Zombies Bastard - Thrashaholic Zombies Bastard (Demo 2012)

Menjelang KL Thrashed 2013 yang akan menjengah x sampai seminggu dikala gua menulis entry ini, rasa nya adalah bersesuaian kiranya gua mewakili pihak DtE mereview sebuah demo dari band yang bermastautin di Kota Kinabalu Sabah ini. Menamakan band mereka sebagai Zombies Bastard, gua rasa menerusi demo bertajuk Thrashaholic Zombies Bastard yang rilis pada 2012 ini mungkin boleh menjadi antara pengkalan untuk mereka terus menapak dalam mengharungi perit jerih scene metal tanahair. Berbekalkan konsep yang lebih kearah Crossover Thrash Metal, pada gua Zombies Bastard perlu diberi perhatian dan ruang untuk mereka melangkau jauh ke depan.

Danish - Guitars, Maey - Guitar, Chapu - Bass, Bantal Bastard - Drums, Jhan Pra - Vocals

Tracklist :

1 - What's So Neutral???
2 - Night Of The Living Dead!!!
3 - Desperation Tool
4 - The Shambler
5 - The Lies They Feed
6 - Thrashaholic, Zombies Bastard!!!

Thrashaholic Zombies Bastard melalui proses rakaman di RAM Studio Kota Kinabalu Sabah. Proses mixing dilakukan oleh Christopher Pereira.

What's So Neutral??? merupakan track pertama selaku pengenalan kepada music bawaan Zombies Bastard. Rancak walaupon pada awalnya kedengaran sedikit penangan Old School Thrash Metal. Mengingatkan gua pada sebuah band thrash metal kajang iaitu The Reaper. Hahaha... Track yang menarik dengan sedikit riffing harmoni walau hanya pada suku pertama lagu.

Track kedua bertajuk Night Of The Living Dead!!! masih rancak dan sesuai dibawa untuk persembahan digig2 kerana rentak yang rancak dan benar2 Thrash!!! hahaha..

Desperation Tool masih seperti 2 track terawal dengan permulaan yang sedikit mendatar sebelum mood Thrash Metal diberi secara terus menerus.

The Shambler tidak memberi sebarang peluang dari awal. mungkin kedengaran sedikit happy track ini dengan penggunaan major chordnya. Pengaruh Punk dan Thrash Metal yang cukup kuat! Rancak dan menarik.

The Lies They Feed jelas sekali mood Old School Thrash Metal nya. Seakan mendengar lagu dari band2 Thrash Metal Amerika latin. Riffing yang agak laju sebenarnya untuk sebahagian besar lagu.

Thrashaholic, Zombies Bastard!!! mungkin sengaja diletakkan sebagai track terakhir kerana untuk track ini ternyata rembesan adrenalin berada dalam kondisi tertinggi. hahaha.. Shout beramai ketika chorus lagu memang menarik dan catchy.

Secara keseluruhan mungkin kedengaran sedikit raw hasil rakaman ini namun untuk produk berstatus demo pada gua Thrashaholic Zombies Bastard sudah mencapai tahap terbaek. Demo sebegini punya sound yang jelas kedengaran kesemua instrument dan sebutan vocal boleh dikira membanggakan. Mungkin perlu sedikit sentuhan mastering untuk nampak lebih solid hasil akhirnya. Ok, pedulikan kerana ini hanya demo sebagai pengenalan dan...memang kena sound sebegini untuk hasil pengenalan band berkonsep Crossover Thrash Metal seprti Zombies Bastard ini.

Menamakan DRI, Nunslaughter, SOD, Bonebrigade, Violator dan seangkatan jelas menampakkan Zombies bastard sudah punya cara tersendiri menghasilkan lagu2 dalam trademark konsep yang dipilih. Kepada peminat2 music rancak dan pantas juga penggemar Municipal Waste mungkin boleh menjadikan Thrashaholic Zombies Bastard antara santapan telinga anda untuk versi Asia. hahaha..

Ok, gua tak pasti adakah CD Demo ini masih boleh didapati atau telah sold out. Mohon anda menghubungi sendiri band ini untuk bertanyakan copy anda melalui email dan laman facebook mereka dibawah preview video dibawah ini. Layan!!!!

Zombies Bastard - Thrashaholic Zombie Bastard!!!

Ok, nak dengar semua lagu2 dari demo ini? Go to youtube mereka menerusi youtube mereka. Enjoy!!!

Email
Facebook
Youtube