Chosen - Better Late Than Ever (2013)

Penantian sekian lama.. akhirnya Chosen kembali bersama album kedua bertajuk Better Late Than Ever yang rilis pada 29/7/2013. Kami pihak DtE sebelum ini pernah membuat sedikit review berkenaan album pertama mereka bertajuk Pray and Obey yang rilis pada tahun 2000. Setelah 13 tahun Better Late Than Ever berjaya juga menembusi pasaran walaupun pada peringkat awal (ketika entry ini ditulis) ianya hanya dijual secara online dan by hand. Diedarkan sendiri oleh crew Chosen, album kedua ini masih mengekalkan genre Progressive Metal seperti apa yang telah mereka lakukan ketika album pertama dahulu. Ok, jom baca apa gua nak tulis..

Chosen line up 2013
Rahish - Gitar, Sneq - Keyboardist, Ejamm - Bass, Eeman - 2nd Vocal, Amgreg - Vocal, Antong - Drums


Tracklist :

1 - Nisan
i - Prelude
ii - Overture
iii - Outro
2 - Marabbuka
3 - Pemergian Abadi
4 - Repent
5 - Journey To Fit In
6 - In Between

Better Late Than Ever melalui proses rakaman di Sinar Studio milik Mus MAY. Mus turut terlibat dalam proses mixing manakala recording engineer oleh Shamel. Sinar Studio turut menjadi tempat proses mixing dan mastering. Rahish bertindak sebagai penerbit untuk album ini. Better Late Than Ever dikeluarkan oleh Chosen Art.

Nisan yang merangkupi 3 bahagian iaitu prelude, overture dan outro lebih kearah pengenalan music terbaru Chosen. Punya selingan ucapan berbahasa Jawa (barangkali..) dan sesi pemanas untuk riffing2 serta solo gitar dan keyboard. Errr untuk track pertama ni gua rasa solo gitar Rahish dah macam Yngwie Malmsteen.

Marabbuka bermula dengan riffing berdistortion yang sekali imbas jelas punya pengaruh John Petrucci dari Dream Theater. Kena pulak clean vocal yang seakan James La Brie. Untuk track ini jelas sekali kedengaran elemen Progressive Metal mula di lagukan. Keyboard? ternyata berjaya menghidupkan lagi track ini. Layer dan solo bertali arus dari Sneq berlawan bersama solo gitar dari Rahish ternyata menarik. Drum? Berjaya menyertai saingan individual skill dari Rahish dan Sneq walaupun setakat track kedua ini nampak belum menonjol lagi.

Pemergian Abadi merupakan sebuah ballad yang dialunkan bersama instrument akustik. Pengawalan suara yang bersahaja dari vocalist kedua Chosen iaitu Eeman. Merupakan track terpendek durasinya iaitu 3 minit 13 saat.

Repent sebuah fast track yang punya pengaruh Progressive Power Metal. Solo2 gitar dari Rahish kali ini lebih ke arah arpeggio yang enak di dengar. Sneq memastikan track ini tidak kosong dengan selingan bunyian keyboard di serata pelusuk lagu. Drum Antong ternyata padat dengan stroke2 menarik. Sebuah track yang punya pengaruh Symphony X, Blind Guardian dan band2 sewaktu dengannya. Ok jap.. ending lagu ni memang selalu gua dengar seperti apa yang dilakukan oleh band2 bergenre Power Metal.

Journey To Fit In merupakan sebuah track paling gila berdurasi melebihi 30 minit. panjang kalau gua nak review track ini. namun ternyata inilah track paling power dan terserlah betapa Chosen sememangnya antara band tempatan yang benar2 berjaya menghasilkan serta berjaya memainkan music odd signature dengan baek sekali. Jika apa yang ada dengar dari Dream Theater, maka Chosen juga mampu memainkannya juga. Kredit kepada setiap line up dari segi permainan instrument. kali ini gua nampak betapa menggilanya Antong menghasilkan stroke2 menarik untuk menyaingi kehebatan line up lain. Untuk bahagian nyanyian diselitkan Qasidah oleh Razak Ahmad serta penampilan Mus MAY ketika mood perlahan dimainkan.

In Between merupakan track penutup yang juga begitu menyerlah gaya permainan instrument dari setiap line up serta paduan vocal dari Amgreg dan Eeman. Solo gitar ribut dari Rahish seakan mendominasi lagu disamping solo keyboard dari Sneq. Latar drum dari Antong dan bedilan bass Ejamm juga sekata.

Untuk keseluruhan album, bagi sound produksi gua dapat merumuskan bahawa Better Late Than Ever punya sound yang sangat membanggakan. Mungkin kerana keterperincian hasil tangan Mus MAY yang boleh jadi agak cerewet dalam menghasilkan kerja2 studio membuatkan apa yang boleh didengar adalah suatu hasil yang terbaek.

Selain itu gua juga dapat membuat kesimpulan Better Late Than Ever lebih matang penulisan lagu2, melodi dan penghasilan sound rakamannya jika dibandingkan dengan album pertama Pray and Obey. Sekali lagi gua menggunakan word "kematangan" untuk album ini kerana individu2 yang terlibat (juga line up) bukan calang2 contohnya Sneq pemain keyboard merupakan antara pemuzik orchestra Petronas malaysia, Rahish yang terlibat bersama beberapa buah band Rock tanahair, Ejamm yang pernah bersama Deja Vodoo Spell, Flop Poppy dan Antong yang pernah bersama DefGabC serta beberapa band lain lagi. Mereka antara pemuzik yang benar2 memahami dan tahu apa yang perlu ada didalam penghasilan muzik bermutu. Untuk bahagian vocal juga tampak lebih kental dengan gabungan gaya vocal ala King Diamond oleh Amgreg serta paduan clean dan high pitch dari Eeman selaku ahli terbaru Chosen.

Ok panjang gua melalut..nama pun Progressive Metal so review pon kena lah panjang2 juga..hahaha.. Ok, dapatkan Better Late Than Ever dengan harga RM40 by hand atau RM45 by postage untuk pakej digipak beserta booklet dengan menghubungi admin yang mengendalikan proses jualan melalui laman facebook Chosen dibawah preview video ini.

Facebook

0 feedbacks: