Alternative Connection (1994)

Antara kompilasi band2 bawah tanah yang boleh dikira antara khazanah dan sejarah dalam halatuju muzik bukan Metal yang wujud di Malaysia. Di terbitkan pada 1994 dibawah Dark Journey Records yang merupakan sebuah label yang lebih menitikberatkan rilisan2 gelap dari bakat2 tempatan, kompilasi bertajuk Alternative Connection seakan menyaingi kompilasi2 music indie seperti A Circle of Friends dan The Beginning. Menampilkan 4 buah band seperti Psycho Sonique, Twice, Rogue Covet dan Voiceout, kompilasi ini menggabungkan beberapa genre dari Indie Punk (kebanyakkan band indie pada ketika ini punya pengaruh kuat dan beraliran Punk) hingga ke Hardcore.


 Tracklist :

 Psycho Sonic

1 - I'm Gonna Crash
2 - Sick
3 - I Don't Give A Damn

Penampilan menarik dari Psycho Sonique iaitu band all girl dari Singapura yang membawa pengaruh Punk dan seingat gua sekitar penghujung 90an ketika berkunjung ke studio2 jamming maka akan kerap kali juga lagu I'm Gonna Crush akan dimainkan band2 beraliran sama ketika itu.

Twice

4 - Destroy That World
5 - Madness
6 - Twice

Twice walaupun sedikit keras alunan music nya mungkin mencampurkan elemen hardcore dari riffing namun pembawaan vocalnya membuatkan pendengar sedikit confuse adakah Twice menggunakan vocal lelaki atau perempuan. Haha..

Rogue Covet

7 - Hypnotize Eyes
8 - Glory Daze
9 - Reinvent The Myth Of All Ages

Rogue Covet paling Indie jika didengar pada music ciptaan mereka. Agak santai dan meminimakan bunyian distort pada gitar. Ada pengaruh blues pada lagu2 dan seperti kedua2 band diatas entah kemana menghilang band ini..Haha.. Seperkara yang menarik pada gua berkenaan band ini, Rogue Covet punya music yang bagus dan ada kala seperti mendengar Led Zeppelin dan seangkatan. 

Voiceout

10 - Suffer... Till When
11 - Times
12 - Empty Dreams

Voiceout mungkin merupakan antara band paling heavy dan keras didalam album ini. Straight forward hardcore yang kental dan penuh semangat old school!Ketiga2 lagu yang disampaikan ternyata hebat dan kepada pembaca yang baru mula mengenali atau cuba menubuhkan band hardcore mungkin perlu serba sedikit mengetahui berkenaan band ini daripada otai2 hardcore yang anda kenali.. Yeahhh!

Alternative Connection merupakan antara salah satu kompilasi yang patut termaktub didalam sejarah music indiependent tempatan. Mempertaruhkan 4 buah band yang gua rasa semuanya telah berkubur dan diriliskan dibawah label muzik gelap tempatan Dark Journey Records (RIP). Album ini boleh dikatakan agak bagus dari segi sound produksi serta penglibatan band2 nya. Cuma agak sedikit ralat kerana kekurangan infomasi pada cover sleeve nya dari segi pengenalan line-up band serta detail berkaitan keempat2 band (pembaca boleh komen entry ni berkongsi info) yang terlibat.

Ok, itu sahaja dan jika ada anda yang ingin berkongsi info berkenaan kompilasi ini dialu2kan untuk memberi komen.. Sebagai penutup kami sertakan sebuah lagu dari Psycho Sonique bertajuk I'm Gonna Crash.

Psycho Sonique - I'm Gonna Crash

0 feedbacks: