VotW - Devil Sold His Soul - A New Legacy

Gua dengar jugak post rock/metal ni tapi so far tak pernah lagi dengar post metal crossover dengan metalcore. Jadi Devil Sold His Soul ni memang menarik perhatian gua untuk cuba dengar. Dah seminggu jugak la gua duk spin kat Spotify. Enjoy!


Interview : Kraton - Penggempur irama Metal Nusantara

Karton sebuah nama baru dalam industri muzik berat Asia. Berasal dari Singapura, Kraton dilihat antara band unik yang membawa genre Metal yang punya elemen Nusantara yang cukup kuat. Dari segi muzikal dan juga penampilan dan imej. Baru sahaja mengeluarkan sebuah album penuh bertajuk The Nusantara Chronicle, kami pihak DtE telah meneliti arah music Kraton dan merasakan Kraton antara band yang perlu diketengahkan. Sesi temubual telah dilakukan melalui laman sesawang facebook Kraton dan apakata anda luangkan sedikit masa  santai mengenali Kraton, band yang Metal Nusantara ini.

1 - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Kraton. Boleh kami tahu siapa yang menjawap sesi temubual ini?
Waalaikumsalam. Disini Jepon aka Jufri Salim yang mewakili Kraton buat sesi ini.

2 - Boleh ceritakan sejarah penubuhan Kraton?
Kraton ditubuhkan pada pertengahan 2007 dimana waktu itu adanya sebuah band competition disini, Ria Band Remix, yang dianjurkan Ria 89.7fm sebuah stesen radio Mediacorp dimana band harus membuat remix kepada lagu yang akan didendangkan. Kerana ingin menyahut cabaran itu, Vexspine mencadangkan  Naz Tora, Acit, saya dan dia sendiri bersatu kembali selepas 4 tahun menguburkan band trash/speed metal lama kami, Sri Langsuir. Tapi kali ini kami harus berfikir  secara terbuka dan inginkan kelainan maka Su, vokalis wanita kami dan Nuris, kibodis wanita, bergabung tenaga dengan kami dan lahirlah Kraton. Kami menjuarai peraduan itu.

3 - Line up terkini Kraton?
Setelah beberapa kali bertukar ahli anggota, kini Naz Tora dan Vespine kembali bersama keluarga Kraton. Ahli anggota terdiri daripada:
Su – Vokalis Wanita
Jepon aka Jufri Salim – Vokalis Lelaki
Wann Ahlip – Drummer
Naz Tora -  Bassist
Vexspine – Guitarist

4 - Apa maksud sebenar Kraton?
Perkataan yang diambil dari bahasa Jawa, makna Kraton ialah istana keratuan atau tempat tinggal raja. Juga merupakan tempat kerajaan.

5 - Boleh nyatakan konsep sebenar music bawaan Kraton?
Agak susah untuk kami menyatakan tapi pada awalnya kami tak pernah terfikir akan sebuah konsep buat muzik kami. Yang penting melodi dan irama jawa harus dikekalkan , alunan simfoni dan ditemani muzik keras. Juga lirik yang berkisahkan sejarah dan lagenda Jawa atau Nusantara.
Di peringkat awalnya, kami digelarkan sebagai sebuah band yang berkonsepkan Javanese Symphonic Metal dan kami dengan besar hati menerima gelaran itu. Namun ada juga yang berpendapat bahawa kami mainkan Javanese Gothic Metal. Terserah kepada peminat dan pendengar, Javanese Symphonic Metal menjadi konsep kami.

6 - Adakah sebelum ini, Kraton pernah menghasilkan sebarang rilisan fizikal copies berbentuk promo atau demo?
Sebelum album The Nusantara Chronicles ini, kami telah melahirkan 3 CD singles iaitu Fanaq, Lambang Setia dan Sirna Ilang Kretaning Bumi. Kami juga pernah mengeluarkan sebuah bootleg LIVE CD, Kraton-Live at OursFest 2010. Ketiga-tiga single kami yang disebut tadi dimainkan di radio dengan Fanaq menjadi hits kami dan pernah menduduki carta Top 20 untuk 14 minggu. Sebuah radio single kami berjudul Saka, yang menampilkan artis solo Singapura Zaibaktian, juga telah menambat hati pendengar radio Ria 89.7fm untuk segmen Misteri Jam 12.

7 - Band2 yang mempengaruhi penciptaan music Kraton? Epica? Nightwish? Metalasia?
Hahaha! Mungkin agak ramai untuk disebut. Kami tak nafikan Epica, Nightwish dan Metalasia (kami dengan King Shah memang geng..hehe) ada tersenarai, juga yang mempengaruhi Kraton adalah Within Temptation, Metallica, Amuk, Dream Theater, Iron Maiden, King Diamond, Arch Enemy dan beberapa band extreme. Termasuk juga lagu –lagu tradisional dari Indonesia seperti keroncong dan degung.

8 - Siapakah mastermind dalam penghasilan, susunan dan guideline lagu2 Kraton?
Mastermind?!?! Hahha! Macam sindiket jer! Hehehe.. Lagu-lagu semua digubah dan disusun oleh Jufri Salim. Dan sudah tentu ahli anggota turut memberi pandangan dan pendapat terhadap hampir setiap lagu dan tanpa bantuan mereka, saya rasa tidak akan ada personal touch dalam setiap lagu.

9 - Dari beberapa infomasi, difahamkan line up Kraton terdiri dari beberapa individu yang pernah bersama band2 yang berlainan genre seperti Death Metal, Progresive Metal malah Dangdut. Bagaimana idea2 ini digarap untuk menghasilkan konsep music Kraton sekarang ini?
Bertopik kepada dangdut, Su memang terbaik kalau menyanyikan lagu dangdut. Heheheh..
Jadi dari lenggok dan teknik nyanyian Su, saya akan memadukan cara melodi asli, dangdut atau keroncong buatnya. Drummer kami, Wann Ahlip pula pernah bersama sebuah kumpulan progressive metal dan dia adalah seorang pemain teknikal dan itu adalah kekuatannya. Dengan itu muzik kami akan ada unsur-unsur teknikal in the groove section. Riffing guitar dan bass pula akan lebih cendurung kepada metal dan juga element black dan death walau pun tak banyak. Dari segi bassline juga sama. Kadangkala akan ada juga unsur funk. Dan ini semua dilembutkan oleh bunyian gamelan, seruling, alat-alat tradisional dan sudah tentu orchestra dari bunyian kibod kami. Dan bila digabungkan, ini akan memberikan suatu kelainan dalam segi idea mahupun konsep lagu-lagu Kraton. Dan tidak lupa dengan kefahaman terhadap sejarah dan lagenda Nusantara yang tetap menjadi pegangan apabila menulis lirik.


10 - The Nusantara Chronicles merupakan full length pertama Kraton. Boleh ceritakan apa keistimewaan album ini yang boleh menguatkan lagi sebab untuk pendengar untuk memiliki album ini?
The Nusantara Chronicles adalah sesuatu yang Kraton telah cadang untuk menghasilkan sejak lewat 2010 lagi tetapi harus ditangguhkan untuk 2 tahun sebelum kami memulakan proses rakaman atas sebab tertentu. Setiap lagu yang tersenarai dalam album ini punyai jalan cerita yang diilhamkan dari sejarah dan lagenda Nusantara. Narration atau olahkata  yang telah disiapkan di dalam bahasa Inggeris pada setiap permulaan lagu didalam album ini. Kami mendapatkan bantuan seorang sahabat kami, penyanyi Diwi Aishah, untuk menggunakan suaranya. Album ini juga telah diberikan 4V out of 5V di sebuah segmen Extreme Music iaitu Vicious Volume di stesen radio di sini dan produser segmen ini ialah seorang penggiat muzik metal. Album ini penuh dengan experimentation dari segi penulisan hingga ke arrangement hingga ke production. Album ini juga telah berjaya menarik perhatian pihak dari Jepun, Amerika dan beberapa Negara di Eropah.

11 - Pada pandangan Kraton, adakah music bawaan Kraton ini sudah mencapai tahap originality dalam music itu sendiri?
Ini adalah soalan yang sukar kerana muzik amat luas. Memang kami bersependapat bahawa lagu-lagu kami mempunyai indentiti dan originality tersendiri. Tapi kadangkala boleh timbul andaian bahawa sepotong riff dari sebuah lagu akan berbunyi seperti sebuah lagi dari pihak lain. Memang banyak lagu-lagu dluar sana, tak kira dari Indonesia, Malaysia maupun dari artis International, pasti akan ada persamaannya kerana pengunaan chord dan teknik. Alunan atau elemen Jawa yang ada di dalam muzik Kraton, simfoni orchestra dan style kami tersendiri yang membuat kami yakin akan kesahihan originality kami.

12 - Epic Cinta Hanuman (yang dimuatkan dalam laman reverbnation) kedengaran seakan diambil dari lagu bertajuk Kuda Hitam nyanyian Hetty Koes Endang namun diubah suai dengan mood dan konsep bawaan Kraton. Mengapa memilih lagu ini untuk dijadikan cover song?
Hahhah! Ini adalah soalan yang jarang dilemparkan. Sebenarnya lagu ini dicipta oleh saya dan Vexspine beberapa tahun dulu dengan cara yang lebih aggressive iaitu speed metal dan kami telah menggunakan semula riff-riff lagu ini apabila kami berada di peringkat akhir Ria Band Remix. Kami memilih lagu Kuda Hitam dan hasil gabungan riff-riff ini dengan mood Kuda Hitam memang berhasil. Kami menang peraduan itu. Dan kami terus mengekalkan mood nya  dan cara lenggok yang sangat epic di telinga kami.

13 - Jika dilihat kepada lirik2 di dalam The Nusantara Chronicles, ianya jelas menceritakan sejarah peradaban Nusantara. Kenapa memilih tema sejarah Nusantara?
Kerana kalau tak kita, siapa lagi kan? ? Cerita-cerita Nusantara sangat menarik, unik  dan juga epic.
Kerana meminati kesenian Nusantara, kami memilih untuk mengekalkan elemen-elemen sedemikian. Kami tak ingin menulis lagu yang agak kebanyakan seperti putus cinta, aku sayang kau kenapa kau tipu aku dan sebagainya. Kami berasa senang mengongsi atau menceritakan semula sejarah dan lagenda Nusantara yang semakin lama semakin ramai generasi muda telah melupakan.

14 - Kraton punya lagu2 yang menggunakan lirik berbahasa inggeris?
Ya. Kami buat masa ini punyai 2 lagu Inggeris, Forever Unity Divine dan My Faithfully Departed. Dan In Sya Allah kami akan mengadakan lagi beberapa lagu Inggeris.

15 - Penerimaan pendengar dan penonton apabila mendengar karya Kraton dan reaksi dari persembahan pentas yang memperlihatkan Kraton mengenakan custom yang berimejkan Jawa?
Ada yang menyatakan bahawa lagu-lagu kami sajak sangat-sangat untuk dokumentari sejarah. Hahahah!.. seperti yang ditulis oleh seorang wartawan akhbar disini bahawa lagu-lagu Kraton sepatutnya dimainkan di acara-acara mengenali sejarah atau muzium Asia. Ada juga yang mempelajari sejarah sedikit sebanyak dari lirik lagu kami. Reaksi penonton terhadap penampilan kami memang berbelah bagi. Ada yang merasakan kami ini over dan mengerikan. Namun ramai yang senang dengan imej kami kerana berlainan daripada kebanyakan band yang sedia ada  di luar sana dan mereka terhibur dengan gaya theatrical kami di atas pentas.

16 - Adakah Kraton terdiri dari pemuzik profesional atau amatur?
Hahhaah! Itu terserah pada pendengar dan peminat untuk menilaikannya. Untuk berkongsi, lagu-lagu Vexspine bersama bekas band Death Metal nya pernah menjelajah hingga ke Eropah, Wann Ahlip, drummer kami, pernah beraksi di F1 Singapura bersama artis dari Canada. Su dan saya sendiri beberapa kali dijemput untuk buat persembahan secara solo atau duet. Sebagai satu kumpulan, Kraton juga sering beraksi di acara naungan Mediacorp, sebuah stesen TV dan Radio rasmi Singapura. Saya juga produce atau co-produce beberapa lagu dari artis-artis disini. Jadi untuk soalan ini, kami benar-benar menyerahkan jawapannya kepada pendengar untuk menilaikannya.

17 - Adakah Kraton terkena tempias "Malay Power" kerana pembawaan konsep dan penampilan sebegini?
Malay Power!?!!? Hahaha! Jawa Power adalah! Hahahahah! ? Kalau di Singapura, muzik dan penampilan Jawa adalah sinonim dengan Kraton. Jadi kami ini dianggap seperti aktivis budaya Jawa.

18 - Equipment2 yang digunakan setiap line up untuk sesi rakaman dan persembahan pentas?
Gitaris kami menggunakan  7-string Music Man dan LTD untuk persembahan live. Buat rakaman, kami juga gunakan Jackson. Bassist kami menggunakan 5-string Ibanez dan LTD. Drummer kami meggunakan cymbals dari Meinl dan Sabian, snare Pearl Custom dan dia adalah pengguna setia drumstick Pro-Mark.

19 - Difahamkan juga Kraton telah melakukan tour di Indonesia, mungkin ada perkara2 yang boleh dikongsi Kraton kepada pembaca mahupun band2 yang punya cita2 tour ke sana mengenai pengalaman Kraton disana?
Pengalaman kami banyak pahit dan manis. Permulaan kami tidaklah gah. Kami hanya main di acara setempat sahaja. Dan pada 2010, kami pernah dijemput untuk persembahan di Larkin, Johor tapi kami terpaksa menolak dua kali kerana masalah internal. Namun kami tetap yakin dengan konsep dan cara kami. Untuk pendekkan cerita, pada lewat 2012, kami dijemput oleh pihak organizer dari Batam untuk sebuah acara disana dan selepas itu terus menerus kami menerima e-mel dan panggilan untuk beraksi di beberapa daerah di Indonesia seperti di Pekanbaru, Padang, Jogja, Jakarta dan beberapa tempat lagi. Kenangan yang tidak mungkin dilupakan adalah acara di Pekanbaru. Kami ditahan lebih 2 jam di airport Pekanbaru kerana pihak kastam menyangkan bahawa kami kesana untuk berkerja. Hahaha.. Pening dibuatnya.. Pada keesokannya pula, kami diekori hingga ke shopping center. Pada waktu senja, sedang mengadakan soundcheck bersama band Harvester dari Singapura juga yang touring bersama kami, kedua-dua band seakan ‘diganggu’. Ada kenampakan makhluk aneh, ada yang diazankan di telinga oleh sesuatu yang tak kelihatan , nama dipanggil dan sebagainya. Kami juga pernah diancam sewaktu dalam perbincangan untuk main di Tangerang dan Jakarta kerana ada 2 pihak organizer yang kebetulannya dari sama daerah dengan tarikh acara yang tidak begitu jauh. In principle, kami memilih organizer yang pertama menawarkan kepada kami dan ini mencetus kurang senang hati dari pihak satu lagi. Hal ini, yang berlaku di Jarta, diketahui oleh pihak organizer dari beberapa daerah di Indonesia seperti Batam, Bandung dan Jogja yang menghubungi kami dan menyanyakan kepada kami. Mereka berpihak kepada kami setelah mendengar penjelasan kami. Akhirnya, masalah telah dileraikan dan kami ke Tangerang dan Jakarta untuk show tersebut.

Dan buat band-band yang punyai cita-cita untuk mengadakan tour, jangan padamkannya walaupun bertahun kita harus menunggu.  Perjalanan mencapai sesuatu adalah lebih bermakna daripada kejayaan. Dan janganlah sampai ditipu.

20 - Dilandasan manakah kedudukan Kraton sekarang ini? Underground atau menuju kearah mainstream?
Sebenarnya Kraton adalah sebuah band metal yang mainstream seperti Nightwish dan Metallica. Jadi setelah hampir 6 tahun didalam mainstream scene, kami telah memilih untuk menumpukan perhatian lebih terhadap scene underground. Namun kami akan tetap menyiapkan 1 atau 2 lagu untuk santapan peminat mainstream kami dan lebihnya kepada underground. Contohnya album The Nusantara Chronicles, dua lagu iaitu Dia Berdusta dan Hilangnya Pelangi adalah lagu khas buat mainstream, lagu-lagu lain pula adalah lebih kepada underground.

21 - Band2 yang seangkatan Kraton dari Singapore yang turut perlu diberi perhatian?
Hmmmm… Banyak ni.. Ramai geng-geng kami.. hehehe.. Dari scene underground, kami yakin band-band seperti Dyeth (Death/Grind), Harvester (Melodic Death), Obliteration of the Obelisk (Progressive Metal), Age of Sinfonia (Symphonic Metal), Fall of Mirra (MetalCore) ada banyak untuk memberikan kepada umum. Jika yang dari mainstream pula kami akan sarankan Diorama (Alternative Rock) dan Klutz (Alternative Rock).

22 - Pendapat Kraton berkenaan harapan dan peluang Kraton didalam industri music underground dan mainstream Asia?
Kami ingin sekali berkembang dan menapak jauh lagi dengan cara & gaya muzik kami ini tidak kiralah diterima sebagai band underground atau mainstream, kami ingin mengekalkan dan mengenalkan seni budaya Nusantara kepada dunia. Kami tidak akan benar-benar tahu jika peluang akan diberi tapi dengan berkat kerja keras, In Sya Allah, impian boleh menjadi kenyataan, harus banyak bersabar dan jangan putus asa.

23 - Kata2 terakhir Kraton kepada pembaca sesi interbiu ini?
Terima kasih kepada Contramen kerana sudi interview kami. All the best in your future endeavours. Juga buat semua diluar sana.

Terakhir sekali..
Hidup ini memang banyak cabaran dan perjalanan mengejar impian sememangnya jauh. Tapi kemanisan perjalanan menuju destinasi dan menyahut cabaran adalah lebih manis daripada segalanya. Jangan pernah putus asa. Jangan pernah memijak yang lain demi mengecap mimpi kita.
Dan kepada semua yang sedang membaca ini, dah beli album The Nusantara Chronicles belum? Apa lagi ditunggu?

Kraton - Dia Berdusta

Check us out on
Facebook
Youtube
Twitter
Instagram
Reverbnation

BE KRATONIZED.
MATUR NUWON!

Terima Kasih.. itu sahaja..

* Ok bagaimana? Untuk mendapatkan copy The Nusantara Chronicle mungkin belum ada label yang menjualnya di Malaysia (gua dapatkan dari kawan yang bekerja di Singapura). Sekiranya ada label2 yang berminat untuk distro album ini mungkin boleh directly contact Kraton melalui laman sesawang mereka yg dinyatakan diatas. Semoga maju jaya Kraton!!!

VotW : Subculture featuring Andy Flop Poppy - Irama Amarah

Subculture bersama sebuah lagi video klip dari album 365 Days of Punk Rock. Bersama penampilan istimewa Andy dari Flop Poppy.. Cekidaut!!!

Subculture featuring Andy Flop Poppy - Irama Amarah

Froya - Froya (EP 2013)

Froya merupakan nama komersial untuk Michelle Lee, seorang komposer untuk iklan televisyen dan juga filem. Memainkan muzik berstail indie folk dan borderline kepada electronic, Froya sebenarnya pemuzik bebas yang berbakat (mestilah, komposer kot!) tapi rasanya masih belum ramai yang kenal.

Self titled EP ini diterbitkan pada Jun 2013 lepas dan mengandungi 3 lagu. Gua sebenarnya pun tak pernah dengar nama Froya sehinggalah EP ini diberikan kepada gua sewaktu showreel presentation sebuah production house di pejabat gua tempoh hari. Gua tak pernah spin sangat sampai la kepada beberapa hari lepas sebab asyik dengan benda lain kehkeh, sebab tu banyak review tertangguh. Nasib baik EP ni pendek je, kalau full length mau gua tangguh sampai entah bila.


Froya EP
- Fries in Cream
- My Love is Free
- Panic Bird

Fries in Cream - Akordion dan piano memulakan trek ni, sebelum vokal Froya bermula. Gua tak dapat menolak terdapatnya perbandingan Froya dengan Yuna...atau Zee Avi. Tapi mungkin disebabkan pengetahuan gua pasal muzik jenis ni terhad, tu aje perbandingan yang paling dekat gua boleh buat. Tapi Froya bukan Yuna atau Zee Avi, pastinya (kalau tidak, lagi hebat, mungkin). Gua suka part sing along dengan horn section, berbunyi cheerful. Lagu ni pun bermood gembira dan rasanya suggest pasal bergembira dengan diri sendiri. Cewah.



My Love is Free - Trek pilihan gua. Selain daripada liriknya yang deep, vocal delivery Froya paling kuat dalam ni berbanding trek yang lain. Again, otak gua secara automatik tak dapat menolak comparison antara Yuna dengan Froya. But to be honest, this track is very outstanding. Boleh kata trek ni kaya dengan pelbagai layer. Ada bunyian elektronik diselitkan, vokal harmoni indah mencelah dan lontaran vokal Froya, it's just beautiful. By the way, ada ukulele ke dalam trek ni?

Panic Bird - Lagu ni comel, terutamanya bila part 'Hoo hoo hooo' dinyanyikan. Sekali lagi vokal Froya tak mengecewakan. Piano memainkan peranan utama dalam lagu ni dan soundnya lazat sekali. Horn section di penghujung lagu worked like a magic, personally ia adalah penutup yang cemerlang untuk EP pendek ni.

 Produksi EP ini adalah top notch. Gua dapat dengar jelas semua instrument yang dimainkan (yeah, ni bukan death metal kahkah). Kekuatan release ni pada gua adalah delivery vokal Froya yang unik dan bijak menyampaikan mood dalam lagunya. Memandangkan gua pun tak berapa arif dengan scene folk indie, gua tak dapat nak elaborate la dengan mendalam, tapi kalau seorang pendengar tegar Nile (ehem, yours truly) boleh tangkap dengan sekali dua dengar, probably ini adalah produk yang berpotensi.






Maklumat lanjut tentang EP ni, hubungi Froya di:



Now, go say hi to Froya and tell her Dissecting the Euphony sent you!

Warmaster/Humiliation (7" Split)

Damn son, Malaysia's finest old school Death Metal squad, Humiliation is definitely cranking up their creative juice for the last few years with lotsa releases! Among of the latest release is with Warmaster (Holland), another old school death metal outfit. Boom. The split is released by Deadbeat Media (holler to my fav towkeys at Deadbeat Shop!) and Slaughterhouse Recs (USA). You can order through them, limited to 500 copies.


Side Humiliation:
- Belligerent
- Pledge of Invasion

Side Warmaster:
- Mental Meltdown
- Generation Panzerfaust

Now, this is an interesting release, because both bands are Bolt Thrower worshippers, known for their mid-tempo, punishing, no nonsense old school Death Metal style. However, there are several differences in terms of style and delivery, which would make this a worthy release to purchase.

Belligerent - Love the intro, makes me want to do that thing Frank Mullen does with his hand (the death metal chop!) everytime I hit play button. Humiliation being Humiliation, you can expect slow paced, but heavy guitar sound. I think the most noticeable difference between them and Warmaster is their tendency to be groovy, rather than straightforward Death Metal, but still in the vein of Bolt Thrower. Bear Bee is still sounding like a wounded T-Rex; deep and relentless. Guitars did well, as usual. I must applaud the solo, it didn't sound technical, but rather fits nicely in the song.

Pledge of Invasion - This track is a complete reverse from Belligerent, sounding one top notch aggressive. The drums pounded mercilessly throughout the song, except on several sections oh and guess what? No solo! Who needs a solo when you can be brutal (the old school style, of course) all the way uh? Not sure if Belligerent and Pledge of Invasion were written before or after Turbulence from the Deep, because songs in TftD shows like they are leaning towards doom/death. But anyway, that's another story.

Mental Meltdown - Warmaster is a total different side of the coin, I would say. Warmaster is heavy all the way, no solo, no groove, all torture to my ears, which is good. Corné Bijlemeer's guttural vocal delivery sends chill down my spine. Barely unintelligible, I think it fits nicely with the overall sound of Warmaster. The chugging guitars, well, it's just insane. Fuck, the vocal is the shit, man.

Generation Panzefaust - The closing track, and all hell broke loose. I can't help but to draw comparison between Bijlemeer's and Corpsegrinder's vocals. Well, there's low guttural, there's maniacal screams, yeap, almost there. Of all 4 tracks in the split, this is the fastest and probably, the sickest. Kudos to the drummer, sick drumming!

My verdict? Both band showcased their ability, and didn't outdo each other, because of their distinctive Death Metal style. Good release. For more info, contact Deadbeat Shop thru Facebook or Slaughterhouse Records website.



P/s: Another split Humiliation & Obscure Infinity is coming soon! 

Tyranoisesaurus Attak! - Rengkong Terkeluaq + Dosa + Humiliated Grapes + Shocked

Gua terasa nak tulis sikit pasal sebuah split CD yang agak rare ini dimana menampilkan 4 buah band dari utara yang membawa irama bingit, pantas dan gila2! Dengan bertunjangkan irama grind dan mincecore, gua rasa split CD (sebenarnya lebih kepada CDR) bertajuk Tyranoisesaurus Attak! ini agak istimewa kerana band2 yang terlibat pernah memeriahkan pentas2 gig tempatan satu masa dulu. Kini mereka Rengkong Tekeluaq, Humiliated Grapes, Shocked sudah tidak aktif lagi namun Dosa masih giat meriliskan material sehingga kini. Ok, empat buah band dari utara tanahair ini rasanya perlu ada dalam kamus pemuzik2 grind muda yang baru lahir kini.

 
Tracklist :

Rengkong Tekeluaq

1 - Hypocrisy Suffer
2 - I Am What I Am
3 - Perjanjian Setan (Dark Nirrajim Cover)
4 - Toilet Politik
5 - Big Buxx Bring da Fuck
6 - Santapan Terakhir Untuk Paduka Raja Bersiong (Silkhannaz Cover)
7 - It's Fallin' Down Again

Rengkong Tekeluaq - Perjanjian Syaitan (Dark Nirrajim Cover)

Rengkong Tekeluaq menghidangkan 7 buah track berdurasi pendek yang diambil dari rakaman live. Paling menarik mereka membawakan 2 buah lagu cover dari Dark Nirrajim dan Silkhannaz dengan versi mereka sendiri. Bayangkan 2 lagu ini dibawa dengan versi grindcore yang sememangnya seronok untuk didengari..Hahahaha

Dosa

8 - Before They Were Rockstar
9 - Dress To Impress
10 - Rain Dance Operation
11 - Revenge Of The Scum
12 - Think Before You Throw
13 - I Hate Mary Jane But I Love Sofia Jane
14 - Stimmung (Cripple Bastards Cover)
15 - Globalism = Imperialism
16 - Games Of Hipocrisy
17 - Pay To Abuse
18 - Broken Heart

Dosa - Broken Heart

Antara band yang masih lagi aktif dalam penghasilan material2 terkini. Untuk split ini sound kualiti yang dapat didengari ternyata mentah walaupun melalui proses rakaman sebenar di studio (gua rasa rekod live barangkali). Namun pernah gua terbaca sesi temubual bersama Dosa dimana mereka mengakatakan mereka pernah menghasilkan rakaman yang punya sound clean dan solid tetapi mereka kesal kerana sound asli music Dosa bukanlah begitu. Hahahaha.. Dosa memang raw abisssss!

Humiliated Grapes

19 - Aku Benci Nak Makan Nasik, Tapi Patutkah Aku Makan Roti?
20 - Sang Durjana Ternganga
21 - Sayugia Katakan, Jangan Tengok Kiri
22 - Embun Dan Bantal Busuk
23 - Korupsi, Basi, Tali Temali
24 - Manusia Yang Pelaq
25 - The Serbuk Chop Budok Terobang
26 - Kenapa Kita Musti Tidur Pabila Kita Mengantok?
27 - La.. Hang Lagi!!
28 - Hari Hari Asyik Main Lagu Seniri, Bila Nak Main Lagu Cover Plak?

Humiliated Grapes - Hari Hari Asyik Main Lagu Seniri, Bila Nak Main Lagu Cover Plak?

Jika dilihat pada tajuk lagu yang dihidangkan boleh bikin pecah perut gelak. Sama seperti band terdahulu, Humiliated Grape turut memberikan persembahan dengan sound raw! Ok, gua nak gelak dulu sebab x tahan dengan tajuk2 lagu diorang.. Kahkahkah.. Lawak weiii...

Shocked

29 -  Blind Acceptance
30 - Mr Profitman
31 - (Tervett Kadet Cover)
32 - War System (Shitlickers Cover)
33 - Dirty Games
34 - Fight The Power

Shocked - Fight The Power

Shocked merupakan anda lagenda Mincecore Penang. Menghasilkan beberapa demo tape dan mereka antara band yang hampir2 kembali ke pentas live ketika tour album terbaru Carburetor Dung sebelum ini. Shocked adalah antara band2 yang rare di Malaysia. Hahaha..

Ok, gua rasa CD raksasa ini sangat rare untuk didapati pada zaman ini (gua pon nasib jek ada org tolak sama gua ini CD) dan istimewa kerana ianya antara hasil grind/noise/mincecore terawal tanahair walaupun ianya bukanlah mencapai standard sound album atau punya pakej profesional. Tetapi gua beranggapan split CD ini merupakan antara khazanah awal pergerakan music bising tempatan disamping kegemilangan band2 selatan tanahair yang mengganas ketika itu seperti Parkinson, Argon, Damokis dan sebagainya..

Ok, jumpa lagi jika gua ada benda2 lama untuk dikongsi.. Chowwwwww...

VotW : MonoloQue menampilkan Dato' Siti Nurhaliza - Tanah Airku Tanah Airmu Jua

MonoloQue featuring dato' Siti Nurhaliza - Tanah Airku Tanah Airmu Jua

Amacam?
Ni antara nama2 artis yang terlibat di dalam video klip ini..

Noh Salleh, Hunny Madu, Atilia Haron, Amir Jahari, Zahiril Adzim (Bob), Syed Khalid, Amirah Asraf (TILU), Syahid Shayaa, Fatin Nadia, Ben Pang, Patricia Law, David Leong (They Will Kill Us All), Joe Lee @ KLUBBKIDDKL, Kotak Hitam Clothing dan Pyanhabib

Ok ni liriknya..


Tanah Airku Tanah Airmu Jua

Adakah benar merdeka?
Dari penjajahan minda,
Dari sgala sudut dan segi.

Mampukah kita berdikari?
Mencari diri sendiri,
Mencorak identiti(cap mohor) asli,
Membentuk wajah abadi..

Tua Muda Kanan Kiri Miskin Kaya!
Inikan tanahairmu jua,
Akan ku serah jiwa dan ragaku,
Apa saja demi tanahairku,

Adakah benar aman damai?
Mencari rezeki dlm permai,
Mengaut benih yg tersemai,

Mampukah berpadu satu?
Di antara engkau dan aku,
Ramai ragu, bnyk bisu,
Mari kita mulakan dulu,

Sgala galanya!
Slama lamanya!
Oh ibu pertiwi....

Smangat berjuang yg mengalir,
Ku pertaruh nyawa hanya utk Mu,
Hingga hembusan nafas terakhir,
Oh Tanahairku..

Kata yg dilaung dari bibir,
Cinta kepada Mu takkan layu,
Biar mati tewas tersingkir
Hingga titisan darah terakhir,
Oh Tanahairku ..

Oohhhhhhh....
Oh Tanahairkuuu

Dipersembahkan oleh : monoloQue menampilkan Dato Siti Nurhaliza
Lagu/lirik : loQue
Pancasona/Berkshire 2013

*Lirik diinspirasi dari sajak UsmanAwang/Tongkat Warrant 'Tanahairku'

Razed - Forever Venus (EP 2013)

Pertama kali mengetahui akan band bernama Razed ini apabila rakan editor The Bullet Belt memperkenalkannya dan menyatakan music band ini agak bagus. Gua cuba selidik dan catch up beberapa lagu diorang dari youtube dan selidik laman facebook band ini. Setelah dengar beberapa round gua cuba dekatkan diri dengan menghubungi mereka untuk mendapatkan fizikal copy mereka yang rilis pada Julai 2013 yang diberi tajuk Forever Venus. Merupakan sebuah EP yang mengandungi 7 buah lagu, adalah baek jika gua menyatakan ketika penulisan ini dilakukan Razed berada di Los Angeles USA. Sukar juga untuk mengklasifikasikan genre sebenar music bawaan Razed namun gua boleh menerangkan bahawa unsur2 Progressive, Teknikal, Melodic, Metalcore dan Death Metal adalah antara yang terkandung didalam music ciptaan mereka.

  Danial Iskandar - Bass, Gurdave Singh - Vocals, Aidil Azali - Drums, Raz Azraai - Guitars

 Artwork oleh razorimages.com

Tracklist :

1 - Dilecta Spíritum (Instrumental)
2 - Silver Kiss   
3 - Rise From Fear
4 - Fairytales Kill Elves
5 - Imagination's Pigmentation
6 - Project NOLS
7 - The Face Of Bliss

Forever Venus melalui proses rakaman di beberapa tempat. Track gitar, bass dan vocal dirakam di Razzack Studio. Track drum di Music Workshop Studio manakala terdapat 2 buah track iaitu Dilecta Spíritum (Instrumental) dan Project NOLS menggunakan khidmat sessionist iaitu Will Weiner (Los Angeles). Proses mix dan mastering dilakukan oleh George Lever dari G1 Productions.

Dilecta Spiritum merupakan sebuah instrumental berdurasi hampir 3 minit. Walaupun sekadar intro bersifat instrumental jelas kedengaran music garapan Razed agak kompleks. Groove dari drum dan rhythm serta solo gitar yang ternyata membuktikan mereka bukan calang2 pemuzik. Ok, ini intro nya ya...

Silver Kiss menjadi track bervocal pertama dihidangkan (boleh cekidaut video klip rasmi track ini dipenghujung artikel ini) dan apa yang boleh dikatakan sedikit permainan berteknikal dipamerkan dari setiap line up. Juga ngauman dari Gurdave Singh yang agak bertenaga dan punya nafas yang panjang. Kedengaran sedikit permainan odd signature dan perubahan mood secara mendadak. Solo gitar juga power!

Rise From Fear bermula dengan penuh kekejaman. Riffing agak teknikal dan kedengaran padat untuk setiap penjuru lagu. Idea dan flow yang menarik berjaya dihasilkan lantas membuatkan track ini punya emosi tersendiri  untuk di interprasi oleh pendengar. Solo gitar? Juga berada dalam kelas tersendiri.

Fairytales Kill Elves mungkin boleh gua katakan permulaannya ada sedikit bau2 Dream Theater sebelum tempo menjadi laju. Berat dan tiada ruang kosong ditinggalkan walaupun pada durasi 2:16-2:31 digabungkan permainan berdistortion serta grind dan bunyian synthetizer. Solo gitar tetap gua bagi A+++..

Imagination's Pigmentation menjadi track kelima dihidangkan. Walaupun pada verse pertama agak mendatar moodnya namun perubahan2 tempo berjaya menghilangkan sedikit keboringan apabila berturut2 menyeksa gegendang telinga menghadam irama sebegini. Ok gua perasaan untuk track ini ada sedikit permainan bass yang berbunga2 dimainkan. Solo gitar gua malas nak cakap..

Project NOLS agak gila membunuh seawal track bermula. Ok, gua puji idea gila untuk starting lagu ini. Haha.. Gua sukakan riffing pada suku pertama lagu ketika drum attack menggila. ok, ada flow turun rendah lagu dan memang Razed ni pandai arrange riffing dalam pembikinan lagu. Solo gitar?? dah boleh bikin album solo kot? haha..

Track terakhir bertajuk The Face Of Bliss. Mungkin sukar menghadam permulaan track ini. Kepelbagaian bunyian (gua rasa dari gitar) dan riffing yang disertakan hentakkan twin pedal memang boleh bikin gila kalau track ini dibawa untuk persembahan pentas. Solo fill in yang (gua pon dah xtau nak kata..memang gila) diselit patut dipuji. untuk outro lagu ini sekali lagi sessionist yang bermain bass di Los Angeles iaitu Will Weiner menyumbangkan suaranya.

Dari segi sound produksi, gua beranggapan Forever Venus merupakan antara produk yang sangat bagus. Mungkin melalui proses rakaman, adunan dan di mastaring oleh tenaga luar membuatkan hasil akhir yang boleh didengar adalh menakjubkan. Ok gua bukan nak tipu, anda boleh dengar sendiri nanti (bawah sekali ada link ke bandcamp EP ini, go there...)

Keseluruhan EP ini banyak menampakkan kecenderungan dan kelebihan pada gaya permainan gitar iaitu Raz Azraai. Mungkin tidak boleh disangkal kehebatannya kerana kesemua lagu yang terkandung didalam EP ini adalah ciptaan beliau. Juga kredit kepada pemain drum yang punya stroke menarik dan menghasilkan groove yang boleh bikin x senang duduk. Juga tidak ketinggalan pemain bass yang cuba menyaingi kehebatan gitarist dan drummer. Vocalist juga sebenarnya agak unik pembawaan nya dan yang paling gua perasan beliau punya nafas yang panjang. Cuba dengar jeritan2 beliau. Ok itu sahaja. Bagi gua EP ini punya "isi" nya tersendiri dan dimainkan oleh pemuzik yang bukan calang2 tahap permainan mereka. Perhatikan music mereka dan pasti anda akan bersetuju dengan apa yang gua bebelkan.

Ok, dapatkan EP Forever Venus dengan harga RM20 by post dengan menghubungi mereka melalui link yang kami sediakan di bawah preview song ini.

Razed - Silver Kiss (Official Music Video)

Press Contact
Booking Agent
Facebook
Youtube
Bandcamp