiz menjadi sound engineer untuk rakaman di King Studio manakala Moses L. Chan dan Spit di Broadway Studio. Tedapat guest programmer yang turut menyumbangkan khidmatnya untuk album ini iaitu Ogy untuk track Wonder Of Needs. Unknown dikeluarkan oleh Ponycanyon Entertainment (M) Sdn Bhd.


Unknown juga menyaksikan track lama bertajuk Black Ritual Ceremony yang terkandung didalam album pertama dahulu dimainkan semula dengan sentuhan baru. Beberapa lagu juga punya campuran pelbagai elemen seperti hardcore, grind dan modern metal.


Juga tidak ketinggalan track terakhir bertajuk Rainforest yang merupakan sebuah track tidak berdistortion malah ianya lebih santai dengan sentuhan akustik dan nyanyian clean vocal yang agak mendayu.


Gua memilih track ke enam bertajuk Agony (Inner Pain) sebagai track pilihan. Agak catchy riffing, groove dan stroke drum serta cara nyanyian yang memang kena dengan flow lagu yang ada tinggi rendahnya. Manakala untuk song arrangement yang menarik gua memilih track bertajuk Shades of Shadow.


Unknown merupakan comeback Infectious Maggots selepas menghilang sejak melahirkan Deep Within Our Grief Factory Milks Run Red (1992) dan Cookies jar (1994).Sesuatu yang boleh diperkatakan berkenaan album ini ialah ianya merupakan penglibatan Infectious Maggots tanpa Fathul (vocalist) dan Lan Bye (drum) serta P.E (guitar). Ezan menggalas tugas sebagai vocalist manakala Wera diposisi drum serta Reza di posisi pemain gitar. Rizal pula sebagai pemain bass.

Jika diteliti mungkin ada sedikit perbezaan struktur penciptaan lagu jika dibandingkan dengan album pertama dibawah Asylum Records dahulu. Penambahan sound loops (didalam DWOGFMRR juga ada penggunaan loops seperti lagu Fleshmonger) didalam komposisi lagu membuatkan kedengaran lebih moden bersesuaian dimana pada ketika itu juga bermula dengan pesatnya teknologi digital dalam kerja2 rakaman. Kalau x silap gua time ni jugak multieffect tengah menjadi kegilaan x kira Zoom atau pun Line 6 yang banyak memanipulasikan sound2 music bergenre moden begini. Untuk perbandingan gua rasa Unknown punya sedikit rencah Fear Factory dan jugabunyian2 electronic.

Seperkara yang rata2 pendengar baru akan terlepas ialah music video track terakhir bertajuk Rainforest yang gua sendiri dah x jumpa sapa2 upload di youtube. Music video ini juga pernah disiarkan didalam rancangan Alternative sekitar lewat 90an dahulu.

Ok, kunjungi laman sesawang Infectious Maggots untuk berita2 terkini serta jualan merchandize dari Fathul.

 Infectious Maggots 2013


0 feedbacks: