Karamah - Huraisy (EP 2013)

Pengunduran Wan Barchiel daripada As Sahar menyebabkan banyak spekulasi timbul, tapi rasanya yang paling utama tentunya adakah beliau akan terus bermain muzik, sekurang-kurangnya menerbitkan sebarang release? Tambahan pulak dengan projek Anti-K yang dibatalkan, gua macam kecewa pulak. Terbitnya EP Huraisy, dengan sebuah band baru beliau bernama Karamah kini telah mengesahkan Wan Barchiel dan sekutu barunya di bahagian dram, Hamza akan terus bermain muzik!



Karamah yang diwujudkan pada 2012 kini bernaung di bawah Mariners Music telah menerbitkan EP dengan 4 buah lagu berjudul Huraisy pada awal Mei. Gua ternanti-nanti jugak sebab nak tau apa direction muzik Wan Barchiel pasca- As Sahar. Sama ada stick dengan gaya yang sama atau menyimpang terus ke arah lain?




1. Sehitam Saduranmu  
2. Huraisy  
3. Tinggam V.K 2013  
4. Yang Dilaknati

Secara peribadinya, sound Karamah adalah kesinambungan daripada album As Sahar - Bugis, cuma kurang perisa folknya. Malah rasanya kalau dilihat  daripada temanya sekarang sudah terbias ke arah White Metal, yang jelasnya berbicara tentang isu keagamaan. Bukti yang kukuh adalah tajuk EP itu sendiri yang menggambarkan binatang yang bernama Huraisy disebut dalam hadis yang menghukum mereka yang berdosa. Gua tak nak kupas pasal hadis ni sahih ke apa sebab gua tak layak pun haha.

Sehitam Saduranmu - Trek pembuka EP ni. Macam biasa kalau siapa yang kenal sound Wan Barchiel, bunyi gitar yang kotor tak polish memang jadi signature beliau. Riffing yang awesome dengan solo gitarnya secukup rasa. Bahagian dram pula bersih permainannya, cukup vicious untuk mengiringi gitar. Lirik ditulis oleh penulis jemputan, gua tak berapa tangkap bercerita pasal apa tapi rasanya pasal sengketa kot. Tak complicated untuk difahami.

Huraisy - Trek kedua tak beri peluang untuk berehat langsung. Agak ribut jugak. Keyboard memainkan peranan mengiringi gitar seawal lagu. Masih mengekalkan riffing bermelodik macam trek pertama, cuma keyboard nampaknya lagi menonjol. Solo gitar mendayu-dayu mengingatkan gua kepada gaya tipikal rock kangkang (tapi perlu diingat juga trait Eastern Metal adalah solo yang mendayu!) tapi all is good. Kredit ekstra kepada penulisan lirik yang spot on.

Tinggam V.K 2013 - Cun! Lagu ikonik Eastern Black Metal ni direkod semula nampaknya. Nampaknya ada attempt oleh Karamah untuk improvise lagu ini di beberapa bahagian, seriously ia menjadi! Mungkin sebab Tinggam 1996 ada sedikit kekurangan jadi version ini mencantikkan lagi, atau mungkin gaya sebegini yang dimahukan oleh Wan Barchiel. Hamza bukanlah drummer yang maniac macam Iblyss,  tapi kredit harus diberikan kepada usaha beliau yang memberi permainan yang agresif pada level tersendiri. Keyboard lagu ini juga harus diberikan pujian.

Yang Dilaknati - Trek penutup dimulakan oleh keyboard yang solemn. Gua ingat ini mid tempo punya trek, tak jugak sebenarnya. Agak ribut jugak la. Yang Dilaknati nampaknya mengangkat kisah di akhir zaman tentang... well you know, Zionis Yahudi and all. Kalau lu orang baca kisah-kisah ni pasti tau. Penutup yang awesome.

All in all, ini sebuah release yang bagus. Masih ada kesinambungan sound As Sahar, memandangkan Wan sendiri merupakan bekas frontman As Sahar haha. Bagi yang tak biasa mungkin turn off dengan sound overall yang mendap dan terkemut, standard untuk Black Metal, walaupun gua tak rasa adil memanggil release ini Black Metal. Interplay antara instruments adalah baik dan boleh didengari walaupun bass macam takde pun kedengaran. Sebagai pengenalan kepada pengikut, EP ini berjaya dalam memberikan teaser for the things to come, kalau Karamah masih berniat nak release lagi sesuatu pada masa akan datang. Takpe kita tunggu!


Dapatkan salinan Huraisy lu orang dengan menghubungi mereka di Facebook atau Wan sendiri!