Akagrish - Akagrish (2013)

Akagrish merupakan sebuah band bergenrekan Death Metal dari Kota Kinabalu Sabah. Baru sahaja mengeluarkan sebuah album yang turut menggunakan nama Akagrish dibawah label Evil Dead Production, pada gua Akagrish adalah antara band yang perlu diberi perhatian kerana corak music yang dimainkan agak kompleks, bertenaga dan nampak bersungguh2. Ya rasanya gua hanya perlu sedikit mukadimah sebelum melakukan review penuh keatas album ini.

Artwork oleh Mr. Frank SYD

Tracklist :

1 - Promised Time (666% Hell)
2 - The Eye Ov Hell
3 - Burning Moon
4 - The Scriptures
5 - In The Sign I Will Conquer
6 - Thou Shalt See The Light
7 - Reign Ov Hel

 Pijal (Lead guitar), Pawa (Lead guitar), Rajj (Vocal/Bass), Ah Soon (Drum-sessionist)

Album yang mengambil nama band sebagai Akagrish ini melalui proses rakaman di 2 buah studio. Untuk track vocal dan drum melalui proses rakaman di Eyes & Ears Production. Manakala track gitar dan bass dilakukan di Helvete Studio. Sound engineer yang bertanggungjawap dalam rakaman ini ialah K.Helvete.

Promised Time (666% Hell) menjadi track pengenalan bagaimana dan apakah hala tuju Akagrish. permulaan yang agak mementingkan kelajuan dan kekerasan tahap maksima. Penangan Death Metal yang agak kental dari segi permainan dan riffing serta stroke2 drum yang brutal. Solo gitar yang menggigit dan gua perasan track ini ada flow naik turunnya walaupon tamat dengan mengejut.

The Eye Ov Hell menjadi track kedua tanpa memberi sebarang ruang kosong dari awal lagi. Hentakan twin pedal yang laju dan grind yang power seakan tidak memberi sebarang peluang untuk bernafas. Solo gitar masih lagi ribut!

Burning Moon masih mengekalkan mood pantas dan permainan instrument yang laju. Masih juga kental penangan Death Metal yang padu. Bila gua dengar ulang banyak kali, gua rasa riffing dalam lagu ni ada mcm feel riffing band Deicide. haha..

The Scriptures pada gua punya flow seperti track pertama. Ada naik turun dalam tempo dan structure song. Kental, keras dan padu masih menjadi elemen utama dalam garapan lagu Death Metal ini. Cuma solo gitar kali ini tidak seribut track2 terdahulu.

In The Sign I Will Conquer tiada sebarang intro, terus sahaja hentakan drum bertubi2 menyerang sebelum verse pertama bersama growl dan hentakan twin peda menggila. Track ini seakan paling menggila untuk album ini pada pandangan gua. Solo gitar juga gua rasa paling mencengkam dengan gabungan solo mendayu dan disusuli solo ribut!

Track berikutnya iaitu Thou Shalt See The Light juga agak menggila. Apa lagi mau kata? Memang kental dan tiada ruangan kosong dalam komposisi track ini. Seakan semakin berat dan keras track2 yang disediakan mengikut list.

Reign Ov Hell menjadi track terakhir menandakan ianya track penamat untuk berheadbang bersama dendangan Akagris untuk produk mereka ini. Masih sama seperti mendengar track2 terdahulu, track ini jugak kental dengan elemen kekerasan dan kepaduan serangan setiap riff dan stroke drumnya.


Dapat kan CD ini dengan harga RM30 by post melalui Evil Dead Productions. Gua rekemen CD ini kerana sejak 2013 ni gua nampak kebangkitan yang sangat hebat dari band2 Sabah dan peningkatan mutu dan kualiti rakaman yang semakin membanggakan berjaya dihasilkan mereka. Ok, tunggu apa lagi. dapatkan CD ini untuk definisi Death Metal yang keras dan cukup padat!

Akagrish - The Eye Ov Hell
 
Akagrish
Facebook

Evil Dead Productions
Email
Homepage
Facebook

2 feedbacks:

ned frizy said...

whelp, dah lama gwa cari blog pasal muzik bawah tanah ni

Contramen said...

sini macam2 ada kami tulis.. bawah & atas tanah semua ada..
terima kasih kerana datang mengadap..