Zombies Bastard - Thrashaholic Zombies Bastard (Demo 2012)

Menjelang KL Thrashed 2013 yang akan menjengah x sampai seminggu dikala gua menulis entry ini, rasa nya adalah bersesuaian kiranya gua mewakili pihak DtE mereview sebuah demo dari band yang bermastautin di Kota Kinabalu Sabah ini. Menamakan band mereka sebagai Zombies Bastard, gua rasa menerusi demo bertajuk Thrashaholic Zombies Bastard yang rilis pada 2012 ini mungkin boleh menjadi antara pengkalan untuk mereka terus menapak dalam mengharungi perit jerih scene metal tanahair. Berbekalkan konsep yang lebih kearah Crossover Thrash Metal, pada gua Zombies Bastard perlu diberi perhatian dan ruang untuk mereka melangkau jauh ke depan.

Danish - Guitars, Maey - Guitar, Chapu - Bass, Bantal Bastard - Drums, Jhan Pra - Vocals

Tracklist :

1 - What's So Neutral???
2 - Night Of The Living Dead!!!
3 - Desperation Tool
4 - The Shambler
5 - The Lies They Feed
6 - Thrashaholic, Zombies Bastard!!!

Thrashaholic Zombies Bastard melalui proses rakaman di RAM Studio Kota Kinabalu Sabah. Proses mixing dilakukan oleh Christopher Pereira.

What's So Neutral??? merupakan track pertama selaku pengenalan kepada music bawaan Zombies Bastard. Rancak walaupon pada awalnya kedengaran sedikit penangan Old School Thrash Metal. Mengingatkan gua pada sebuah band thrash metal kajang iaitu The Reaper. Hahaha... Track yang menarik dengan sedikit riffing harmoni walau hanya pada suku pertama lagu.

Track kedua bertajuk Night Of The Living Dead!!! masih rancak dan sesuai dibawa untuk persembahan digig2 kerana rentak yang rancak dan benar2 Thrash!!! hahaha..

Desperation Tool masih seperti 2 track terawal dengan permulaan yang sedikit mendatar sebelum mood Thrash Metal diberi secara terus menerus.

The Shambler tidak memberi sebarang peluang dari awal. mungkin kedengaran sedikit happy track ini dengan penggunaan major chordnya. Pengaruh Punk dan Thrash Metal yang cukup kuat! Rancak dan menarik.

The Lies They Feed jelas sekali mood Old School Thrash Metal nya. Seakan mendengar lagu dari band2 Thrash Metal Amerika latin. Riffing yang agak laju sebenarnya untuk sebahagian besar lagu.

Thrashaholic, Zombies Bastard!!! mungkin sengaja diletakkan sebagai track terakhir kerana untuk track ini ternyata rembesan adrenalin berada dalam kondisi tertinggi. hahaha.. Shout beramai ketika chorus lagu memang menarik dan catchy.

Secara keseluruhan mungkin kedengaran sedikit raw hasil rakaman ini namun untuk produk berstatus demo pada gua Thrashaholic Zombies Bastard sudah mencapai tahap terbaek. Demo sebegini punya sound yang jelas kedengaran kesemua instrument dan sebutan vocal boleh dikira membanggakan. Mungkin perlu sedikit sentuhan mastering untuk nampak lebih solid hasil akhirnya. Ok, pedulikan kerana ini hanya demo sebagai pengenalan dan...memang kena sound sebegini untuk hasil pengenalan band berkonsep Crossover Thrash Metal seprti Zombies Bastard ini.

Menamakan DRI, Nunslaughter, SOD, Bonebrigade, Violator dan seangkatan jelas menampakkan Zombies bastard sudah punya cara tersendiri menghasilkan lagu2 dalam trademark konsep yang dipilih. Kepada peminat2 music rancak dan pantas juga penggemar Municipal Waste mungkin boleh menjadikan Thrashaholic Zombies Bastard antara santapan telinga anda untuk versi Asia. hahaha..

Ok, gua tak pasti adakah CD Demo ini masih boleh didapati atau telah sold out. Mohon anda menghubungi sendiri band ini untuk bertanyakan copy anda melalui email dan laman facebook mereka dibawah preview video dibawah ini. Layan!!!!

Zombies Bastard - Thrashaholic Zombie Bastard!!!

Ok, nak dengar semua lagu2 dari demo ini? Go to youtube mereka menerusi youtube mereka. Enjoy!!!

Email
Facebook
Youtube

Interview - Recidivist - Pure Death Metal Dari Utara

Recidivist merupakan sebuah band yang menjadikan Death Metal sebagai haluan music mereka. Telah berusia melebihi 10 tahun, meriliskan beberapa material dan terkini tampak agak giat kembali dipersada music berat tempatan. Pihak DtE berkesempatan menemubual Recidivist berkenaan beberapa perkembangan terdahulu, kini dan masa hadapan Recidivist untuk perkongsian pembaca. Ok, ayuh bersama luangkan sedikit masa mengenali Recidivist.

 
1 - Assalamualaikum dan apa khabar? Boleh kami tahu siapa yang bertanggungjawap dalam sesi soaljawap ini?
Salam....Warmachine-vox, guitar

2 - Recidivist telah wujud sekitar tahun 2000, bermakna usia Recidivist sekarang sudah menjengah 13 tahun. Adakah Recidivist merasa dalam tempoh tersebut Recidivist telah mencapai target penubuhan band ini?
Yap hujung tahun 2000. Target..heee... Sebenarnya target tu cuma ingin berkarya + minat mendalam pd sound berat...bukan semata2 nak cr glam....hobi suka2...dan naik kan scene local.

3 - Pertukaran line up yang kerap. Adakah ini mengganggu pergerakkan Recidivist sebagai sebuah band?
Lineup ni berlaku disebabkan perkerjaan Warmachine sbg construction engineer. Site projek yg berubah tempat. Lineup lama masih ada dan masih berhubung.


4 - Line up terkini Recidivist?
Lineup terkini adalah datang drpd pemuzik yg berbakat. Semuanya tinggal di Sg Petani Kedah.

5 - Adakah line up terkini Recidivist turut terlibat didalam mana2 band lain?
Tiada. kami semua org kampung yg suka berkarya.

6 - Membawakan genre Death Metal, boleh klasifikasikan secara detail dimana kedudukan sebenar music Recidivist? Adakah music Recidivist berada didalam katogeri Old School Death Metal?
Kami cuba pelbagaikan jenis muzik tetapi tak lari dari konsep deathmetal. Kami cuba elak dari mengklon 200% daripada mana2 band di dunia ni...heeee...seni itu karya...(kena cr sendiri)

7 - Boleh nyatakan band2 lama tempatan yang membawa konsep Death Metal yang menjadi inspirasi kewujudan Recidivist?
UNDEAD dari Perak.

8 - Band2 (tempatan dan luar negara) yang membawa pengaruh besar kepada penghasilan lagu2 Recidivist?
Tempatan - kesemua band. Luar negara - Warparth (German)

9 - Bagaimana penulisan lagu2 Recidivist dilakukan? Siapa mastermind dalam penulisan lagu2 Recidivist?
Lagu2 dihasilkan secara spontan didalam studio..... Penulisan adalah melibatkan semua lineup.

10 - Jika pada awal penubuhan lirik2 Recidivist lebih menjurus kearah kesan2 peperangan, terkini apakah topik2 atau tema kepada penulisan lirik lagu2 terbaru Recidivist?
Dari segi perang?...hahahaha. rasanya Global Issued... banyak menceritakan tentang world wide chaos. Yang terkini banyak tertumpu pada Human Right issued.

11 - Menghasilkan 2 buah demo/EP dan terbaru bersama Angka Kematian Production, Prefabric Machine telah menemui pendengar setelah sekian lama Recidivist seakan berada dalam status hibernate.. Boleh ceritakan serba sedikit apa yang ada didalam album ini untuk memastikan peminat2 irama death Metal perlu memiliki album ini?
Sebenarnya kami ada mengeluarkan 1st Persistence Offender CD dan tape. 2nd Peaceful of Doom CD. 3rd Prefabricated Machine single. 4th Prefabricated Machine (under AKP).  Yang terkini ialah Poser Mutation CD dan tape. Apa yg terkandung dlm Prefabricated Machine ialah cerita2 tentang kesan2 yg manusia telah lakukan di dunia ni... Rekoding lagu2 ini dibuat di studio ISEEKMUSIC Mohktar

12 - Track berbahasa Melayu pertama ciptaan Recidivist didalam Prefabric Machine bertajuk Suckka yang sebenarnya membawa maksud "Saka". Boleh ceritakan bagaimana terlintas menghasilkan lagu dan lirik berbahasa Melayu sebegini?
Suckka...hahahahaha... ni pasal cerita kesan manusia yg rakus... membela jin, setan utk memuaskan nafsu.... ni tak perlu... kita kena pegang pd fahaman kita iaitu Allah

13 - Diberitakan baru2 ini Recidivist telah melangkah ke studio untuk rakaman album penuh. Boleh ceritakan serba sedikit berkenaan rakaman tersebut?
Hahahaaa... sedang mixing... I-allah

14 - Boleh nyatakan equipment2 yang digunakan oleh setiap line up Recidivist untuk persembahan pentas dan juga rakaman? Dan kenapa memilih Washburn untuk jenama gitar?
Hahahaha... Washburn ni ada sound tersendiri. Dan sesuai utk mencari sound baru kot... heeeee... Bassist pakai ibanez 4 string.

15 - Selain melangkah ke studio untuk rakaman album penuh, Recidivist turut terlibat didalam satu kompilasi keluaran Grundar Production bertajuk "A Blasting Of Malaysian Death & Grind Companion" yang menampilkan 21 buah band. Kenapa track bertajuk Lead To Destruct kedengaran tamat secara tiba2? Mungkin ada penjelasan kenapa ia berlaku sedemikian?
Hahahahaa.... entah lah... mungkin ada sedikit kesilapan masa mastring kot.... tp lagu tu akan di rilis semula (sound yg baru) nanti....

16 - Beberapa buah band baru bergenre Death Metal yang punya kualiti seperti Humiliation, Blood Legion, Killer Corpse, Necromation kelihatan agak berjaya dengan pergerakan yang semakin maju. Adakah saingan sebegini boleh meningkatkan lagi usaha Recidivist dalam memperjuangkan irama Death Metal dalam kancah music bawahtanah Malaysia amnya?
Hahahahaa....sebenarnya Malaysia ni punyai talented band...cuma segan or kemut bila nak rekod profesional sound....heeee... entah lah... bagi kami buat setakat yg mampu. Terpulang lah pada pendengar...ada yg minat...dan ada pulak yg marah akan kami...heeeeee...biasalah semangat melayu

17 - Dilihat Recidivist agak kurang melakukan persembahan pentas. Kenapa keadaan ini berlaku?
Sebenarnya kami ada mendapat byk undangan baru2 nih... tetapi kesempitan masa pd kerjaya masing2.... kami juga ada mendapat tawaran membuat tour di Indonesia... tetapi terpaksa KIV dulu...heeeee....ada rezeki...ada lahhhhh.

18 - Soalan yang agak berat.. Dilihat beberapa individu seakan kurang senang dengan cara promosi penjualan stuff2 Recidivist. Apa komen Recidivist berkenaan perkara ini?
Hahahaha... bg kami ia adalah simple n mudah... kalu tak suka tolong UNFRIEND


19 - Dilihat juga Recidivist semakin rancak mengeluarkan merchandise2 seperti t-shirt, patches dan batch. Kenapa memilih menghasilkan pelbagai merchandise dalam kadar yang kerap?
Sebab kami mendapat tawaran yg murah utk penghasilan barang2 tersebut.heeeeee. dan kami jual nya dgn harga yg cukup murah dan ia cepat habis....lalu kami keluarkan yg lain pula....perlu diingatkn...kalu kita Kapitalis...lambat laun org lain akn tahu dan ia akn menjejaskan perniagaan tersebut...bg mereka yg kurang gemar jualan murah kami...tolong UNFRIEND RECIDIVIST.


20 - Disamping mengeluarkan merchandise, Recidivist juga dilihat merilis semula material2 awal yang boleh dikira sold-out. Mengapa Recidivist mengambil langkah merilis semula material awal tersebut?
Hahaha.... untuk memperkenalkan semula pd mereka yg belom mengenali.... harga jualan cukup murah. jangan risau.

21 - Pernahkah Recidivist mendapat undangan persembahan pentas luar dari Malaysia?
Ada. Tp terpaksa dipertimbangkan.

22 - Terkini Recidivist dilihat kembali ke uatara tanahair iaitu di Kedah setelah bermula di Shah Alam Selangor pada tahun 2000. Boleh ceritakan perkembangan scene di uatara tanahair masakini?
Dikedah ni... mcm biasalah... byk padi yg tumbuh menghijau.... hahahahaaa.... no komen....kami ni hanya berkarya... bukan nak cr glam... tu yg susah nak tahu perkembang tu...heeee..maaf...nti kn komen ada pula soalan berat..heeee

23 - Harapan Recidivist terhadap perkembangan music dan scene Death Metal tempatan?
Band Malaysia banyak yg bagus2. mainan kemas... cuma bila nak recording pakat kemut duit dan 1 lagi nak main gig jee. kalu boleh bagi balance. label luar sedang memerhati band malaysia... sekarang dh byk studio murah.... jgn takut utk recording pro...

24 - Kata2 terakhir Recidivist kepada pembaca2 sesi soaljawap ini?
Jangan sesekali taasub ngn muzik.... Life is still life.be cool.. kalu terlalu tumpu.... menyebabkan timbul sifat iri hati dan budaya kencing melayang kat bangsa sendiri... Jangan lupa pada pegangan agama.. Ok itu sahaja.. terima kasih..


Untuk sebarang pembelian material2 Recidivist sila berhubung secara terus ke laman facebook Recidivist dibawah preview video dibawah ini

Recidivist - Prefabric Machine (preview)

Email
Facebook

Chosen - Better Late Than Ever (2013)

Penantian sekian lama.. akhirnya Chosen kembali bersama album kedua bertajuk Better Late Than Ever yang rilis pada 29/7/2013. Kami pihak DtE sebelum ini pernah membuat sedikit review berkenaan album pertama mereka bertajuk Pray and Obey yang rilis pada tahun 2000. Setelah 13 tahun Better Late Than Ever berjaya juga menembusi pasaran walaupun pada peringkat awal (ketika entry ini ditulis) ianya hanya dijual secara online dan by hand. Diedarkan sendiri oleh crew Chosen, album kedua ini masih mengekalkan genre Progressive Metal seperti apa yang telah mereka lakukan ketika album pertama dahulu. Ok, jom baca apa gua nak tulis..

Chosen line up 2013
Rahish - Gitar, Sneq - Keyboardist, Ejamm - Bass, Eeman - 2nd Vocal, Amgreg - Vocal, Antong - Drums


Tracklist :

1 - Nisan
i - Prelude
ii - Overture
iii - Outro
2 - Marabbuka
3 - Pemergian Abadi
4 - Repent
5 - Journey To Fit In
6 - In Between

Better Late Than Ever melalui proses rakaman di Sinar Studio milik Mus MAY. Mus turut terlibat dalam proses mixing manakala recording engineer oleh Shamel. Sinar Studio turut menjadi tempat proses mixing dan mastering. Rahish bertindak sebagai penerbit untuk album ini. Better Late Than Ever dikeluarkan oleh Chosen Art.

Nisan yang merangkupi 3 bahagian iaitu prelude, overture dan outro lebih kearah pengenalan music terbaru Chosen. Punya selingan ucapan berbahasa Jawa (barangkali..) dan sesi pemanas untuk riffing2 serta solo gitar dan keyboard. Errr untuk track pertama ni gua rasa solo gitar Rahish dah macam Yngwie Malmsteen.

Marabbuka bermula dengan riffing berdistortion yang sekali imbas jelas punya pengaruh John Petrucci dari Dream Theater. Kena pulak clean vocal yang seakan James La Brie. Untuk track ini jelas sekali kedengaran elemen Progressive Metal mula di lagukan. Keyboard? ternyata berjaya menghidupkan lagi track ini. Layer dan solo bertali arus dari Sneq berlawan bersama solo gitar dari Rahish ternyata menarik. Drum? Berjaya menyertai saingan individual skill dari Rahish dan Sneq walaupun setakat track kedua ini nampak belum menonjol lagi.

Pemergian Abadi merupakan sebuah ballad yang dialunkan bersama instrument akustik. Pengawalan suara yang bersahaja dari vocalist kedua Chosen iaitu Eeman. Merupakan track terpendek durasinya iaitu 3 minit 13 saat.

Repent sebuah fast track yang punya pengaruh Progressive Power Metal. Solo2 gitar dari Rahish kali ini lebih ke arah arpeggio yang enak di dengar. Sneq memastikan track ini tidak kosong dengan selingan bunyian keyboard di serata pelusuk lagu. Drum Antong ternyata padat dengan stroke2 menarik. Sebuah track yang punya pengaruh Symphony X, Blind Guardian dan band2 sewaktu dengannya. Ok jap.. ending lagu ni memang selalu gua dengar seperti apa yang dilakukan oleh band2 bergenre Power Metal.

Journey To Fit In merupakan sebuah track paling gila berdurasi melebihi 30 minit. panjang kalau gua nak review track ini. namun ternyata inilah track paling power dan terserlah betapa Chosen sememangnya antara band tempatan yang benar2 berjaya menghasilkan serta berjaya memainkan music odd signature dengan baek sekali. Jika apa yang ada dengar dari Dream Theater, maka Chosen juga mampu memainkannya juga. Kredit kepada setiap line up dari segi permainan instrument. kali ini gua nampak betapa menggilanya Antong menghasilkan stroke2 menarik untuk menyaingi kehebatan line up lain. Untuk bahagian nyanyian diselitkan Qasidah oleh Razak Ahmad serta penampilan Mus MAY ketika mood perlahan dimainkan.

In Between merupakan track penutup yang juga begitu menyerlah gaya permainan instrument dari setiap line up serta paduan vocal dari Amgreg dan Eeman. Solo gitar ribut dari Rahish seakan mendominasi lagu disamping solo keyboard dari Sneq. Latar drum dari Antong dan bedilan bass Ejamm juga sekata.

Untuk keseluruhan album, bagi sound produksi gua dapat merumuskan bahawa Better Late Than Ever punya sound yang sangat membanggakan. Mungkin kerana keterperincian hasil tangan Mus MAY yang boleh jadi agak cerewet dalam menghasilkan kerja2 studio membuatkan apa yang boleh didengar adalah suatu hasil yang terbaek.

Selain itu gua juga dapat membuat kesimpulan Better Late Than Ever lebih matang penulisan lagu2, melodi dan penghasilan sound rakamannya jika dibandingkan dengan album pertama Pray and Obey. Sekali lagi gua menggunakan word "kematangan" untuk album ini kerana individu2 yang terlibat (juga line up) bukan calang2 contohnya Sneq pemain keyboard merupakan antara pemuzik orchestra Petronas malaysia, Rahish yang terlibat bersama beberapa buah band Rock tanahair, Ejamm yang pernah bersama Deja Vodoo Spell, Flop Poppy dan Antong yang pernah bersama DefGabC serta beberapa band lain lagi. Mereka antara pemuzik yang benar2 memahami dan tahu apa yang perlu ada didalam penghasilan muzik bermutu. Untuk bahagian vocal juga tampak lebih kental dengan gabungan gaya vocal ala King Diamond oleh Amgreg serta paduan clean dan high pitch dari Eeman selaku ahli terbaru Chosen.

Ok panjang gua melalut..nama pun Progressive Metal so review pon kena lah panjang2 juga..hahaha.. Ok, dapatkan Better Late Than Ever dengan harga RM40 by hand atau RM45 by postage untuk pakej digipak beserta booklet dengan menghubungi admin yang mengendalikan proses jualan melalui laman facebook Chosen dibawah preview video ini.

Facebook

Dissectomy - Tribulation (EP 2006)

Gua berasa nak tulis pasal EP dari Dissectomy bertajuk Tribulation apabila melihat perkembangan yang agak drastik dari band baru dari line up band ini iaitu Nonserviam. Berasal dari Pulau Pinang, Dissectomy untuk EP ini dianggotai oleh Leon selaku vocalist utama dan pemain bass, Daniel pemain gitar dan growl vocal, Chris juga pemain gitar dan Eugene selaku pemain drum. Terkini Dissectomy dianggotai oleh Jakpa – rhythm/lead gitar, Zam - rhythm/lead gitar (kalau tak silap Dark-E dari Vociferation Eternity menggantikan Zam sebagai line up paling latest), Fariz - drums dan Leon masih memikul tanggungjawap sebagai vocalsit dan pemain bass. Membawa genre Death Metal yang punya pengaruh At The Gates, Behemoth, Morbid Angel dan seangkatan, Dissectomy telah muncul dengan sebuah lagu baru bertajuk An Ancient Treachery yang dimuatkan didalam sebuah kompilasi dari Pulau Pinang bertajuk Penang Metal Tyrants Compilation (2009) yang dikeluarkan oleh Angka Kematian Productions.

Dissectomy
Line up Tribulation (EP 2006)

Cover artwork oleh John Martin (R.I.P 1789-1854)
Band logo oleh Revan (Rajasinga)

Tracklist :

1 - Tribulation
2 - Of Wrath And Impalement
3 - Curse Of The Wandering Jew
4 - Facing Sodom's Demise
5 - Luciferian Promises

Tribulation melalui proses rakaman di HITZ Recording Studio Penang Malaysia. Proses rakaman berlangsung pada 17 sehingga 18 Disember 2005 manakala track ketiga bertajuk Curse Of The Wandering Jew yang dirakam pada Februari 2005. Affan dipilih sebagai penerbit EP ini dan dirilis oleh QBP Music.

Tribulation merupakan intro sample yang di ambil dari filem ??? (sorry gua memang xtau tajuk filem ni) dan kerap kali jugak sample ni digunakan sebagai intro lagu beberapa band. Sample yang agak mengerikan seakan suara setan!

Of Wrath And Impalement menjadi track bervocal pertama dan apa yang dapat gua simpulkan Dissectomy adalah band Death Metal yang menggunakan riffing2 bermelodi yang menjadikan lagu2 ciptaan mereka bermelodi yang keras.

Curse Of The Wandering Jew bermula dengan sample bunyi percakapan sebelum riffing berdistortion menyerang. Lebih bermelodi dari track pertama jelas menampakkan pengaruh At The Gates, Dimension Zero dan Inflames walaupun masih berada didalam kondisi Death Metal.

Facing Sodom's Demise pula mungkin ada sedikit pengaruh Morbid Angel yang tidak keterlaluan sebelum riffing2 separa melodic dimainkan pada suku pertama lagu.

Luciferian Promises menjadi track terakhir dan menggunakan sample filem sebagai intro. Pengaruh Dimension Zero dapat dihidu pada riffing awal. Agak padat dan kental track terakhir ini. Pengaruh At The Gates juga jelas kedengaran untuk track penamat ini.

Secara keseluruhan EP ini masih boleh dibanggakan walaupun sedikit lagi mahu mencapai tahap profesional album (EP) dari segi sound produksi. Namun begitu setiap instrument masih jelas kedengaran. Mungkin memerlukan penelitian yang lebih ketika proses mixing dan mastering.

Jika didengar secara teliti Tribulation jelas punya pengaruh besar dari At The Gates, Dimension Zero dan sedikit bau2 Behemoth walaupun tidak secara langsung. Paling jelas riffing2 yang masih berbau melodic dengan penggunaan full chord yang ada kalanya sedikit harmonic hasil gabungan dua gitar. Untuk menyatakan pengaruh Inflames juga mungkin boleh diselitkan sedikit melalui beberapa riffing serta solo yang sedikit mendayu.

Gua tak pasti masih boleh didapati lagi atau sudah sold out EP ini memandangkan Dissectomy pernah menyatakan mereka bakal tampil dengan album baru tahun lepas melalui laman sosial facebook mereka. Juga perlu dinyatakan ada dikalangan line up asal Dissectomy ini sedang terlibat dalam rakaman album penuh band baru iaitu NonserviaM.

Dissectomy - Live

Facebook
Myspace

A very Selamat Hari Raya to our readers!

I'm writing this in the midst of cleaning up my house and packing up stuff before I jet back to my kampung. 

Anyway, we at Dissecting the Euphony would like to take this opportunity to wish our readers Salam Lebaran Aidilfitri! We're gonna take a longer break than usual (we're always on a break lol), chill with our hometown folks and families and doing all Raya stuff. Now, have fun everyone! Remember to stay safe and get connected with your family! 




Salam Aidilfitri.

A, is for Anomaly & Contramen
7th August 2013