Hurricane - In Vein (2013)

Gua mula mengetahui kewujudan Hurricane apabila terbaca bahawa line up band ini adalah terdiri dari beberapa line up Devilica (RIP). Hasil pencarian maklumat lain, gua mendapati band ini juga terdiri dari serpihan line up Kinsfolk (RIP). Seandainya terdiri dari bekas line up Devilica gua menggambarkan music mereka sukar untuk lari dari pengaruh mereka dahulu iaitu The Dillinger Escape Plan. Menguatkan lagi tekaan gua apabila Hurricane merupakan antara opening act untuk tour The Dillinger Escape Plan yang menggegarkan Kuala Lumpur sebelum ini. Menjadikan Tampin, Negeri Sembilan sebagai tempat permastautinan, Hurricane telah ditubuhkan pada 2011 dan sekali bertukar line up sebelum menghasilkan demo 2 lagu sebelum merakamkan 10 buah lagu dimana 8 daripadanya boleh dihadam melalui album penuh yang menemui pendengar pada 8/6/2013 dengan menggunakan tajuk In Vein.

Ateng (Vocal), Malik (Drum), Razak (Gitar), Aizat (Bass)

Cover artwork oleh Shutterscream
Layout design oleh Syahir

Tracklist :

1 - Wave of the Dreamer
2 - In Vein of Ruthless Years
3 - Rise of the Phoenix
4 - The Promise
5 - Fire and Ice
6 - Rubin Hurricane Carter
7 - Trial for the Hungry Wolves
8 - Lost

In Vein melalui proses rakaman di Greenhouse Studio sekitar Ogos sehingga November 2012. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Tom. 3 buah label bersama meriliskan album ini iaitu Dogma Artistic Guerrilla, Pissart Records dan Stoneville Records.

Wave of the Dreamer merupakan track pertama yang berupa sebuah instrumental yang kedengaran agak drone sebelum suku terakhir lagu membawa kepada riffing gitar yang masih sukar diramal genre sebenar untuk pertama kali mendengarnya.

In Vein of Ruthless Years tidak memberi sebarang ruang dengan pantas music menyerang bersama jeritan vocalist mereka. Chorus yang agak emo bunyi nya bersesuaian dengan gaya nyanyian pada chorus tersebut. Gua dapat menghidu untuk suku terakhir lagu ada sedikit bau2 formula riffing The Dilinger Escape Plan.

Rise of the Phoenix punya struktur penciptaan lagu yang agak kompleks. Gua agak sedikit teruja dengan riffing broken chord yang sedikit odd signature selepas separuh lagu dimainkan.

The Promise secara keseluruhan kedengaran agak beremosi dan punya struktur lagu yang agak perlahan temponya jika dibandingkan dengan track2 awal. Cuma sedikit laju dipenghujung lagu dengan attack yang menarik.

Fire and Ice merupakan antara track paling ganas dan laju. Agak padat struktur lagunya dan punya kepelbagaian elemen didalam lagu ini seperti hardcore, emo dan metal. Masih mencabar kemampuan diri dengan menyelitkan beberapa permainan odd signature dan ternyata mereka berjaya melakukan dengan sekata.

Rubin Hurricane Carter dari awal lagi sudah bikin gua sedikit teruja. Heavy, pantas dan susunan riffing bukan 4X4. haha.. Kredit pada drummer yang nampak agak hebat stroke nya untuk track ini. Pertengahan lagu kedengaran paling beremosi dengan tempo sedikit perlahan sehingga flow menurun seakan mendengar band drone.

Trial for the Hungry Wolves pula pada pertama kalinya dengar seakan mendengar Rage Against The Machine. Hahaha. Mungkin dari riffing pertamanya tetapi ianya berubah ketika verse pertama dan menjadi pantas untuk verse kedua. Ermm masih kuat lagi pengaruh The Dillinger Escape Plan.

Lost merupakan track terakhir yang agak chaotic. Bersesuaian diletakkan sebagai track terakhir. Riffing pelbagai dan sedikit bermelodi diserapkan dalam penciptaan lagu ini walaupun sedikit. Drum stroke masih pelbagai dan kreatif.

Untuk membayangkan adakah Hurricane masih dibayangi Devillica mungkin masih ada pengaruhnya walaupun kedengaran bahawa Hurricane cuba lari dari persamaan apa yang mereka lakukan ketika bersama2 Devillica dahulu. Dengan elemen yang pelbagai gua masih nampak genre Mathcore mendominasi kesulurhan music Hurricane walaupun selingan elemen emo, hardcore, punk dan metal diserapkan dalam music garapan mereka.

Dari segi teknikal dan sound produksi, In Vein sudah mencapai tahap terbaek sebuah profesional album. Kredit pada drummer yang nampak begitu kreatif mempelbagaikan permainan nya dalam memastikan setiap riff yang tercipta bersesuaian dengan stroke dari nya.

In Vein pada hari launchingnya telah dikeluarkan dalam bentuk boxset yang mengandungi digipak CD, official tee (gildan quality), batch, patches, giant poster serta sticker dengan harga RM45 sahaja dan selepas itu menjadi RM50 by hand dan RM60 by post. Ketika menulis review ini gua beranggapan pakej boxset ini sudah kehabisan memandangkan ianya hanya dikeluarkan dalam kuantiti 50 unit sahaja. Untuk mendapatkan CD berbentuk digipak ini anda boleh menghubungi label2 yang dinyakan dibawah dengan harga RM15 by hand atau RM20 by post.

 
Hurricane - Fire and Ice (Preview)
 
 
Hurricane - Live

Hurricane
Email
Official Homepage
Facebook
Twitter

Booking
Email

Label
Dogma Artistic Guerrilla
Pissart Records
Stoneville Records.

Hafyukal - Sumangat Tok Janggut (EP 2013)

Hafyukal sebuah band yang agak misteri berasal dari Selangor. Telah muncul dengan beberapa rilisan seperti Promo 2012, split CD bersama sebuah band Harlotnymph bertajuk Pertempuran Daeng dan terbaru mengeluarkan EP 4 lagu bertajuk Sumangat Tok Janggut. Membawa genre yang agak kemelayuan mungkin sesuai juga dilabelkan music garapan Hafyukal ialah Eastern Folk Metal memandangkan lirik2 tulisan mereka juga lebih kearah budaya tradisional Melayu Nusantara. Hafyukal dianggotai oleh 3 pemuda iaitu Panglima Kendak - Vocal/Bass, Panglima Dewata - Guitar dan Panglima Sireh - Drums
Tracklist :

1 - Introduction
2 - Perjalanan Saudara
3 - Amalan Pemandian Keris
4 - Sumangat Tok Janggut

Sumangat Tok Janggut melalui proses rakaman home studio untuk setiap instrument manakala untuk rakaman suara dilakukan di Mayhem Studio, Subang. Metal Porn Productions telah mengeluarkan EP ini dalam format kaset dalam kuantiti limited iaitu 100 copies sahaja.

Introduction yang menjadi pembuka kepada EP ini adalah sebuah instrumental dimana alatan music tradisonal digunakan iaitu serunai dan gendang jelas menunjukkan semangat Kemelayuan yang mahu ditonjolkan dalam arah tuju music Hafyukal.

Perjalanan Saudara menjadi track bervocal pertama dimana gua boleh simpulkan bahawa Hafyukal punya idea yang baek dalam penciptaan lagu. Tahap permainan instrument juga boleh dibanggakan serta riffing bermelodi yang mengingatkan gua pada hasil terdahulu dari As Sahar. Lirik untuk lagu ini bersifat positif dan seakan mengajak pendengar menuju kejalan keinsafan sebelum menjelang kematian.

Amalan Pemandian Keris pula menjadi track pilihan gua untuk EP ini. Sebuah track yang paling catchy dari segi riffing dan struktur penciptaan lagu yang punya flow tersendiri. Hafyukal bijak memainkan melodi mengikut feel dalam susunan lagu. Liriknya pula terus tterang menjurus kearah ritual tradisi Melayu dalam amalan yang dilakukan dalam dunia persenjataan dan pertempuran.

Sumangat Tok Janggut yang menjadi tajuk EP ini juga menarik dari segi penciptaan lagunya. masih punya idea yang baek dan kemampuan mengembangkan riffing supaya tidak meninggalkan kesan2 kosong harus dipuji. Juga punya flow turun naek lagu yang bagus. Lirik yang seakan menyeru agar bersemangat juang dalam mempertahankan keadilan seperti apa yang dilakukan oleh pahlawan dalam sejarah Tanah Melayu iaitu Tok janggut.

Secara teknikalnya, Sumangat Tok Janggut merupakan sebuah EP yang amat bagus. Hasil akhir yang dipersembahkan juga sesuatu yang boleh dibanggakan dan mungkin sedikit sahaja lagi boleh mencapai tahap profesional album. Dari segi kawalan instrument, pemain gitar Hafyukal punya potensi untuk maju kehadapan. Idea2 dalam penghasilan riffing harus dipuji. Mungkin sedikit kerugian dalam setiap lagu yang dimuatkan ialah tiada solo gitar kerana pada gua, struktur lagu sebegini akan lebih mengancam jika diselitkan solo2 gitar yang lebih bermelodi. Untuk cara penyampaian suara mungkin kedengaran agak merbahaya dimana scream yang jelas menjerumus kearah Black Metal. Seperkara yang harus atau agak mendukacitakan ialah penggunaan drum machine dalam kesemua lagu. Ini mungkin antara rakaman pertama Hafyukal dan gua harapkan untuk material selepas ini Hafyukal akan menggunakan drum sebenar untuk menunjukkan kemampuan sebenar mereka.

Beberapa label telah berusaha mengeluarkan material Hafyukal untuk setiap keluar dan untuk keluaran rasmi EP Sumangat Tok Janggut ini pihak Metal Porn Production telah bertanggungjawap dan mengeluarkan dalam format pro-tape dengan kuantiti limited 100 copies sahaja. Dapatkan Hafyukal - Sumangat Tok Janggut (EP 2013) dengan kadar segera sebelum kebahisan. hubungi Metal Porn Production untuk copy anda dengan harga RM10/tape.


Hafyukal
Email
Facebook

Metal Porn Productions
Email
Facebook

Impious Blood - Temple of Flesh, Pillars of Bones (Demo 2013)

Impious Blood merupakan sebuah projek one men band yang diteraju oleh A. Black Blood. Beliau sebenarnya turut terlibat dalam sebuah lagi projek iaitu Throns of Hate (pernah menyertai beberapa siri gig dan melahirkan sebuah demo dalam format tape bertajuk Abominable Triumph of Heresy pada 2010 dan sebuah EP dalam format vinyl oleh sebuah label dari Poland iaitu Kampf Records bertajuk Heretical Dawn of Apocalypse pada 2011). Selain itu beliau juga pernah bersama 2 buah band iaitu Nefarious Azarakh dan Envenom. Berpegang teguh kepada genre gelap yang mementingkan sound dan arrangement old skool, sekali lagi beliau muncul bersama sebuah projek terbaru bertajuk Temple of Flesh, Pillars of Bones dibawah nama Impious Blood.

 A. Black Blood - Everything..

Artwork oleh NothingSacred.
Logo oleh Gragoth
Layout design oleh Zizi dan Ironwork

Tracklist :

1 - Intro
2 - Thorns of Malice
3 - Interlude
4 - Impious Temple of Flesh & Bones
5 - Outro

Temple of Flesh, Pillars of Bones melalui proses rakaman di Impious Temple dari 2012 sehingga 2013. namun tidak dinyatakan siapa yang bertanggungjawap didalam proses rakaman, mixing dan mastering. 

Dari 5 track yang dihidangkan iainya terdiri dari 3 track tidak bervocal iaitu Intro, Interlude dan Outro yang sekadar menggunakan sound sample manakala 2 lagi track menyaksikan track penuh bermuzik serta punya vocal.

Throns of Malice yang berdurasi 3 minit 9 saat bermula tanpa sebarang tanda. Terus menyerang dengan deruan serta paduan drum beserta riffing gitar yang straight forward. Cara nyanyian yang juga agak straight forward agak menggerunkan dari segi penyampaiannya. Song arrangement masih punya flow turun naik nya walaupun didominasi dengan tempo laju dan pantas.

Impious Temple of Flesh & Bones menjadi track bervocal kedua dengan durasi 3 minit 39 saat. Bermula dengan riffing yang cukup Old Skool dan kelam. Pengaruh Beherit mungkin dapat dikesan untuk track ini. Susunan dan stroke drum agak pantas dan punya elemen Orthodok Black Death Metal.

Jika di amati, sound dan music garapan Impious Blood lebih kearah Beherit, Samael, Archgoat, Blasphemy dan seangkatannya. Walaupun dibawah kepompong Black Metal namun feel Death Metal agak jelas kedengaran pada setiap lagu yang dihasilkan. Jika bersama projek sebelum ini iaitu Throns of Hate, gua merasa seperti pengaruh Sarcofago ada didalam lagu2 ciptaan menerusi Abominable Triumph of Heresy, kini kesan pengaruh tersebut seakan sedikit pudar untuk Impious Blood. Basic arrangement dalam struktur penciptaan lagu2 yang mudah iaitu 4X4 adalah seperti sesuatu yang wajib untuk mengekalkan mood Old Skool dalam setiap lagu yang dihasilkan.

Untuk mendapatkan copies anda untuk Temple of Flesh, Pillars of Bones, ia nya dirilis dalam 2 bentuk format iaitu pro-tape dan juga CDR. Hubungi Nexro Records melalui email yang kami sediakan dibawah dengan harga tape - RM8 atau CDR dengan harga RM10. Dengarkan sample lagu2 yang kami sertakan dibawah untuk memahami kegelapan music Black Death Metal dari Impious Blood.

Impious Blood - Interlude / Impious Temple of Flesh & Bone

Impious Blood
Email
Blogspot
Facebook
Bandcamp

Nexro Records
Email

Humiliation - Turbulence From The Deep (2013)

Setelah berusaha dengan menghasilkan album secara produktif untuk setiap tahun, nampaknya usaha Humiliation boleh dikatakan berjaya setelah berjaya mengikat kontrak bersama sebuah label dari USA iaitu Deepsend Records untuk penghasilan album keempat bertajuk Turbulence From The Deep. Tidak salah dan rasanya gua bukan nak memuji kerana usaha mejelajah Eropah juga berjaya membuatkan Humiliation mula dikenali seluruh dunia sebagai antara pendukung irama Death Metal berskala mid tempo.

Cover painting/ artwork oleh Arifullah Ali
Layout oleh Insomaniac Lab

Tracklist :

 1 - No Return
2 - Operation Obeo One
3 - Phosphorous Shell
4 - Calibrated Chaos
5 - Bachok's Invasion
6 - Sea Denial
7 - Home Front
8 - Total War
9 - Order Of Battle
10 - The Deadly Double
11 - Submerged At The Seabed (Outro)

Secara teknikal rakamannya, Humiliation masih menggunakan studio serta sound engineer yang sama seperti 2 album terdahulu. dimana Hotsound Studio menjadi studio rakaman manakala Ahmad Zahid masih menjadi sound engineer yang bertanggungjawap dalam proses rakaman dan mixing. Begitu juga dengan proses mastering dimana Humiliation masih menggunakan khidmat Carl @ Saff Mastering, Chicago USA. Dinyatakan proses rakaman adalah bermula dari 1/1/2013 sehingga 13/1/2013.

Kerap kali juga gua mereview album Humiliation dan kali ini untuk ulasan track gua mengambil secara rambang sahaja. Terlebih dahulu track bertajuk Phosphorous Shell lebih awal menjadi preview dimana pihak Deepsend Records telah meletakkan track ini dilaman bandcamp mereka. Ia seakan menunjukkan hala tuju terbaru Humiliation yang pada gua lebih mendap, lembap dan berat. Beberapa lagu di lihat banyak menggunakan tempo yang lebih perlahan dari album2 terdahulu. Contoh paling jelas untuk Calibrated Chaos. Juga beberapa riffing didalam setiap lagu yang seakan sengaja dilebihkan tahap keperlahanan temponya. Boleh rujuk track Operation Obeo One untuk suku terakhir lagu dan banyak lagu lagi. Tiada fast song secara totalnya, cuma diselitkan beberapa riffing yang menyaksikan drum attack yang agak biasa. ya.. bagi gua Humiliation ni memang cuba melimitkan keteknikalan dalam lagu2 mereka. Ok, gua memilih track Phosphorous Shell, Bachok's Invasion dan Total War sebagai track pilihan.

Untuk album keempat ini gua dapat simpulkan Humiliation seakan menetapkan album ini punya konsep yang lebih perlahan temponya. Juga sound yang agak mendap dan lembap yang kadangkala seakan hampir terjerumus kearah Doom Metal. Masih lagi dengan tema2 lirik berkaitan peperangan Turbulence From The Deep kedengaran punya keistimewaan tersendiri kerana pada pendengaran gua ia agak sedikit berlainan feel nya jika dibandingkan dengan album2 terdahulu namun masih dengan Old Skool Death Metal yang mid tempo.

Dapatkan Turbulence From The Deep dengan harga RM35 by post melalui Humiliation sendiri atau dengan direct contact Deepsend Records melalui laman web yang kami sediakan dibawah ini.


Humiliation
Official Website
Facebook

Deepsend Records
Official Website
Facebook


Akagrish - Akagrish (2013)

Akagrish merupakan sebuah band bergenrekan Death Metal dari Kota Kinabalu Sabah. Baru sahaja mengeluarkan sebuah album yang turut menggunakan nama Akagrish dibawah label Evil Dead Production, pada gua Akagrish adalah antara band yang perlu diberi perhatian kerana corak music yang dimainkan agak kompleks, bertenaga dan nampak bersungguh2. Ya rasanya gua hanya perlu sedikit mukadimah sebelum melakukan review penuh keatas album ini.

Artwork oleh Mr. Frank SYD

Tracklist :

1 - Promised Time (666% Hell)
2 - The Eye Ov Hell
3 - Burning Moon
4 - The Scriptures
5 - In The Sign I Will Conquer
6 - Thou Shalt See The Light
7 - Reign Ov Hel

 Pijal (Lead guitar), Pawa (Lead guitar), Rajj (Vocal/Bass), Ah Soon (Drum-sessionist)

Album yang mengambil nama band sebagai Akagrish ini melalui proses rakaman di 2 buah studio. Untuk track vocal dan drum melalui proses rakaman di Eyes & Ears Production. Manakala track gitar dan bass dilakukan di Helvete Studio. Sound engineer yang bertanggungjawap dalam rakaman ini ialah K.Helvete.

Promised Time (666% Hell) menjadi track pengenalan bagaimana dan apakah hala tuju Akagrish. permulaan yang agak mementingkan kelajuan dan kekerasan tahap maksima. Penangan Death Metal yang agak kental dari segi permainan dan riffing serta stroke2 drum yang brutal. Solo gitar yang menggigit dan gua perasan track ini ada flow naik turunnya walaupon tamat dengan mengejut.

The Eye Ov Hell menjadi track kedua tanpa memberi sebarang ruang kosong dari awal lagi. Hentakan twin pedal yang laju dan grind yang power seakan tidak memberi sebarang peluang untuk bernafas. Solo gitar masih lagi ribut!

Burning Moon masih mengekalkan mood pantas dan permainan instrument yang laju. Masih juga kental penangan Death Metal yang padu. Bila gua dengar ulang banyak kali, gua rasa riffing dalam lagu ni ada mcm feel riffing band Deicide. haha..

The Scriptures pada gua punya flow seperti track pertama. Ada naik turun dalam tempo dan structure song. Kental, keras dan padu masih menjadi elemen utama dalam garapan lagu Death Metal ini. Cuma solo gitar kali ini tidak seribut track2 terdahulu.

In The Sign I Will Conquer tiada sebarang intro, terus sahaja hentakan drum bertubi2 menyerang sebelum verse pertama bersama growl dan hentakan twin peda menggila. Track ini seakan paling menggila untuk album ini pada pandangan gua. Solo gitar juga gua rasa paling mencengkam dengan gabungan solo mendayu dan disusuli solo ribut!

Track berikutnya iaitu Thou Shalt See The Light juga agak menggila. Apa lagi mau kata? Memang kental dan tiada ruangan kosong dalam komposisi track ini. Seakan semakin berat dan keras track2 yang disediakan mengikut list.

Reign Ov Hell menjadi track terakhir menandakan ianya track penamat untuk berheadbang bersama dendangan Akagris untuk produk mereka ini. Masih sama seperti mendengar track2 terdahulu, track ini jugak kental dengan elemen kekerasan dan kepaduan serangan setiap riff dan stroke drumnya.


Dapat kan CD ini dengan harga RM30 by post melalui Evil Dead Productions. Gua rekemen CD ini kerana sejak 2013 ni gua nampak kebangkitan yang sangat hebat dari band2 Sabah dan peningkatan mutu dan kualiti rakaman yang semakin membanggakan berjaya dihasilkan mereka. Ok, tunggu apa lagi. dapatkan CD ini untuk definisi Death Metal yang keras dan cukup padat!

Akagrish - The Eye Ov Hell
 
Akagrish
Facebook

Evil Dead Productions
Email
Homepage
Facebook

VotW : Tesseract - Singularity

Lama jugak gua dok follow band ni.. Tesseract baru sahaja menghasilkan album kedua bertajuk Altered State. Menjadi sebutan sebagai antara pembawa genre Djent paling menyerlah. Malah mendapat pujian dari Fredrik Thordendal iaitu gitarist Meshuggah. Apakata kita layan video klip mereka bertajuk Singularity ini.



Kalau ada kelapangan gua akan buat entry pasal Djent.. tak pun review pasal album ini nanti..