Blackstar Rising - Barber Wire Soul (1997)

Sebelum Carcass muncul dengan album terbaru bertajuk Surgical Steel pada September 2013, apakata gua tulis sikit pasal band yang menggunakan nama Blackstar ini kerana Blackstar merupakan projek band kepada line up Carcass iaitu Jeff Walker (vocal/bass), Ken Owen (drums) dan Carlo Regadas (guitars) serta seorang lagi pemain gitar iaitu Mark Griffiths yang pernah menganggotai band Doom Metal bernama Cathedral. Barber Wire Soul merupakan sebuah album penuh yang rilis pada 1997 dibawah label Peaceville Records. Genre yang berlainan jika dibandingkan dengan apa yang pernah mereka hasilkan bersama Carcass kerana Blackstar memperjuangkan music 70's Rock/Metal yang lebih straight forward. Info tambahan berkenaan band ini ialah mereka telah menukar nama kepada Blackstar Rising setelah mendapati ada band lain menggunakan nama Blackstar lebih awal dari mereka.

 Jeff Walker (vocal/bass), Ken Owen (drums), Carlo Regadas (lead guitars), Mark Griffiths (rhythm guitars)

Cover sleeve oleh Dirk Ruldolph

Tracklist :

1. Game Over
2. Smile
3. Sound of Silence
4. Rock'n'Roll Circus
5. New Song
6. Give Up the Ghost
7. Revolution of the Heart
8. Waste of Space
9. Deep Wound
10. Better the Devil
11. Instrumental

Barber Wire Soul diterbitkan oleh Collin Richardson. Melalui proses rakaman Parr Street Studio sekitar Mac 1997. Dave Buchanan menjadi sound engineer rakaman manakala proses mixing dilakukan oleh Ewan Davies di Chapel Studio sekitar April 1997. Proses mastering dilakukan oleh Ian Anderson di Studio Battery.

Beberapa lagu menarik yang lebih kearah Rock n Roll yang solid disertakan sedikit penangan Metal boleh didengari melalui album ini. Jauh menyimpang dari apa yang pernah dihasilkan bersama band2 nya sebelum ini namun gua pernah terbaca Jeff Walker menyatakan bahawa apa yang dilakukan bersama Blackstar Rising ini adalah "root" asal music yang mereka mainkan. Mungkin ia bermaksud asas kepada apa yang dilakukan dalam penulisan lagu2 yang tidak bersifat ekstrim untuk band2 nya.

Untuk album ini gua memilih track bertajuk New Song sebagai lagu pilihan. Agak gerek dan terasa ingin berdansa dengan apa yang dihasilkan. Hahahaha..

Juga untuk pasaran Japan, album ini menyelitkan lagu2 dari demo pertama mereka yang menjadikan penambahan 8 buah lagu termasuk beberapa cover song seperti "The Girl Who Lives on Heaven Hill" dari Husker Du, "Running Back" oleh Thin Lizzy dan "Peacedog" dari The Cult.

Selain dari Blackstar Rising, Jeff Walker turut menghasilkan sebuah album solo dengan menggunakan nama Jeff Walker Und Die Fluffers dan sebuah album penuh dihasilkan bertajuk Welcome to Carcass Cuntry, dan rilis pada 9 May 2006 dibawah label Fractured Transmitter Records. Bill Steer dan Ken Owen turut terlibat didalam album solo yang lebih kearah Country dan Blues ini.

Beberapa info menarik berkenaan Blackstar Rising boleh diperolehi melalui google atau anda boleh melayari laman web yang dibina menceritakan serba sedikit berkenaan band ini melalui link yang kami sediakan dibawah preview song dari laman youtube dibawah ini.

Blackstar Rising - New Song

Blackstar

0 feedbacks: