DIED / Putrefied Remains - Split 2003

Kedua2 band ini boleh dikatakan agak baru diwujudkan antara setahun dua ini namun jika dilihat pada line up kedua2 band, nama2 yang terlibat seakan tidak asing lagi dalam memeriahkan arus muzik bawah tanah kita. DIED merupakan sebuah band yang lahir kerana kewujudan Death dan diakui sendiri mereka adalah band saduran Death, manakala Putrefied Remains merupakan sebuah band yang membawa genre Black Metal saduran Greece. Kedua2 band merupakan band yang berpijak dibumi Perak. masing2 telah menghasilkan demo dan rasanya Split CD ini mengaja dilahirkan sebelum kedua2nya bakal mengeluarkan album penuh selepas ini.

 Dr Bentara - Voc/Guitar, Dark-E - Guitar, Pogie Mutilator - Bass, Azimuth Lan - Drum

 NekroShaman - All Vocals, Thalexi Mastha' - Guitars, Warhammer - Drums, Jie Mutilator - Bass

Cover imej oleh Faizal Abd Fathi.

Tracklist :

DIED
1 -  Death By Leprosy
2 - Only Death In Zombieland

Putrefied Remains
3 - In Gloomy Darkness Mourning
4 - Riders Of Doom

Kedua2 lagu dari Putrefied Remains telah menjalani proses rakaman oleh Jie Mutilator sekitar September 2012. Beliau turut menjadi juru adun dan bertanggungjawap dalam proses mastering. Bagi DIED pula dinyatakan segala kerja2 teknikal studio dilakukan oleh orang yang sama..hahaha..

DIED memulakan upacara apabila Death By Leprosy menjadi track pembukaan Split CD ini. Ya memang tepat mood dan feel Death digarap baek dalam lagu ini. Riffing yang agak berbau Death Metal Florida diatur cantek serta paduan drum dan solo gitar yang agak laju digayakan dengan berjaya oleh DIED.




Only Death In Zombieland bermula agak doom pada awalannya sebelum verse pertama bersama nyanyian terus menukar mood awal lagu. Agak menderu stroke drum dan bedilan pedal dari pemain drum DIED. Solo gitar memang sedap dan menarik sebelum ianya menjadi ribut.

In Gloomy Darkness Mourning dari Putrefied Remains sebenarnya track yang telah dimasukkan didalam rilis format tape sebelum ini. Masih ental dengan feel Greece Metal yang sangat pekat. Ok, gua tak mau review lebih2 lagu ni sebab gua dah review tape ni. Boleh baca di sini.

Riders Of Doom merupakan sebuah track terbaru yang telah dimaklumkan tidak disertakan didalam album penuh bertajuk “Novus Ordo Seclorum" yang akan menjengah selepas ini. Kredit kepada pembeli Split CD ini barangkali. Hahaha.. Ok, sebuah track yang agak mendatar flow nya. Tahap kelajuan juga masih terkawal dan tidak mengejar tempo yang pantas. Menarik mood dari layer keyboard yang menjadi latar lagu. Solo gitar jugak makin menarik dan pada gua makin lama makin hebat pulak jika dibandingkan dengan rilisan2 terdahulu. Hahaha..

Dari segi teknikalnya, ada perbezaan sound produksi antara DIED dan Putrefied Remains. Sound keseluruhan DIED pada gua mungkin boleh di polish lagi agar menjadi semakin sedap. Haha.. Ini mungkin hasil yang sengaja di bikin barangkali untuk membuatkan pendengar rasa tak sabar nak tunggu rilisnya album mahupun EP sebenar dari DIED yang sebenarnya telah pun siap menjalani proses rakaman sebelum ini. Bagi Putrefied Remains pula gua beranggapan music mereka dah memang enak dilayan tambahan ketelitian dari proses rakaman dan mixing yang memang solid dan clean. Kita tunggu sahaja album penuh mereka bertajuk “Novus Ordo Seclorum" pula selepas ini.

Secara kesimpulannya gua boleh mengatakan Split CD ini ada baeknya dimiliki oleh pendengar2 yang masih mengharapkan sinar music2 Old School. Death Metal dari Florida garapan DIED dan Greece Metal penangan Putrefied Remains antara sesuatu yang sudah jarang2 untuk kita dengar ketika ini setelah dominasi music metal masakini lebih terdorong kearah Melodic Metal, Metalcore, Modern Metal dan tak lupa juga bak cendawan tumbuh selepas hujan dengan lahirnya band2 Black Metal yang memilih konsep Raw. Hubungi Metal Porn Productions untuk copies anda dengan harga RM10 by hand atau RM16 by post sebelum ianya sold out!!!!

DIED
Blogspot
Facebook

Putrefied Remains
Facebook

Metal Porn Productions
Email
Facebook

1 feedbacks:

Shuffian Abu said...

Hahaha...uit! Split 2013 ler...hahaha