Dissectomy - Tribulation (EP 2006)

Gua berasa nak tulis pasal EP dari Dissectomy bertajuk Tribulation apabila melihat perkembangan yang agak drastik dari band baru dari line up band ini iaitu Nonserviam. Berasal dari Pulau Pinang, Dissectomy untuk EP ini dianggotai oleh Leon selaku vocalist utama dan pemain bass, Daniel pemain gitar dan growl vocal, Chris juga pemain gitar dan Eugene selaku pemain drum. Terkini Dissectomy dianggotai oleh Jakpa – rhythm/lead gitar, Zam - rhythm/lead gitar (kalau tak silap Dark-E dari Vociferation Eternity menggantikan Zam sebagai line up paling latest), Fariz - drums dan Leon masih memikul tanggungjawap sebagai vocalsit dan pemain bass. Membawa genre Death Metal yang punya pengaruh At The Gates, Behemoth, Morbid Angel dan seangkatan, Dissectomy telah muncul dengan sebuah lagu baru bertajuk An Ancient Treachery yang dimuatkan didalam sebuah kompilasi dari Pulau Pinang bertajuk Penang Metal Tyrants Compilation (2009) yang dikeluarkan oleh Angka Kematian Productions.

Dissectomy
Line up Tribulation (EP 2006)

Cover artwork oleh John Martin (R.I.P 1789-1854)
Band logo oleh Revan (Rajasinga)

Tracklist :

1 - Tribulation
2 - Of Wrath And Impalement
3 - Curse Of The Wandering Jew
4 - Facing Sodom's Demise
5 - Luciferian Promises

Tribulation melalui proses rakaman di HITZ Recording Studio Penang Malaysia. Proses rakaman berlangsung pada 17 sehingga 18 Disember 2005 manakala track ketiga bertajuk Curse Of The Wandering Jew yang dirakam pada Februari 2005. Affan dipilih sebagai penerbit EP ini dan dirilis oleh QBP Music.

Tribulation merupakan intro sample yang di ambil dari filem ??? (sorry gua memang xtau tajuk filem ni) dan kerap kali jugak sample ni digunakan sebagai intro lagu beberapa band. Sample yang agak mengerikan seakan suara setan!

Of Wrath And Impalement menjadi track bervocal pertama dan apa yang dapat gua simpulkan Dissectomy adalah band Death Metal yang menggunakan riffing2 bermelodi yang menjadikan lagu2 ciptaan mereka bermelodi yang keras.

Curse Of The Wandering Jew bermula dengan sample bunyi percakapan sebelum riffing berdistortion menyerang. Lebih bermelodi dari track pertama jelas menampakkan pengaruh At The Gates, Dimension Zero dan Inflames walaupun masih berada didalam kondisi Death Metal.

Facing Sodom's Demise pula mungkin ada sedikit pengaruh Morbid Angel yang tidak keterlaluan sebelum riffing2 separa melodic dimainkan pada suku pertama lagu.

Luciferian Promises menjadi track terakhir dan menggunakan sample filem sebagai intro. Pengaruh Dimension Zero dapat dihidu pada riffing awal. Agak padat dan kental track terakhir ini. Pengaruh At The Gates juga jelas kedengaran untuk track penamat ini.

Secara keseluruhan EP ini masih boleh dibanggakan walaupun sedikit lagi mahu mencapai tahap profesional album (EP) dari segi sound produksi. Namun begitu setiap instrument masih jelas kedengaran. Mungkin memerlukan penelitian yang lebih ketika proses mixing dan mastering.

Jika didengar secara teliti Tribulation jelas punya pengaruh besar dari At The Gates, Dimension Zero dan sedikit bau2 Behemoth walaupun tidak secara langsung. Paling jelas riffing2 yang masih berbau melodic dengan penggunaan full chord yang ada kalanya sedikit harmonic hasil gabungan dua gitar. Untuk menyatakan pengaruh Inflames juga mungkin boleh diselitkan sedikit melalui beberapa riffing serta solo yang sedikit mendayu.

Gua tak pasti masih boleh didapati lagi atau sudah sold out EP ini memandangkan Dissectomy pernah menyatakan mereka bakal tampil dengan album baru tahun lepas melalui laman sosial facebook mereka. Juga perlu dinyatakan ada dikalangan line up asal Dissectomy ini sedang terlibat dalam rakaman album penuh band baru iaitu NonserviaM.

Dissectomy - Live

Facebook
Myspace

0 feedbacks: